PENEROKA RAIH PENDAPATAN CECAH RM5,000 SEBULAN
PENEROKA RAIH PENDAPATAN CECAH RM5,000 SEBULAN
JERANTUT: Walaupun sambutan Aidilfitri tahun ini kurang meriah kerana kerajaan belum membenarkan rentas negeri, namun khabar gembira kenaikan harga sawit melegakan sedikit kesedihan peneroka tidak dapat beraya bersama anak mereka yang bekerja di luar Pahang.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) FELDA Jengka 24, Zulmi Abd Rahman berkata, kebanyakan peneroka kini mampu memperoleh antara RM4,500 hingga RM5,000 sebulan, hasil ladang sawit mereka.
SETIAUSAHA JKKR FELDA JENGKA 24, ZULMI ABD RAHMAN
“Tidak guna jugalah kalau harga tinggi tapi kita tak boleh jual sebab tidak ada tenaga kerja mencukupi,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, isu kekurangan tenaga kerja di kawasan tanah rancangan adalah akibat wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda untuk reda dalam masa terdekat.
“Masalah kurang tenaga kerja bermula tahun lalu lagi dan FELDA memang sedia maklum mengenai perkara ini.
PENGERUSI BIRO SOSIAL FELDA WILAYAH JENGKA, RAZAK DAUD
“Disebabkan itu, FELDA mencadangkan kepada peneroka untuk guna mesin atau peralatan lebih canggih untuk menuai hasil sawit.
“Kita harap isu kekurangan tenaga kerja ini tidak berlanjutan kerana harga sawit ketika ini sangat tinggi dan biarlah keadaan (harga) ini kekal stabil bagi memberi pendapatan lumayan kepada warga peneroka,” katanya.- SAHIH