4 GERAI DIREMPUH KERETA
KEJADIAN DI PASAR PAGI PEKAN MANCHIS
BENTONG: Akibat tertekan pedal minyak, empat gerai di Pasar Pagi, Simpang Pelangai, Manchis dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas dalam kejadian jam 1.11 tengahari tadi.
Warga emas Jamal Md Aleh, 75, dari di Kampung At. Buluh, Durian Tipus, Negeri Sembilan yang memandu kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Memetik laporan BH Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, semasa mangsa hendak keluar dari tempat letak kereta, beliau telah tertekan padel minyak lalu merempuh empat gerai terbabit.
GAMBAR KEJADIAN YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL
“Akibatnya kenderaanya telah merempuh empat buah gerai jualan yang berada di hadapannya yang sedang menjalankan perniagaan barangan makanan dan barang kegunaan harian di Tapak Pasar Pagi Simpang Pelangai, Manchis,” katanya
Beliau berkata kenderaannya hanya calar sahaja di bahagian bumper depan manakala empat gerai jualan rosak termasuk barang barang jualan.
Katanya, enam orang yang berada berhampiran gerai ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali seorang cedera ringan pada bahagian siku sebelah kanan sahaja.