KELAYAKAN BKC BERPANDU KELULUSAN BPR
KELAYAKAN BKC BERPANDU KELULUSAN BPR
Bera – Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang dimulakan dengan fasa satu pada hari ini dikreditkan secara automatik tanpa permohonan penerima.
Ia dipilih berdasarkan syarat kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan pembayar cukai pendapatan LHDN
Timbalan Menteri Kewangan 1, Shahar Abdullah berkata, data kategori miskin tegar diperoleh daripada permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-kasih.
Bagi kategori B40 pula data mereka diperoleh daripada senarai penerima BPR 2021 manakala senarai golongan M40 yang berpendatan 4 ribu 1 ringgit hingga 9 ribu ringgit diperoleh daripada data percukaian.
Katanya, kelewatan pembayaran yang sepatutnya pada Ogos lalu ekoran perubahan pentadbiran kerajaan.
” cumanya ada keluh kesah rakyat kita akui yang mereka kata mereka dalam tempoh rayuan so jgn risau sekiranya mereka lulus dengan kelayakan sedia ada kita akan umumkan pada hujung september ini keputusan BPR rayuan sekiranya mereka layak, mereka akan menerima bantuan khas covid sekiranya mereka tidak layak kita akan guna kaedah silang data utk semak dengan data percukaian sekuranya memenuhi syarat m40 mereka tidak terkecuali terima bantuan ini.”
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Triang,Bera Pahang selepas menyertai program penyampaian BKC dan libat urus secara maya oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima bagi meringankan beban mereka.
BKC melibatkan tiga fasa yang akan dikreditkan ke akaun penerima iaitu pada September,November dan Disember.- SAHIH