PENEMUAN BOM LAMA DI PALOH, KLUANG
PENEMUAN BOM LAMA DI PALOH, KLUANG
KALI KE-2 DALAM MASA SEMINGGU BOM LAMA DITEMUI
KLUANG: Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor bersama Sub Unit UPB IPD Kluang telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) jenis Shell Meriam 85 mm di Ladang Tereh Selatan, Paloh Kluang, pada jam 12.30 tengah hari, semalam.
Bom tersebut ditemui semasa kerja-kerja penambaikan jalan masuk ke kuarters pekerja di ladang di situ, bom itu dipercayai dilancarkan sewaktu perang dunia kedua di antara Disember 1942 hingga Ogos 1945.
Pihak UPB Kontinjen Johor telah menjalankan pembersihan keselamatan di sekitar jumpaan UXO tersebut bagi memastikan tiada objek lain selain dari jumpaan tersebut sebelum tindakan pemusnahan dilakukan.
Tindakan pemusnahan In-Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik, pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.
Pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut dan jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut untuk menggelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.
.https://sahih.com.my/20-bom-ditemui-di-kota-tinggi/
Ini kali kedua dalam masa seminggu bom lama ditemui, sebelum ini sebanyak 19 butir bom lama atau UXO jenis 40 milimeter (mm) dan sebutir jenis 135 mm turut di temui di tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang, Johor.
.https://sahih.com.my/20-bom-ditemui-di-kota-tinggi/
JUMPA BOM KALI KE-3 DI JOHOR. - SAHIH
February 8, 2021 @ 10:24 pm
[…] https://sahih.com.my/penemuan-bom-lama-di-paloh-kluang/. […]
SESIAPA JUMPA BOM LAMA JANGAN AMBIL TINDAKAN SENDIRI - SAHIH
February 16, 2021 @ 7:25 pm
[…] .https://sahih.com.my/penemuan-bom-lama-di-paloh-kluang/ […]