NAIB PENGERUSI SAMSUNG ELECTRONICS DIPENJARA
NAIB PENGERUSI SAMSUNG ELECTRONICS DIPENJARA
SEOUL: Ketua pemimpin dari kumpulan perniagaan paling berjaya Korea Selatan, Samsung; Lee Jae-yong, hari ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah, atas skandal rasuah dan jenayah lain lapor AFP.
Jae-yong, Naib Pengerusi Samsung Electronics, syarikat pengeluar telefon pintar dan pembuat cip memori terbesar dunia, didapati bersalah melakukan rasuah dan terbabit dalam penggubahan wang yang dikaitkan dengan Presiden yang dipecat, Park Geun-hye.
Jae-yong yang sering memberikan rasuah dan secara implisit meminta presiden menggunakan kuasanya untuk membantunya melancarkan proses bagi beliau mengetuai konglomerat terbesar itu, kata Mahkamah Daerah Pusat Seoul dalam keputusannya.
“Malangnya Samsung syarikat teratas negara dan kebanggaan pereka dunia, berulang kali terbabit dalam jenayah setiap kali ada perubahan dalam pentadbiran politik,” katanya.
Jae-yong yang sebelum itu dilihat hadir ke mahkamah dengan raut wajah muram dan memakai pelitup muka, tidak menjawab pertanyaan wartawan.
GAMBAR IHSAN AFP
Beliau sebelum ini mengetuai pelbagai syarikat Samsung sejak bapanya terlantar sakit, berikutan serangan jantung dan meninggal dunia pada Oktober lalu.
Samsung ialah konglomerat dikuasai keluarga, mendominasi kedudukan ke-12 ekonomi terbesar dunia.
Perolehan setara satu perlima produk domestik kasar dan penting kepada ekonomi Korea Selatan.
Ia didorong kemampuannya melabur berbilion-bilion dalam sektor strategik teknologi utama.
Kalangan pakar mengatakan hukuman terbabit akan meninggalkan jawatan kosong dalam pentadbiran Samsung dan dijangka memberi kesan terhadap pelaburan berskala besar masa depan.
“Ia benar-benar memberi pukulan dan mencetuskan krisis besar bagi Samsung,” kata profesor perniagaan di Universiti Sejong, Kim Dae-jong.