Seorang bayi ditinggalkan di dalam kereta secara bersendirian walaupun tingkap belakang terbuka sedikit. Mana mak dan ayahnya ya? Nasib baiklah pekerja Tesco dapat selamatkan budak tu.
Kalau nak tahu, kejadian ini berlaku di Tesco SEAGATE Penang. Dah banyak sangat kes budak lemas dekat dalam kereta atas sebab kecuaian diri sendiri.
Kepada ibu bapa di luar sana, jangan sesekali tinggalkan anak di dalam kenderaan walaupun memberi alasan nak cepat. Sayangilah anak-anak korang tu.
Sumber: PenangKini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerusi tayar terpakai yang dibuat untuk mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) enam bulan lalu mendapat sambutan dan kini menjadi sumber pendapatan lumayan, kata Mat Jmn Ijam, 59.
Peneroka Felda Jengka 24 Jerantut Pahang ini, berkata, ketika PKP, masa banyak terluang di rumah kerana tidak boleh keluar, menyebabkan beliau sering melayari media sosial dan terjumpa idea membuat kerusi dari tayar terpakai ini.
“Dari situ sifat ingin mencuba, membuak, apatah lagi di rumah nii terdapat banyak longgokkan tayar lama di dalam stor yang sebelum ini sering dijadikan tenpat menanam bunga,” katanya.
Beliau berkata, apabila siap kerusi tayar terpakai ini agak selesa di duduki dan menjadi kerusi santai yang unik dan sesuai di setiap kediaman terutama di kawasan luar rumah kerana ia lasak dan tahan pada cuaca panas atau hujan. .
Menurutnya kerusi itu mendapat perhatian peneroka dan anak muda di sini apabila melihat kerusi itu di depan rumah saya dan mereka mula menyebarkan melalui facebook dan mula menjadi viral.
Katanya dari situ orangramai mula membanjiri rumah untuk melihat yang tertarik dengan keunikan dan ketahanannya. Mereka mula membuat tenpahan untuk mengisi halaman rumah masing masing dan kini saya tidak menang tangan menyiapkannya.
Katanya, pada masa ini beliau membuat tempahan khas tayar terpakai dari kedai tayar di Jerantut bagi memenuhi tempahan dari pelanggan.
Mat Jan berkata, beliau menggunakan peralatan yang asas untuk membuat kerusi itu, iaitu tayar terpakai, tali dan pita pelekat, selain gerudi sebagai alat penebuk lubang.
“Satu kerusi memerlukan tiga tayar dengan satu daripadanya diukir dan dipotong khas untuk dijadikan penyandar.
“Saya membuat kerusi ini pelbagai saiz, bergantung kepada jenis tayar yang digunakan dan dijual dengan harga RM 60 ke RM 70 setiap satu,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini dia sudah menjual lebih 100 kerusi itu di kalangan peneroka FELDA Jengka dan orang luar dan setiap hampir setiap hari ada orang membuat tempahan.
** Jika sesiapa yang berminat untuk tempahan anda boleh terus telefon terus ke Pak Jam
+60 11-2195 6042
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JengkaBakery merupakan kilang pembuat roti yang terkenal di sekitar Jengka, Maran dan Jerantut. Jika ditanya roti sardin yang paling sedap sudah tentulah pelanggan akan menjawab roti sardin Jengka 11 atau JengkaBakery.
Kilang ini telah dibuka pada 3 Mei 1984 di Jengka 11.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak pakcik tampil untuk memberi penjelasan setelah viral
Aku tak nak cakap banyak biar video berbicara Walaupun dia salah tapi dia berniaga tu bukan untuk kaya pun..sekadar untuk sesuap nasi..
Bukannya dia pacak payung pacak khemah ke apa pon..so xperlu perlaku mcm tu.
Penjelasan daripada anak pakcik siti norfadhilla
Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia degil dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain2 .
Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retinitis Pigmentosa yang menggaggu penglihatan ayah saya .
Untuk pengetahuan kalian ayah saya marah dalam video ni sebab mereka datang tinggikan suara dan cakap “sampai bila ENGKAU nak berlakon buta ?”
Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati . Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya .
Dia memang sangat tertekan kerana tak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata macam tu . Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya .
Kalau dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni . Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan merompak . Saya sangat kecewa dengan semua ni .
“Terima kasih Ustaz Ebit Lew di atas keprihatinan ustaz. semoga Allah sahaja membalasnya.”
Sumber – Aman Shah ||
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kemunculan Spiderman menjaja durian di tepi jalan berdekatan stesen minyak Gambang pasti menarik perhatian pengguna jalan raya di laluan itu sejak empat hari lalu yang ditularkan di media sosial dan menjadi bualan umum.
Penjaja durian kampung yang dibawa terus dari Kampung Ulu Cheka, Jerantut memperagakan kostum Spiderman yang popular di kalangan kanak-kanak turut menarik perhatian pengguna untuk berhenti.
Penjaja itu, Mohd Rafiq Rosli, 33, berkata ada pengguna jalan raya berhenti selain membeli durian turut mengambil peluang bergambar terutama kanak-kanak.
“Malah ada penduduk tempatan berdekatan Gambang yang ternampak kelibat saya sanggup mengambil anaknya di rumah dan datang semula ke tempat saya menjaja sekadar untuk bergambar sahaja.
“Seronok juga, sambil berniaga, Spiderman durian boleh bergambar kerana saya memang berminat dengan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Bapa kepada dua orang anak itu, mempunyai tiga pasang kostum iaitu CaptainAmerica, Ultraman dan Spiderman yang dibeli sendiri dan menggunakannya mengikut majlis atau program yang terbabit.
Katanya, pendekatan memakai kostum itu sekadar memeriahkan suasana ketika musim durian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan dia tak dapat menjual aiskrim.
“Hampir tiga bulan saya tidak berniaga samada di pasar malam, pekan sehari atau majlis, oleh itu saya bersama kawan berpakat menjual durian di kawasan Gambang kerana kurang persaingan,” katanya.
Manakala rakannya, Mohd Razif Ahmad, berkata dia mengambil keputusan menjual durian di kawasan Gambang kerana di bandar Jerantut sudah ada puluhan penjual dan penjaja durian.
“Kami sanggup membawa sehingga 300 kilogram durian kampung ke Gambang yang jaraknya hampir 400 kilometer dan kadang-kadang dalam perjalanan balik kami singgah menjual baki durian di kawasan Temerloh dan Mentakab.
“Spiderman juga menjadi tarikan pembeli kerana mereka (pembeli) nampak ada kelainan dalam cara kami buat promosi,” katanya.
Katanya, mereka tidak mampu menjual durian klon seperti MusangKing, IOI, TokLituk , Duri Hitam dan D24 kerana memerlukan modal yang besar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!