MADRID: Penunggang Itali Franco Morbidelli akan bermula dari petak depan di MotoGP Valencia, dengan pencabar terdekat Joan Mir untuk Kejuaraan Dunia gagal memanfaatkan persembahan kurang memberangsangkan pelumba Sepanyol itu pada sesi kelayakan.
Morbidelli dari Petronas Yamaha mencatat masa terpantas 1 minit 30.191 di litar Ricardo Tormo manakala pelumba Australia Jack Miller dan Takaaki Nakagami dari Jepun melengkapkan barisan depan.
Mir hanya mencatat masa ke-12 terpantas dan terakhir pada sesi kelayakan Q2, tetapi dia boleh menarik nafas lega apabila pelumba Perancis Fabio Quartararo dan pelumba Sepanyol Alex Rins, yang berada di tangga kedua dan ketiga kejuaraan, gagal mengambil peluang itu, lapor APF.
Kelebihan 37 mata menyaksikan Mir hanya perlu mencari penamat podium pada perlumbaan kedua terakhir musim ini esok bagi mengesahkan kejuaraan, dan keempat juga sudah mencukupi jika Rins atau Quartararo tidak memenangi perlumbaan.
Quartararo akan bermula dari petak ke-11, dengan Rins di petak ke-14.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Hungary bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan Iceland 2-1 dan memastikan tempat ke Euro 2020.
Hungary dan Iceland bertemu pada peringkat kumpulan Euro 2016 di Perancis, seri 1-1 dan masing-masing berharap layak buat kali kedua berturut-turut ke pusingan akhir Kejohanan Eropah selepas menang play–off separuh akhir bulan lalu.
Iceland mendahului pada sebahagian besar permainan di Budapest dan tampak akan layak kali ketiga berturut-turut ke kejohanan utama selepas sepakan penjuru Gylfi Sigurdsson mengatasi Peter Gulacsi pada minit ke-11.
Bagaimanapun Hungary menyamakan kedudukan pada minit ke-88 apabila Loic Nego, pemain Hungary yang dilahirkan di Perancis, meledak gol selepas bola cuba dikeluarkan Kari Arnason sampai kepadanya.
Dan pasukan tuan rumah itu tidak perlu menunggu tambahan masa untuk mencipta kemenangan ketika sepakan rendah Dominik Szoboszlai menerjah ke penjuru bagi memastikan kemenangan 2-1 pada masa kecederaan.
Naib juara Piala Dunia dua kali kali, Hungary menamatkan kemarau gagal layak ke kejohanan utama selama 30 tahun apabila mereka beraksi pada Euro 2016 dan mara ke kelompok 16 terakhir seperti dilaporkan AFP.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Berikut keputusan undian pusingan akhir Euro 2020 bagi peringkat kumpulan yang bakal diadakan pada 11 Jun hingga 11 Julai tahun depan yang dilaporkan AFP.
Kumpulan A – Turki, Itali, Wales, Switzerland
Kumpulan B – Denmark, Finland, Belgium, Russia
Kumpulan C – Belanda, Ukraine, Austria, Macedonia Utara
Kumpulan D – England, Croatia, Scotland, Republik Czech
Kumpulan E – Sepanyol, Sweden, Poland, Slovakia
Kumpulan F – Portugal, Perancis, Jerman, Hungary
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MICKEY PUAS HATI SEPANJANG BERAKSI BERSAMA SKUAD TOKGAJAH
KUANTAN: Selepas lima musim bersama Pahang akhirnya pemain lincah, Mohd Faisal Abdul Halim mengucapkan selamat tinggal apabila kontraknya bersama skuad Tok Gajah tidak disambung musim depan.
Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, sebagai pemain profesional dia perlu menerima hakikat bahawa tidak selamanya dapat bermain dengan pasukan TokGajah selepas lima musim diharungi.
Kata Faisal, selama bersama skuad Pahang yang dibimbing Dollah Salleh, terlalu banyak pengalaman dikumpul sebagai bekalan mengharungi cabaran di pentas bola sepak tempatan selepas ini.
“Saya seronok bersama Tok Gajah selama lima musim, pahit dan manis beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) banyak dapat dikumpul hingga akhirnya berpeluang terpilih membawa cabaran pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.
“Pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) sentiasa menjaga kebajikan pemain, saya berbangga dapat menabur bakti dengan TokGajah,” kata Faisal yang sedang meneliti tawaran beberapa pasukan baharu untuk saingan musim depan.
Dia yang terkenal dengan panggilan Mickey berkata, menyarung jersi Pahang menjadi kebanggaan walaupun tidak mampu memberi banyak kejayaan kepada pasukan, kepercayaan jurulatih untuk beraksi merupakan suatu penghargaan amat bererti dan membanggakan.
“Saya seronok bergandingan dengan barisan pemain import bertaraf bintang seperti Mohamadou Sumareh, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon.
“Saya doakan semoga TokGajah meniti kejayaan selepas ini,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Cristiano Ronaldo dijangka akan menyertai Wolverhampton Wanderers berdasarkan pertalianPortugal, kata Troy Deeney.
Legenda Watford itu meramalkan pemain 35 tahun Juventus, Ronaldo akan kembali ke England selepas meninggalkan Manchester United 11 tahun lalu.
Namun kali ini dia tidak akan kembali ke Old Trafford, sebaliknya Deeney melihat Wolves sebagai destinasi seterusnya Ronaldo.
Menurut Deeney, kehadiran ramai pemain Portugal dalam skuad berkenaan, serta peranan ejennya Jorge Mendes, mampu merealisasikan perpindahan itu.
“Saya lihat lebih kepada kelab seperti Wolves, dengan pertalianPortugal. Ia mungkin menjadi kenyataan,” kata Deeney seperti dilaporkan AGENSI.
Bintang Portugal yang membarisi skuad Wolves ketika ini antaranya Rui Patricio, Nelson Semedo, Ruben Neves, Joao Moutinho dan Daniel Podence, serta pengendalinya, Nuno Espirito Santo.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Demi kelangsungan hidup dan zaman serba susah, bekas pesilat negara terpaksa membuat keputusan paling sukar dalam hidupnya, apabila barang yang disayangi terpaksa dilepaskan.
Tiga barang kesayangan iaitu pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan Sea Chiang Mai Thailand 1995 serta baju silat Malaysia dijual kepada satu kedai barangan terpakai bundle di Kuala Lumpur dengan harga semurah RM100 lebih.
Menurut sumber yang enggan namanya dikenali, dua pingat berkenaan adalah milik bekas atlet negara, Aslinda Ahmad yang pernah mengharumkan nama negara sekitar era 1990-an.
“Saya sebelum ini pernah berhubung beberapa kali dengannya dan memang tahu keadaan Aslinda.
“Dia tidak menafikannya tapi tak mahu mengulas lanjut. Sebab Aslinda ini seorang yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang, dia banyak simpan.
“Pingat itu maruah seorang atlet. Nak menang emas di Kejohanan Dunia itu bukan mudah. Anda sendiri boleh fikir bekas atlet negara, juara dunia hidup melarat sampai jual pingat.
“Saya harap sangat Menteri (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) mengambil maklum perkara ini. Takkanlah nak biarkan saja. Bantulah bekas atlet negara kerana tidak semua hidup senang terutama macam sekarang ini,” katanya.
Sebelum ini, negara pernah dikejutkan apabila bekas pemain bola sepak negara, Khalid Jamlus melelong KasutEmas dimenanginya pada 2002, Julai lalu.
Tindakan berkenaan juga membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.
Tegas sumber itu, beliau amat berharap pihak berwajib seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil membantu dengan memberi pekerjaan bukan hanya kepada Aslinda tapi kepada bekas atlet lain yang kini berdepan dengan pelbagai masalah.
“Sedih bila dengar berita macam ini. Terpaksa jual pingat yang dimenangi kerana kelangsungan hidup. Nak beli makanan. Makan maggi. Pingat itu maruah dan jasa kita. Ia memberi nilai dan erti yang besar.
“Saya harap sangat menteri dan pihak atasan dapat membantu bukan berikan duit one off tapi bantu memberikan dia pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.
“Saya turut dimaklumkan bahawa ada pihak sedang cuba mendapatkan kembali pingat itu dari kedai berkenaan dan kini sedang berurusan dengan pemilik baharu pingat itu untuk membelinya semula,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RUNDINGAN SEDANG DIJALANKAN SELEPAS JUVENTUS SEDIA LEPASKAN KAPTEN PORTUGAL ITU
LONDON: Manchester United dilapor sedang mengadakan rundingan bagi menandatangani Cristiano Ronaldo pada musim depan selepas Juventus dikatakan mahu menjual bintang sensasi itu.
Juara Serie A itu dipercayai bersungguh-sungguh untuk menjual bekas bintang Real Madrid itu.
Juventus mahu melepaskan Ronaldo bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak pemain Portugal itu tamat pada hujung musim 2021/2022 sekali gus tidak lagi menanggung beban membayar gaji pemain itu sebanyak 540,000 pound (RM2.9 juta) seminggu.
Kini, United dilapor sedang berunding dengan Ronaldo menurut laporan wartawan terkemuka FoxAmerika, Christian Martin.
Ronaldo dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan dan Juventus terbuka untuk mengadakan rundingan dengan United.
“Sumber kami di Manchester dan Porto mengesahkan Manchester United bersungguh-sungguh mahu membawa semula Cristiano Ronaldo ke kelab itu musim depan.
“Bintang Portugal itu sedang mempertimbangkan. Juventus akan memulakan rundingan sekiranya Ronaldo meminta berbuat demikian,” tulis Martin menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Setelah 25 tahun menanti, skuad Selangor musim 1995 hari ini bersuara menuntut hak berupa lot tanah yang dijanjikan sebagai ganjaran selepas berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa kejuaraan apabila merangkul Piala Malaysia pada musim itu.
Bekas ketua pasukan Selangor, Ismail Ibrahim mendakwa ganjaran itu dijanjikan secara lisan oleh Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, dan diamanahkan kepada pengurus pasukan, Datuk Md Aini Taib untuk menguruskannya.
TAN Sri Muhammad Muhammad Taib adalah Menteri Besar Selangor ketika skuad GergasiMerah memenangi Piala Malaysia tahun 1995
Beliau berkata seramai 31 individu terdiri daripada pemain dan pegawai pasukan dijanjikan sebidang tanah dan pengumuman itu dibuat pada malam sambutan kejayaan Selangor menjuarai Piala Malaysia pada 15 November 1995.
“Kami difahamkan pengumuman itu dibuat hasil Mesyuarat Bulanan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada pagi hari tersebut.
“Kami selaku pemain adalah pihak yang menerima ganjaran manakala Datuk Md Aini individu yang diamanahkan untuk mengurus anugerah itu bagi pihak kami tetapi anugerah itu masih belum kami terima sehingga kini,” katanya pada sidang media disiarkan Bernama, di Petaling Jaya hari ini.
Turut hadir bekas penolong jurulatih, Datuk K Rajagobal, bekas pemain, Asmawi Bakiri dan isteri kepada bekas pemain Allahyarham Anuar Abu Bakar, Siti Mariam Sathawee.
Asmawi pula meminta pihak bertanggungjawab tampil dan memberi penjelasan mengenai status ganjaran itu sekali gus menyelesaikan perkara tersebut.
“Kami berharap agar tuntutan ini dipertimbangkan dengan mengambil kira usaha gigih, keringat dan pengorbanan kami sepanjang pembabitan mengharumkan bola sepak Selangor,” katanya.
Siti Mariam pula mengaku terkilan apabila mengenangkan Allahyarham Anuar yang sering menyebut mengenai ganjaran itu sehingga ke akhir hayatnya dan menyifatkan anugerah tersebut amat bermakna kepada keseluruhan pasukan.
Selangor muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-28 musim itu selepas menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Shah Alam dan berjaya mempertahankan gelaran itu pada dua musim berikutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pentadbiran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempertimbangkan semula penangguhan kempen Piala Malaysia 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan seperti dilaporkan Kosmo, berkata, surat rayuan pertimbangan semula tersebut diserahkan kepada MKN semalam.
Ab. Ghani berkata, MFL sedia menganjurkan baki perlawanan saingan Piala Malaysia musim ini di dua negeri yang tidak terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu di Kelantan dan Pahang.
Menurut beliau, Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu serta Stadium Darul Makmur, Kuantan menjadi pilihan untuk aksi suku akhir, separuh akhir dan final sekiranya rayuan itu diluluskan MKN.
Beliau turut berharap MKN mempertimbangkan semula penangguhan saingan Piala Malaysia kerana pada masa sama kontrak pemain-pemain bersama pasukan akan berakhir pada hujung bulan ini.
“MFL masih berharap agar MKN mempertimbangkan rayuan MFL untuk meneruskan aksi Piala Malaysia musim ini dengan perancangan khas dan SOP (prosedur operasi standard) yang lebih ketat termasuk menggunakan pendekatan kuarantin perlawanan secara berpusat.
“Sebagai contoh, pasukan yang layak ke suku akhir akan bermain di sebuah negeri sehingga separuh akhir dan seterusnya final. Pasukan yang kalah pada suku akhir dan separuh akhir akan meninggalkan negeri tersebut setelah tamat perlawanan.
“Penangguhan saingan Piala Malaysia bakal memberi banyak kesan kepada industri bola sepak negara secara keseluruhan seperti komitmen penajaan yang telah ditandatangani bersama penaja-penaja untuk Liga Malaysia musim 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.
Saingan Piala Malaysia 2020 menyaksikan lapan pasukan melangkah ke suku akhir iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim, diikuti Kedah, Perak, Selangor, Terengganu FC, UiTM FC, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!