KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM592,069
KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM592,069
BANTU ANGGOTA MASYARAKAT YANG TERKESAN
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rodsy Wan Ismail menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM592,069.50 untuk membantu meringankan beban anggota masyarakat yang terkesan yang disempurnakan di Bilik Kunjungan Hormat, Wisma Sri Pahang, semalam.
Antara yang menerima sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin yang menerima sumbangan berjumlah RM112,000 bagi membantu masyarakat di kawasan Dong, Raub.
ADUN Kemayan turut menerima cek sumbangan berjumlah RM50,000, ADUN Kawasan Sungai Lembing RM37,000, manakala ADUN Kawasan Padang Tengku, Datuk Mustapa Long menerima cek sumbangan berjumlah RM186,350 bagi membantu masyarakat di kawasan masing-masing.
Bagi Kawasan Sabai pula, kerajaan negeri meluluskan sumbangan sebanyak 75 keping cek sumbangan yang berjumlah RM125,000 untuk tujuan yang sama di kawasan tersebut.
Dua orang penerima, Nor Riha dan Muhammad Asyraf turut menerima cek sumbangan kerajaan negeri untuk membiayai kos perubatan.