LIMA TIPS TIDUR LENA BANTU ANDA LEBIH CERGAS
LIMA TIPS TIDUR LENA BANTU ANDA LEBIH CERGAS
Berapa jam anda tidur pada waktu malam? Cukup atau tidak? Tidur adalah perkara penting untuk sistem tubuh badan supaya boleh bekerja dengan lebih cergas dan segar keesokan harinya.
Untuk dapatkan tidur yang berkualiti, pastikan anda amalkan perkara di bawah.
Jangan Main Telefon Bimbit
Sudah menjadi kebiasaan sebelum lelapkan mata mesti melayan telefon bimbit . Sebetulnya, jangan menggunakan alat elektronik sejam sebelum anda masuk tidur. Cahaya daripada telefon bimbit atau tablet menyebabkan hormon melatonin tidak berfungsi. Hormon melatonin adalah hormon yang membantu otak rehat dan mendatangkan rasa mengantuk.
Jangan Minum Kafein
Minum minuman berkafein sekurang-kurangnya lima ke enam jam sebelum tidur. Kafein membuatkan badan anda bertenaga dan aktif. Ia mampu bertahan sehingga lapan jam dalam badan. Sebaiknya minum susu suam sebelum tidur untuk lebih selesa dan tenang.
Tilam Dan Bantal Yang Selesa
Tempat tidur kalau tidak selesa, anda tidak akan dapat tidur yang nyenyak. Tidak perlu katil yang mahal, anda hanya perlukan tilam dan bantal yang tidak menyakitkan badan dan cadar yang tidak panas. Keselesaan tempat tidur bergantung kepada individu. Seeloknya material tempat tidur adalah daripada kapas.
Mandi
Mandi malam merangsang hormon oksitosin yang membuatkan fikiran lebih tenang dan bersedia untuk rehat. Selain itu, mandi membantu menurunkan suhu badan.
Suhu Bilik
Untuk mendapatkan tidur yang lena, pastikan suhu bilik sesuai dengan keadaan. Tidak panas dan tidak terlampau sejuk untuk mengelakkan anda terjaga dan tidak selesa semasa tidur. Jika anda mempunyai penghawa dingin, setkan suhu 20 darjah celcius ke atas.