Setiap kali tarikh istimewa suami mesti terlupa atau terlepas pandang. Bukan tarikh perkahwinan sahaja boleh lupa, kadang kala tarikh hari jadi isteri dan anak-anak pun turut terlupa. Kesian isteri dan anak-anak. Bukan niat suami untuk lupa tapi banyak perkara yang lebih penting perlu diselesaikan.
Oleh itu, para isteri cuba tolong suami untuk ingatkan tarikh-tarikh penting setiap tahun itu supaya suami tiada alasan lagi.
Minta Pertolongan
Minta bantuan isteri supaya ingatkan tarikh tersebut terutama tarikh lahir anak-anak. Dengan bantuan ini, suami boleh buat persediaan awal untuk menyambut hari lahir mereka. Tapi pastikan suami tidak lupa tarikh hari jadi si isteri.
Tulis Tarikh
Tulis atau tanda tarikh penting di tempat yang mudah nampak seperti telefon bimbit, kalendar pejabat, buku nota atau komputer. Si isteri perlu tahu satu perkara tidak semua lelaki mempunyai daya ingatan yang kuat untuk ingat semua tarikh istimewa.
Lihat Kalendar
Suami jangan hanya bergantung pada pertolongan isteri sahaja. Para suami juga perlu tunjukkan kesungguhan yang sama. Cara paling selamat adalah semak kalendar setiap hari. Jadikan rutin semak kalendar pada telefon bimbit atau buku nota untuk mengelak daripada terlepas tarikh istimewa tersebut.
Senarai Nama
Disebabkan suami terlalu sibuk, isteri perlu buatkan senarai nama orang tersayang di dalam buku cacatan suami. Senarai paling atas pastinya nama si isteri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kerajaan Pahang melancarkan 28 unit Rumah Mesra Syariah (RMS) di Taman Gelanggi, Pulau Tawar, dekat sini.
Model rumah berkenaan dilengkapi ciri disarankan Jabatan Mufti Negeri Pahang, termasuk tanda arah kiblat pada bahagian ruang tamu dan bilik tidur, serta tempat mengambil wuduk.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abdul Rahim Muda berkata, projek pertama seumpamanya itu dilancarkan di kawasan berkenaan bagi memenuhi keperluan rumah mampu milik di daerah Jerantut dan bakal diperluaskan ke daerah lain secara berperingkat.
“Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada pemaju yang berminat (untuk) membina kediaman seperti ini kerana ia dapat mempromosikan gaya hidup Islam dan memudahkan umat Islam melakukan ibadat.
“Reka bentuk ruangnya juga memberi keselesaan penghuni menjaga aurat dan privasi ahli keluarga mereka… terdapat empat bilik bagi setiap unit rumah dan ini sudah pasti dapat mengasingkan antara anak lelaki dan perempuan dalam bilik berlainan,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran RMS Taman Gelanggi, dekat sini, baru-baru ini.
Abdul Rahim berkata, fasa satu pembinaan projek RMS Taman Gelanggi mempunyai 28 unit rumah berkembar setingkat dan dua unit banglo setingkat, sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Katanya, fasa kedua membabitkan pembinaan 28 unit teres setingkat pula dijangka dimulakan awal tahun hadapan.
“Setiap unit rumah ini dijual pada harga bermula RM299,000 dengan subsidi MyHome sebanyak RM30,000 ditawarkan kepada pembeli rumah pertama yang layak.
“Projek ini dibangunkan syarikat pemaju hartanah Pembinaan Jaya Depan Sdn Bhd dengan kerjasama Jemaah Penasihat Syariah Madrasah Darul Uloom Al-Islamiyyah, Jerantut,” katanya.
Beliau berkata, projek RMS tidak hanya ditawarkan kepada orang Islam, tapi turut ditawarkan kepada pembeli daripada agama lain.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Mesra Syariah (RMS) di Taman Gelanggi, Pulau Tawar, Jerantut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Makluman awal pertembungan antara Koc ETS dengan Koc Komunter berlaku kira-kira 1830hrs petang tadi antara Stesen Kuang – Sungai Buloh.
Menurut seorang penumpang, komuter yang dinaikinya bertolak dari Kuala Kubu Bharu – Sungai Buloh jam 1750hrs petang. Difahamkan ETS itu dari arah sama dan ia berselisih dengan komuter itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sambutan Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Allahyarham Sudirman bersama barisan para artis sewaktu acara perarakan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-30 tahun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada tanggal 31 Ogos 1987.
Sumber-fb Sudirman.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISU PERCEROBOHAN TANAH DI PAHANG DAN CADANGAN PENYELESAIAN NYA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah, Raja Segala Raja.
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wata’ala,
Pada hari penghulu hari jumaat ini… mudah-mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan, afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti.
Ampun Tuanku,
MEMOHON SEMBAH MAKLUM PANDANGAN PATIK AKAN PERLUNYA TUANKU CAMPUR KUASA DALAM PENCEROBOHAN TANAH TUANKU DI RAUB PAHANG
Daulat Tuanku!
Patik dengan penuh takzim menerusi warkah ini, ingin merafakkan sembah akan
Ketidak puasan hati kami orang melayu akan pencerobohan tanah hutan simpan di raub sebanyak 4400 hektar…
Dan kami difahamkan persatuan masyarakat cina di raub serta ahli-ahli politik membawa isu ini ke parlimen untuk mendapatkan geran…serta menghalal kan percerobohan tanah berpuluh-puluh tahun lama nya…
Tuanku merupakan payung kepada semua orang Melayu-Islam dan kaum lain selaku hamba-hamba rakyat Tuanku yang menjunjung kasih Tuanku sebagai Raja mereka.
Orang Melayu-Islam di Malaysia
sememangnya terkenal dengan ketaatan dan kesetiaan mereka terhadap Raja-Raja dan berpegang teguh bahawa Tuanku merupakan Ulul-Amri (Amir) untuk negara.
Kami teguh di belakang raja-raja melayu ketika pengkhianat negara cuba ingkar titah tuanku dalam menguatkuasa tulisan jawi di pahang..dan Kami juga teguh di belakang raja-raja melayu ketika pengkhianat negara cuba menandatangani statut-rom & icerd…
Justeru, bukan hanya Tuanku merupakan satu-satunya ketua untuk orang Melayu-Islam dan ketua kepada semua rakyat Malaysia, Tuanku turut merupakan satu-satunya harapan rakyat agar sistem pentadbiran di negara tercinta ini sentiasa berpaksikan kebenaran dan tidak tersasar dari nilai peradaban Islam.
Ampun tuanku…jika penceroboh tanah di raub tidak dihukum mahu pun didenda..dan mereka pun masih berdegil tak mahu menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai dan hasil tahunan….
Jangan lah pula mereka di beri kesempatan meneruskan lagi pencerobohan tanah itu…
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini..prejudis dan sentimen perkauman semakin kuat dan menebal..seolah-olah kami orang melayu semakin ditindas…terutama bila melibatkan perundangan negara…
Contoh nya..bila sesuatu kesalahan pencerobohan tanah melibatkan orang melayu..maka dengan pantas diambil tindakan dan di jatuh hukum..
Jika kaum lain melakukan pencerobohan tanah…ahli-ahli politik..ngo-ngo menunjukkan taring untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya berlembut untuk menghalalkan pencerobohan tanah ..sedangkan hakikatnya yang salah tetap salah dan perlu dihukum…
buah fikiran patik..jika kerajaan mahu berlembut dengan tuntutan penceroboh tanah..dan untuk berlaku adil juga kepada kami orang melayu…kami mohon 60% dari 4400 hektar tanah itu untuk kami orang melayu usahakan…
Iaitu 2640 keluarga mendapat manfaat jika setiap keluarga mendapat 1hektar sahaja..patik cukup yakin..jika peluang ini dibuka..pasti kami orang melayu cukup berbesar hati dan merebut peluang ini tuanku walaupun kami di sana nanti berumah beratapkan zink,berdindingkan papan…
Dengan kehadiran kami sebagai generasi pekebun baru dan menduduki petempatan di kawasan raub akan mengubah landskap geoglogi politik seteruskan akan mematahkan usaha pencerobohan tanah yang pasti berulang semula jika isu ini menjadi senyap nanti
Biarlah kami yang menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai dan hasil tahunan kepada kerajaan negeri pahang..
Tidak lah zalim buah fikiran patik jika dibandingkan pencerobohan tanah hampir 40 tahun dan mengaut keuntungan berbilion ringgit..malah menyebabkan kerajaan negeri pahang kerugian cukup banyak kerana penceroboh tanah tidak membayar cukai dan hasil tahunan…
Ampun Tuanku, salah dan silap pembicaraan patik harap diampun,
Ampun tuanku…biarlah kami 2640 keluarga ini..yang diberi nafas baru ini.. mengusahakan tanah tuanku dengan kudrat , peluh serta darah kami sekali pun ..dan kami sedia menjunjung taat titah tuanku demi memakmurkan lagi negeri pahang tercinta ini…
Patik dengan ini mengakhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekali lagi mempersembah pohonan ampun atas apa jua kekhilafan patik menerusi warkah ini.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
IRWAN SYAMSUL
RAKYAT NEGERI TUANKU
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!