Tidak Perlu Buang Lemak, Doktor Di UK Temui Cara Atasi Masalah Berat Badan

LONDON: Di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), seorang doktor menemui cara atasi masalah kegemukan.

Masalah berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti adalah salah satu penyakit yang boleh dikatakan melanda seluruh dunia.

Selain daripada menjaga pemakanan, membuat aktiviti riadah dan mengurangkan makan makanan ringan, doktor tersebut menemui cara untuk melemahkan hormon ghrelin iaitu hormon lapar dalam sistem badan manusia.

Hormon tersebut boleh dilemahkan dengan meghentikan bekalan darah ke bahagian perut.

Kajian yang sedang dilakukan di Hospital St. Mary, Paddington tengah London, yang diketuai oleh Dr. Ahmed R. Ahmed iaitu seorang doktor pakar memberitahu kos bagi tujuan itu menggunakan sebanyak £1,500 (RM8,407), jauh lebih murah berbanding pembedahan untuk membuang lemak pada badan.

Individu yang mempunyai masalag berat badan melampau perlu menjalani pembedahan kecil pada pergelangan tangan dan masukkan wayar berongga ke dalam sallur darah yang akan membantu menghentikan keinginan makan secara berlebihan.

Dr. Ahmed mengatakan, selepas indivudu selesai, pesakit boleh keluar dari hospital dalam tempoh masa dua jam.

SUMBER: SINAR HARIAN