KOMEN BERUNSUR PERKAUMAN TIADA TEMPAT DALAM BUDAYA MALAYSIA, KATA HALIMAH
KOMEN BERUNSUR PERKAUMAN TIADA TEMPAT DALAM BUDAYA MALAYSIA, KATA HALIMAH
KUALA LUMPUR: Komen berunsur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia, kata Halimah Sadique.
“Komen berunsur perkauman kepada pemain badminton perseorangan negara itu tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
“Sukan telah lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan kita semua tak kira bangsa, kaum dan agama,” katanya Menteri Perpaduan Negara itu ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, , lapor FMT.
Katanya, beliau menasihati kepada semua pihak dan pengguna media sosial, jangan bangkitkan api perkauman dan elak menggunakan kata-kata yang menghiris hati dan perasaan kaum lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian Keluarga Malaysia
Beliau mengulas tindakan segelintir pihak, termasuk ahli politik, yang membuat komen berunsur perkauman terhadap S. Kisona yang bertanding dalam Piala Sudirman di Finland baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bersetuju dengan pendirian menteri itu, mencadangkan mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman dihantar semula ke Tadika Perpaduan.
“Mereka yang komen nakal (berkenaan isu perkauman) patut dihantar ke Tadika Perpaduan semula,” katanya.