Nasib Pemilik Pangsapuri BGRC Dapat Perhatian
Nasib Pemilik Pangsapuri BGRC Dapat Perhatian
KUANTAN – Isu tuntutan bayaran sewa pemilik unit pangsapuri Bukit Gambang Resort City (BGRC) mendapat perhatian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Satu pertemuan antara Johari dan kumpulan pemilik pangsapuri itu diadakan Selasa lalu di Wisma Sri Pahang, di sini.
Johari berkata, isu kelewatan bayaran sewa itu sudah berlarutan sejak tahun 2018.
“Saya sudah mengadakan perjumpaan bersama pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua.
“Tindakan secara berfokus dan teratur sedang dilakukan bagi menyelesaikan isu berkenaan melibatkan tuntutan kepada pihak pemaju supaya memberikan semula hak pemilikan secara penuh kepada pemilik,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Johari berkata kerajaan negeri akan berusaha membantu dan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kebajikan pembeli terbela.
tamat-SAHIH