Lebih 1,400 Murid Darjah Satu DUN Pelangai Terima BPP
KUANTAN – Bantuan Prihatin Pahang (BPP) untuk murid darjah satu bagi kawasan dewan undangan negeri (DUN) Pelangai mula diagihkan semalam.
Majlis penyampaian dilakukan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai, dekat Bentong.
Johari dalam ucapan pada majlis itu berkata, bantuan berkenaan adalah antara inisiatif kerajaan Pahang bagi membantu meringankan beban ibu bapa di negeri ini.
“Melalui bantuan ini, seramai 25,146 murid darjah satu di seluruh Pahang akan menerima ‘one-off’ RM100.
“Secara keseluruhannya, kerajaan Pahang menyediakan peruntukan berjumlah RM2.514 juta bagi melaksanakan inisiatif ini.
“Inisiatif ini juga adalah hasil keprihatinan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang berharap bantuan itu dapat memberi semangat kepada murid-murid tahun satu dan pada masa sama membantu ibu bapa menyediakan keperluan anak-anak mereka yang pertama kali memasuki alam persekolahan.
Katanya, seramai 1,458 murid darjah satu dalam kawasan DUN Pelangai turut menikmati bantuan berkenaan.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : MARAN : Lebih 30,000 biji telur ayam dijual dalam masa 3 jam di Pasar Tani Kekal (PTK) Jengka oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), semalam.
30,000 biji telur dijual dalam tempoh tiga jam di PTK Jengka
MARAN : Lebih 30,000 biji telur ayam dijual dalam masa 3 jam di Pasar Tani Kekal (PTK) Jengka oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), semalam..
Timbalan Pengarah FAMA Pahang (Operasi), Shabuddin Mohd Nor berkata, pada hari ini sebanyak 3,000 papan (90,000 biji) telur dijual di PTK Jengka yang menyasarkan permintaan dari Jerantut, Temerloh dan Jengka.
“Agak mengejutkan telur ayam di sini (PTK Jengka) telah terjual 1,000 papan telur ayam dalam tempoh tiga jam.
“Diharap penduduk di kawasan Jengka, Jerantut dan Temerloh tidak perlu risau dengan situasi tidak cukup bekalan telur,” katanya di Pasar tani kekal Jengka, hari ini.
Katanya, FAMA berterima kasih kepada orang ramai, pengusaha dan pemborong yang menyokong program Intervensi FAMA ini yang menjualan telur di sini.
“FAMA akan membekalkan sebanyak 5,000 papan atau 150,000 biji telur ke seluruh negeri Pahang setiap minggu sejak bermula bulan Ramadan dan menjelang sambutan bulan Syawal nanti.
“Langkah yang FAMA laksanakan ini dapat menampung bekalan telur kepada pengguna dan dapat mengimbangi bekalan dan harga telur di negeri ini,” katanya.
Katanya sebanyak 150,000 biji telur itu adalah untuk gred A berharga RM13.50; gred B, RM12.90; dan gred C, RM12.30 sepapan.
FAMA mendapat bekalan telur daripada pembekal di Air Keruh, Melaka dan diagihkan kepada dua pusat operasi FAMA di Kuantan dan Jerantut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Penubuhan Majlis Biodiversiti Pahang bertujuan memantapkan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, mesyuarat kali pertama majlis itu untuk tahun ini diadakan semalam di Wisma Sri Pahang, dekat sini.
“Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Sesi perbincangan ini diadakan bagi memastikan memperoleh nilai tambah dalam merangka perancangan rapi bagi memelihara dan memulihara kelestarian alam serta kepelbagaian biodiversiti di negeri Pahang,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Beliau turut yakin peranan diberikan kepada Majlis Biodiversiti Pahang sebagai agensi kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi menyelaras aktiviti tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa berhubung pemeliharaan, penyelidikan dan penggunaan berterusan sumber biologi dan biodiversiti di negeri ini.
“Semoga segala usaha dan perancangan yang akan dilaksanakan nanti sentiasa dipermudahkan Allah dan mendatangkan kebaikan untuk negeri dan rakyat Pahang,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Zamila menunjukkan barangan antik koleksi beliau di rumahnya.
Zamila tebal muka untuk kutip barang lama di tempat sampah
AMPANG – Zamila Majlis menebalkan muka bertanya serta meminta izin dengan sesiapa sahaja apabila mengetahui ada timbunan sampah dibuang di depan rumah orang untuk diselongkar bagi mencari barangan lama yang boleh dijadikan koleksi antik.
Beliau yang lebih senang dipanggil Mama Mila berkata, di usia warga emas ini, dia berasa tenang apabila berada di rumah dengan dikelilingi pelbagai barangan antik yang dikumpulnya sejak 38 tahun lalu.
“Saya tidak pernah bekerja tetap, saya lebih tumpukan kepada menjadi seorang sukarelawan dengan membantu banyak pihak di hospital sekitar Lembah Kelang, saya suka membantu orang dan setiap kerja dilakukan dengan ikhlas.
“Hobi mengumpulkan barangan lama atau antik bermula sejil dan semakin berputik tanpa didorong oleh sesiapa pun dan tidak berasa malu untuk menyelongkar tempat pembuangan sampah apabila ternampak barangan lama dibuang,” katanya.
Katanya, kebiasaannya nasib menyebelahi dia apabila terjumpa barangan lama yang dibuang oleh pemiliknya dengan alasan tidak dapat digunakan lagi atau rosak tetapi mempunyai nilai kerana barangan itu sukar untuk dijumpai sekarang ini.
“Saya tidak pernah membeli barangan lama yang dikumpul ini, semua saya cari sendiri atau disumbangkan oleh kenalan apabila mereka mengetahui saya menjadi pengumpul barangan lama sebagai koleksi.
“Secara tidak langsung juga sebagai sukarelawan saya mengenali ramai orang dan sesetengah mereka pula menjadi pemberi maklumat di mana boleh saya dapatkan barangan lama yang dibuang dan sebagainya,” kata Mama Mila yang ditemui di rumahnya di Ampang, Selangor.
Beg berbentuk kotak seakan besi yang dipanggil beg KTM Malaya.
Beliau yang kini berganjak usia 63 tahun berkata , selepas memiliki rumah sendiri kediamannya itu tidak ubah seperti mini muzium yang tersimpan lebih 500 koleksi pelbagai barangan antic.
“Antara brang antik yang saya simpan seperti seperti dacing, seterika besi dan tembaga berkepala ayam, radio, telefon, peralatan muzik seperti gitar, biola, trumpet, pinggang mangkuk tembikar, wang, pakaian lama, beg berbentuk kotak seakan besi yang disebut beg KTM Malaya dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, ramai yang berkunjung ke rumah dia atau menghubungi menerusi telefon apabila mengetahui beliau ada menyimpang barangan lama dan mereka itu berminat untuk membeli dengan menawarkan harga tinggi bagi satu-satu barang berkenaan.
Jelasnya, yang datang ke rumah beliau, dia izinkan mereka untuk melihat secara dekat barangan yang menarik minati untuk dimilik di samping bertanya pelbagai soalan khusus bagaimana boleh menemui barangan itu kerana mempunyai nilai antik yang mahal.
“Mereka juga agak terkejut apabila mengetahui barangan itu dicari sendiri dengan menyelongkar tempat pembuangan sampah termasuk tong sampah depan rumah orang apabila ternampak barangan lama ada dibuang.
“Perasaan malu memang ada, malah ada yang salah anggap sesetengah orang adalah perkara biasa ketika itu asalkan hati saya berasa puas apabila terjumpa barangan lama yang mempunyai nilai antik jika disimpan dan dijaga dengan sempurna,’ katanya.
Katanya, ada yang melucukan ada kaki judi nombor ekor datang ke rumahnya untuk membeli seterika berkepala ayam ini untuk tujuan pemujaan dan mereka hampa apabila dia bertegas tidak menjualnya apatah lagi bagi tujuan tidak baik.
Mama Mila berkata, semakin lama barangan itu disimpan terasa nilai sentimentalnya dan menjadi tempat terapi minda dia mengingati kisah silam seperti pada tahun 60-an dan 70-an ketika itu dia muda remaja serta masih cergas.
“Bagaimanapun, setakat ini banyak barangan antik itu disewakan untuk menjadi ‘prop’ kepada syarikat perfileman yang membuat drama atau filem lama bagi tempoh tertentu bersesuaian dengan skrip serta jalan cerita mereka,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Sebuah kilang perabot yang terletak bersebelahan Masjid Pandan 2, Jalan Kuantan Bypass terbakar pada jam 6.23 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komander operasi, Mohd Khairul Tajumi Abdul Hamid melaporkan 100 peratus kilang itu kebakaran.
Anggota baomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berdekatan. -Foto BBP Taman Tas.
“Turut terbakar tempat simpanan kayu untuk membuat perabot berkeluasan 24 meter x 30 meter (80 kaki x 100 kaki)., namun, dalam kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.
“Seramai 12 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan 2 jentera, operasi itu turut dibantu oleh 11 anggota BBP Indera Mahkota serta bantuan sebuah jentera tangki air,” katanya. Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan 4 aliran hos salur bantu mula dari air tangki dengan pam jentera bomba.
“Jentera tangki air tidak dapat memasuki kawasan kebakaran disebabkan jalan sempit, namun kebakaran dapat dikawal sebelum merebak ke bangunan lain berdekatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kes denggi di Pahang meningkat sebanyak 147.8 peratus
KUANTAN : Penularan demam denggi mencatatkan peningkatan kepada 147.8 peratus sehingga 25 Mac 2023 dengan kes sebanyak 228 kes di negeri Pahang.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, berbanding pada tempoh yang sama pada tahun 2022 hanya sebanyak 92 kes berlaku penularan wabak ini, namun, tiada kes kematian denggi dilaporkan bagi tahun 2023
Katanya, daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi sebanyak 119 kes (52.2%), Bera 19 kes (8.3%), Temerloh dengan 18 kes (7.9%) dan Raub 17 kes (7.5%)
“Manakala, Maran 15 kes (6.6%), Bentong 11 kes (4.8%), Rompin 11 kes(4.8%), Lipis 8 kes (3.5%), Cameron Highlands 4 kes (1.8%), Jerantut 3 kes (1.3%) dan Pekan mempunyai 3 kes (1.3%).
“Sehingga 25 Mac 2023 sebanyak sepuluh wabak dilaporkan berbanding empat lokaliti bagi tempoh yang sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak enam lokaliti (150%),” katanya dalam siaran media.
Katanya, tindakan Pencegahan dan Kawalan Negeri Pahang sehingga 25 Mac 2023, sebanyak 117,412 (23.2%) premis telah diperiksa, terdapat 1,065 premis positif pembiakan aedes.
“Sebanyak 78,516 premis (155.2%) dilaporkan mendapati jentik-jentik dan 90,195 premis (97.2%) telah dibuat semburan kabus.
“Aktiviti Penguatkuasaan Negeri Pahang Sehingga 25 Mac 2023, sebanyak 35 (5.5%) premis daripada 632premis yang layak dikompaun, telah ditawarkan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000, dengan nilaian kompaun yang ditawarkan sebanyak RM17,500,” katanya.
Katanya, baki 597 premis yang layak dikompaun masih dalam tindakan penyediaan dokumen mahkamah.
Nor Azimi melaporkan, sebanyak 164 notis di bawah Seksyen 8, akta yang sama juga telah dikeluarkan kepada penduduk yang mempunyai tempat-tempat yang berpotensi untuk membiakkan jentik-jentik aedes dan sebanyak 134 (82%) telah dijalankan tindakan susulan.
“Kurang kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kebersihan persekitaran terutama dalam memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dilihat melalui penemuan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang tinggi di daerah Kuantan.
“Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menyeru semua individu dan masyarakat agar melaksanakan penjagaan kebersihan persekitaran terutama aktiviti mencari dan memusnahkan bekas-bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes di sekitar tempat kediaman atau di premis masing-masing selama tidak kurang 10 minit setiap minggu.
“Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air kekal atau yang sukar dibersihkan seperti kolah dan tangki air bagi menghalang pembiakan nyamuk Aedes dan melakukan semburan aerosol sendiri di rumah atau premis masing-masing untuk membunuh nyamuk dewasa,” katanya.
Katanya, tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi oleh individu dan masyarakat dapat mengurang dan mencegah penularan demam denggi dan wabak.
“Bagi mendapatkan maklumat berkenaan kes-kes denggi terkini dan situasi wabak semasa seluruh Malaysia, orang ramai boleh mengakses maklumat ini melalui capaian Sistem iDengue untuk Komuniti (iDengue) di laman sesawang http://idengue.arsm.gov.my ,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mohiadin Bahado dan Dr Mohd Syazmin Zuwairy Mohd Sharial (duduk kiri) merakam kenangan bersama-sama warga emas, pegawai perkhidmatan kerja sosial perubatan Negeri Sembilan dan unit terapi cara kerja pada Program Komuniti Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia di Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor, baru-baru ini.
20 pegawai perubatan HTJS santuni warga emas di PJNH
SEREMBAN – Dua puluh pegawai perkhidmatan kerja sosial perubatan Negeri Sembilan dan unit terapi cara kerja Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) turun padang ke program komuniti di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor, , baru-baru ini.
Ketua Bidang Negeri Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Negeri Sembilan, Norizawati Zainol, berkata pembabitan mereka dalam program itu juga bersempena Hari Kerja Sosial Sedunia yang disambut setiap tahun, antara lain sebagai menghargai sumbangan dan jasa mereka.
Katanya, kesinambungan daripada melakukan kerja sosial di hospital pegawai terbabit dibawa keluar dengan mengunjungi pusat jagaan seperti PJNH untuk turut berasa pengalaman petugas yang setiap hari sabar menyantuni warga emas dengan pelbagai karenah.
“Pendedahan sebegini amat penting dipelajari dalam mengenali sifat serta kelakuan warga emas yang tiada waris, disisih keluarga serta menghadapi bermacam-macam tekanan perasaan dan perlu ditangani dengan baik.
“Di samping bergotong-royong melakukan kerja pembersihan dan sebagainya itu, kesempatan mendampingi warga emas dengan bertanya khabar serta melayani luahan perasaan mereka akan membawa kelegaan kepada penghuni ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia, Pegawai Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, Negeri Sembilan (PKSP N9) anjuran PKSP N9 dengan Kerjasama Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia di PJNH.
Katanya, pegawai terbabit juga berpeluang membuat penilaian dari segi teori dan pratikal berdasarkan pengetahuan serta pengalaman yang sudah dimiliki untuk menghasilkan suatu perkhidmatan terbaik sebagai pegawai perkhidmatan kerja sosial perubatan.
Dr Mohd Syazmi Zuwairy menanam pokok sebagai tanda terima kasih kepada PJNH.
Program itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan 2, HTJS, Dr Mohd Syazmin Zuwairy Mohd Sharial. Turut hadir Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Pengerusi Pusat Jagaan Insan, Mohd Syafiq Mohiadin; Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris), Kedah, Azmi Mat Napiah; dan Pegawai Media Pewaris, Azhar Mohd.
Pada program berkenaan yang juga bersempena menyambut Ramadan, Pewaris menyumbangkan 100 pek beras pulut untuk diagihkan kepada tiga pusat jagaan iaitu PJNH, Mahmudah Malaysia dan Insan manakala pegawai kerja sosial melakukan tugasan gotong-royong menukar cadar baharu tilam warga emas, membersih surau dan persekitaraan PJHN.
Dr Mohd Syazmi menasihatkan warga emas supaya jangan terlalu melayani emosi apabila berasa amat sedih disisih ahli keluarga atau tiada waris sebagai tempat mengadu serta menumpang kasih.
“Dalam usia yang lanjut dan menghidap pelbagai penyakit seharusnya tetap ceria serta bersemangat kerana petugas PJNH sentiasa menyantuni mereka dengan baik ibarat anak melayani seorang ayah sebagai satu ibadah kerana Allah.
“Kita pertingkat amalan harian kerana PJNH menyediakan ustaz yang bersedia memberi bimbingan di samping berdoa bagi kesejahteraan ahli keluarga serta anak semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk datang menziarah,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Haris Salleh Hamzah (depan, kiri) menyampaikan sumbangan bulan Ramadan kepada isteri Wan Alias Wan Mamat, Kamariah Abd Samad (tengah) di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4, bandar Jerantut baru-baru ini.
UMNO Jerantut bantu mangsa kebakaran PAKR bandar Jerantut
JERANTUT : Keluarga Wan Alias Wan Mamat, 71, yang terbabit dalam kejadian sebuah bilik rumahnya terbakar baru-baru ini, mendapat perhatian daripada Umno Bahagian Jerantut.
Ketua Umno Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,250 hasil sumbangan kilat di kalangan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian kepada isteri Wan Alian, Kamariah Abd Samah, 73 tahun ketika menziarah keluarga tersebut.
“Sumbangan awal ini sebagai tanda simpati atas kejadian dan membolehkan keluarga ini berbelanja dalam tempoh bulan Ramadan.
“Manakala pihak kita akan usahakan untuk mendapatkan bantuan daripada Pejabat Menteri Besar Pahang dan Majls Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk baik pulih kediaman mangsa termasuk perubatan Wan Alias Wan Mamat yang masih cedera, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan di Perumahan Awam Kos Rendah Peringkat 3 dan 4, Jerantut baru-baru ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Yayasan Pahang sumbang RM173, 700 kepada orang kurang berkemampuan
LIPIS – Yayasan Pahang (YP) memperuntukkan sebanyak RM173, 700 kepada 529 orang penerima daripada golongan kurang berkemampuan di 13 kampung kawasan Jelai sempena bantuan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Koyan dekat sini, semalam.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan tersebut di bawah pengurusan YP sempena program Ahlan Ramadan dengan tema ‘Ramadan Dinanti, Rahmat Ilahi’ untuk mengimarahkan bulan mulia ini.
“Kerajaan negeri dan YP amat prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan khususnya berbelanja keperluan juadah berbuka puasa dan pakaian baharu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
“Berasaskan perolehan kewangan kerajaan negeri dan YP yang baik, kita menaikkan tambahan RM100 tahun ini menjadi jumlah sumbangan RM300 masing-masing penerima,” katanya
Beliau berkata demikian kepada media selepas penyampaian sumbangan tersebut di Sungai Koyan dekat sini kepada seramai 148 orang anak yatim, pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) (260 orang) serta ibu tunggal (121 orang).
Beliau berkata, untuk sumbangan di DUN Jelai seramai 148 orang anak yatim, pesakit kronik/orang kurang upaya (OKU) (260 orang) dan ibu tunggal (121 orang).
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Jelai selanjutnya berkata, penerima tersebut juga masing-masing menerima juadah buah kurma YP yang bernilai RM20, 000 yang melibatkan jumlah keseluruhan sumbangan RM173, 700.
Beliau berkata, sumbangan itu bukan sahaja aspek kebajikan, tetapi termasuk pembiayaan pendidikan termasuk pembiayaan maahad tahfiz telah dimulakan sejak YP ditubuhkan pada 1982 bernilai RM1.38 bilion untuk manfaat lebih 1.7 juta penerima.
“Sempena pembukaan sekolah sesi 2023/2024, kerajaan negeri juga melalui Yayasan Pahang telah memberikan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) kepada seramai 44,379 orang murid di negeri ini bernilai RM13.3 juta.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lori jatuh gaung 15 meter, seorang lelaki terselamat
BENTONG : Sebuah lori jenis Nissan jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter (50 kaki) di KM 42.3, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke timur, pada jam 8.43 pagi, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berkata, Zulfadli Zakaria berkata, seorang mangsa di dalam lori tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
“Seramai 9 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kejadian berlaku di situ.
“Mangsa daripada lori itu mengalami kecederaan dan diberi bantuan awal oleh Unit EMRS dan kemudian diserahkan kepada pihak KKM,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!