5 RESEPI DETOKS ‘GREEN JUICE’ YANG MUDAH!

Detoks adalah salah satu cara untuk menyingkirkan bahan toksin dalam badan atau membuang bahan yang tidak diperlukan. Walaupun dalam tubuh manusia mempunyai organ yang membuang toksin secara semulajadi, detoks membantu memaksimumkan kesan yang baik.

Detoks minuman jus yang memastikan sistem penghadaman bebas daripada bahan kimia dan bahan makanan tiruan. Selain minum air masak secukupnya, anda boleh minum minuman detoks untuk melegakan usus. Di sini beberapa resepi untuk minuman detoks hijau yang anda boleh cuba. Cara penyediaan pun senang, anda kisar semua bahan-bahan dan boleh terus nikmati minuman yang sihat ini.

Epal Hijau + Daun Ketumbar

2 biji epal hijau
2 batang saderi
2 helai daun kobis hijau
1/2 lemon, dibuang kulit
1/2 batang timun
1/4 daun ketumbar

Minuman jus ini mempunyai kalsium, zat besi dan vitamin K yang menguatkan tulang serta sembuhkan luka dengan cepat. Lemon adalah vitamin C untuk menyerikan kulit, hasilkan kolagen dan awet muda.

Timun + Daun Selasih

1-2 helai daun selasih
1 batang timun
1 limau nipis, dibuang kulit
1 biji epal hijau

Daun selasih terkenal dengan membantu sistem pencernaan lebih aktif. Ia mengandungi minyak anti-keradangan yang membantu meredakan sakit perut.

Timun + Parsley

1 batang timun
1 biji buah pear
1-2 helai daun parsley
1-2 daun bayam
1/4 daun pudina

Daun pudina mambantu masalah bau mulut. Timun membantu hidrasikan badan. Buah pear membantu masalah keradangan hempedu, usus dan gout.

Epal Hijau + Jintan Manis

2 biji epal hijau
2 sudu jintan manis
1 batang timun
1/2 lemon, dibuang kulit
1/4 sudu daun dill

Jintan manis kaya dengan antioksidan untuk mengatasi keradangan dalaman. Selain itu, ia juga sumber serat dan mempunyai potassium tinggi. Daun dill dalam minuman membantu sistem pencernaan supaya lebih lancar.

Oren + Bayam

2 biji oren
2 biji lemon, dibuang kulit
1 1/2 daun bayam
1 biji epal hijau
1 biji limau nipis, dibuang kulit
1 batang saderi
1/2 inci halia

Buah yang masam dicampurkan dengan sayuran hijau menghasilkan kebaikan yang sangat banyak seperti buah oren. Buah yang rasanya masam mempunyai kandungan anthocyanins yang tinggi. Ia berfungsi untuk menghasilkan pelbagai nutrien untuk mengawal obesiti dan kesihatan jantung dan membantu mencegah kanser.

Sebenarnya banyak lagi resepi yang boleh anda cuba. Nanti kita share dan cuba sama-sama!