MERAYU HOSPITAL BANDAR JENGKA BERFUNGSI UNTUK PESAKIT BIASA
BANDAR JENGKA: Penduduk di sekitar Bandar Jengka dan Tanah Rancangan memohon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengurangkan pengambilan pesakit Covid-19 ke Hospital Bandar Jengka atau memindahkan pesakit tersebut ke hospital lain.
Ekoran hospital itu memberi tumpuan kepada pesakit pandemik itu, berlaku pesakit biasa dari sekitar Jengka terpaksa ke Hospital Jerantut, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, malah ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.
Hospital Bandar Jengka dikhaskan untuk merawat pesakit Covid-19.
Seorang penduduk di Taman Desa Jaya 2, Mohd Nasruddin Mat Nasir (45) berkata, penduduk di sini merayu agar Hospital Jengka mengurangkan pengambilan pesakit Covid-19 bagi memberi ruang untuk rawatan dan kemudahan kepada pesakit biasa tanpa pergi jauh ke hospital lain.
“Sejak hospital di sini dikhaskan untuk pesakit Covid-19, maka penduduk di sini bimbang untuk ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan malah seolah penduduk di sini sudah tiada hospital.
“Kalau boleh semua pesakit Covid-19 ditempatkan di tempat lain seperti dewan yang terdapat di sekitar bandar Jengka dengan mewujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sini, katanya.
Katanya, agar hospital Jengka boleh menerima pesakit luar terutama wad ibu bersalin bagi memberi kemudahan kepada pesakit tanpa pergi jauh ke hospital lain.
“Baru-baru ini berlaku kejadian ibu mengandung bersalin di dalam kereta di pintu masuk Hospital Jengka, kemungkinan tidak sempat ibu yang sarat itu dihantar ke hospital lain.
“Saya cadangkan pesakit Covid-19 ditempatkan di PKRC di sekitar Bandar Jengka yang mempunyai kemudahan dewan yang sesuai demi keselesaan penduduk di sini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HATI-HATI KELIBAT TIGA ORANG MENGUTIP DERMA DI KAWASAN JENGKA
JERANTUT: Penduduk di Felda di sekitar Kawasan Jengka diminta berhati-hati dengan kelibat dua lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 20an yang menjalankan aktiviti mengutip derma sejak dua hari lalu dan turut menggunakan sebuah kereta jenis Myvi berwarna emas dengan nombor plet palsu.
Salah seorang anggota kumpulan itu yang sempat dirakam gambarnya melakukan aktiviti kutipan derma di Jengka 14, semalam.
Kejadian itu disedari oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Jengka 14 yang bertugas, mula mengesyaki perbuatan itu kerana tiga individu itu pergi dari rumah ke rumah untuk mengutip derma pada kadar yang telah ditetapkan.
Pengurus Jengka 14, Mohd Tamrin Zakaria berkata kejadian itu disedari oleh anggota Rela di situ, kejadian berlaku kira-kira jam 3.00 petang , anggota Rela mengekori, mereka erus menghilangkan diri.
“Anggota Rela hairan perbuatan itu melanggarkan operasi prosedur standard (SOP) kerana mereka pergi dari rumah ke rumah, bila bertanya kepada beberapa orang yang sempat dikunjungi oleh kumpulan itu, mereka menagih derma dengan nilai yang telah ditetapkan.
“Menyedari mereka diekori, mereka menggunakan kereta dan terus menghilangkan diri ketika dikejar oleh anggota Rela,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Jengka pada jam 6.00 petang memaklumkan kejadian itu.
“Polis sempat menyemak nombor plet kenderaan itu dan didapati menggunakan plet palsu, pihak polis memohon orang ramai yang terserempak dengan kumpulan itu segera membuat laporan ke balai polis berdekatan,”katanya.
Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, beliau berharap jika orang ramai yang tahu kejadian seperti yang berlaku di Felda Jengka 14, segera membuat aduan kepada pengurus rancangan atau kepada pihak polis dengan segera kerana perbuatan itu melanggar SOP.
Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, beliau berharap jika orang ramai yang tahu kejadian seperti yang berlaku di Felda Jengka 14, segera membuat aduan kepada pengurus rancangan atau kepada pihak polis dengan segera kerana perbuatan itu melanggar SOP.
“Dimaklumkan aktiviti ini kononnya membuat kutipan derma untuk tabung mangsa PKP, ini adalah satu perbuatan satu kumpulan yang tidak bertanggungjawap sama sekali.
“Penduduk di tanah rancangan diminta supaya berhati-hati dengan mana-mana individu atau kumpulan kumpulan yang datang untuk meminta derma atau lain-lain aktiviti yang mencurigakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR CARI KAWASAN UNTUK MENDAPAT CAPAIAN INTENET UNTUK IKUTI KELAS PDPR
LIPIS: Pelajar yang tinggal di kawasan Kampung Relai gembira apabila mengetahui masalah untuk mendapat capaian internet yang dialami selama ini akan berakhir menjelang akhir Ogos ini kerana akan terbina menara sementara di kawasan itu.
Sebelum ini, mereka terpaksa mencari kawasan yang mendapat capaian internet samada pergi ke rumah saudara di Pekan Kerambit kira-kira 6 kilometer atau di tepi jalan, Jalan Kerambit-Jerangsang, malah ada pergi mencari kawasan tinggi untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) masing-masing.
Antara pelajar yang belajar di pondok berdekatan bekas lombong untuk mendapat capaian internet yang baik
Seorang pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit, Mohamad Ainul Mohd Hazri berkata, sejak PDPR semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka mengalami kesukaran untuk mengikuti PDRP kerana capaian internet tiada di kampung itu.
“Kami mencari lokasi yang sesuai dan mempunyai liputan internet yang terbaik, maka tempat yang kami temui ialah kawasan berbukit yang jaraknya kira-kira 3 km dari rumah dengan menunggang motosikal,” katanya.
Katanya, dengan terbina menara sementara itu, kami berharap isu tiada capaian internet dapat diatasi dan mereka dapat belajar dengan selesa dan selamat tanpa perlu pergi jauh.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit, Nur Aliyaa Afiqah Mohammad (14) berkata, sejak penguatkuasaan PKP, kesemua pelajar di Kampung Relai terpaksa keluar menunggang motosikal dan berjalan kaki ‘merayau-rayau’ untuk mendapatkan capaian internet.
Nur Aliyaa Afiqah Mohammad (14) berkata, sejak penguatkuasaan PKP, kesemua pelajar di Kampung Relai terpaksa keluar menunggang motosikal dan berjalan kaki ‘merayau-rayau’ untuk mendapatkan capaian internet.
“Walau terdapat menara di kampung ini, tetapi mempunyai kadar kelajuan rendah dan kadang-kadang tidak berfungsi, macam mana kami hendak mengikuti PPDR, masalah yang timbul ini, membuatkan kami tertinggal pelajaran atau topik mata pelajaran tertentu,” katanya.
Murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kerambit, Nadatulhusna Mohd. Harun, 12, berkata, dia bersama tiga adik-beradiknya juga terpaksa keluar dari rumah untuk mencari capaian internet ketika tiba waktu PPDR bersama guru.
Nadatulhusna Mohd. Harun, 12, berkata, dia bersama tiga adik-beradiknya juga terpaksa keluar dari rumah untuk mencari capaian internet ketika tiba waktu PPDR bersama guru.
“Kami takut juga waktu penularan wabak Covid-19 ini hendak pergi jauh untuk mendapatkan capaian intenet ketika PKP. Setelah mengetahui kesukaran ini yang akan berakhir menjelang Ogos ini dengan menaiktaraf sistem, saya dan rakan amat bersyukur,” katanya.
Seorang penduduk, Arifudin Shari, 25, berkata, sejak PDPR dilaksanakan tahun lalu, ada pelajar di situ mengikuti PPDR di pondok kayu atas bukit berdekatan bekas lombong bijih besi di kampung tersebut kerana lokasi berkenaan boleh mendapatkan capaian internet dengan baik.
“Bagi pelajar perempuan pula yang tidak sanggup mendaki bukit, mereka mencari capaian internet di sepanjang jalan sehingga sampai tiga kilometer, kesian juga budak-budak (pelajar) ini,” katanya.
Katanya, kampung itu hanya terletak cuma 25 kilometer sahaja dari bandar Kuala Lipis yang sudah tentu ada jaminan kemudahan capaian internet berkelajuan tinggi, malah terdapat sebuah menara di situ, ramai pelajar calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berdepan masalah untuk mengikut PPDR.
Tinjauan SAHIH terdapat sebuah Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah, Kerambit, dengan 140 orang pelajar sukar mengikuti kelas PDPR, malah dimaklumkan guru sekolah tersebut turut mengalami masalah yang sama untuk menjalankan kelas masing-masing di sekolah itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff membawa perkhabaran ‘gembira’ ketika melawat dan meninjau masalah telekomunikasi di Kampung Relai sambil memberikan jaminan masalah itu akan selesai menjelang akhir Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff membawa perkhabaran ‘gembira’ ketika melawat dan meninjau masalah telekomunikasi di Kampung Relai sambil memberikan jaminan masalah itu akan selesai menjelang akhir Ogos ini, semalam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang akan menaik taraf menara di situ dengan memberikan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi (4G).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA WARGANEGARA INDONESIA MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
BERA: Dua warganegara Indonesia maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta di KM 57 Jalan Temerloh-Melati, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang, hari ini.
Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh Lubis berusia 26 tahun, dari arah Sebertak menuju ke Tasik Bera bersama tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, setiba di tempat kejadian tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan terus merempuh sebatang pokok yang berada di bahu jalan tersebut.
“Pemandu kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga penumpang lagi tercampak keluar dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar 32 Bera untuk mendapat rawatan.
Kereta Proton Iswara merempuh sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di KM57, Jalan Temerloh-Melati, hari ini.
“Manakala seorang penumpang wanita warganegara Indonesia dengan panggilan Awi berusia 25 tahun turut maut ketika berada di klinik tersebut dan 2 lagi mangsa yang cedera dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, dua yang terselamat itu, Maswanto (30 tahun) cedera di bahagian kaki, manakala penumpang kanak-kanak berusia 7 tahun, warganegara Thailand dikenali sebagai Nuru-anis mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.
“Semua tiga mangsa warga negara asing itu bekerja sendiri tanpa majikan, manakala dua mayat mangsa akan dibedah siasat, ” katanya.
Katanya, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987, manakala orang ramai yang menyaksi kejadian itu tampil untuk membantu siasat, pihak kedutaan Indonesia dan Thailand akan dimaklumkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOPERASI TERJEJAS PERLU REBUT PELUANG MOHON MODAL PUSINGAN MEDAC
MARAN: Sektor koperasi yang berdepan masalah akibat pandemik COVID-19 perlu merebut peluang pembiayaan diumumkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Ahad lalu.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Abdul Fatah Abdullah berkata, berdasarkan kajian MEDAC, kira-kira 30 operator koperasi di seluruh negara terjejas berikutan sekatan pergerakan diperkenalkan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19 sejak tahun lalu.
Katanya, antara sektor koperasi paling teruk terkesan ialah membabitkan operator pelancongan, perkhidmatan dan perhotelan.
“Pengumuman Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini diharap dapat memberi kelegaan sedikit kepada koperasi yang terjejas ini.
“Melalui peruntukan berjumlah RM230 juta dan pengenalan produk baharu dalam Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM), mereka perlu merebut peluang dan mengemukakan permohonan.
“Cuma kalau boleh, syarat permohonan itu dipermudahkan dan lebih fleksibel bagi memastikan proses (kelulusan) dapat disegerakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan set pakaian pelindung diri (PPE) dan pelitup muka dari CoopCare ANGKASA kepada petugas Hospital Jengka, di sini, hari ini.
Sumbangan diterima Pengarah Hospital Jengka, Dr Mohd Sharafana Senasi Abdullah.
Dr Wan Junaidi dalam sidang media Ahad lalu dilaporkan berkata, MEDAC menyediakan peruntukan RM230 juta melalui lima produk pembiayaan TMPSKM bagi membantu kira-kira 14,000 koperasi seluruh negara.
Dianggarkan melalui peruntukan itu, seramai 6.5 juta ahli koperasi bakal menerima manfaat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERAJAAN NEGERI AKAN BANGUNKAN MENARA SEMENTARA DI KAMPUNG RELAI
EKORAN PELAJAR BELAJAR DI ATAS BUKIT DEKAT BEKAS LOMPONG UNTUK MENDAPATKAN CAPAIAN INTERNET
LIPIS: Pelajar yang tinggal di Kampung Relai dan sekitarnya yang sukar mendapat capaian internet untuk mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) bakal mendapat kemudahan itu penghujung Ogos ini apabila Kerajaan Pahang akan membina menara sementara di kampung terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata langkah drastik itu adalah untuk memasti pelajar di kawasan terbabit dapat mengikuti kelas PdPR dengan selesa di rumah masing-masing terutama pelajar yang bakal menduduk peperiksaan awam.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff (kanan), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Lee Ah Wong (tengah) dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Mohd Faisal Md Nor (kiri).
Katanya menara sementara ini akan digunakan sehingga menara baharu yang sedang dirancang di kampung berkenaan siap dibina pada Mac 2022.
Sebelum ini akhbar melaporkan sekumpulan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengikuti kelas PdPR di atas bukit di tepi bekas lombong sejauh tiga kilometer dari tempat tinggal masing-masing untuk mendapatkan capaian internet yang baik.
Walaupun hanya 25 kilometer dari bandar Kuala Lipis, kampung itu tiada capaian internet dan membuatkan sekumpulan pelajar berkenaan membina pondok sendiri di atas bukit manakala pelajar lain menumpang di kampung lain bagi mengikuti kelas PdPR.
Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff dalam satu pertemuan bersama pemimpin masyarakat, di Pekan Kerambit, semalam.
Katanya, sebuah syarikat telekomunikasi akan menyediakan menara sementara untuk memastikan ia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk dan pelajar di kawasan terbabit.
“Kita akan mendirikan menara sementara ini yang sebelum ini capaiannya dari 3G ke 4G. Kita juga ada menerima cadangan untuk memberi WIFI percuma kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas bertemu dengan pemimpin Kampung Relai dan meninjau sendiri masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk di kawasan itu.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Lee Ah Wong dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Mohd Faisal Md Nor.
Katanya, menara yang sedia ada di kampung tersebut menggunakan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) yang hanya mampu menawarkan perkhidmatan 2G dan 3G sahaja dan akan dinaik taraf menggunakan teknologi gentian optik.
Mohammad Fakhruddin berkata pihaknya akan melipatgandakan usaha dalam pelaksanaan projek ini bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam kadar yang lebih cepat.
“Suasana pada hari ini, dalam pada kita menghadapi pandemik COVID-19 ini keperluan talian internet amat mendesak terutamanya kepada ibubapa yang mempunyai anak yang masih belajar.
“Walaupun sebelum ini kita sudah mempunyai perancangan untuk melaksanakannya tanpa kita mengambil kira tentang apa yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini, disebabkan Covid -19 ini, semua perkara perlu disegerakan atas kapasiti keperluan,” katanya.
Pelajar yang belajar secara PDPR di pondok di atas bukit untuk mendapatkan capaian internet.
Tinjauan Sahih mendapati terdapat sebuah menara kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah, Kampung Relai tetapi dipercayai tidak berfungsi, malah tiada liputan telekomunikasi alat perhubungan telefon bimbit biasa.
Guru sekolah tersebut juga tidak dapat menjalankan PdPR untuk murid mereka kerana berhadapan masalah yang sama.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MURID BEKEPERLUAN KHAS TERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG 2021
JERANTUT – Seramai 444 Murid Berkeperluan Khas (MBK) sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima Bantuan Prihatin Pahang 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, bantuan wang tunai RM250 setiap seorang itu diagihkan secara pandu lalu di tiga lokasi berasingan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah menyampaikan bantuan wang tunai RM250 setiap seorang itu diagihkan secara pandu lalu di Dewan Majlis Daerah Jerantut, hari ini.
“Semalam kita serahkan sumbangan kepada 92 orang murid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar yang diadakan di Galeri Mat Kilau manakala 121 penerima kawasan DUN Tahan di Dewan Semai Bakti Felda Padang Piol”.
“Hari ini kita serahkan sumbangan kepada 231 penerima dalam kawasan DUN Damak yang diadakan di perkarangan Dewan Majlis Daerah Jerantut,” katanya.
Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Dr. Azman Uzair dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Fatihah Ibrahim.
Menurutnya, kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat yang bergelut dengan pelbagai situasi sejak pandemik Covid-19 melanda negara sehingga MBK turut terpilih menerima sumbangan.
“Sebelum ini kita telah agihkan sumbangan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) melibatkan peruntukan lebih RM270,000.00,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Mokhtar Mohamad, 55, cuma mengambil masa 10 minit sahaja mampu meraih rezeki kira-kira RM200 kerana mata kailnya dengan umpan anak udang direntap seekor ikan belida seberat 8 kilogram di Sungai Jelai, dekat sini.
Mokhtar Mohamad, 55, cuma mengambil masa 10 minit sahaja mampu meraih rezeki kira-kira RM200
Tuah menyebelahinya hari ini apabila memperoleh seekor ikan Belida atau nama saintifiknya, notopterus chitala ketika turun memancing di sungai itu berdekatan Kampung Ganding, dekat sini hari ini.
Mokhtar yang juga pengusaha ternakan ikan sangkar di kampung tersebut berkata, dia tidak menyangka memperoleh spesies ikan liar yang mempunyai permintaan di pasaran sejak mengalih tumpuan kepada aktiviti memancing setelah ternakan sangkarnya tidak mendapat pasaran berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Biasanya setiap pagi dan petang sejak PKP awal tahun ini, ketika memancing saya hanya memperoleh ikan patin, kerai, lawang dan sebagainya bersaiz kecil serta beratnya kurang daripada satu kilogram sambil melihat keadaan ikan sangkar saya.
“Tetapi tuah menyebelahi saya hari ini apabila mata kail yang dipasang umpan anak udang direntap oleh seekor ikan belida berdekatan dengan ternakan sangkar di sungai ini,” katanya di Kampung Ganding, dekat sini hari ini.
Katanya, ikan belida ini seberat lapan kilogram akan dijual kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis kebetulan sudah ada permintaan ikan sungai itu.
“Ikan belida tidaklah semahal seperti ikan patin dan ikan kelah cuma berharga RM25 sekilogram dan memperoleh RM200 setelah dipasarkan kepada pengusaha berkenaan.
“Bolehlah menampung belanja keperluan dapur untuk keluarga dalam tempoh penguatkuasaan PKP ini kerana hendak mengharapkan hasil jualan ikan ternakan sangkar semakin tenat berikutan kurang permintaan di Kuala Lipis dan dari luar,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JURUKIMPAL DIKENAKAN PENJARA 25 TAHUN, 20 SEBATAN KERANA ROGOL ANAK ANGKAT OKU
TEMERLOH: Seorang jurukimpal dipenjara 25 tahun serta 20 sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Temerloh atas dua pertuduhan merogol kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran berusia 11 tahun, hari ini.
Tertuduh dipenjara 25 tahun serta 20 sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Temerloh atas dua pertuduhan merogol kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 11 tahun, hari ini.
Tertuduh berusia 27 tahun yang juga bapa angkat kepada mangsa mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Tertuduh melakukan kesalahan itu antara Jun dan 19 Julai lalu di sebuah rumah pangsa di Jalan Karak-Temerloh dan didakwa di bawah Sekeyen 376 Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan, manakala kesalahan kedua dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan dan hukuman dijalan secara berasingan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ain Fadilah Mat Ali dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, ibu angkat mangsa seorang suri rumahtangga berusia 33 tahun, menyedari kejadian itu setelah ternampak tompokan darah di atas katil pada 19 Julai lalu, kira-kira jam 2.00 petang.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis oleh ibu angkat mangsa, pada 20 Julai, jam pada jam 2.13 petang, hasil siasatan melalui temubual, mangsa memberitahu bahawa kemaluannya sakit dan susah hendak kencing.
Punca kesakitan yang diberitahu akibat berlakunya kemasukan kemaluan suspek ke dalam kemaluannya dan telah berlaku awal Jun tahun ini, ketika ibu mangsa keluar ke bandar Temerloh.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk pemeriksaan doktor pada 21 Julai dan terdapat kecederaan koyakan baru dan lama pada selaput dara mangsa.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Seorang warga emas tercekik ketika sedang menikmati juadah buah melaka dan disahkan meninggal dunia di Hospital Lipis pada jam 11.00 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, mengesahkan kejadian itu dan kematian wanita itu berpunca tercekik (choking) juadah tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, mengesahkan kejadian itu
Katanya, mangsa, Siti Meriam Abdul Rafar, berusia 82 yang tinggal di Kampung Lentang, Lipis dihantar oleh anak lelaki berusia 41 tahun ketika sama-sama menikmati sarapan kuih tersebut dan menyedari ibunya tercekik ketika makan kuih itu.
“Pada mulanya anaknya menghubungi pihak klinik berkaitan kejadian itu dan pihak klinik menasihatkan anaknya terus menghantar ke Hopital Lipis,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!