KEPERIHATINAN DAN TANGGUNGJAWAB POLIS
KEPRIHATINAN DAN TANGGUNGJAWAB POLIS
PETALING JAYA: Kerja seorang insan yang bergelar anggota polis bukan hanya mencari kesalahan orang, tetapi juga terselit dengan keperihatinan dan perikemanusiaan yang tinggi, salah satunya ialah menenangkan serta mententeramkan anggota keluarga yang baru kehilangan insan yang tersayang.
Kejadian kemalangan maut yang berlaku pada jam 3.42 petang di lebuhraya NKVE KM 15 dari Kota Damansara menghala ke Klang, semalam, telah meragut nyawa seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di Padang Jawa.
Mangsa yang menunggang motosikal telah melanggar sebuah lori yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan harian di lebuh raya.
Semasa Inspektor Rozilah Hussin, pegawai penyiasat sedang berada dilokasi kejadian, beliau cuba menenangkan perasaan isteri arwah yang terkejut dan sedih apabila mengetahui pemergian suaminya secara mengejut.
Turut berada di lokasi kejadian, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam yang merupakan rakan seangkatan arwah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mewakili seluruh warga IPD Petaling Jaya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.