Nescafe, kopi, teh atau kopi moden yang sering tular memang menjadi pilihan ramai orang tidak kira pada waktu pagi atau petang, malah malam juga menjadi minuman untuk berehat.
Air yang menjadi kegemaran ramai ini mengandungi kafein menyebabkan ketagihan hingga menyebabkan masalah kesihatan.
Apakah kesan kafein terhadap badan jika ambil dalam jumlah yang banyak dan berlebihan.
Risiko berlaku ‘caffeine induced cardiac arrest’ iaitu kegagalan jantung berpunca daripada kafein.
Serangan jantung mengejut dan menyebabkan kematian.
Minuman berkafein bukan tidak elok tetapi perlu mengambil dalam jumlah yang betul. Jika ambil secara betul, kafein memberi khasiat.
Ia menjadi ‘pembunuh’ jika diambil secara tidak terkawal dan melebihi keperluan badan.
Menurut sumber, laporan yang dikeluarkan daripada World Health Organization (WHO), kafein boleh diambil 400mg sehari.
Satu kajian dalam Journal of Analytical Toxicology, 51 kes kematian berpunca daripada kafein berlebihan, individu minum dengan 30 cawan kopi dalam masa yang singkat.
Setiap individu perlu tahu jumlah kafein yang diambil dan jarak masa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum dapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 perlu dapatkan segera kerana jangkitan kes virus itu semakin meningkat.
‘Dapatkan suntikan cepat, jika anda belum berbuat demikian. Jika anda berisiko tinggi dan status positif COVID-19 dapatkan Paxlovid’, katanya.
Beliau menyarankan kepada rakyat Malaysia yang belum terima suntikan, dapatkan Paxlovid iaitu ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan bagi merawat pesakit COVID-19 yang bergejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).
Khairy berpesan rakyat Malaysia perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak dan amalkan juga kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan dan dapatkan).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun dos penggalak tidak diwajibkan kepada semua tetapi ia penting bukan sahaja untuk elak positif COVID-19 malah dos tersebut dapat membantu hadapi varian baharu terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah tersebar.
Dilaporkan tujuh juta rakyat Malaysia belum menerima dos penggalak COVID-19 setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rezeki banyak untuk anaknya, Syatilla dikurniakan susu badan yang banyak hingga penuh peti.
Hasrat Syatilla untuk menderma stok susu badan kepada bayi yang memerlukan dengan syarat perlu lengkapkan maklumat dan latar belakang bayi berkenaan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah akan datang.
Sejak dulu lagi sudah ramai yang menderma susu badan kepada bayi tidak bernasib baik. Ada juga yang mengambil bayi angkat untuk jadikan anak susuan.
Hukum anak susuan juga wajib dipelajari sebelum menderma atau memberi susu kepada bayi tersebut. Penjelasan mengenai hukum anak susuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
MAHRAM
Memberi susu kepada bayi yang bukan anak kandung akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.
Golongan yang haram dikahwini: 1) Ibu susuan ke atas (nenek, moyang dan sebagainya). 2) Anak ibu susuan ke bawah. 3) Saudara seibu sebapa, seibu atau sebapa. 4) Ibu saudara sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu, sekalipun jauh hubungan persaudaraannya. 5) Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, seibu atau sebapa. 6) Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa.
PERGAULAN
Pergaulan antara anak susuan dan keluarga ibu susuan adalah halal.
Contoh pergaulan: 1) Bermusafir melebihi tiga hari bersama. 2) Tinggal bersendirian dengannya atau khalwat yang haram antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan keturunan. 3) Melihat adik-beradik susuan.
SYARAT MENJADI ANAK SUSUAN
Syarat mengambil bayi untuk dijadikan anak susuan adalah: 1) Umur bayi belum mencapai dua tahun. Jika bayi melebihi dua tahun, tidak dikira sebagai anak susuan. 2) Bayi berkenaan perlu disusu hingga kenyang sebanyak lima kali secara berasingan. Bayi tersebut berhenti menyusu kerana kenyang, dikira sekali susuan. Tetapi jika bayi berhenti seketika kerana bermain atau tukar payudara, dikira sekali susu sahaja.
CARA MENYUSU
Selain daripada direct feeding penjaga atau ibu susuan boleh memberi bayi susu melalui botol, sudu, picagari dan sebagainya.
Susu ibu perlu sampai ke perut bayi hingga kenyang walau apa cara sekali pun. Jika bayi mempunyai masalah kesihatan lain dan perlu menyusu menggunakan selain daripada mulut, tetap dikira sebagai anak susuan asalkan bilangan kenyang bayi mencukupi syarat.
KEPERLUAN BAYI
Bayi yang memerlukan susu ibu seperti bayi pra-matang, ibu yang kekurangan susu, ibu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit berjangkit dan ibu yang tidak dapat menyusukan bayinya.
Ibu yang menderma atau sedekah susunya kepada bayi lain haruslah secara sukarela dan mengenali bayi serta keluarga bayi.
1) Bayi perlu menerima susu ibu daripada seorang ibu sahaja. Tidak bercampur dengan susu ibu yang lain. 2) Ibu yang derma susunya kepada bayi yang memerlukan perlu ketahui asal-usul bayi dan keluarganya atau keluarkan ‘sijil ibu susuan’ supaya bayi tersebut ketahui ibu susuan dan saudara-mara yang lain. 3) Untuk memudahkan urusan, sediakan ‘surat hitam putih’ untuk membuktikan bayi tersebut telah menyusu dengan ibu secara sukarela sebanyak lima kali kenyang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sekarang kopi sudah menjadi trend. Banyak jenama kopi dari harga tinggi sampai harga yang mampu. Banyak juga gerai jalanan yang menjual kopi, anda boleh pilih mengikut citarasa anda.
Selain kopi yang menjadi pilihan nombor satu, teh juga adalah pilihan zaman berzaman.
Kepada penggemar minuman kaffein, mungkin mengalami masalah gigi kuning. Bukan kerana tidak menjaga kebersihan gigi tetapi kesan daripada minum kaffein yang banyak.
Ini cara untuk kurangkan kesan kuning dan gigi menjadi sensitif yang berpunca daripada minum kaffein.
Jaga Kebersihan Mulut
Ini bukan sahaja kepada peminat kaffein, tapi wajib untuk kepada semua orang.
Bersihkan mulut anda dengan memberus gigi setiap hari, ‘floss‘ gigi, jumpa doktor secara berkala dan rajin minum air putih.
Karang gigi adalah salah satu punca gigi mudah bertukar warna dan rapuh.
Jangan Berus Gigi
Jangan berus gigi anda selepas minum air kaffein. Sebaiknya tunggu 30 minit hingga satu jam kerana kafffein adalah minuman berasid.
Apabila anda berus gigi selepas minum kaffein akan menyebabkan asid mudah tersebar ke seluruh mulut membuatkan struktur gigi semakin lemah.
Bilas Mulut
Selepas minum minuman kaffein lebih baik bilas mulut dengan air putih. Elak gigi terdedah dengan minuman kaffein terlalu lama.
Minum air putih atau kumur.
Guna Straw
Minum air berkaffein menggunakan straw, elakk minum terus dari cawan atau gelas. Ia boleh mengurangkan gigi menjadi kuning.
Jika minum terus dari cawan atau gelas, gigi lebih terdedah kepada kaffein terutama gigi depan dan akan mudah memberi kesan kuning kepada gigi.
Tunggu Sejuk
Bukan tidak boleh minum air kaffein dalam keadaan panas, tetapi lebih elok tunggu sedikit suam atau kurang panas.
Suhu yang tinggi akan mengganggu struktur dalaman gigi dan menyebabkan gigi berubah warna.
‘Latte’ atau ‘Americano’?
Susu yang terkandung dalam minuman kaffein dapat membantu kurangkan kesan sisa kaffein pada permukaan gigi.
Jadi, lebih elok anda memilih minum kaffein yang megandungi susu!
‘One-Shot’ atau Minum Sedikit-Sedikit
Lebih panjang tempoh minum minuman kaffein, lebih tinggi risiko gigi anda berubah warna.
Tidak perlu minum sekali teguk, tetapi perhatikan jarak waktu minum dari masa ke masa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gula adalah salah satu bahan utama dalam masakan dan minuman. Boleh dikatakan setiap sajian makanan dan minuman mesti ada gula, walaupun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya sesudu kecil gula dimasukkan.
Oleh itu, pengambilan gula perlu dikawal seminimum, kurang daripada lima sudu teh sehari untuk kurangkan risiko menghidapi pelbagai penyakit.
Sekarang pengambilan gula perang semakin popular. Tapi tahukah anda apa perbezaan gula perang dengan gula putih?
Ramai yang bertanggapan gula perang lebih baik daripada gula putih. Betul ke? Fakta atau mitos?
Jom tengok fakta yang ramai tak tahu mengenai gula perang dengan gula putih.
Cara Menghasilkan Gula Perang dan Gula Putih
Gula perang dan gula putih diperbuat daripada tebu yang diekstrak dan dipanaskan menjadi molasses. Pemprosesan gula perang lebih ringkas berbanding gula putih. Ia menjadikan gula perang mempunyai kandungan molasses lebih tinggi dan menghasilkan warna perang yang asli.
WarnaGula Berbeza
Sebenarnya gula perang dan gula putih tidak memberikan kesan terhadap kesihatan. Tetapi kedua-dua jenis gula ini memberi perbezaan dari segi rasa, warna dan tekstur. Indeks glisemik (GI) terhadap kedua-dua gula ini tidak memberi perbezaan yang ketara.
Kegunaan Untuk Memasak
Untuk memasak, gula perang dan gula putih akan memberi rasa yang berbeza. Perbezaan dari segi kelembapan, warna, tekstur, rasa dan hiasan pada makanan.
Kegunaan gula perang dijadikan sapuan seperti sos gula pada kek untuk nampak lebih menarik dan berkilat. Biasanya gula perang digunakan untuk membuat kek, biskut dan kuih untuk lebih dapatkan teksture lembap dan pejal. Jika gula putih digunakan untuk membuat kek dan biskut, hasil masakan akan jadi kembang, rapuh dan ringan.
Nutrisi
Gula perang yang dicampurkan dengan molasses akan menjadi sumber tenaga dan mineral yang menyebabkan nutrisi bertambah berbanding gula putih. Penambahan nutrisi termasuk kandungan kalsium, zat besi dan potassium.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siapa suka minum air barli? Air barli rebusan yang segar melarutkan bahan Ibeta-gluten yang membantu menurunkan tahap kolesterol jahat LDL.
Barli juga kaya dengan serat, mineral dan vitamin yang bagus untuk tubuh badan.
Harus diingatkan, hanya barli organik tanpa bahan campuran seperti gula sahaja yang mempunyai khasiat seperti bahan asid fenolik sejenis antioksidan untuk bantu memusnahkan radikal bebas dalam badan.
Patutlah orang dulu-dulu selalu buat air barli rebus tanpa gula untuk diamalkan.
Antara kebaikan air barli tanpa gula ialah:
Turunkan Berat Badan
Ini adalah faktor utama air barli tanpa gula bagus untuk diamalkan. Air barli dan bijirin barli membantu menurunkan berat badan.
kandungan serat yang banyak dalam air barli memberi kesan kenyang yang lama.
Mengawal Paras Gula
Minum air barli yang organik dan direbus dapat mengurangkan masalah paras gula yang tinggi dalam darah.
Paras gula dalam darah yang tinggi akan menyumbangkan penyakit seperti darah tinggi dan diabetes.
Selain itu, air barli mendapat mengawal tekanan darah dan menjadikan tekanan darah normal.
Mencegah Penyakit Saluran Kencing Batu Karang
Sifat barli adalah diuretik yang membuatkan individu kerap membuang air kencing dan secara automatik bantu menyingkirkan toksin daripada badan.
Selain itu, ia juga menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan di saluran kencing.Kerap membuang air kecil boleh mencegah masalah pembentukan batu karang dalam saluran kencing.
Berfungsi Sebagai Prebiotik
Khasiat air barli juga berfungsi sebagai prebiotik yang boleh meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik dalam usus.
Bakteria baik dalam usus manusia memberikan banyak kebaikan seperti bantu sistem penghadaman, elak masalah senak perut selepas makan dan menyerap mineral dalam badan.
Kurangkan Penyakit Kardiovaskular
Penyakit-penyakit yang ramai elak seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung elok minum air barli organik.
Air barli dan bijirin barli boleh tingkatkan bakteria baik dalam badan dan berfungsi untuk melancarkan fungsi jantung.
Bagus Untuk Sistem Penghadaman
Air barli tanpa gula adalah salah satu penawar untuk elak sembelit. Serat yang tinggi dalam air barli bagus untuk kesihatan usus dan sistem penghadaman.
Turunkan Tahap Kolesterol
Air barli yang diminum bersama bijirin barli membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi beta-glucan yang boleh menyingkirkan kolesterol yang berlebihan.
Tingkatkan Sistem Imun Badan
Air barli mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Air barli juga bantu meningkatkan sistem imun badan atau pertahanan badan.
Fungsi prebiotik daripada bijirin barli mampu bantu melawan penyakit.
Mengurangkan Potensi Kanser
Antioksidan dalam bijiran barli berpotensi untuk kurangkan terkena kanser bahaya seperti kanser usus besar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menangis bukanlah satu perkara yang aneh atau lemah. Ia sebenarnya adalah ‘ubat’ yang berguna pada tubuh badan dan fikiran.
Siapa yang tak pernah menangis? Kuat manakah anda untuk bertahan tidak mengeluarkan airmata saat sedih, tertekan, kecelaruan dengan hadapi pelbagai masalah.
Ada juga yang menangis kerana gembira, terharu dan melihat sesuatu yang membuatkan hati ‘berbunga-bunga’.
Jom tengok fakta airmata dan menangis yang mungkin ramai masih tak tahu.
Kurangkan Tekanan
Mengeluarkan airmata adalah sama dengan mengeluarkan hormon stress yang ada dalam badan yang dipanggil endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Hormon ini membantu mengurangkan tahap tekanan dalam minda anda dan membantu melawan penyakit yang disebabkan tekanan seperti darah tinggi. Jadi, siapa yang menghidapi penyakit darah tinggi, mungkin salah satu ubatnya adalah menangis!
Melegakan Perasaan
Semua orang tahu menangis mampu meredakan segala perasaan yang terbuku di hati. Tidak kiralah perasaan marah, sakit hati, gembira atau sedih, menangis adalah satu-satunya jalan untuk mengurangkan emosi kita.
Tak salah pun menangis, lagi-lagi untuk kaum lelaki. Lelaki pun ada perasaan, so boleh je menangis. Kalau tak menangis mungkin anda akan boleh dapat sakit mental atau tekanan jiwa.
Terasa Dekat Dengan Orang Lain
Bila menangis anda tidak perlu bercakap atau meluahkan perasaan dekat orang lain. Cukup untuk mereka nampak kesedihan anda. Terutama mereka yang memang sangat dekat atau mereka yang memahami perasaan anda.
Disebabkan itu, anda perlukan seseorang atau teman rapat yang sentiasa ada untuk menyokong dan memberi semangat untuk anda.
Membantu Penglihatan
Airmata yang keluar dapat mencegah kekeringan atau dehidrasi mambran mata yang boleh membuatkan penglihatan semakin kabur.
Tahu tak, sebenarnya airmata adalah anti-bakteria kerana mengandungi cecair lisozom yang mampu membunuh kira-kira 90 hingga 95 peratus bakteria dan kuman yang datangnya daripada skrin komputer, habuk di tangga, orang yang bersin dan persekitaran yang kotor. Kuman ini mampu hinggap di mata kita dalam masa lima minit sahaja!
Keluarkan Racun
Oh, airmata mampu mengeluarkan racun?! Seorang ahli biokimia, William Frey menjalankan kajian mengenai airmata dan mendapati airmata yang menitis disebabkan emosi mengandungi racun.
Secara automatik, racun atau bahan yang tidak diperlukan dalam badan boleh keluar menerusi air mata.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Challenge makan makanan pedas sudah menjadi trend. Macam-macam makanan pedas yang dijual untuk menarik perhatian netizen dan cuba makanan tersebut.
Tidak dinafikan makanan pedas memang menjadi kegemaran ramai dan pembuka selera. Lebih-lebih lagi orang Malaysia, memang lidah ‘kebal’, tak boleh kalau makanan tak pedas, mesti tak selera.
Tetapi terlalu banyak pengambilan makanan terlampau pedas akan menyebabkan kesihatan terjejas seperti merosakkan sistem penghadaman, usus dan perut.
Memetik daripada thread yang dibuat oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau @dr_chaku di Twitternya menjelaskan mengenai isu makan makanan pedas di kalangan orang Malaysia yang semakin menjadi-jadi.
Thread berguna ini mendapat perhatian warganet dengan 21.8 ribu Retweet dan 29.2 ribu Likes.
Mari baca thread berguna ini untuk ketahui informasi yang lebih lanjut.
Kunyah Tidak Sempurna
Daripada salah satu thread beliau, apabila makanan terlalu pedas, kita akan kunyah dengan keadaan laju dan tidak sempurna menyebabkan sistem penghadaman serta pencernaan perlu bekerja lebih. Badan kita juga tidak dapat zat dari makanan sepenuhnya.
Minum Air
Kalau makan makanan pedas, air adalah pengubat segala kepedasan. Menurut @dr_chaku, minum air dengan kuantiti lebih daripada kapasiti perut akan menyumbangkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Diingatkan kepada mereka yang mempunyai masalah gastritis, ulser, dan buasir jangan sesekali ikut trend ini. Ia akan membahayakan perut anda. Bukan golongan ini sahaja, anda yang sihat juga jangan makan pedas yang melampau, lama-kelamaan perut anda akan rosak dan mengalami masalah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Zaman sekarang pelbagai masalah boleh berlaku. Bukan dari segi fizikal, mental dan emosi juga mudah terganggu dek kerana situasi yang tidak menentu sekarang.
Macam-macam berita kita boleh dengar sekarang seperti kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan, tidak mampu menyara keluarga dan sebagainya.
Kita yang mampu dan masih lagi berupaya untuk hidup, pastikan kita tidak menyerah dan stress sahaja. Kuatkan semangat untuk orang sekeliling dan keluarga. Carilah jalan untu keluar dari kemelut masalah tetapi jangan sampai menganggu kesihatan. Kurangkan stress dengan cara ini.
Paksa Diri Untuk Banyak Perkara
Pergi kerja sememangnya tugas harian kita tetapi memaksa diri untuk bekerja akan menjejaskan kesihatan. Cari ruang dan masa untuk ‘me time’ atau rehatkan minda. Jaga kesihatan dalam dan luaran adalah sangat penting.
Sentiasa Periksa Telefon Bimbit
Elakkan periksa telefon bimbiy dengan kerap. Mulakan pagi anda dengan aktiviti yang sihat dan semangat. Bukan buka mata terus hadap skrin telefon bimbit untuk periksa notifikasi yang akan menganggu emosi pagi anda.
Terapi Diri
Tak perlu ke spa, tak perlu bercuti, tak perlu terapi yang menghabiskan duit. Anda hanya perlu berada di rumah dalam kedaan yang tenang dan nyalakan lili aromaterapi. Anda juga boleh buat senaman ringan atau berkebun untuk mendapatkan hasil.
Cari Positiviti
Jangan biarkan anda dikelilingi orang atau aura negatif. Ia akan menjejaskan fokus dan mampu melibatkan cara anda berfikir. Carilah kawan yang sentiasa menyokong dan berfikiran positif.
Jadi Kreatif
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Cara untuk selesaikan masalah, anda perlu menjadi kreatif dan berfikiran terbuka. Jangan pendam dan beri tekanan kepada otak anda. Jadilah seorang yang produktif dan bertenaga untuk selesaikan masalah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jogging atau berlari perlahan antara senaman yang menjadi pilihan ramai. Selalunya ramai yang jogging waktu petang, yelah waktu petang je ada masa free dan tenang untuk mengeluarkan peluh. Pagi-pagi perlu bersiap untuk pergi kerja.
Ada juga sesetengah orang suka jogging waktu pagi, katanya barulah rasa cergas dan bersedia untuk meneruskan hari hingga petang nanti.
Tak semua orang banyak waktu pada waktu pagi untuk jogging. Tak kisahlah jogging pagi ke petang ke janji anda mengeluarkan peluh dan bersenam setiap hari, barulah sihat!
Tapi sebenarnya ada kelebihan kalau anda jogging pada waktu pagi. Nak tahu apa? Jom baca artikel ini sampai habis!
Udara Segar Dan Bersih
Keluar selepas solat Subuh! Anda akan rasa udara yang sejuk dan tenang. Angin dingin yang dihembus membuatkan anda rasa segar dan bertenaga sepanjang jogging.
Matahari pun baru nak terbit, cahaya yang samar-samar akan membuatkan anda setiap hari dapat melihat sunrise yang cantik.
Dapat Vitamin Semula Jadi
Sebelum mulakan hari anda, dapatkan vitamin semula jadi dengan jogging. Cahaya matahari pada awal pagi membekalkan vitamin D yang tinggi.
Apa kepentingan vitamin D ni? Ia menguatkan tulang, menyerapkan kalsium lebih baik dan dapat mengurangkan tekanan.
Tak Ramai Orang
Waktu pagi, tak ramai yang jogging. Anda tidak akan berada di kawasan yang sesak sebab taman tak ada orang!
Secara automatik, anda akan menjaga SOP yang ditetapkan. Bebas berlari dan melakukan aktiviti senaman kegemaran anda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!