Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, setakat jam 11.59 malam Ahad lalu, 75.2 peratus atau 24,552,038 individu telah lengkap menerima vaksin COVID-19.
94.8 peratus atau 22,194,116 populasi dewasa yang sudah lengkap menerima dos vaksin.
Jumlah peratus populasi negara semakin meningkat, 97.4 peratus atau 22,809,218 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada Ahad lalu, dos vaksin yang diberi sebanyak 38,027 dos suntikan vaksin yang melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap.
3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 50,402,399.
Manakala 74.9 peratus atau 2,357,922 golongan remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin. 86.3 peratus atau 2,715,817 pula sudah menerima satu dos vaksin.
Terkini jumlah kumulatif menerima dos penggalak mencecah 506,236.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masakan yang ada banyak rempah ratus memang membuatkan makanan tersebut ‘naik’ bau dan sedap!
Rempah ratus seperti buang lawang boleh dikatakan rempah ‘mesti’ ada di rumah.
Rupa bentuk seperti bunga ini akan menaikkan aroma masakan.
Selain itu, menurut petua orang dulu-dulu bunga lawang membantu menjaga kesihatan dalaman dan wajah kulit.
Tapi mungkin ada antara kita tidak tahu bunga lawang ada dua jenis iaitu Bunga Lawang Cina dengan Bunga Lawang Jepun.
Bunga Lawang Beracun
Kalau tengok betul-betul, Bunga Lawang Cina dengan Bunga Lawang Jepun ada sedikit perbezaan dari segi saiz dan bau, Bunga Lawang Jepun kurang berbau berbanding Bunga Lawang Cina.
Bunga Lawang Jepun mempunyai bahan toksin Anisatin yang digunakan untuk meraun ikan dan dijadikan sebagai racun serangga perosak.
Ia juga boleh digunakan untuk masalah gigi dan sakit kulit.
Ciri-Ciri Bunga Lawang Cina Dan Bunga Lawang Jepun
Sebenarnya susah nak cari perbezaan antara Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun kerana untuk membezakan antara dua bunga lawang ini hanya menggunakan mikroskop melalui analisis kimia.
Kesan Menggunakan Bunga Lawang Tercemar
Elakkan memberi estrak air Bunga Lawang Cina kepada bayi dan kanak-kanak kerana satu kajian mengatakan bayi akan mengalami masalah serius, boleh menyebabkan maut jika minum air bunga lawang.
Bung Lawang Cina sering dicampurkan dalam minuman teh untuk mengurangkan rasa tekanan. Laporan yang dibuat dari Perancins, Sepanyol dan Switzerland membuktikan individu yang minum air Bunga Lawang Jepun tercemar menyebabkan masalah berhalusinasi dan loya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Makanan juga boleh dijadikan bahan kecantikan. Selalunya bahan makanan mentah seperti sayuran dan buah-buahan sahaja. Tapi kali ini mayonis juga boleh dijadikan bahan untuk anda menjadi cantik!
Selain makan dengan salad atau roti. Mayonis banyak kegunaan. Nak tahu guna untuk apa? Mari baca dan cuba!
Sel Kulit Mati
Sapukan mayonis pada kulit kering dan biarkan 10 minit. Bersihkan menggunakan kain basah, lap perlahan-lahan. Mayonis akan membuang sel kulit mati dengan segera.
Kulit Terbakar
Jika anda ke tempat yang panas mesti kulit anda terbakar atau sunburn, gunakan sahaja mayonis untuk redakan sunburn anda. Sapukan mayonis pada kawasan yang sunburn dan biarkan beberapa minit. Mayonis akan menyejukkan dan mengurangkan kepedihan pada kulit terbakar.
Kuatkan Kuku
Untuk dapatkan kuku yang cantik dan kuat, anda hanya perlu rendamkan kuku dalam mayonis selama 5 minit. Cuci menggunakan air suam. Lakukan dengan kerap.
Mask Muka
Sapu rata mayonis pada muka anda. Urut dengan lembut dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, cuci muka menggunakan air bersih. Kulit muka anda menjadi lembut.
Perapi Rambut
Caranya adalah sebelum anda syampu rambut, pakai dahulu mayonis pada rambut dan urut sehingga terkena kulit kepala. Balut rambut anda dengan memakai shower cap, biarkan beberapa minit. Selepas itu anda boleh syampu rambut seperti biasa. Mayonis akan membuatkan rambut anda lembut dan lembab.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siapa antara pasangan korang suka bercakap? Lelaki atau perempuan? Rata-rata mesti akan cakap perempuan.
Kajian pun sudah keluarkan kenyataan, perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki dalam satu hari.
Masa bercinta si lelaki layankan je apa yang teman wanita dia cakap, bebel dan berceloteh sepanjang hari. Boleh dikatakan kalau tak dengar teman wanita membebel, terus rasa rindu.
Tapi pelik tak, bila dah kahwin, dengar bebelan isteri ada pula yang merasakan beban dan ‘bising’.
Tahu tak, sebenarnya mendengar bebelan isteri adalah salah satu faktor yang membuatkan otak si suami jadi kreatif dan bijak! Wow! Betul ke ni?
Melayan isteri bercakap atau berleter menjadikan otak si suami jadi geliga. Macam kelakar pula, kan? Mesti ada sebab.
Otak si suami akan menjadi bijak jika mendengar isteri celoteh akan mendatangkan idea-idea baru walaupun perkara yang isteri bebelkan itu, tidak ada kena mengena dengan urusan atau pekerjaan si suami.
Purata menunjukkan seorang perempuan mampu bercakap 20,000 patah perkataan sehari dan lelaki pula hanya 7,000 patah perkataan sahaja.
Jauh betul bezanya, ya.
Oleh itu, mungkin ada ayat si isteri membuatkan suami mendapat idea.
Lebih banyak perkataan yang isteri sampaikan membolehkan si suami memproses perkataan dan lebih cepat berfikir.
Wanita bercakap lebih banyak daripada lelaki menyebabkan kaum hawa ini mampu berfikir 10 kali ganda lebih cepat berbanding lelaki.
Kepada isteri, inilah masanya untuk berceloteh setiap hari untuk membuatkan suami anda berfikir dengan pantas.
Suami pula, janganlah rimas apa yang isteri cakap tu, mungkin ada betulnya. Kalau salah, tolong betulkan, okey?
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia bakal memasuki fasa endemik Covid-19 pada hujung bulan Oktober ini.
Fasa endemik akan bermula sekiranya 80 peratus orang dewasa lengkap mendapatkan dos vaksin.
Apakah Maksud Endemik?
Endemik membawa maksud penyakit atau wabak yang sentiasa ada di satu kawasan, daerah atau lebih besar adalah sebuah negara.
Sebagai contoh, penyakit malaria yang pernah menyerang benua Afrika secara berleluasa adalah antara endemik yang melibatkan seluruh dunia.
Negara yang terlibat dengan penyakit malaria ini adalah Republik Congo, Madagascar dan Peru.
Ini bermakna fasa endemik bukanlah bermaksud virus sudah tamat tetapi kita sebagai penduduk terpaksa hidup dengan virus ini.
Kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada sepanjang fasa endemik ini.
Apakah perkara yang perlu kita mengambil berat untuk persediaan menghadapi fasa endemik Covid-19?
Jangkitan Akan Berlaku
Disebabkan kita akan hidup bersama virus Covid-19 ini, wabak ini akan sentiasa ada dalam udara dan di mana-mana.
Jangkitan wabak Covid-19 akan tetap berlaku cuma jika bernasib baik, pesakit akan sihat seperti sedia kala atau akan berlaku kematian akibat jangkitan yang teruk.
Jika setiap orang sudah lengkap divaksin, besar kemungkinan kadar jakitan dan kadar kematian adalah rendah.
Antibodi Meningkat Daripada Jangkitan Virus
Sedar tidak sedar, mungkin ada antara kita pernah dijangkiti virus ini tanpa ada simptom.
Mungkin sekadar demam biasa, atau mungkin disahkan positif Covid-19 tetapi disebabkan ada varian dalam badan yang menyebabkan antibodi kuat, maka jangkitan tidak melarat.
Sistem pertahanan dalam tubuh badan kuat, tidak semestinya individu tersebut tidak dijangkiti tetapi sistem badan bergerak sebagai satu sistem menyebabkan badan terselamat kecuali individu tersebut mempunyai penyakit kronik.
Kes Akan Meningkat Jika Tidak Mengamalkan SOP
Walaupun negara memasuki fasa endemik, Prosedur Operasi Standard (SOP) wajib dipatuhi di mana anda berada.
Jaga jarak dengan orang ramai, memakai pelitup muka, basuh tangan guna sabun dan pastikan pakai cecair pembasmi kuman sentiasa.
Fasa endemik bukanlah ‘lesen’ orang ramai untuk tidak mengamalkan SOP kerana masih ada jangkitan virus boleh berlaku.
Tingkatkan Sistem Daya Tahan Badan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat
Sistem badan individu yang menentukan seseorang tersebut boleh bertahan atau tidak sekiranya dijangkiti virus Covid-19.
Antibodi adalah sebahagian kecil daripada sistem pertahan badan yang boleh turun dan naik.
Selepas dicucuk vaksin, antibodi secara automatik akan naik dan menahan tubuh daripada virus menjadi lebih teruk.
Selain daripada mengambil vaksin, pastikan pengambilan makanan adalah betul, tidur yang cukup, kawal tekanan dan lakukan aktiviti fizikal yang mampu kekalkan kesihatan badan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, ramai yang tidak melakukan aktiviti luar rumah termasuk bersenam untuk mengawal penyebaran COVID-19.
Tetapi PKP sudah mula dilonggarkan dan membenarkan rakyat melakukan aktiviti luar seperti bersenam, ramai yang mula mengeluarkan peluh termasuk pergi ke gimnasium.
Menjaga kesihatan dalaman badan bukanlah untuk orang muda sahaja, bahkan warga emas juga sangat digalakkan bersenam dan melakukan aktiviti yang meningkatkan kecergasan badan.
Usia bukan penghalang, bersenam membuatkan individu tersebut dapat mengawal gula dalam badan dan tidak mudah diserang penyakit.
Di negara jiran, Jakarta tular seorang nenek pergi ke gimnasium untuk bersenam dan menggunakan peralatan senaman dengan begitu mahir.
Menurut Liputan6.com, video yang tular melalui media sosial TikTok dari akaun @kentangmaksimall nenek tersebut bukan sahaja bersenam malah memakai baju kebaya tradisional ketika melakukan senaman.
Nenek ini juga tidak memakai kasut sukan tetapi dengan keadaan begitu semangat nenek ini tidak luntur sambil mengangkat beban peralatan sukan.
Ramai yang memuji bentuk badan nenek kelihatan ramping dan sihat.
Video tular hingga mencecah 10.6k komen dan 322.1k likes.
Jadi apa alasan anda untuk tidak menjaga kesihatan dan tidak bersenam?
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Walaupun banyak restoran sudah mulakan perniagaan, kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19.
Selain daripada kurangkan keluar rumah, jaga jarak dengan orang ramai dan sentiasa pakai cecair pembasmi kuman, kita juga perlu menjaga cara pemakanan.
Sekarang kita disarankan untuk masak di rumah supaya terjamin kebersihan dan kualiti makanan. Oleh itu, jom tengok tips macam mana nak pastikan makanan yang kita masak sentiasa berkhasiat, sihat untuk daya tahan badan dan makanan sentiasa berkualiti.
Peralatan Yang Bagus
Tidak semestinya kena beli barang memasak yang mahal, cukup sekadar dalam kemampuan anda. Atau anda boleh beli semasa diskaun besar-besaran!
Laburkan sedikit simpanan anda untuk kesihatan seumur hidup. Banyak jenama perkakas dapur yang berkualiti dan harga yang mampu milik.
Bahan Mentah
Pilih bahan mentah seperti sayur, daging dan barang keperluan yang berkualiti tinggi.
Kurangkan pengambilan makanan segera atau makanan yang sejuk beku.
Bahan yang berkualiti dan segar akan membuatkan masakan lebih sedap dan sihat.
Cara Masak
Jangan risau, jika anda tidak mempunyai cara masak anda boleh buar rujukan sama ada bertanya kepada orang lain atau menggunakan teknologi sekarang.
Senang je, buka je handphone dan cari cara masak makanan yang berkhasiat. Semuanya dihujung jari, pasti masakan anda menjadi.
Banyakkan kaedah memasak secara bakar, rebus, kukus atau panggang. Kurangkan makanan berminyak yang semamangnya tidak sihat untuk jangka masa panjang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mungkin tak ramai tahu jus lidah buaya boleh membantu penghidap penyakit diabetes.
Pesakit diabetes perlu menjaga kadar gula dalam darah untuk mencegah komplikasi kesihatan harian.
Peningkatan kadar gula dalam darah menyebabkan gangguan metabolisme yang dikenali sebagai Diabetes Mellitus yang menyebabkan produksi insulin bermasalah.
Lidah buaya bukan sahaja baik untuk kecantikan kulit, malah memberi manfaat kepada badan seperti mencegah sembelit, kurangkan penyakit kulit, cacing dan sebagainya.
Lidah buaya mempunyai nutrisi yang baik antaranya enzim, kalsium, magnesium, fosfor, zat besi, antioksidan, vitamin A, B, C dan E.
Jus Lidah Buaya Sebagai Hipoglikemia
Hipoglikemia adalah kadar gula dalam darah (glukosa) berada di bawah aras normal. Minum jus lidah buaya dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah dengan segera.
Manfaat dalam lidah buaya seperti kromium dan alprogen dipercayai merangsang rembesan insulin dan membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Mengandungi Glukomanan dan Antrakuinon
Antara khasiat dalam jus lidah buaya adalah glukomanan. Kandungan polisakarida yang terdiri daripada galaktosa, glukosa dan mannose mudah larut dalam air dan mudah menyerap ke dalam tubuh. Oleh itu, gula dalam darah boleh turun dengan cepat.
Mempunyai Antioksidan
Jus lidah buaya mempunyai antioksidan dan bersifat anti radang. Zat ini mampu melindungi tubuh badan dari cedera atau luka yang sering ditakuti oleh pesakit diabetes.
Kepentingan antioksidan kepada pesakit diabetes adalah untuk lindungi pembuluh darah dari rosak dan kurangkan risiko komplikasi kepada ginjal, otak dan jantung.
Menghasilkan Insulin
Minum jus lidah buaya adalah salah satu alternatif untuk suntikan insulin kerana tidak berlaku kesan sampingan yang bahaya. Selain dari itu, jus lidah buaya menghasilkan insulin.
Mencegah Dehidrasi dan Keradangan
Lidah buaya tumbuhan yang mempunyai kandungan air yang banyak hingga sering dijadikan bahan untuk kekalkan kelembapan seperti produk kecantikan.
Jus lidah buaya dapat membantu kekalkan kelembapan badan setelah melakukan pelbagai aktiviti. Ia juga mencegah keradangan dan kurangkan kesan keradangan dalam badan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAHAK PEKAT SUMBAT RUANG TENGGOROK PESAKIT POST COVID-19
Seorang doktor pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Dr Hana Hadzrami menyatakan kahak separa pepejal yang menyelaputi ruang tenggorok seorang pesakit post Covid-19 yang sudah lebih 2 bulan dirawat di wad ICU berjaya diselamatkan.
Pesakit tersebut terlalu lemah untuk mengeluarkan sendiri kahak menyebabkan ia (kahak) itu kering dan menyumbat ruang pernafasan.
“Mujur ia boleh ditarik keluar semasa proses reintubasi. Sebaik tiub pernafasan dimasukkan, ada selambak lagi kahak yang pekat, likat dan kuning berjaya disedut keluar dari paru-paru pesakit itu,” katanya melalui Media Sosial, Medical Mythbusters Malaysia (M3).
Katanya, pesakit itu yang masih muda dan pada mulanya menyangkakan dia hanya mendapat flu biasa, sebaliknya dia mengidapi Covid-19.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERAMAI 223,386 MASIH BELUM MENDAFTAR UNTUK DIVAKSINASI DI PAHANG
JERANTUT: Seramai 223,386 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negeri Pahang masih belum mendaftar untuk divaksinasi Covid-19, manakala 793,749 atau 47.3 peratus sudah mendapat dos pertama dan 621,661 (37%) sudah lengkap divaksinasi daripada jumlah keseluruhan populasi di negeri ini.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, golongan yang belum mendaftar seramai 223,368 orang di negeri ini diharap mereka mendaftar dengan segera selain pihaknya berusaha mencari dan mengesan mereka.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus (berdiri kiri) sedang melihat perjalanan PPV Outreach di Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Padang Piol bersama Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Datuk Mohd Khairi (berdiri kanan), hari ini.
“Oleh kerana masih ramai yang belum mendaftar berkemungkinan tidak mempunyai akses internet dan kemudahan lain, maka pihak kami giat mendekati golongan ini terutama di luar bandar dengan mengadakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach.
“Sebagai cara serampang dua mata, dengan kemudahan ini (Outreach), pergerakan orang ramai untuk mendapatkan vaksin tidak perlu bergerak jauh serta memberi kemudahan untuk yang belum mendaftar,”katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Padang Piol, hari ini.
Katanya, selain itu, kira-kira 382,000 penduduk yang belum disuntik, sebahagian daripada kumpulan ini belum mendaftar manakala sebahagian lagi hanya menunggu panggilan untuk disuntik,”katanya.
“Negeri Pahang mensasarkan rakyat negeri ini agar mendapat vaksin seramai mungkin dan kalau boleh melebihi 80 peratus bergantung kepada bekalan vaksin yang diterima.
“Kita turut meletakkan sasaran 100 peratus yang sudah mendaftar untuk mendapat suntikan dos pertama selewat-lewatnya menjelang hujung September ini,” katanya.
Katanya, Jabatan Kesihatan negeri Pahang dan seluruh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) bekerja keras menangani pemberian vaksin dengan segera serta mendapat kerjasama daripada banyak pihak.
“Semoga seratus peratus daripada 1.175 juta yang layak disuntik akan menerima vaksinasi di negeri ini seiring dengan negeri-negeri lain.
“Kepada yang sudah menerima vaksin lengkap diharap sentiasa berjaga-jaga kerana anda masih boleh dijangkiti tetapi dengan risiko yang rendah berbanding yang masih belum divaksin,”katanya. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!