KEPUTUSAN PERLAWANAN EPL
Berikut adalah keputusan perlawanan English Premier League (EPL) membabitkan empat lagi pasukan yang berlangsung awal pagi tadi.
Manchester United vs Crystal Palace

Arsenal vs West Ham United

Berikut adalah keputusan perlawanan English Premier League (EPL) membabitkan empat lagi pasukan yang berlangsung awal pagi tadi.
Manchester United vs Crystal Palace

Arsenal vs West Ham United

Berita Sukan
KIM SWEE CALON UTAMA GANTI DE ROO
KUALA LUMPUR: Ketua Unit Pembangunan Belia Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee dilihat sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan pengarah teknikal badan induk itu selepas kontrak penyandangnya, Peter de Roo berakhir hujung tahun ini.![]()
Pemerhati bola sepak, Dr Zulakbal Abd Karim berharap badan induk itu dapat mempertimbangkan supaya melantik bekas jurulatih skuad kebangsaan dan pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara, sekali gus membolehkan projek F:30 diteruskan.
“Kedudukan Kim Swee sebagai individu yang sudah berada dalam sistem pasti memudahkan perancangan selepas ini, apatah lagi dia sudah ‘masak’ dengan budaya kerja dan iklim bola sepak di negara ini.
“Bagi saya, (Kim Swee) memang individu paling tepat kerana ketika ini pun dia penolong pengarah teknikal FAM… jadi dia boleh meneruskan apa yang sudah sedia ada bagi memastikan kesinambungan projek F:30 dan program bola sepak lain.
“Bukan tidak boleh ambil kepakaran luar tetapi untuk pembangunan dalam F:30, kita baru sahaja bermula dengan silibus baharu dan saya khuatir bila orang luar masuk, dia mungkin akan merombak sistem yang ada dan mengganggu perancangan yang sudah disusun,” katanya.![]()
Zulakbal berkata, FAM juga wajar memberi kepercayaan penuh kepada anak tempatan dalam membina DNA bola sepak Malaysia yang sebenar.
Kontrak de Roo sebagai pengarah teknikal berakhir hujung tahun ini selepas pengendali dari Belanda itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak itu selepas mula dilantik tiga tahun lalu.
Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengakui satu kerugian sekiranya FAM tidak menggunakan khidmat Kim Swee selepas badan induk itu sendiri yang ‘menariknya’ untuk terbabit dalam bola sepak.
tamat
Berita Sukan
FAM UMUM PENGGANTI DE ROO TIDAK LAMA LAGI
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menamakan Pengarah Teknikal badan induk itu yang baharu dalam masa terdekat, selepas peyandangnya, Peter De Roo melepaskan jawatan itu baru-baru ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sedang meneliti calon yang paling sesuai, walaupun Ketua Unit Pembangunan Belia FAM, Datuk Ong Kim Swee yang juga penolong De Roo, dilihat paling sesuai mengisi kekosongan jawatan itu.
“Mungkin sebelum akhir September atau awal Oktober, kita umumkan Pengarah Teknikal FAM yang baharu.![]()
“Kita perlu mengambil masa untuk meneliti calon sesuai di peringkat Jawatankuasa Teknikal, sebelum nama calon itu dibawa kepada mesyuarat exco FAM untuk proses kelulusan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Baru-baru ini, De Roo mengumumkan melepaskan jawatan disandangnya sejak 2017, namun tidak mendedahkan punca beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bagi jawatan yang tamat pada penghujung 2020.
De Roo yang berasal dari Belanda, menjadi antara watak penting dalam membangunkan DNA bola sepak negara yang baharu, sejak dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 2017.
tamat
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang utama Pahang, Mohamadou Sumareh dipercayai sudah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) melalui peguamnya, baru-baru ini.
Difahamkan, surat itu antara lain mengemukakan tuntutan berjumlah RM1 juta daripada PBNP kerana didakwa gagal membayar tunggakan gaji, selain tidak mematuhi syarat kontrak yang dipersetujui antara kedua pihak sebelum ini.
Bagaimanapun, surat dikemukakan peguam mewakili Sumareh berpangkalan di Switzerland itu tidak menggentarkan pihak pengurusan PBNP dan mahu isu berkenaan diselesaikan sebaik mungkin, selain sedia melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pemain berstatus naturalisasi itu.
Menurut sumber, keputusan PBNP itu dibuat selepas mesyuarat pihak pengurusan tertinggi persatuan berkenaan dua hari lalu.
Ketika ini, PBNP sedang mengumpul bukti dan sedia merujuk perkara itu kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.
“Pelbagai tohmahan dilempar terhadap PBNP dan skuad Tok Gajah, termasuk berkaitan tunggakan gaji pemain sehingga mendorong dia (Sumareh) meninggalkan pasukan.
“Ada juga pihak tertentu mendakwa kami (Pahang) sudah menerima wang (bayaran) tebus kontrak Sumareh untuk musim 2021-2022 bernilai jutaan ringgit… dakwaan ini tidak tepat dan tidak berasas.
“Jika skuad Tok Gajah menghadapi masalah pembayaran gaji, sudah tentu bukan Sumareh saja yang akan bising, mungkin ada pemain lain yang turut mengambil tindakan sama dan menyuarakan rasa tidak puas hati,” katanya.
Beliau berkata, sikap Sumareh menghilangkan diri dan tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan adalah sangat mengecewakan serta tidak profesional.
“Kita akan ambil tindakan ini kerana bukannya PBNP tidak membayar gaji, cuma membayarnya separuh daripada gaji berikutan masalah yang timbul sejak wabak COVID-19 mula melanda negara awal tahun ini,” katanya.

Jodoh pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh bersama pasukan Pahang menghampiri penghujungnya.
Pengurus pasukan Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan Sumareh yang masih memiliki baki kontrak sehingga 2022 sudah tidak mempunyai hati bersama pasukan berkenaan selepas pemain sayap kebangsaan itu tidak menyertai sesi latihan skuad Tok Gajah sejak sebulan lepas.
Menurut beliau, sikap yang mencerminkan seseorang pemain tidak profesional itu telah dibawa ke peringkat tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak tertinggi PBNP akan membuat keputusan selanjutnya serta tindakan disiplin yang bakal diambil. Buat masa sekarang saya tak boleh komen dari sudut tindakan.

“Cuma saya melihat dalam hal ini, hati Sumareh mungkin tidak lagi bersama Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke-56 di sini, hari ini.
Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh sebelum ini mendedahkan pemain kelahiran Gambia berusia 27 tahun itu tidak menyertai sesi latihan, sekali gus menjejaskan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bersambung semalam.
Pada masa sama, Mohammed Suffian berkata pihaknya tidak didatangi mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Sumareh, sekali gus menafikan terdapat unsur tapping up (merekrut pemain ketika masih terikat dengan kontrak bersama pasukan lain).
“Mungkin ada pasukan yang berhubung secara peribadi dengan beliau, itu kami tak ada pengetahuan tetapi proses sebaiknya pemain itu datang berjumpa dengan pengurusan tertinggi secara bersopan-santun untuk berbincang. Sebagai contoh isu perpindahan Matt Davies yang tampil berbincang terlebih dahulu,” tambah beliau.
Sementara itu, Sumareh dalam hantaran terkini dalam akaun Instagram miliknya memohon maaf kepada peminat dan penyokongnya.

“Sayangnya perkara terjadi seperti ini, saya tidak berniat untuk mungkir janji mengenai sokongan saya terhadap kelab berprestij ini. Bagaimanapun, kadang kadang sesuatu perkara tidak berlaku seperti yang dirancang. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
“Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lanjut. Hanya masa yang akan menentukannya,” kata Sumareh.
Sumber: BERNAMA