Projek cili bara inisiatif bantu ekonomi Orang Asli
Projek cili bara inisiatif bantu ekonomi Orang Asli
Projek penanaman cili bara diusahakan di Kampung Bangas dekat Maran adalah antara usaha calon Barisan Nasional (BN) Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Beliau berkata, projek itu adalah hasil kerjasama rapat kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang dan pejabat EXCO kerajaan negeri.
“Prinsip dan cara saya bekerja adalah mudah, apa saja untuk kebaikan umum pasti saya buat sampai jadi.
“Itulah prinsip yang saya pegang sejak dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kuala Sentul dan dilantik sebagai EXCO Pahang,” katanya.
Shahaniza berkata, untuk projek penanaman cili bara itu dibantu bukan saja dari aspek latihan, tapi benih dan baja juga disediakan.
Katanya, sumbangan itu adalah bagi meningkatkan pendapatan penduduk kampung berkenaan dan mengurangkan kos untuk memulakan tanaman.
“Kita juga sedang berusaha menyediakan dewan dan surau untuk lebih banyak lagi kawasan di Maran.
“Jika saya diberi mandat mewakili Maran, ini adalah antara impian saya, membawa lebih banyak pembangunan kepada daerah Maran supaya dapat meningkat taraf sosio ekonomi penduduk di sini,” katanya.-SAHIH