Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor mencatat sejarah menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol pada Mac ini.
‘Seorang pelumba sahaja akan ke skuad elit sekiranya mencapai prestasi yang ditetapkan sepanjang tujuh bulan,’ kata Alia.
Menurut laporan BERNAMA, pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan tersebut merupakan peluang keemasan baginya untuk mencapai prestasi seterusnya dan memasang impian untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang.
Beliau akan pulang ke Malaysia pada April atau Mei dan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada bulan Jun.
Alia berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang lebih membanggakan pada SUKMA kali ini selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada edisi 2018 di Perak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kes positif COVID-19 global terkini melebihi 309 juta jumlah kumulatif dengan penambahan lebih 1.96 juta kes dalam masa 24 jam yang lepas.
Menurut laporan Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan jumpa kes sebanyak 60.9 juta.
Diikuti dengan India dan Brazil merekodkan 35.7 juta dan 22.5 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 10 juta kes seperti United Kingdom, Perancis dan Rusia, Turki merekodkan lebih 9 juta kes.
Keadaan di Asia Tenggara pula, Indonesia merekodkan jumlah sebanyak lebih 4.2 juta kes positif, Filipina hampir 3 juta, Thailand 2.2 juta, Malaysia 2.78 dan Singapura melebihi 286,000 kes positif.
Angka kematian seluruh dunia akibat COVID-19 terkini mencatat lebih 5.49 juta.
Mengikut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat masih kekal dengan jumlah kematian tertinggi lebih 838,000 kes.
Brazil 620,000 kes, India lebih 483,000 kes dan Rusia 310,000 kes.
Mexico kini mencatat lebih 3000,000, United Kingdom, Itali, Perancis, 90,000 kes untuk Sepanyol dan Jerman lebih dengan 1000,000 kes kematian.
Kes kematian di Asia Tenggara pula, Indonesia mencatat dengan lebih 144,000 kes, Filipina lebih 52,000, Thailand lebih 21,000 dan Malaysia 31,000 kes kematian terkini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemuzik jalanan bukan menghibur tapi mendidik orang ramai hargai seni
KLANG – Seorang pemuzik jalanan bukan hanya bermain alat muzik akordion secara solo untuk menghiburkan orang ramai yang lalu lalang di pusat membeli-belah tetapi turut mendidik pengunjung untuk lebih mencintai seni terutama seni muzik tradisional.
Pemain akordion itu yang dikenali sebagai Pak Habib Legend, berusia 53 tahun berasal dari Klang sudah berkecimpung dalam muzik selama 35 tahun bersama beberapa kumpulan sebelum ini, antaranya dengan Jabatan Kebudayaan Negeri Selangor, Muzium Negeri Selangor dan kini sebagai penolong pegawai tadbir di Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang lebih menjurus kepada kebudayaan.
Pak Habib Legend bermain akordion secara solo selain menghiburkan, tetapi turut mendidik pengunjung untuk lebih mencintai seni terutama seni muzik tradisional.
Bapa kepada 5 orang anak itu, bergerak secara solo melalui Persatuan Pemuzik Jalanan yang mempunyai kira-kira 300 orang ahli.
“Saya bermain di sini (pusat membeli-belah) mengikut jadual dan slot yang diberikan kepada saya, oleh itu saya mempunyai masa kira-kira 3 hingga 5 jam bermain muzik di sini.
“Sebelum ini memang bergerak dengan kumpulan tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita kena ikut prosedur operasi standard (SOP), maka saya bergerak secara solo untuk akur dengan amalan sekarang,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat membeli belah, baru-baru ini.
Dia yang pernah menyertai festival muzik rakyat di Greece bersama kumpulan kebudayaan pada tahun 1992 amat kagum dengan negara yang menyertai pesta itu yang menampilkan pelbagai muzik tradisi masing-masing.
“Oleh itu, saya lebih memberi perhatian kepada muzik tradisi kita (Melayu) demi memartabatkannya ke pentas dunia yang juga memiliki nilai dan mutu yang tinggi.
“Persembahan muzik kita turut dikagumi dan dihargai oleh masyarakat luar melalui pemerhatian saya ketika melakukan persembahan,” katanya.
Dia berharap generasi muda wajar mencontohi legenda Muzik Malaysia, arwah Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) dan beberapa pengiat seni tanah air dalam mendokongi muzik tradisi Melayu.
Beliau berharap generasi muda sewajarnya memberi lebih tumpuan kepada muzik tradisional seperti yang dilakukan oleh legenda Muzik Malaysia, arwah Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) dan beberapa pengiat seni tanah air.
“Dalam pertandingan Muzik-Muzik, Anugerah Juara Lagi (AJL) ke-36, sudah mula ada unsur muzik tradisi diolah semula dengan menggarapkannya dengan elemen muzik moden.
“Usaha ini bagus kerana dapat mempercepatkan revolusi muzik tradisi dan boleh dieksport ke luar negara, namun jangan dilupakan muzik tradisi yang tulin dengan lagu-lagu asli yang diakui sukar untuk dinyanyikan,” katanya.
Beliau hanya giat mengadakan persembahan solo di hujung minggu dan lebih banyak bernain muzik genre tradisional dan sekali-sekala memainkan muzik moden yang sesuai dengan alat muzik akordion.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ekzema adalah keradangan kulit serta bengkak, gatal, ruam merah yang akan menjadi lebih teruk seperti melecur yang berair.
Penyakit kulit ini juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit) yang selalunya terdapat di bahagian muka, pergelangan tangan, pelipat siku dan lutut. Bahagian kulit yang terkena juga akan menjadi kasar dan berkerak.
Biasanya ekzema berlaku kepada kanak-kanak yang tidak lebih lima tahun. Penyakit ini juga tidak berjangkit hanya memerlukan penjagaan yang rapi.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Tompok-tompok pada kulit, gatal, kulit kering pada tangan, leher, muka dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisi, kasar dan bertukar warna merah.
Bengkak kecil yang berair.
Faktor-Faktor Ekzema
Keturunan.
Infeksi virus.
Bahan kimia seperti sabun, losyen atau minyak wangi.
Alahan kepada bahan makanan.
Cara Rawatan Moden
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembap, krim untuk menahan dari kering dan gatal.
Zrim Steroid untuk kegatal yang sangat teruk.
Antibiotik elak jangkitan kuman.
Untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit ekzema, pastikan kanak-kanak mempunyai bilik yang selesa, nyaman dan bersih.
Elak mandikan kanak-kanak dengan air yang suam atau panas.
Jangan pakaikan kanak-kanak baju yang kasar, tebal dan berlapis-lapis.
Pakaikan kanak-kanak pakaian material kapas dan nipis.
Jangan menggunakan sabun yang mempunyai bahan kimia tinggi.
Gunakan krim pelembap khas selepas mandikan kanak-kanak.
Awasi makanan kanak-kanak terutama yang mempunyai alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Memang perkara wajib sambil beli barang di IKEA, sambil berangan-angan nak hias rumah. Inspirasi daripada IKEA memang sering digunakan oleh orang ramai. Sebab itu IKEA menjadi tempat membeli perabot yang sangat popular. Bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia!
Nama-nama produk yang dijual juga sangat unik, ada juga yang susah nak disebut. Tapi sebenarnya perkataan yang digunapakai untuk produk yang dijual adalah nama tempat di Sweden. Maksudnya penduduk Sweden dah biasa dengar nama-nama tersebut.
Sebagai contoh, tong sampah yang dijual dinamakan sebagai Toftan. Toftan sebenarnya adalah tasik yang cantik terletak di wilayah Dalarna. Bolmen adalah berus tandas yang sebenarnya nama tasik yang cantik dikelilingi pokok di wilayah Småland , selatan Sweden.
Ketua Pegawai Pemasaran Visit Sweden, Nils Perrson melahirkan rasa bangga dengan IKEA kerana bantu memperkenalkan destinasi Sweden kepada seluruh dunia melalui produk yang dijual.
Kempen ‘Discover The Originals‘ mengumpulkan pelbagai jenis produk IKEA yang popular untuk menjadikan keaslian ikonik kepada tempat-tempat di Sweden.
Secara tidak langsung, pelanggan yang mencari barang IKEA secara atas talian akan rasa tertarik dengan produk dan tempat yang sebenarnya menjadi nama produk tersebut.
Nils Perrson berkata, kempen ini bertujuan untuk menumpang rasa bangga dan berbesar hati kerana nama-nama tempat di Sweden menjadi terkenal setelah IKEA menamakan perabot dan alatan rumah menggunakan nama sekitar wilayah tersebut.
Rak IKEA, Kallax adalah tepi pantai yang cantik di Lapland, Sweden. Lampu Höljes pula kawasan paling sedikit penduduk di Sweden.
Kawasan di bawah UNESCO juga dijadikan nama alatan dapur, Bodviken sebuah tasik gunung di Utara Sweden.
Penduduk tempatan juga rasa bangga serta menjemput pelancong datang ke Sweden untuk menikmati keindahan semula jadi yang tidak tercemar.
Ini juga inisiatif untuk menyebarkan maklumat dan cerita disebalik beberapa nama produk di IKEA adalah daripada kawasan yang cantik di Sweden.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jepun memang terkenal dengan teknologi yang canggih. Macam-macam peralatan telah mereka cipta.
Teknologi semakin maju, kehidupan semkain pantas dan urusan kerja perlu diselesaikan dengan segera.
Laporan daripada Reuters, seorang professor di Jepun berjaya mencipta sebuah alat prototaip kepada skrin televisyen yang boleh menghasilkan rasa makanan sebenar apabila dijilat.
Nama prototaip tersebut adalah Taste The TV (TTTV) adalah sebuah inovasi baru apabila penonton dapat merasa makanan yang dipaparkan pada skrin dengan rasa yang sebenar.
TTTV dibekalkan dengan 10 tin perasa yang berbeza di bahagian atas skrin akan dicampurkan untuk menghasilkan rasa makanan yang dipilih oleh pengguna.
Campuran perisa tersebut akan disembur pada filem yang bersih di atas skrin TTTV untuk dijilat oleh penonton.
Lapisan filem boleh diganti untuk memastikan kebersihan terjaga.
Pencipta TTTV dari Universiti Meiji, Homei Miyashita TV luar biasa ini diperlukan untuk menggalakkan orang ramai dapat berhubung dengan dunia luar walaupun pelbagai krisis tiba seperti virus COVID-19.
Beliau bersama 30 orang pelajar lain mencipta TTTV dan juga beberapa inovasi lain yang melibat deria rasa.
Miyashita memberitahu TTTV tersebut telah dicipta sejak tahun lepas dan anggaran kos prototaip bagi versi komersial sekurang-kurangnya 100,000 Yen (RM3,675) untuk setiap unit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sekarang jarang sangat orang guna kereta gear manual, walaupun ada tapi mungkin jumlah pengguna sedikit berbanding gear automatik.
Ada yang mahir ‘bermain’ dengan gear rendah automatik, ada juga yang hanya menggunakan gear D untuk sepanjang perjalanan.
Perkara asas yang anda perlu tahu mengenai gear automatik adalah menggunakan gear rendah membantu prestasi kereta lebih tahan lama dengan memaksimumkan kecekapan pengunaan minyak dan tingkatkan kuasa enjin.
Gear rendah adalah gear pertama dalam sistem transmisi automatik. Fungsi gear tersebut untuk perlahankan enjin dengan menghasilkan tork lebih tinggi.
Apabila pemandu menggunakan gear rendah, bermakna transmisi akan beralih dan menghasilkan had laju lebih rendah, lebih tork dan lebih kuasa kepada enjin.
Gear L pada kereta automatik adalah singkatan bagi ‘Low‘ atau ‘rendah’. Apabila pengguna menggunakan gear L, kereta akan berapa pada tahap paling rendah transmisi.
Jom tengok beberapa situasi yang pengguna boleh menggunakan gear rendah.
Semasa ‘Towing‘ Atau Kereta Tunda
Semasa kereta ditunda, letakkan gear pada gear rendah untuk menghasilkan lebih banyak kuasa enjin dan memudahkan kereta tunda untuk menarik kereta.
Semasa Turun Bukit Curam
Elak gunakan brek untuk perlahankan kenderaan anda semasa turun bukit kerana akan menyebabkan brek menjadi panas dan berisiko berlaku brek gagal berfungsi.
Gunakan gear rendah untuk mengalihkan tekanan tinggi daripada brek. Walaupun masih perlu menekan brek tetapi sistem brek tidak mudah rosak dan akan melakukan proses perlahankan kereta.
Semasa Menaiki Bukit Curam
Sering rasa kereta ‘berat’ ketika menaiki bukit. Gunakan gear rendah untuk mengangkut beban.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perodua, syarikat utomobil tempatan menawarkan rebat perkidmatan tunda, diskaun alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan jenama tersebut yang mengalami kerosakan akibat banjir yang sedang berlaku.
Pengguna kereta berjenama tempatan ini boleh menuntut perkhidmatan menunda maksimum RM100 di kedai servis Perodua bergantung pada syarat yang ditetapkan.
Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan hingga 20 peratus untuk alat gantian kenderaan jenama itu yang rosak akibat banjir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tawaran perkhidmatan nilai tambah disediakan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan Perodua.
‘Terdapat beberapa pusat perkhidmatan Perodua juga terjejas akibat banjir, pelanggan perlu mendapatkan perkhidmatan cawangan Perodua yang ada di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan ini.
‘Alat ganti tulen dilengkapi dengan jaminan pengeluaran dan kami minta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ia akan menjejaskan kondisi kenderaan,’ katanya.
Pelanggan Perodua yang mengalami kerosakkan kenderaan akibat bencana alam ini boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda dengan terman dan syarat yang ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Switzerland merasmikan mesin bunuh diri tanpa rasa sakit
Switzerland- Switzerland merasmikan mesin bunuh diri untuk sesiapa saja yang mahu menamatkan hayat hidupnya dengan tenang dan tanpa rasa sakit.
Mesin bunuh diri yang berbentuk keranda itu menjanjikan kepada penggunanya bahawa mereka akan mati dalam keadaan yang tenang dan tidak sakit.
Kaedahnya adalah mesin yang diberi nama ‘Sarco’ mendorong pengguna kepada proses hypoxia dan hypocapnia iaitu proses menurunkan paras oksigen dalam tisu dan paras carbon dioksida yang berkurangan dalam darah yang boleh menyebabkan kematian.
Dr Philip Nitschke atau lebih dikenali sebagai Doktor Kematian merupakan pengarah utama dalam projek mesin bunuh diri dengan harapan membantu mereka yang ingin membunuh diri dengan tenang dan tanpa rasa sakit dalam masa beberapa minit.
Setakat ini lebih 1,300 orang telah mendaftar awal berdeposit untuk menggunakan mesin ini secara sukarela, lapor AFP
“Projek mesin bunuh diri ini menelan kos yang tinggi namun kami akan pastikan mesin ini dapat digunakan secara menyeluruh pada tahun depan” kata Dr Philip.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ikut logik, pertama lelaki akan pandang pada seorang perempuan adalah rupa paras. Selain daripada muka yang cantik, bentuk badan, warna kulit dan cara pemakaian, lelaki sebenarnya suka sesuatu yang agak ‘rare‘ apabila memandang perempuan.
Bukan perkara yang tidak baik tapi ada faktor lain yang membuatkan lelaki tertarik pada seseorang perempuan. Ia juga bergantung pada ‘taste‘ individu tersebut. Mungkin ada pendapat yang berlainan tetapi tak mengapa! Jom tengok apa faktor pertama yang lelaki akan tengok pada seorang perempuan.
Bercermin Mata
Amboi, bukan main susah kalau pakai cermin mata, sampai ramai perempuan bertukar kepada kanta pelekap mata atau contact lens. Tapi sebenarnya kebanyakan lelaki suka perempuan yang pakai cermin mata! Lelaki suka perempuan pakai cermin mata kerana nampak bijak, seksi dan hot. Apa yang hot pakai cermin mata? Tak tahulah kan, ini semua pandangan daripada kaum lelaki. So, dah boleh simpan contact lens lepas ni.
Rambut Tak Sikat
Bad hair day boleh bertukar jadi sexy day, mungkin? Perempuan kalau rambut tak beri ‘kerjasama’ lagi-lagi kalau nak keluar, memang boleh jadi badmood! Rupanya lelaki suka tengok perempuan rambut tak sikat dan berserabut. Barulah nampak kecantikan semula jadi dan ‘sempoi’. Tapi sebagai perempuan, wajiblah nampak cantik dan kemas setiap kali keluar rumah, kan?
Tidak Makeup
Ramai perempuan cakap, mereka bersolek bukan untuk lelaki tapi untuk meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa nampak cantik untuk diri sendiri. Banyak dah duit habis untuk beli makeup. Lelaki sebenarnya suka perempuan yang tak makeup atau mungkin makeup yang tidak tebal. Makeup berlebihan dan tebal sangat pun boleh buat lelaki turn off!
Tengok Kaki
Oh, kaki yang nampak tak penting pun lelaki suka tengok? Sebab apa ya? Kaki yang bersih membuatkan lelaki nampak seorang perempuan itu seksi dan cantik. Lepas ni, hari-hari kena sapu losyen dan hilangkan segala parut pada kaki ya.
Makan
Lelaki tak suka tengok perempuan terlalu control ayu ketika makan. Mungkin penat tengok sentiasa nak cantik je, kan? Tapi jangan pla yang perempuan makan macam tak ingat dunia. Masih kena sopan ye. Perempuan yang kuat makan dan suka makan nampak seperti berani. Haa, apa lagi boleh cri kafe menarik di kawasan korang tinggal!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!