PENJARA 10 BULAN BELA HAIWAN EKSOTIK SECARA HARAM
TEMERLOH: Seorang lelaki warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah memiliki dua ekor burung Murai Batu dan dua ekor burung Lang Hindek, tanpa permit.
Dia ditahan pada 12 Oktober lalu dalam Operasi Bersepadu Khazanah oleh penguatkuasa daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 60(1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan seksyen 68(1) (b).
Dalam serbuan di kediaman tertuduh di Temerloh pada tarikh sama, pihak PERHILITAN turut menemui satu unit tanduk Seladang, satu unit tanduk rusa dan satu laras senapang angin.
Sumber: PERHILITAN Pahang