Masyarakat Orang Asli Maran mahu Datuk Ismail Muttalib
MARAN – Masyarakat Orang Asli di daerah ini menjanjikan sokongan padu ‘solid’ kepada calon Barisan Nasional (BN) sekiranya penyandang kerusi Parlimen itu iaitu Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dipilih semula.
Pengerusi Batin Daerah Maran, Jantan Bujing berkata, pada masa ini hanya kepimpinan Ismail yang begitu mesra dan sangat dekat dengan Orang Asli dan diyakini dapat membantu masyarakat Orang Asli di daerah itu.
Katanya, apa yang dipohon daripada Datuk Ismail berkaitan dengan kebajikan masyakat itu tetap dibantu dan ditunaikan. Beliau sebagai ahli parlimen kerap untuk memajukan masyarakat Orang Asli.
“Sikap mesra yang ditunjukkan Ismail yang sering turun padang melihat kebajikan masyarakat Orang Asli melayan seperti saudara mara membuatkan masyarakat Orang Asli mahukan kepimpinan beliau sekali lagi.
“Oleh itu, kami sebulat suara akan memberi sokongan padu kepada beliau untuk terus membantu kami dan juga masyarakat lain,” katanya pada majlis penyampaian watikah perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Merbau di sini hari ini.
Katanya, kalau diberi kepada orang lain, mereka tidak nampak jasa dan takut bila salah pilih nanti hidup kami bertambah susah selain itu tidak mahu BN berpecah belah.
“Pada masa ini terdapat kira-kira 2,800 masyarakat Orang Asli di daerah ini yang tinggal di lapan buah kampung seluruh di daerah ini,”katanya pada majlis penyampaian watikah perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Merbau di sini hari ini.
Ismail Muttalib menjadi Ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan dalam tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-14 beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi.