Rumah hangus dalam kebakaran
Rumah hangus dalam kebakaran
BANDAR PUSAT JENGKA : Sebuah rumah hangus keseluruhan dalam kejadian kebakaran dalam kejadian di Felda Jengka 2 dekat sini, pada jam 9.30 pagi, hari ini.
Pada kejadian berlaku, Abdul Latif Jausin (84) pada ketika itu dia dan anak perempuannya berusia 40 tahun serta seorang cucu berusia 11 tahun berada dalam rumah tersebut.
Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, Timbalan Pengarah Felda Wilayah Jengka, Penolong Pengarah Pembangunan Komuniti dan Generasi serta ketua peneroka telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian.
“Peneroka Felda Jengka 24 telah melancarkan tabung sumbangan untuk mangsa melalui Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) di sini.
“Di samping itu, memohon semua 37 buah tanah rancangan Wilayah Jengka melancarkan sumbangan berbentuk kewangan dan peralatan bagi meringankan beban mangsa kebakaran,” katanya.
Mangsa sekarang menumpang menantunya dekat situ, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.-SAHIH.