JERANTUT: Sebanyak 10 keluarga menjadi kumpulan pertama dipilih menerima sumbangan melalui program Ziarah Kasih peringkat dewan undangan negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, program itu dimulakan di FELDA Sungai Tekam dan akan diteruskan ke kawasan lain dalam DUN Pulau Tawar secara berperingkat.
“Untuk fasa pertama, kita mulakan di sini (FELDA Sungai Tekam) dan seterusnya ke lokasi lain dari semasa ke semasa.
DATUK Nazri Ngah (dua dari kiri) mengunjungi rumah seorang penerima sumbangan pada program Ziarah Kasih UMNO Bahagian Jerantut
“Objektif utama ialah untuk membantu seramai mungkin penduduk dalam DUN Pulau Tawar yang berdepan kesulitan sejak COVID-19 melanda negara kita awal tahun ini.
“Melalui program ini, kita serahkan sumbangan pelbagai barangan keperluan asas kepada 10 penerima dan mereka (penerima) sudah dikenal pasti dengan kerjasama pemimpin setempat,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang.
Program itu turut disertai Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Muhamad Faizal Jamlus; Ketua Puteri UMNO Bahagian, Faezah Ishak dan ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian, Razak Daud.
UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam program Ziarah Kasih DUN Pulau Tawar di FELDA Sungai Tekam
Selain mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan, program Ziarah Kasih itu juga turut menyantuni golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Warga FELDA Bukit Kuantan, di sini dialu-alukan menyertai Pertandingan Badminton Tertutup Peringkat FELDA Bukit Kuantan, hujung minggu ini.
Pertandingan anjuran Persatuan Kami Anak FELDA (KAF) Bukit Kuantan, Koperasi Anak Bukit Kuantan dan Majlis Belia FELDA Bukit Kuantan berkenaan akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini pada jam 8 pagi sehingga 10 malam.
Pengerusi Majlis Belia FELDA Bukit Kuantan, Mohd Riduwan Shah Aziz berkata, pertandingan itu terbuka kepada lelaki warga FELDA berkenaan yang berusia 18 tahun ke atas.
Mohd Riduwan Shah
“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran sehingga esok dan boleh menghubungi Daus di talian 0145429681.
“Ini merupakan kali pertama pertandingan seperti ini dianjurkan.
“Pertandingan ini akan berlangsung di Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Kuantan.
Warga FELDA Bukit Kuantan berusia 18 tahun ke atas dialu-alukan menyertai pertandingan badminton tertutup berkenaan
“Yuran pendaftaran hanya RM10 bagi setiap penyertaaan dan hadiah seperti wang tunai serta hamper menanti pemenang,” katanya ketika dihubungi SAHIH, hari ini.
Jelasnya, pertandingan itu diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara warga FELDA selain memupuk semangat kesukanan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERTANDINGAN MURAL MOHLAWOBANDORKITA ANJURAN MAJLIS DAERAH MARAN, PELANCONGAN PAHANG
MARAN: Peserta solo pertandingan melukis mural Moh Lawo Bando Kita dengan lukisan bertema Indahnya Maran muncul juara dan mengondol hadiah wang tunai bernilai RM 1,200 dengan menewaskan 9 peserta solo dan 13 kumpulan lain.
Munif Muhamad Nor, 52 tahun dengan lukisan muralnya muncul juara
Munif Muhamad Nor, 52 tahun dengan lukisan muralnya memberi sudut pandangan berkaitan kemahiran tangan pembuatan lesung kayu yang terkenal di Maran.
“Saya lihat kemahiran pembuatan lesung kayu mempunyai nilai estetika yang tinggi serta menjadi alat utama kegunaan tradisonal di dapur orang melayu, ”katanya.
Lukisan kemahiran pembuatan lesung kayu mempunyai nilai estetika yang tinggi
Tempat kedua dengan hadiah bernilai RM1,000 dimenangi Kumpulan Anomali yang disertai Mohamad Nizam Mohd yasin, (26), Muhammad Amirul Izzat Min (26) dan Ahmad Nor Ahdah Addin Mohd umur 20 dengan lukisan bertema Alam Semulajadi.
Tempat kedua dimenangi Kumpulan Anomali dengan tema alam Semulajadi
Manakala tempat ketiga digondol oleh kumpulan Vias yang diwakili oleh Tuan Wil Tuan Mat, umur 59, Mohd Buraharuddin Wahid (56), Dzulhairi Md Rashid (38) dan Nur Ibrahim Nazlan (38) dengan lukisan bertema Herba menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 700.
Kumpulan Vias, tempat ketiga dengan tema Herba
Pertandingan dianjur Majlis Daerah Maran (MDM) dengan kerjasama Pelancongan Pahang dan lokasi melukis mural di Bangunan Bazar Maran dan Taman Tasik Maran yang berlangsung selama 3 hari.
Setiausaha MDM , Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata tujuan utama pertandingan melukis mural itu mewujudkan satu aktiviti street art sebagai satu daya tarikan baharu penduduk setempat, pelancong tempatan dan luar.
“Selain itu memberi peluang kepada orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi berkaitan untuk berkarya, menunjukkan bakat dan secara tidak langsung turut memberi khidmat sosial melalui lukisan.
“Lukisan bertemakan patriotik, pemandangan di Maran, permainan dan kegiatan tradisional serta produk makanan tempatan dilukis di dinding seluas 7 kaki x 10 kaki,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Seekor anak ayam berkaki satu yang dipelihara dua beradik di Kampung Huma Luas, dekat Kerdau, mati.
Anak ayam yang diberi nama Doodit pernah mendapat liputan SAHIH dan media lain beberapa hari lalu kerana keunikannya yang berkaki satu.
Puteri Qaseh Qistina Fahmie,12, berkata, dia menyedari anak ayam itu mati selepas dimaklumkan oleh neneknya.
“Saya dan adik sempat menjaganya hanya lapan hari.
“Sepanjang lapan hari kami memang sentiasa bagi makan dan minum menggunakan straw mengikut waktu makan.
“Kami menjaganya di dalam bekas di dalam rumah kerana bimbang Doodit diancam haiwan lain jika direban.
“Namun pada 11 pagi tadi, nenek memaklumkan bahawa Doodit telah mati mungkin kerana kesejukan pada musim tengkujuh ini,” katanya.
Puteri Qaseh bagaimanapun berkata, dia tidak serik untuk memelihara ayam atau haiwan peliharaan lain selepas ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FASA 1 SEPANJANG 1.7 KM BERI MANFAAT, PENDEK MASA PERJALANAN
LIPIS: Pembinaan jalan sepanjang 1.7 kilometer (km) untuk Fasa 1 yang menghubungkan Kampung Tanjung Gahai ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai bernilai RM1.7 juta bakal memberi manfaat kepada penduduk dengan menjimatkan masa dan memendekkan perjalanan dan bakal siap menjelang Disember ini.
Menteri Besar Pahang (3 dari kiri) menerima taklimat disampaikan oleh Pengarah JKR Pahang, Ir Hafizah Zakaria.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan itu melegakan masyarakat setempat yang sebelum ini menggunakan jalan sejauh kira-kira 15 km untuk berurusan ke TKPM.
“Sehingga kini proses pembinaan fasa 1 sedang berjalan dan menariknya akan siap lebih awal berbanding jadual asal dan yakin boleh digunakan dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi… terima kasih Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Manakala Fasa 2 akan dimulakan pembinaannya tahun hadapan, pembinaan ini dapat dinikmati oleh penduduk dengan kemudahan jalan raya yang lebih selesa dan turut boleh berurusan untuk ke kebun sawit dan getah masing-masing selain bakal meningkatkan nilai hartanah,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Cakna Tok Wan di dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan, di sini, semalam.
Sebelum itu, beliau turut melakukan lawatan ke tapak Projek Jalan Tanjung Gahai ke TKPM Jelai di Kampung Kuala Medang untuk mendengar taklimat berkaitan pembinaan jalan tersebut yang disampaikan oleh Pengarah JKR Pahang, Ir Hafizah Zakaria.
Turut dihadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak, Pegawai Daerah Lipis dan Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.
Beliau berkata, jalan itu dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan dan bakal memberi kemudahan kepada masyarakat di Tanjung Gahai, Kuala Koyan, Kampung Bertang, Kampung Kuala Serau dan Kampung Kuala Medang serta 14 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di negeri Pahang perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati supaya ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Setakat ini, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan membabitkan usul diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lalu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemilihan tersebut memerlukan tempoh masa kerana perlu meneliti pelbagai faktor seperti kelayakan calon selain perlu menunggu usul tersebut untuk diwartakan.
Wan Rosdy berucap pada Program Cakna Tok Wan
Katanya, rakyat perlu tahu bahawa keputusan untuk melantik lima ADUN tanpa proses pilihan raya tersebut bukanlah menyalahi mana-mana peruntukan perlembagaan.
Usul itu dibuat bagi bagi memastikan rakyat menyalurkan kesulitan dihadapi ke ruang yang lebih luas supaya dapat mencari jalan penyelesaian.
“Tidak bermakna ia (usul) diluluskan, kita terus lantik.. perkara ini perlukan masa kerana kerajaan negeri kena tengok juga kesesuaian calon bagi mewakili kumpulan minoriti di Pahang.
“Banyak faktor kena ambil kira.. kita kena tunggu juga usul itu diwartakan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita pilih calon mempunyai kelayakan dan memenuhi kriteria yang kita perlukan,” katanya kepada media selepas merasmikan program Cakna Tok Wan di Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands, dekat sini.
Penduduk hadir pada Program Cakna Tok Wan
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Rosdy berkata, walaupun jumlah dicadangkan bagi ADUN lantikan adalah seramai lima orang, namun kerajaan negeri mungkin hanya melantik seorang atau dua orang sahaja bagi memenuhi kuota ditetapkan.
“Mungkin kita cuma lantik ADUN (lantikan) bagi mewakili masyarakat Orang Asli.. mungkin kita lantik untuk mewakili kaum Sikh.. (lantikan) adalah untuk mewakili kumpulan minoriti dan kerajaan negeri belum lagi ada calon untuk lantikan ADUN ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti tapak bersesuaian untuk pembinaan kompleks pejabat daerah kecil Lipis dengan kos pembinaan RM10 juta bagi memudahkan penduduk terutama dalam DUN Jelai untuk berurusan.
Pejabat Daerah Kecil Lipis itu bagi memudahkan penduduk membayar cukai hasil dan tanah tanpa perlu ke bandar Lipis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARAS AIR TIDAK BERUBAH, PENDUDUK DINASIHAT TERUS WASPADA
RAUB: Jumlah penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini meningkat kepada 99 mangsa sehingga petang tadi.
Semua mangsa ditempatkan di tujuh PPS dan dibantu petugas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Proses pemindahan membabitkan 26 keluarga itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Raub dan polis.
Antara PPS yang beroperasi ketika ini ialah Balai raya Kampung Ria menempatkan tujuh keluarga (25 mangsa); Masjid Kampung Kuala Semantan menempatkan empat keluarga (13 mangsa); Balai raya Kampung Ulu Jelu menempatkan tiga keluarga (17 mangsa).
Selain itu, dua keluarga dengan jumlah 10 mangsa ditempatkan di Balai raya Kampung Durian Sebatang; tiga keluarga (16 mangsa) di Balai raya Kampung Bukit Pampong; tiga keluarga (6 mangsa) di Masjid Kuala Temau dan empat keluarga (12 mangsa) di Dewan Serbaguna Kampung Pia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sebagai persediaan menghadapi ketibaan musim tengkujuh, Pusat Khidmat Masyarakat ahli dewan undangan negeri (ADUN) Panching dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan mengadakan gotong-royong membersihkan parit utama berhampiran Kampung Permatang Badak, dekat sini.
PROGRAM gotong-royong dapat kerjasama baik pelbagai agensi dan penduduk setempat
Program itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), SWCorp Kuantan, Jabatan Amal Negeri Pahang, PAS Cawangan Permatang Badak dan turut disertai penduduk setempat.
ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya yang turut sama dalam aktiviti itu meminta semua penduduk lebih berwaspada berikutan musim Monsun Timur Laut sudah bermula di Pantai Timur Semenanjung, sejak minggu lalu.
ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya turut serta dalam program gotong-royong di kawasan Kampung Permatang Badak
“Kita harap melalui aktiviti gotong-royong ini dapat mengurangkan sedikit risiko banjir sekiranya hujan lebat berterusan melanda kawasan Permatang Badak dan kampung sekitar.
“Kalau boleh, program seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan laluan air tidak tersekat hingga mengakibatkan banjir.
“Masalah saliran air tersumbat, terutamanya di laluan parit utama biasanya disebabkan sikap kita juga yang membuang sampah merata-rata hingga mengganggu sistem pengairan atau saliran.. jadi, saya harap perlu ada kesedaran dan kepekaan terhadap perkara ini dalam kalangan kita semua,” katanya.
SEBAHAGIAN peserta program gotong-royong di Kampung Permatang Badak, dekat sini, semalam
Gotong-royong yang bermula kira-kira jam 7 pagi itu berjaya membersihkan laluan parit dan saliran air berhampiran Surau Ar Rahman dan Masjid Lama Permatang Badak serta saliran di sepanjang Kampung Cendering yang sememangnya mudah dinaiki air jika hujan lebat berterusan antara dua hingga tiga jam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
40 ORANG IKUTI KURSUS ASAS PENGGIAT EKO-PELANCONGAN.
KUALA TAHAN: Seramai 40 orang peserta mengikuti Kursus Asas Pengiat Eko-Pelancongan bagi memantapkan cara pengurusan dan persediaan aktiviti pelancongan agar lebih tersusun dan terancang, di samping boleh merancakkan lagi bilangan kehadiran pelancong luar dan dalam negara di masa hadapan.
Peserta kursus datang dari FELDA Padang Piol, Kampung (Kg) Labu, Perkampungan Orang Asli Suku Bateq Kg Dedari, Kg Sungai Rengat dan Kg Kuala Sat yang berlangsung selama dua hari di Kuala Tahan.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, kursus asas ini amat diperlukan bagi membentuk pengetahuan penggiat pelancongan untuk lebih memahami tugas dan tanggungjawab dalam mengurus dan meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris (2 dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris (kiri sekali)
“Jerantut kaya dengan bukit yang sering didaki oleh pengunjung, sungai yang menjadi aktiviti air yang mencabar, aktiviti hutan yang memang dicari oleh pelancong khususnya pelancong luar negara, lebih-lebih lagi dari Eropah.
“Kita sebagai penyedia produk pelancongan perlu memainkan peranan terbaik untuk menarik lebih ramai pelancong dengan imej pengurusan yang lebih profesional dan menggunakan khazanah alam semulajadi yang tersedia,” katanya di Majlis Penutupan Rasmi kursus tersebut, semalam.
40 orang peserta mengikuti kursus asas eko-pelancongan di Kuala Tahan, semalam
Katanya, selain itu penggiat pelancongan harus mengikuti kursus asas bahasa antarabangsa yang ringkas dan mudah untuk menawan hati pelancong luar negara.
Pengerusi Persatuan Pencinta Burung Taman Negara, Ruslan Abu Kassim berkata kursus asas yang dijalankan mendapat kerjasama Kolej Komuniti, Pelancongan Pahang, Pejabat Ahli Parlimen Jerantut, Pejabat DUN Tahan serta penggiat dari kampung di sekitar Jerantut.
Ruslan Abu Kassim
“Peserta dari kampung yang dijemput mempunyai produk pelancongan tersendiri yang boleh dipromosikan ke tahap yang lebih baik dengan persediaan pengurusan pelancongan serta boleh menjana pendapatan dari sektor perniagaan tempatan termasuk inap desa,”katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata produk dan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti (CBT) perlu terus diperkukuh dan dibangunkan bagi mempelbagaikan produk pelancongan di daerah Jerantut.
Abdul Jalil Abdul Rahman
“Industri CBT ini akan berkembang pada masa hadapan dan mampu menarik pelancong seluruh dunia untuk datang ke negeri ini, malah pelancong pada masa ini turut mahu mengunjungi kawasan luar bandar untuk mempelajari budaya, makanan serta seni kraftangan masyarakat tempatan,”katanya.
Peserta dari Perkampungan Dedari Suku Kaum Bateq, Jalut A/L Arbi gembira dapat mengikuti kursus asas itu bagi meningkatkan lagi pengetahuan dalam pengurusan pelancongan selain membangunkan komunitinya berganding bahu untuk mempelbagaikan aktiviti pelancongan di kampungnya.
Jalut A/L Arbi
“Saya gembira mengikuti kursus dan akan berkongsi pengetahuan bersama penduduk kampung serta merancang aktiviti pelancongan tambahan yang boleh dijadikan produk baharu,”katanya.
Turut hadir, Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris dan Penghulu Mukim Hulu Cheka, Khairul Akhma Yusof.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Dua beradik terkejut apabila mendapati seekor anak ayam yang mereka pelihara di Kampung Huma Luas, Kerdau di sini, mempunyai satu kaki berbanding dua kaki bagi ayam normal.
Puteri Qaseh Qistina Fahmie, 12 tahun dan adiknya Nur Fariesha Fahmie, 6 tahun menyedari perkara itu selepas curiga anak ayam yang diberi nama Doodit tidak bergerak seperti 11 ekor anak ayam yang lain.
Katanya, dia secara spontan memanggil anak itu sebagai Doodit kerana senang untuk memanggilnya.
Puteri Qaseh berkata, dia dan adiknya kemudian memeriksa Doodit dan mendapati haiwan peliharaan itu berkaki satu.
“Saya terkejut dan terus mengangkatnya masuk ke dalam bekas dan kini kami peliharanya di dalam rumah.
“Ketika anak-anak ayam itu menetas empat hari lalu, kami hanya bagi makan seperti biasa.
“Kemudian kami perasan seekor anak ayam hanya berada setempat dan tidak bergaul dengan 11 ekor anak ayam yang lain.
Doodit diberi air menggunakan straw
“Bila periksa, kami terkejut kaki anak ayam itu hanya ada satu.
“Patutlah Doodit tidak bergaul dengan anak ayam yang lain.
Doodit berdiri dengan satu kaki sambil diberi makan oleh Puteri Qaseh
“Dengan berkaki satu, Doodit hanya mampu melompat,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
“Kami pelihara Doodit dalam rumah selepas mendapat kebenaran daripada ibu kerana bimbang ia diancam oleh haiwan lain ketika di dalam reban,” katanya.
Doodit diajar berjalan oleh Nur Fariesha
Ujarnya, Doodit diberi makan antara tiga hingga empat kali sehari.
“Kami beri jagung dan beras yang ditumbuk supaya senang untuk Doodit makan.
“Ini adalah kali pertama kami membela ayam yang pelik kerana sebelum ini tidak pernah memiliki ayam,” ujarnya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!