KOTA KINABALU – Gunung Kinabalu mengalami fenomena luar biasa apabila kawasan puncaknya dituruni salji pagi tadi sehingga video rakamannya turut menjadi tular di media sosial, kejadian berlaku kira-kira dua minit bermula 6.20 pagi tadi.
Orang ramai khususnya pendaki dan penduduk berdekatan Gunung Kinabalu gempar apabila berlaku salji turun di gunung tertinggi di Malaysia dan di pulau Borneo, setinggi 4,095 meter (13,435 kaki) dari paras laut yang terletak di banjaran Crocker.
Salah satu gambar menunjukkan salji berada di puncak gunung itu, hari ini.
Menurut pemilik Facebook, Jamili Nais, fenomena ini jarang berlaku, tetapi ianya tidaklah luar biasa kerana sudah beberapa kali melihatnya berlaku pada masa lampau.
“Memang salji di gunung yang terletak di tropika jarang berlaku, kemuncak Gunung Kinabalu hanya mungkin seratus meter dari garis salji kekal, jika tinggi sedikit, maka akan sentiasa kelihatan salji kekal seperti Gunung Kilimanjaro di Tanzania dan Gunung Wilhelm di Papua, “ katanya .
Pemilik akaun FB, Jamili Nais
Katanya, the snowing on Mount Kinabalu earlier today is rare but not unusual. Happend in the past.
“Saya paparkan beberapa gambar lama dalam koleksi slaid saya (maaf, saya tidak dapat memberi kredit foto sebab saya tiada rekod siapa yang menggambarnya, lupa sudah,” katanya.-SAHIH.
SUMBER : Media sosial dan FB
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI – Seramai 22 jemaah yang baru pulang menunaikan umrah di Tanah Suci berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Manik Urai di sini semalam.
Semua 11 jemaah lelaki bersama 11 lagi jemaah wanita termasuk pemandu bas berusia 37 tahun dan kelindannya berusia 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Arrafee Parsimin berkata, difahamkan kesemua jemaah itu menaiki bas berkenaan dan sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menuju ke Kuala Krai.
Kemalangan yang melibatkan jemaah umrah yang baru pulang di Kuala Krai, semalam.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, bas tersebut dipercayai terbabas ke dalam longkang di tepi jalan akibat jalan licin semasa cuaca hujan.
“Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 6.47 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
“Semasa tiba di lokasi kejadian, kita dapati kesemua penumpang sudah keluar daripada bas.
Seramai 22 penumpang, pemandu dan kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
SUMBER – KOSMO! ONLINE
Gambar Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wanita sarat mengandung panjat bumbung dalam banjir
HULU TERENGGANU – Lima sekeluarga termasuk seorang wanita sarat mengandung terpaksa menahan kesejukan lebih tiga jam di atas bumbung sebelum diselamatkan pasukan keselamatan di Kampung Lubuk Pait di sini.
Mohd. Saiful Azuar Mohd. Amin, 30, berkata, rumahnya yang turut dihuni ibu bapa dan adiknya mula dinaiki banjir pada pukul 7 pagi, semalam.
“Air naik dengan cepat. Kami yang panik nekad naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri.
“Walaupun risau dengan keadaan isteri (Nur Hafizah Ab. Halim) yang sarat mengandung, kami tiada pilihan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Saiful memberitahu, dia yang risau komunikasi terputus kerana bateri telefon bimbit hampir kehabisan memaklumkan situasi cemas itu kepada adiknya, Nor Hafizah Mohd Amin, 28.
Dia memberitahu, Nor Hafizah kemudiannya memuat naik status di media sosial untuk meminta bantuan sebelum tular.
“Alhamdulillah kami telah diselamatkan pasukan keselamatan sebelum dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran pada pukul 12.50 tengah hari,” katanya.
SUMBER– KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan Pahang sumbang RM30,000 untuk bawa balik warga Malaysia di Korea Selatan
Foto atas: Datuk Nazri Ngah (2 dari kanan) menyampaikan sumbangan kerajaan negeri Pahang sebanyak RM30,000 kepada wakil keluarga itu, hari ini.
JERANTUT – Kerajaan negeri Pahang memberi sumbangan sebanyak RM30,000 untuk pengurusan membawa balik Kamarulzaman Mohd Fauzi @Jazuli, 50, yang menerima rawatan selama 34 hari di Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju, Korea Selatan.
Dia yang koma dan mengalami strok di Korea Selatan telah dimaklumkan oleh isterinya Wan Hayati Wan Yaakub, 53, yang menetap di Kampung Batu Balai dekat sini bahawa suaminya sudah sedar.
Wan Hayati berkata, sepupu suaminya, Saloha Adlan, 27, yang berada di sana kerana bekerja memaklumkan suaminya kini sudah stabil dan pihak hospital membenarkan dibawa pulang dengan segera.
“Seluruh ahli keluarga sudah tidak sabar menanti kepulangan Kamarulzaman kerana dia dirawat di hospital berkenaan selama 34 hari termasuk 23 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju,” katanya di sini.
“Saya sekeluarga berterima kaish kepada kerajaan negeri yang menyumbang untuk pengurusan membawa pulang suami saya,” katanya.
Kamaruzaman yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang tisu di negara itu koma selepas muntah dan pengsan disebabkan pembuluh darah pecah selain terdapat darah beku di bahagian kepala di rumah sewanya.
Sementara itu, Saloha ketika dihubungi mengesahkan dia sedang berusaha untuk melengkapkan proses membawa pulang sepupunya ke tanah air.
“Saya sudah memperolehi surat kedutaan walaupun memakan sedikit masa dan baharu sahaja mendapat tiket penerbangan Korean Air sekiranya tidak ada masalah lain, Kamarulzaman dijangka pulang pada 2 Mac ini.
“Bagaimanapun, saya perlu membayar untuk tujuh tempat duduk dalam pesawat Korean Air dalam usaha membawanya pulang ke tanahair,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Pahang (Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan), hari ini.
Selangor (Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu), Sarawak: Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang (Limbang) dan Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga 12:00 tengah hari; Ahad, 27 Februari 2022.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kota Bharu, Kelantan: Banjir di Kelantan makin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 3,546 mangsa pagi ini, berbanding 2,044 orang petang semalam.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.15 pagi ini, kesemua mangsa membabitkan 1,157 lelaki dewasa, 1,128 wanita dewasa, 605 kanak-kanak lelaki, 568 kanak-kanak perempuan dan 88 bayi.
Kesemua mangsa daripada 1,125 keluarga itu ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh dan Pasir Mas.
Pasir Mas menyaksikan peningkatan mangsa banjir mendadak berikutan hujan lebat berterusan dengan 2,455 mangsa banjir berpindah ke 10 PPS.
Kuala Krai pula merekodkan 451 mangsa banjir yang ditempatkan di sembilan PPS, diikuti Tanah Merah mencatatkan 341 mangsa di sembilan PPS.
Jeli mencatatkan 268 mangsa yang ditempatkan di empat PPS dan Pasir Puteh merekodkan 31 mangsa di satu PPS.
Sementara itu, mengikut portal eBanjir Kelantan, sebanyak tiga jalan yang ditutup di Tanah Merah iaitu Jalan Panglima Bayu- Rantau Panjang, Jalan Ke Loji Membersih Air Bukit Remah yang ditutup kepada semua kenderaan dan Jalan Tanah Merah- Kusial- Kampung Ipoh yang ditutup kepada kenderaan ringan.
SUMBER : Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mengorak langkah menjalin kerjasama dua hala bersama Biovet International Sdn. Bhd. hari ini.
Kerjasama itu dimulakan dengan penyerahan 83 ekor kambing biri-biri kepada tiga koperasi ahli ANGKASA iaitu Koperasi Bimbingan Ihsan Temerloh Berhad (KOBI), Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab Temerloh Berhad (KOGURU) dan Koperasi Keluarga Haji Mohd Ilyas (KOPMAI).
Penyerahan simbolik haiwan ternakan kepada pihak Biovet International oleh Abdul Fatah (kiri)
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama dengan pihak Biovet International ini membuka jalan kepada koperasi yang mempunyai dana mencukupi untuk melabur dalam industri penternakan.
“Kita lihat bidang ternakan seperti lembu kerbau kambing biri-biri mempunyai permintaan yang besar dalam negara dan menjadi industri yang berpontensi besar yang boleh diceburi oleh gerakan koperasi.
“Ia adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan diharap dapat menyumbang kepada Pertumbuhan Kadar Sara Diri (SSL) untuk pengeluaran daging ruminan sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.
Katanya, koperasi ahli ANGKASA yang berminat dan mempunyai dana mencukupi perlu merebut peluang ini dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Biovet International bagi mendapatkan kepakaran dan bekalan daging tempatan pada harga berpatutan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada bekalan daging import.
“Pakej yang mereka tawarkan adalah projek ternakan secara pasaran tetap dengan kepakaran teknikal di atas tanah sendiri dengan modal minimum RM75,000 hingga RM500,000,” katanya.
Sementara itu jurucakap Biovet International memaklumkan , Hotel Veterinar Biovet Kuala Tekal di Temerloh kini memiliki hampir 600 ekor kambing daripada pelbagai jenis baka hasil daripada 345 peserta di seluruh negara.
“Biovet juga berjaya menarik minat peserta dari Belanda, Indonesia, Singapura dan Yaman yang telah menyertai program ternakan bersama kami,” katanya.
Hotel Veterinar Biovet mula ditubuhkan pada tahun 2019 bertapak di Kuala Tekal, Temerloh Pahang bermula dengan dua ekor kambing. Kini, mereka sudah mempunyai 17 buah ladang dan lebih daripada 900 ekor bebiri di seluruh negara.
Tujuan utama Biovet ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kadar pengeluaran bebiri di Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tamanan padi bukit boleh diusahakan lebih bersistem
JERANTUT – Penanaman padi bukit akan diberi perhatian dengan cara tanaman yang lebih tersusun dan terancang serta pembajaan yang betul bagi meningkatkan hasil pengeluarannya yang banyak di Perkampungan Orang Asli di Sungai Rengat dan Sungai Kiol, dekat ini.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, ketika ini penanaman yang dilakukan oleh penduduk di sini sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris (kiri), tanaman lebih tersusun dan terancang dengan pembajaan yang betul boleh meningkatkan hasil keluaran padi di Perkampungan Orang Asli di Sungai Rengat dan Sungai Kiol, dekat ini, hari ini.
Katanya, padi bukit atau padi huma merupakan sejenis padi yang ditanam di kawasan tanah mineral atau tanah tanpa genangan air di kawasan lereng bukit.
“Amalan agronomi padi bukit tidak sama dengan apa yang dilakukan terhadap tanaman padi sawah, pada masa ini kebanyakan industri penanaman padi di negara kita adalah dari jenis padi sawah.
“Kalau diberi perhatian dengan kaedah yang betul, hasil keluarannya dapat dipertingkatkan di samping boleh dijadikan tarikan pelancong ke kawasan kampung ini kerana kaedah ini sudah tidak banyak ditanam di daerah ini,” katanya ketika melawat ke program mengemping padi Kampung Sungai Rengat, hari ini.
Katanya, di Sarawak dan Sabah banyak menanam padi bukit, oleh itu tanaman padi ini boleh diusahakan dengan mendapat nasihat jabatan pertanian dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) agar penduduk mendapat hasil pulangan yang berbaloi.
“Benih yang baik dan pembajaan yang bersistematik turut memainkan peranan untuk pengeluaran hasil selain dapat menjimatkan perbelanjaan dapur penduduk di sini,” katanya.
Katanya, lokasi kampung ini juga berdekatan sungai yang sesuai untuk rekreasi keluarga dan pengunjung luar, maka tanaman padi bukit turut boleh dijadikan tarikan pengunjung ke kampung itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemakmuran Kampung Orang Asli (JKKOA), Kampung Sungai Rengat, Muhammad Farok Fauzi berkata ketika ini penduduk memulakan dengan tanaman padi bukit seluas 1.20 hektar (3 ekar) dengan penghasilan sebanyak 100 kilogram (kg) ke 150kg setelah kerja penanaman padi terhenti seketika sebelum ini.
Muhammad Farok Fauzi, ketika ini penduduk memulakan dengan tanaman padi bukit seluas 1.20 hektar (3 ekar) dengan penghasilan sebanyak 100 kilogram (kg) ke 150kg setelah terhenti seketika sebelum ini.
“Kami merancang untuk menanam padi jenis ini di tanah seluas kira-kira 4 hektar (10 ekar) kerana terdapat kawasan kosong yang boleh dimajukan.
“Di samping itu, penduduk di sini boleh berkerjasama menanam padi ini dan boleh dijadikan pendapatan sampingan, ia juga boleh menjalin tali persaudaraan yang lebih erat dan semangat jati diri setempat,” katanya.
Katanya, ketika penduduk berhadapan dengan harga barangan keperluan yang semakin mahal di pasaran, maka usaha penanaman padi boleh meringankan sedikit perbelanjaan harian.
“Di samping itu, tanaman sayur dan ternakan turut diusahakan untuk keperluan penduduk di sini,” katanya.
Penduduk kampung itu, Maria King (65) berkata, padi bukit Rengat ini sedap, lembut dan berbau wangi.
Maria King (65) berkata, padi bukit Rengat ini sedap, lembut dan berbau wangi.
“Samping itu dapat mengurangkan perbelanjaan dapur untuk membeli beras, usaha untuk menanam padi ini secara lebih tersusun seperti yang disarankan memberi semangat kepada kami penduduk di sini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Kamarulzaman Mohd Fauzi @Jazuli, 50, yang menerima rawatan selama 34 hari di Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju kini sudah hampir pulih dan bakal dibawa pulang dengan segera ke tanah air dalam masa terdekat.
Dia yang koma dan mengalami strok di Korea Selatan telah memaklumkan berita gembira itu oleh isterinya Wan Hayati Wan Yaakub, 53, yang menetap di Kampung Batu Balai dekat sini.
Katanya, sepupu suaminya, Saloha Adlan, 27, yang turut berada kerana bekerja di sana memaklumkan suaminya kini sudah stabil dan pihak hospital membenarkan dibawa pulang dengan segera.
Kamarulzaman Mohd Fauzi @Jazuli, 50 (kiri) dan isterinya, Wan Hayati Wan Yaakub, 53, sebelum berangkat ke Korea Selatan dua tahun lalu.
“Kami sekeluarga di sini amat gembira menerima khabar ini dan berdoa dengan harapan segala proses untuk membawa balik Kamarulzaman berjalan lancar.
“Seluruh ahli keluarga sudah tidak sabar menanti kepulangan Kamarulzaman kerana dia dirawat di hospital berkenaan selama 34 hari termasuk 23 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju,” katanya di sini.
Dia berkata, Saloha yang menjaga Kamarulzaman di Korea akan menguruskan segala keperluan dan urusan untuk membawa balik suaminya ke sini.
Kamaruzaman yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang tisu di negara itu koma selepas muntah dan pengsan disebabkan pembuluh darah pecah selain terdapat darah beku di bahagian kepala di rumah sewanya.
Sementara itu, Saloha ketika dihubungi mengesahkan dia sedang berusaha untuk melengkapkan proses membawa pulang sepupunya ke tanah air.
“Saya sudah memperolehi surat kedutaan walaupun memakan sedikit masa dan baharu sahaja mendapat tiket penerbangan Korean Air sekiranya tidak ada masalah lain, Kamarulzaman dijangka pulang pada 2 Mac ini.
“Bagaimanapun, saya perlu membayar untuk tujuh tempat duduk dalam pesawat Korean Air dalam usaha membawanya pulang ke tanahair,” katanya.
Katanya, sebelum ini, doktor bercadang melakukan pembedahan di tekak untuk melancarkan pernafasan, tetapi dibatalkan kerana apabila tiub pernafasan di mulut dibuka, dia terus boleh bernafas dengan sendiri tanpa bantuan alat bantuan.
“Dia perlu dibawa pulang segera bagi menggelakkan bayaran bil hospital yang tinggi yang dikenakan bagi rakyat asing di sini, sumbangan dari orang ramai sehingga ini telah digunakan untuk membayar bil hospital tersebut sebanyak RM55,000, namun masih tertunggak RM66,000,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Gempa bumi berukuran 6.2 skala richter berlaku di pusat gempa bumi pada 76 kilometer barat laut Payakumbuh, Indonesia pagi ini menyebabkan gegaran kuat turut dirasai di Lembah Klang.
Satu hantaran daripada akaun Twitter @infoBMKG, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia gempa bumi berlaku di 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 km.
Gegaran turut dirasakan sekitar Pelabuhan Klang, Cyberjaya, Shah Alam dan beberapa kawasan lain. Bagaimanapun, kejadian ini tidak berpotensi berlakunya tsunami.
Jabatan Meteorologi Malaysia, @metmalaysia juga membuat hantaran di akaun Twitter untuk pemberitahuan mengenai gempa bumi yang berlaku di Semenanjung.
GB lemah M 4.9 di Utara Sumatera, Indonesia pd 12:02 tgh hari, 25 Feb 2022. Pusat GB pd 0.2° U & 100.0° T dgn kdalmn 10 km. 324km Barat Daya dr Port Dickson,NSembilan. Gegaran dirasai di Lembah Klang. MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini.MET Malaysia. pic.twitter.com/e9FMWswe6T
Orang awam turut berkongsi video kejadian yang merasakan gegaran di Sunway, Sungai Way dan semua kakitangan yang berada dalam bangunan diarahkan keluar.
Pekerja swasta, Nik Waney, 24, yang bekerja di Menara PKNS, Petaling Jaya berkata gegaran turut dirasai kerana lokasi pejabatnya berada di tingkat 12.
‘Saya duduk di tepi tingkap dan tiba-tiba terasa gegaran dan diarah turun keluar dari bangunan ini dengan kadar segera.
‘Saya memang terkejut dan takut kerana sebelum ini tidak pernah merasakan gempa bumi sepanjang hidup saya,” katanya.
Sementara itu, gegaran kuat turut dirasai di Bangunan Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.35 pagi ini.
Semua kakitangan memaklumkan gegaran berlaku kira-kira 5 minit sebelum semua warga kerja Bernama bergegas keluar dari bangunan berkenaan bagi tujuan keselamatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!