MAYAT NELAYAN LEMAS DITEMUI
MAYAT NELAYAN LEMAS DITEMUI
KUALA LUMPUR – Mayat nelayan warga tempatan dikhuatiri lemas di pantai Sungai Ular berhampiran Santuary Resort pada jam 4.30 petang semalam telah ditemui petang ini
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, mayat Mohd Shahrudin Remeli ditemui oleh pasukan Polis Marin dalam jarak 200 meter dari lokasi kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Nelayan yang berusia 26 tahun itu dipercayai lemas selepas turun melabuhkan bot di pantai Sungai Ular yang jaraknya sekitar lebih kurang 50 meter dari pantai.
“Mayat mangsa telah dibawa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.