SUAMI SELALU LUPA TARIKH PENTING .


Oleh Miss Ain

Setiap kali tarikh istimewa suami mesti terlupa atau terlepas pandang. Bukan tarikh perkahwinan sahaja boleh lupa, kadang kala tarikh hari jadi isteri dan anak-anak pun turut terlupa. Kesian isteri dan anak-anak. Bukan niat suami untuk lupa tapi banyak perkara yang lebih penting perlu diselesaikan.

Oleh itu, para isteri cuba tolong suami untuk ingatkan tarikh-tarikh penting setiap tahun itu supaya suami tiada alasan lagi.

Minta Pertolongan


Minta bantuan isteri supaya ingatkan tarikh tersebut terutama tarikh lahir anak-anak. Dengan bantuan ini, suami boleh buat persediaan awal untuk menyambut hari lahir mereka. Tapi pastikan suami tidak lupa tarikh hari jadi si isteri.

Tulis Tarikh


Tulis atau tanda tarikh penting di tempat yang mudah nampak seperti telefon bimbit, kalendar pejabat, buku nota atau komputer. Si isteri perlu tahu satu perkara tidak semua lelaki mempunyai daya ingatan yang kuat untuk ingat semua tarikh istimewa.

Lihat Kalendar


Suami jangan hanya bergantung pada pertolongan isteri sahaja. Para suami juga perlu tunjukkan kesungguhan yang sama. Cara paling selamat adalah semak kalendar setiap hari. Jadikan rutin semak kalendar pada telefon bimbit atau buku nota untuk mengelak daripada terlepas tarikh istimewa tersebut.

Senarai Nama


Disebabkan suami terlalu sibuk, isteri perlu buatkan senarai nama orang tersayang di dalam buku cacatan suami. Senarai paling atas pastinya nama si isteri.