6 FAKTA MENARIK DAN MENGEJUTKAN MENGENAI ICE CREAM

6 FAKTA MENARIK DAN MENGEJUTKAN MENGENAI ICE CREAM

Ice cream terkenal di seluruh dunia sejak dulu lagi. Macam-macam perisa, jenis, bentuk sudah wujud. Harga pun macam-macam, dari murah sampailah sangat mahal.

Ice cream bukan kegemaran kanak-kanak sahaja. Boleh dikatakan semua orang suka ice cream. Kita makan ice cream ni sebenarnya tahu tak asal-usul kewujudan pencuci mulut yang sedap tu? Jom tengok fakta yang best pasal ice cream!

Founder

Kalau zaman sekarang, founder sesuatu produk sangat terkenal. Ada sesetengah tu muka founder jadi model iklan produk sendiri. Tapi ice cream, siapa yang betul-betul tahu penciptanya? Ada banyak cerita pasal ice cream ni.

Salah satunya adalah, Maharaja Nero pada zaman Rom Purba suka makan salji bersama buah dan madu., macam air batu campur (ABC). Beliau akan menghantar seseorang ke gunung untuk ambil salji.

Ada juga yang mengatakan Marco Polo memperkenalkan ice cream di Eropah.

Resepi Awal

Ivan Day merupakan sejarawan makanan, menurut beliau antara bahan yang digunakan untuk membuat ice cream adalah gula, sejenis perisa bernama mace dan ambergris. Ambergris adalah bahan dalam usus sperm whale yang dikeluarkan dalam bentuk muntah. Err, yang ni serious ke?

Pencuci Mulut Mewah

Ice cream pernah menjadi pencuci mulut yang mahal. Hingga akhir tahun 1800, ice cream hanya dinikmati oleh golongan elit, kaya dan berkemampuan sahaja. Kenapa? Sebab bahan yang digunakan perlu diimport dan kos menyimpan ice cream sangat mahal iaitu dalam peti sejuk. Bersyukur sekarang boleh dikatakan setiap rumah ada peti sejuk, boleh makan ice cream hari-hari.

Ice Cream Coklat Atau Vanila

Dua-dua perisa sangat terkenal dan sedap! Ramai yang beranggapan ice cream vanila datang lebih awal dari ice cream coklat kerana perisa vanila berwarna putih atau tanpa warna. Tetapi menurut sejarah, ice cream berperisa coklat adalah kemunculan awal. Tak apalah, mana-mana yang datang dulu janji sedap.

Kon Wafel

Siapa suka makan ice cream dengan kon wafel? Kon wafel dicipta secara tidak sengaja oleh seorang penjual ice cream di World’s Fair, St. Louis, Missouri. Semasa beliau menjual ice cream, kon ice cream sudah kehabisan tetapi permintaan masih banyak. Beliau pergi ke penjual wafel berdekatan, mereka mula mendapat idea bernas menukarkan wafel kepada kon ice cream.

Buah Ice Cream Vanila

Di Hawaii ada buah yang rasa seperti ice cream vanila yang bernama inga feuillei oleh masyarakat tempatan. Eh, teringin pula nak rasa mana tahu lagi sedap.

https://www.sahih.com.my