PEMILIK INSTAGRAM ‘VIESHANTIEKHAN’ DISIASAT LANGGAR SOP DI JANDA BAIK
PEMILIK INSTAGRAM ‘VIESHANTIEKHAN’ DISIASAT LANGGAR SOP DI JANDA BAIK
BENTONG: Pemilik instagram “Vieshantiekhan” disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Janda Baik, Bentong, kira-kira 9.55 pagi, semalam.
Satu laporan polis dibuat berkaitan status yang telah dimuat naik di instagram memaparkan gambar sedang beriadah di Rimba Valley, Janda Baik, siasatan awal kejadian itu berlaku pada 21 September 2021, kira-kira 9.55 pagi
Seorang wanita warga negara tempatan berusia 35 tahun mendapati menghantar status yang tular di akaun instagram pemilik “Vieshantiekan” bahawa “tidak memerlukan surat di Plaza Tol Gombak kerana dikatakan masih lagi dalam sempadan negeri Selangor”.
Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Susulan itu, pihak polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh individu terbabit yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik.
“Kes disiasat di bawah perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021, dimana sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikompaun RM5,000,” katanya.
Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan pelanggaran SOP termasuk penyalahgunaan permit rentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh dihubungi IPD daerah Bentong di talian 09- 2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-SAHIH.