3 MAUT KEMALANGAN DI RAUB
RAUB: Tiga wanita maut dan tiga lagi cedera parah, manakala seorang kanak-kanak berusia 6 tahun cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Bentong – Raub, kira-kira 8.25 pagi tadi.
Ketua Polis Bentong, Superintendan Yusuf Unis, berkata kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan, termasuk sebuah lori.
“Kemalangan itu dipercayai berpunca apabila kenderaan di hadapan (dari arah yang sama) membrek dan cuba menggelak kon penyelenggaraan yang baru diletakkan di bahu jalan, menyebabkan Proton Exora yang berada di belakangnya tidak sempat membrek.
“Proton Exora tersebut dipercayai dari arah ibu negara menghala ke Kelantan, melanggar bahagian belakang kenderaan hadapan dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori,” katanya.
Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Raub untuk rawatan dan jenazah mangsa akan dibedah siasat dan kemalangan di bawah Sek 41(1) APJ 1987.
Sementara itu, Pegawai Operasi JBPM Pahang, Jaafar Abdul, berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bentong menerima panggilan pada jam 8.30 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 9.00 pagi.
“Didapati tiga wanita meninggal dunia di tempat kejadian terdapat seorang lelaki dewasa, dua orang wanita tersepit, manakala kanak-kanak luka di bahagian tangan dan kaki.
“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan penyelamat dan diserahkan kepada pihak Hospital Bentong serta pihak polis
untuk tindakan lanjut, “katanya.