Beli Barang Atas Talian, Bayar Menggunakan Perkhidmatan COD. Baik atau Buruk?

Korang kaki shopping online? Tapi selalu ragu-ragu dan takut kena tipu. Dah bayar tapi barang tak sampai atau barang yang sampai tak seperti yang dijanjikan.

Korang boleh beli barang menggunakan perkhidmatan COD! Apa itu COD? Selamat ke? Sejauh mana kebenaran COD ni?

Cash On Delivery

COD singkatan kepada Cash On Delivery iaitu transaksi pembayaran berlaku setelah barang sudah sampai ke tangan korang.

Pembayaran secara COD dapat mengurangkan risiko penipuan antara penjual dan pembeli kerana sudah pasti barang diterima, barulah pembeli membayar dengan jumlah barang yang ditetapkan termasuklah harga penghantaran.

Bagi mereka yang baru membuka perniagaan terutama perniagaan kecil-kecilan, perkhidmatan COD sangat membuka ruang dan peluang kepada pengusaha kerana dapat meningkatkan kepercayaan dan testimoni yang baik daripada pembeli.

Kelebihan dan Kekurangan Bayar Secara COD Dalam Membeli Atas Talian

Ada sesetengah pembeli lebih gemar membeli secara atas talian dan menggunakan kaedah pembayaran secara COD supaya tidak ada risiko ditipu dan barang yang sampai adalah seperti yang ditawarkan.

Pembeli yang menggunakan COD tidak perlu memiliki kad kredit atau menggunakan kad bank untuk pembayaran, segala personal details bank korang 100% selamat!

Apa Kelebihan COD?

  1. Jika penjual sendiri yang menghantar barang kepada pembeli, pembeli boleh memeriksa barang tersebut, adakah berpuas hati atau tidak.
  2. Jika penjual sendiri yang menghantar barang kepada pembeli tanpa menggunakan ‘delivery service‘, pembeli boleh membuat aduan atau pulangkan barang tanpa membayar.
  3. Perkhidmatan COD mengurangkan risiko kes penipuan seperti barang tidak diterima atau tidak dihantar.
  4. Perkhidmatan COD akan meningkatkan kepercayaan, tarikan pelanggan dan tindakbalas positif kepada penjual.
  5. Perniagaan akan menjadi lebih baik.

Apa Kekurangan COD?

  1. Jika penghantaran berlaku ketika pembeli tiada di rumah, barang tidak akan ditinggalkan dan pembeli perlu mencari alternatif lain untuk mendapatkan barang yang dipesan.
    Sebagai contoh, perlu membayar lebih kepada pihak penghantar atau terpaksa mengambil sendiri barang tersebut.
  2. Kawasan tempat tinggal pembeli terlalu jauh dan perlu meningkatkan kadar kos penghantaran semakin tinggi atau ‘delivery service‘ tidak masuk ke kawasan berkenaan.
  3. Ada sesetangah barang yang tidak dijual secara COD.

Tips Pembayaran Secara COD

Pembeli membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan COD, ada beberapa tips yang wajib anda ikuti untuk proses pembayaran.

  1. Pastikan lokasi atau alamat betul supaya penghantaran dilakukan dengan mudah.
  2. Pilih tempat yang selamat.
  3. Lakukan pembelian dan pembayaran pada waktu siang.
  4. Periksa keadaan barang sebelum lakukan pembayaran.