Operator kren Mati dihempap kren, anggota badan berkecai
Operator kren mati dihempap kren, anggota badan berkecai
KUCHING: Nasib malang menimpa seorang operator kren lelaki selepas mati dihempap kren yang tumbang menyebabkan anggota badannya berkecai dalam kejadian di belakang Stor 100 Peratus, di Jalan Petanak, di sini, malam ini.
Dalam kejadian itu itu, mangsa yang maut berusia 51 tahun, berasal dari Kampung Praya, Padawan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.25 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.
“Sebahagian anggota badan mangsa masih tersepit, namun sebahagian lagi anggota badan dan kepala mangsa telahpun dikeluarkan dari oleh pasukan Bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak kontraktor sedang berusaha membuat kerja-kerja mengorek dari bawah disebabkan kren berkenaan tidak dapat ditarik untuk diletakkan seperti di kedudukan asal.
“Usaha bagi mengeluarkan lagi sebahagian anggota badan mangsa masih lagi dijalankan,” ujarnya.
- Sarawak Update