Dua orang nyaris maut dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat
KUANTAN : Dua buah kereta Proton Wira dan Proton Persona terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Segamat pada jam 4.31 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komanden operasi melaporkan seorang wanita dewasa yang berada di dalam kereta Proton Wira berjaya diselamatkan dengan menggunakan alatan khas.
Katanya, seramai 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Seorang lagi mangsa, seorang lelaki dewasa yang berada di dalam kereta Proton Persona telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah diserahkan kepada pihak Kemneterian Kesiahatan untuk tindakan lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lagu Malaysia Jaguh dan Cintai Malaysia dapat sentuhan 2 tokoh tersohor tanah air
DUA tokoh terkenal tanah air bergabung tenaga berkarya dan menghasilkan dua buah lagu bercorak patriotik dan kenegaraan terbaharu berjudul Malaysia Jaguh dan Cintai Malaysia.
Kedua-dua tokoh tersebut, masing-masing mempunyai pencapaian cemerlang yang tersendiri, Datuk Mokhzani Ismail, seorang pemain piano jazz ,komposer , penggubah muzik lulusan Berklee dan Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Manakala, Datuk Habsah Hassan atau sinonim dengan panggilan Kak Chah adalah penulis lirik tersohor yang tidak asing lagi di negara ini.
Kedua mereka ketika dihubungi merasakan sangat berpuashati dapat berkerjasama untuk menghasilkan dua buah lagu kenegaraan tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada 1 April sempena sambutan Hari Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), baru-baru ini.
Kini, kedua-dua buah lagu tersebut boleh didengari dan ditonton melalui corong radio dan televisyen.
Gemersik Korus dan Broadway Choir di bawah pimpinan Dr. Casey
Datuk Mokhzani Ismail yang mencipta dan mengubah lagu tersebut mahu lagu Cintai Malaysia dikembalikan semula ke era kegemilangan lagu berbentuk koir dengan 4 lapisan suara seperti suara soprano , alto, tenor dan bass (SATB) yang semakin pupus terutama di peringkat sekolah.
“Penglibatan kanak-kanak dalam nyanyian lagu Cintai Malaysia turut disatukan dengan kumpulan koir dewasa Gemersik Korus dan Broadway Choir di bawah pimpinan Dr. Casey yang ternyata memberikan sesuatu yang hebat.
“Malah sekolah-sekolah atau mana-mana perhimpunan boleh menjadikan lagu ini sebagai satu lagu yang wajib dinyanyikan beramai-ramai untuk membangkitkan semangat perpaduan,” katanya .
Katanya, lagu Malaysia Jaguh pula lebih ke arah genre pop moden dengan dua anak muda penyanyi dari Sabah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan lagu ini.
Arrdley Nicholas seorang vokalis terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 23 bersama Elica Paujin yang menjuarai Big Stage 2022.
“Mereka, Arrdley Nicholas seorang vokalis terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 23 bersama Elica Paujin yang menjuarai Big Stage 2022, peranan yang diberi kepada mereka sangat baik dan serasi ketika penyampaian lagu ini.
“Seorang pemuzik lagenda tanah air, Lillian Loo turut berperanan memimpin Orkestra RTM turut membawa pendengar menikmati kedua-dua naskah ini benar-benar bersifat ‘masterpiece’ dan mampu dihayati oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.
Dua buah lagu ini turut mendapat sentuhan penulis lirik tersohor yang tidak asing lagi di negara ini, Datuk Habsah atau sinomim dengan panggilan Kak Chah.
Datuk Habsah atau sinonim dengan panggilan Kak Chah.
Beliau telah menulis banyak lirik lagu untuk beberapa penyanyi ternama Malaysia dan penulis tempatan pertama memenangi Anugerah Cakera Emas dari WEA Recording Company (kini Warner Music) kerana menulis paling banyak lagu-lagu dan wanita pertama memenangi kategori Lirik Terbaik dalam pertandingan Muzik-Muzik 1987
Menurut Kak Chah , penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, memberi idea untuk melahirkan lirik lagu yang mampu diterjemahkan dalam erti kata mengeratkan perpaduan antara kaum dan melupakan segala perbedaan yang semakin menjauhkan sikap kasih sayang sesama kita.
“Apatah lagi konsep kerajaan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri perlu difahami dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat negara ini yang dapat saya gambarkan melalui lirik lagu Cintai Malaysia.
“Lebih utama buat generasi muda yang perlu berusaha lebih hebat ke arah melahirkan insan yang mampu melakar kejayaan menjadikan Malaysia Jaguh,” katanya.
Katanya, beliau sangat teruja bila liriknya turut mendapat sentuhan dari Pengarah Muzik RTM Datuk Mokhzani yang merupakan sahabatnya.
“Saya mempunyai citarasa yang sama iaitu melahirkan karya yang berupa ‘masterpiece’ yang bukan saja dapat dinikmati dan menjadi sejarah hari ini tetapi dapat ditatapi untuk generasi muda untuk tempoh 30 tahun akan datang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiada hari raya buat bapa OKU pelihara anak sakit usus
JERANTUT : Seorang bapa berstatus duda dan juga Orang Kurang Upaya (OKU) cekal mengharungi kehidupan harian dengan memelihara dua orang anaknya berusia 4 dan 8 di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini, hari ini.
Bapa OKU itu, Mat Noh Mohamad, 54, telah berpisah dengan isterinya sejak tiga tahun lalu, memberi kesan dalam kehidupannya kerana turut memelihara anak bongsunya yang tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Mohd Adam Mat Noh, yang berusia 4 (kiri) bersama bapanya.
Anaknya, Mohd Adam Mat Noh, yang berusia 4 tahun mengalami kerosakan di bahagian usus perut telah dikesan sejak dilahirkan apabila anggota dalaman itu pendek dan tersumbat.
Bapanya berkata, keadaan kerosakan ususnya semakin ketara apabila berusia dua tahun, anaknya tidak dapat membuang najis melalui dubur seperti orang normal yang lain.
“Kesakitan yang ditanggung oleh Mohd Adam sehingga ini dia hanya berdiam diri, malu apatah lagi tidak berminat untuk memiliki baju dan kasut baharu bagi menyambut hari raya.
“Dia sering kelihatan sugul dan tidak ceria untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi kerana menderita sebahagian usus perutnya keluar dan cuma dibantu dengan pemakaian beg stoma untuk membuang najis,” katanya.
Katanya, selepas pembedahan kali pertama di Hospital Tengku ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kesihatan anaknya masih tidak berubah dan usus masih tidak berfungsi dengan baik sejak dua tahun lalu.
“Pembedaan kali kedua tahun lalu sebahagian ususnya dibiarkan keluar dengan pemakaian beg stoma dan keadaan tidak selesa dan sakit apabila bergesel dengan pakaian malahan langsung tidak mampu berlari serta bermain seperti kanak-kanak lain.
“Saya masih menunggu untuk dipanggil oleh pihak hospital untuk memasukkan semula usus ke dalam perut dan tidak mengetahui mengenai nasibnya pada masa akan datang,” katanya.
Mat Noh berkata, ketika anaknya menjalani pembedahan sebelum ini dan tinggal di wad selama lapan bulan, dia sudah berbelanja sebanyak RM4,000 untuk berulang alik, penginapan dan makanan.
“Sebelum berpisah dengan isteri, saya bekerja sebagai buruh, tetapi tidak mampu bekerja berat kerana pergerakannya terhad berikutan tulang bahagian paha kanan pendek.
“Saya berhenti kerja selepas berpisah dengan isteri kerana untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada Mohd Adam yang sakit dan persekolahan abangnya setiap hari,” katanya.
Katanya, dia menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai status pemegang kad OKU, tetapi masih tidak mencukupi cuma untuk keperluan dapur sahaja.
“Saya juga berharap JKM dapat memberikan bantuan bulanan kepada Mohd Adam sekurang-kurangnya dapat untuk membeli tiga kotak beg stoma bernilai RM450 untuk kegunaan dalam tempoh sebulan.
“Bagi saya sejak berpisah dan menjaga anak yang sakit, tiada ertinya hari raya, malah untuk membeli pakaian baharu untuk hari rayapun tidak mampu kerana tidak mempunyai sumber pendapatan,’ katanya.
Orang ramai dan dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mat Noh Mohamad menerusi talian 017 9305176 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 06004-41-00010494-6.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jerantut – Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Jerantut (MDJ) melaksanakan insiatif sempadan hijau atau pun Zon Penampan (kawasan hijau) di bawah Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) di mana ianya melibatkan kawasan seluas 500 meter di sepanjang 277.16 kilometer sebelum garisan sempadan negeri Kelantan dan Terengganu.
Sempadan hijau yang membabitkan keluasan 11,156.66 hektar di Jerantut ini akan diwartakan sebagai hutan simpan kekal menurut Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Dato’ Sri Johari Harun berkata, ini adalah keputusan Kerajaan Pahang pada tahun 2021 menerusi Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang telah memutuskan Zon Penampan yang melibatkan seluas 500 meter daripada persempadanan negeri di seluruh Negeri Pahang.
Menurutnya ,itu adalah keputusan kerajaan negeri pahang pada tahun 2021 dalam masyuarat kerajaan negeri pahang memutuskan zon penampam sebanyak 500meter daripada keseluruhan sebenarnya di negeripahang ini jadi sempadan dengan negeri tu jadi 500 meter daripda sempadan tu kawasan tu tidak boleh di lakukan apa apa makna kita letak kat situ adalah zon hijau
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, Pahang .
Hadir sama ialah YDP Majlis Daerah Jerantut (MDJ), YH. Dato’ Khairun Nissa Aris, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, YBhg TPr Nik Noraisu Nik.
Johari berkata, selain pelaksanaan inisiatif sempadan hijau ini, pengubahan ini juga perlu dilaksanakan berasaskan dua sebab utama lain iaitu pengubahan zon guna tanah dan kelas kegunaan tanah serta penyediaan kawasan pelupusan sisa pepejal.
Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) disediakan bagi menyelaras pembangunan guna tanah yang didapati berubah akibat tekanan pembangunan kesan daripada hartanah semasa di Jerantut.
Ia juga bertujuan memastikan semua pembangunan yang dilaksanakan sentiasa mematuhi RT Daerah Jerantut terutama dari aspek kawalan perancangan.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Raub Dapat Klinik Baharu Ganti Klinik Ibu dan Anak Berusia 44 Tahun
PENDUDUK sekitar bandar Raub, Pahang kini boleh menikmati perkhidmatan lebih selesa selepas klinik kesihatan bandar itu mula beroperasi awal minggu ini.
Dinamakan Klinik Kesihatan Bandar Raub (KKBR), projek bernilai RM25.2 juta itu siap pada Januari lalu.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Noor Azimi Yunus berkata KKBR akan mengambil alih tugas digalas Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub yang beroperasi sejak 1979.
“Fasiliti kesihatan yang baharu ini boleh menampung kedatangan pesakit antara 300 hingga 500 sehari.
“Ini bermakna, KKBR boleh menawarkan khidmat kepada lebih 49,000 penduduk sekitar bandar Raub,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Noor Azimi turut memaklumkan KKBR antara lain menyediakan perkhidmatan seperti pesakit luar, farmasi, pergigian dan perkhidmatan sokongan lain seperti kaunseling dan makmal perubatan.
Katanya, klinik itu beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.
“KKBR juga menyediakan perkhidmatan x-ray dan ini adalah yang pertama menawarkan (perkhidmatan) x-ray di fasiliti kesihatan kerajaan dalam daerah Raub.
“Jadi, kita harap orang ramai atau penduduk sekitar Raub boleh ke KKBR untuk mendapatkan rawatan dan tidak lagi tertumpu ke Hospital Raub apabila mahu mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Imam, Bilal dan Siak Masjid
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan tambahan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 berjumlah RM640,200 untuk 2,711 penerima terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid di seluruh negeri ini.
Ini menjadikan enam kategori penerima bantuan selepas lima kategori penerima lain diumumkan semalam.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Ready Wan Ismail berkata, kira-kira 980 orang terdiri daripada imam masjid bakal menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan RM294,000.
Katanya, bilal masjid pula menerima RM200 setiap seorang melibatkan 877 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM175,400.
“Siak masjid pula akan menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 854 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM170,800,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Secara keseluruhannya bagi keenam-enam kategori Bantuan Aidilfitri tahun ini, kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13,597,100 yang memberi manfaat kepada 25,684 orang penerima.
Sementara itu, tambah beliau, bantuan kepada golongan sasar tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri.
“Saya berharap menerusi bantuan khas ini, ia dapat mengurangkan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri nanti,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hati-hati di laluan RTP Lebu dan Mempaga perbuatan khianat baling batu ke arah kenderaan
BENTONG : Pengguna di laluan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu ke Mempaga diharap lebih berhati-hati kerana berlaku perbuatan khianat membaling batu ke arah kenderaan yang melalui jalan itu sejak kebelakangan ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis Bentong telah menerima dua laporan polis berkaitan perbuatan jahat itu.
“Tular gambar dan video melalui laman sesawang Facebook ‘Kami Penduduk Bentong Official’ memaparkan berkaitan kejadian itu pada Selasa.
“Bertindak di atas maklumat itu, pihak polis sedang memburu suspek yang melakukan kegiatan khianat ini,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, bagi membendung perbuatan jahat itu, pihak polis telah bekerjasama dengan penduduk setempat di Felda Mempaga dan penduduk kampung RTP Lebu dengan melakukan pemantauan dan rondaan untuk mengesan suspek.
Anggota polis memantau kawasan kejadian dan mendapati ada kesan batu diambil untuk digunakan perbuatan khianat itu.
“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut, hubungi dengan segera Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibunpejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09- 2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Sementara itu, pemilik Facebook, Nur Cahaya Jaafar menulis, perbuatan jahat itu semakin menjadi-jadi dan semakin mengganas terutama di laluan RTP Lebu ke Mempaga.
“Malam tadi di laluan sekolah ke Lebu dan Mempaga masih terdapat banyak batu-batu berselerakan termasuk di Lebuhraya CSR, perbuatan itu bukan seorang.
“Cermin kereta saya pecah, saya takut (truma) nak keluar, harap pengguna lain berhati-hati,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Cadangan penambahbaikan kemudahan utiliti bagi Kampung Lebak, dekat sini, sedang dalam perancangan kerajaan Pahang.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, satu mesyuarat penyelarasan berkaitan perkara itu sudah diadakan semalam.
“Mesyuarat ini diadakan di Majlis Perbandaran Bentong dan ia bertujuan menyelaraskan cadangan bagi kerja tambah baik laluan utiliti di kampung berkenaan,” katanya.
Selain mesyuarat itu, Johari turut menonton satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan pembangunan perniagaan di Genting Highlands juga diadakan petang semalam.
“Perbincangan membabitkan PlanMalaysia@Pahang dan cadangan bagi projek perniagaan di Genting Highlands sangat dialukan kerajaan negeri.
“Pembangunan perniagaan dicadangkan itu di kawaaan seluas 2.85 hektar dan sudah tentu ia akan memberi impak ekonomi kepada negeri dan rakyat Pahang,” katanya lagi.
tamat-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peminta sedekah tahun 2023 lain macam, siap naik Perodua Aruz selepas selesai pusing kedai makan
Peminta sedekah tahun 2023 lain macam, siap naik Perodua Aruz selepas selesai pusing kedai makan. Pemandangan biasa sekiranya kita melihat peminta sedekah buta yang ditarik oleh seorang lagi peminta sedekah lain meminta derma di kedai-kedai makan serta restoran setiap hari.
Hanya bermodalkan tisu sepeket, peminta-peminta sedekah ini akan berjalan mengutip derma sehingga kita sendiri terfikir berapakah hasil yang diperolehi mereka sehari.
Terbaharu, satu video yang dikongsi oleh pengguna Tik Tok Suka Ngail menunjukkan sepasang peminta sedekah menaiki Perodua Aruz berwarna putih.
Lokasi rakaman video dipercayai diambil sekitar Kuala Lumpur itu menyaksikan pasangan tersebut berjalan selepas meminta derma di sebuah restoran kemudian menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut tidak jauh dari lokasi terbabit.
Rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa mereka kerana beranggapan golongan seperti itu hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.
“Sebaik-baik sedekah adalah kepada adik beradik dan keluarga kita dahulu, itu nasihat aku,” jelas Akranim Salleh.
“Aku memang dah lama hilang hormat dekat golongan macam ini, pernah aku nampak mereka naik Toyota Estima sedangkan aku bawa Perodua Axia sahaja,” kata Naim Tajudin.-Sarangburung.net.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
5 sekeluarga nyaris maut kereta terbabas sebelum terbakar
SEBUAH kereta jenis Perodua Alza terbabas sebelum terbakar di Kilometer 146, Lebuh raya Pantai Timur, dekat Chenor, pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.59 pagi.
“Berdasarkan maklumat awal diterima, terdapat lima penumpang dalam kenderaan yang terbabas itu.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran dihantar ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.
“Ketika tiba di lokasi, kenderaan itu sedang terbakar dan kereta itu musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Zulfadli berkata, semua mangsa berjaya diselamatkan dan diberi rawatan awal oleh unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) bomba.
Katanya, kereta itu dipercayai dari Kemaman, Terengganu dan dalam perjalanan ke ibu negara.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbakar,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!