Pesakit kronik terima sumbangan musim tengkujuh
Pesakit kronik terima sumbangan musim tengkujuh
JERANTUT – Seramai 12 pesakit kronik di kawasan Jerantut, menerima sumbangan musim tengkujuh semalam.
Sumbangan itu adalah hasil inisiatif FELDA melalui Biro Kebajikan Sosial FELDA Wilayah Jengka.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan pengerusi biro berkenaan, Razak Daud.
“Sumbangan ini adalah bagi meringankan bebanan mereka dalam membuat persiapan menjelang kedatangan musim tengkujuh.
“Adalah menjadi harapan kami agar sumbangan disampaikan ini dapat membantu mereka,” kata Razak.
Turut hadir Pengurus FELDA Jengka 14, Tamrin Zakaria.
Penerima sumbangan itu adalah pesakit kronik dari FELDA Jengka 24, Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi dan FELDA Jengka 14, dekat Jerantut.— SAHIH