CAMERON HIGHLANDS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen di negeri ini pada PRU15.
Menteri Besar Pahang itu menyatakan pendirian UMNO Pahang selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cameron Highlands hari ini, dipetik dari saluran YouTube MyKMU NET.
“Di negeri Pahang ada 42 kerusi (DUN), 25 adalah (milik) BN.. jadi apabila kita dalam Perikatan Nasional, ada parti BERSATU.. jadi saya fikir, disebabkan BERSATU tidak ada kerusi di Pahang jadi seharusnya mereka (BERSATU) tidak perlu bertanding di Pahang lah.
“Itu di peringkat (kerusi) ADUN.. begitu juga di Parlimen.. kita ada sembilan (kerusi Parlimen) Barisan Nasional.. lima lagi Perikatan Nasional, termasuk satu Indera Mahkota.. kemudian empat lagi kita dah bincang untuk parti-parti dalam Barisan Nasional.
“Sebelum ini pun BERSATU tidak ada kerusi Parlimen di Pahang ini.. jadi saya fikir BERSATU tidak perlu bertanding di Pahang lah.. eloklah mereka pergi (bertanding) di tempat yang mereka ada kerusi.. itulah pendirian UMNO Pahang,” katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy yang juga Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands turut menyampaikan amanat kepada ketiga-tiga kepimpinan sayap UMNO Cameron Highlands.
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PAHANG, WAN ROSDY WAN ISMAIL
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada perwakilan agar sentiasa bersiap-siaga menghadapi segala kemungkinan pada PRU15.
Beliau turut menyeru agar perwakilan membantu menambahkan bilangan penyertaan keahlian UMNO dan mendaftar sebagai pengundi bagi menghadapi PRU15.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR SALAK: Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin Abdul Rahman hari ini ‘memberi peringatan’ kepada PAS yang menjadi parti rakan mereka mengenai perlunya menghormati janji dan tidak memungkirinya.
Kenyataan itu juga dilihat membuktikan bahawa PAS – di sebalik persefahaman dimeterai dalam Muafakat Nasional – membuat keputusan sendiri menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Saya nak ingatkan kepada pemimpin PAS apa hukum berjanji. Janji mesti ditunaikan.
“Mereka sertai PN bersama PPBM (BERSATU) itu tanpa persetujuan kita,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today hari ini.
Tajuddin ditemui media selepas dia merasmikan mesyuarat tahunan UMNO Pasir Salak dan sayap parti itu di Pasir Salak hari ini.
UMNO dan PAS memeterai piagam bersama untuk membentuk Muafakat Nasional ketika kedua-dua parti terbabit masih berstatus pembangkang.
Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, BERSATU membentuk kerajaan baru melalui kerjasama dengan beberapa parti lain termasuk UMNO dan BN.
Ia kemudian menyaksikan munculnya PN yang disertai PAS sebagai salah satu parti komponen manakala UMNO dan BN kekal berada di luar gabungan tersebut.
Ia menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin UMNO yang menyatakannya sama ada secara terbuka atau berkias.
“Janji ikrar pada masa itu (sebelum Muafakat Nasional) kita berdua (UMNO dan PAS) akan membentuk satu kerjasama politik bagi menghadapi musuh politik, termasuk BERSATU pada masa itu, sebelum terbentuknya PN,” kata Tajuddin Abdul Rahman.
Pada 30 Disember lalu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata tiada mana-mana parti mampu menghadapi PRU akan datang secara bersendirian.
Oleh itu kata timbalan menteri besar Kelantan itu, BN dan PN perlu bekerjasama untuk mencapai kemenangan.
Kenyataan itu dijangka menimbulkan masalah kerana sebahagian besar pemimpin UMNO mahu parti itu kekal bertanding di kerusi tradisi mereka.
Ia termasuk kerusi yang memang dimenangi BERSATU pada PRU lalu atau dimenangi UMNO pada asalnya namun wakil rakyat terbabit melompat ke BERSATU kemudian.
Kata Tajuddin selepas menyertai PN, PAS sendiri berdepan kesukaran
“Sekarang mereka sudah terikat dalam keadaan begitu rupa dan menimbulkan kesulitan,” katanya.
Justeru ahli parlimen Pasir Salak itu meminta PAS menyelesaikan segera segala kesulian yang berlaku ekoran penyertaan mereka dalam PN ketika UMNO kekal dengan kesetiaan pada janji yang diikrarkan sebelum ini.
Walaupun tidak diperincikan dengan lebih lanjut, dipercayai kesulitan dimaksudkan Tajuddin berkaitan isu pembahagian kerusi untuk menyertai pilihan raya umum yang dijangka boleh dijalankan tidak lama lagi.
“Janji ikrar pada masa itu (sebelum Muafakat Nasional) kita berdua (UMNO dan PAS) akan membentuk satu kerjasama politik bagi menghadapi musuh politik, termasuk BERSATU pada masa itu, sebelum terbentuknya PN,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAYA BUKAN PONDAN POLITIK: UMNO BOLEH BUAT APA SAHAJA KEPUTUSAN
KOTA BHARU: UMNO boleh buat apa sahaja keputusan, sama ada untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional, atau pun menyokong DAP mahu pun Anwar Ibrahim, asal sahaja keputusan itu dibuat mengikut saluran yang betul.
Pesan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Setiausaha Agung BN, Annuar Musa kepada ahli-ahli UMNO, berbincang biarlah bertempat, dan platform FACEBOOK dan kumpulan sembang bukanlah tempat yang sesuai bagi membincangkan keputusan parti.
Membayangkan ada suara-suara daripada parti yang mahukan UMNO menarik balik sokongan daripada PN, kata Annuar, kalau itu yang dimahukan, biarlah ia diputuskan oleh parti sendiri, bukan menerusi cakap-cakap yang bukan di saluran sepatutnya.
AHLI PARLIMEN KETEREH, ANNUAR MUSA
“Tapi saya nak tanyalah, keluar tu nak pergi ke mana? Keluar nak jadi pembangkang ke? Keluar nak sertai DAP ke? Keluar nak bergabung dengan Anwar Ibrahim ke? Kalau itu jalan nak keluar, ayuh kita bincang dulu.
“Nak bincang di mana? Kita bincang di tempat sesuai, bukan dalam FACEBOOK, bukan dalam grup WhatsApp. Parti boleh buat apa saja keputusan, tapi bincang biar bertempat.
“Sesama ahli Majlis Tertinggi (MT), berapa kali nama saya dibedal oleh sama-sama ahli MT. Sampai hari ini saya pilih untuk tak menjawab. Sebab bukan kelasnya kita duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi, (tetapi) bedal sesama sendiri.
“Cara orang lain saya tak tahu, tapi bukan cara saya. Tapi saya bukan pondan. Saya bukan pondan politik,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2020 hari ini, lapor MALAYSIAKINI.
Sebelum ini, Annuar dibidas beberapa rakan di dalam UMNO kerana dikatakan sering menyebelahi BERSATU terutamanya dalam isu kerjasama PN yang memang dari awal tidak disenangi oleh sebahagian ahli UMNO .
UMNO bersekutu dengan BERSATU- parti serpihannya sendiri – pada hujung Februari lalu bagi menjayakan Langkah Sheraton yang menyingkirkan kerajaan PH daripada kerajaan pusat, di bawah payung PN bersama PAS dan parti-parti lain.
Kerjasama dua parti itu awal-awal lagi menempuh jalan sukar apabila sebahagian pemimpin UMNO berasa parti mereka dianaktirikan pentadbiran presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli UMNO menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Apatah lagi, UMNO hilang banyak kerusi kepada BERSATU apabila ramai ahli parlimennya yang melompat parti selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
Annuar yang merupakan menteri Wilayah Persekutuan di dalam kabinet Muhyiddin, dituduh seolah-olah menjadi jurucakap BERSATU berbanding UMNO, antaranya oleh Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Puad Zarkashi.
Malahan, Puad menempelak Annuar yang dikatakan suka mendahului presiden dalam isu dasar dan taktikal parti.
“Cara orang lain saya tak tahu, tapi bukan cara saya. Tapi saya bukan pondan. Saya bukan pondan politik,” kata Annuar Musa dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2020 hari ini.
Bagaimanapun, Annuar mencabar pihak-pihak yang menuduhnya untuk membuktikan dakwaan mereka.
“Sebut satu perkara yang saya mendahului presiden. Sebut dengan saya satu perkara yang saya katakan bukan keputusan parti.
“Cuma bezanya kadangkala, benda diputuskan oleh parti, semua berdiam tak nak bercakap, bila setiausaha agung (BN) sebut, orang kata sayalah yang mendahului presiden.
“[…] Masalah kita, yang kita bincangkan, kadang-kadang tak sampai ke akar umbi. Di atas kita bawa satu rentak, di bawah, kita bawa satu rentak yang lain. Ini yang menjadikan masalah.
“Sekarang saya tak tahu, rentak mana yang betul,” katanya lagi.
Annuar turut membidas pihak yang menyindirnya sebagai jurucakap BERSATU, dan memberi amaran tegas agar kesetiaannya di dalam UMNO jangan sekali-kali dipertikaikan.
Katanya, dia bukan ahli yang taksub dengan individu, apatah lagi untuk menjadi pemimpin yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan jawatan dan politik atau berebut-rebut kedudukan.
Katanya, sejak menjadi ahli UMNO pada 1978 hingga sekarang, pelbagai perkara telah ditempuhinya: kalah dan menang berkali-kali, menjadi menteri dan tidak menjadi menteri, diberikan pangkat, mahupun tanpa sebarang pangkat.
Malah katanya, mudah-mudahan, dia akan dapat memperjuangkan dan mendukung perjuangan UMNO sehinggalah ke penghujung nyawanya.
“Saya ingin mencabar mereka-mereka itu, yang belum kenal perjuangan saya yang telah menjadi ahli (UMNO) nombor 00124 daripada 3.4 juta. Saya ahli Umno yang ke-124 yang bersama menghidupkan semula UMNO sewaktu UMNO diharamkan.
“[…] Malah saya seharusnya bersyukur, Allah telah memberikan lebih daripada yang selayaknya kepada saya.
“Menteri sudah, ketua bahagian sudah, menteri kampung sudah, menteri bandar sudah. Di atas sudah, di bawah sudah. Menang sudah, kalah sudah. Apa lagi yang Annuar Musa mahu?
“Cuma satu perkara. Jangan mencabar kewibawaan saya tentang kesetiaan saya kepada parti. Belum tentu orang lain yang mencabar saya punya rekod yang lebih baik dalam kesetiaan (berbanding) saya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ASYRAF WAJDI PERLU MINTA MAAF: BERSATU TIMBANG TINDAKAN MAHKAMAH
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan dakwaan parti itu cuba ‘membeli’ atau ‘mencuri’ ahli UMNO sehingga sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi penubuhan cawangan parti berkenaan.
Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan menegaskan, perkara itu adalah tidak benar sama sekali selain menyifatkan ia adalah tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh.
“Saya dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini (dan) menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta-merta,” – Wan Saiful Wan Jan
Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut, lapor ASTRO AWANI.
“Saya memandang berat tuduhan Asyraf Wajdi bahawa Bersatu mencuri dan membeli ahli-ahli UMNO.
“Tindakan beliau menyebut ‘setiap yang menyertai BERSATU dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 hingga RM5,000’ tidak dapat diterima sama sekali.
“Saya dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini (dan) menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta-merta,” katanya dalam kenyataan yang dalam akaun Facebooknya di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, beliau akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal berkenaan.
Terdahulu, Asyraf Wajdi mendesak BERSATU agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERWAKILAN PERLU BERANI BERSUARA: JANGAN LEKA DENGAN MUSUH DALAM SELIMUT
KUALA LUMPUR: Bekas presiden UMNO, Najib Razak hari ini menasihatkan perwakilan parti supaya berani menyuarakan dan membahaskan hala tuju UMNO dalam persidangan mesyuarat UMNO bahagian yang bermula hari ini hingga 3 Januari.
Menyorot semula cabaran dan rintangan yang dihadapi UMNO, terutamanya sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu mengingatkan supaya parti itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, termasuklah musuh dalam selimut.
“Banyak yang berlaku sepanjang tahun ini… sama ada dari segi kerjasama dan persefahaman politik UMNO dan Barisan Nasional yang telah termeterai sejak sekian lama, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ataupun pendapat mengenai hala tuju UMNO menghadapi PRU-15 dan untuk jangka masa panjang.
“Banyak juga cakap-cakap di luar sana mengenai ini. Bagi saya inilah peluang bagi akar umbi menilai perkembangan sepanjang masa ini dan menentukan sendiri ke mana hala tuju UMNO.
“Setuju atau tidak? Dengan siapa? Kenapa? Bagaimana? Suarakan, bahaskan dan usulkan,” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini, lapor MALAYSIAKINI.
“UMNO bukan milik mana-mana individu. UMNO bukan milik mana-mana pemimpin. Janganlah kita benarkan UMNO dipengaruhi oleh mana-mana musuh dalam selimut mahupun pihak luar, ” kata Najib.
Bekas perdana menteri itu berkata susulan kejatuhan UMNO-BN pada PRU14, pelbagai cemuhan dihadapi UMNO serta parti gabungan BN lain sehingga terdapat gesaan supaya UMNO dibubarkan.
“Selama ini kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan penindasan. Lebih-lebih lagi ketika 2018, 2019 masa PH jadi kerajaan – BN sudah innalillah, UMNO sudah hancur kata mereka.
“Ada yang mahu UMNO dihapuskan. Tetapi UMNO tetap utuh dan terus kekal berdiri. Masih ingatkah kita siapa mereka?
“Hari ini UMNO dan Barisan Nasional kekal kukuh dengan kesetiaan akar umbi dan sokongan daripada rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya.
Untuk rekod, pada September 2019 piagam MN dimeterai bersama PAS dan UMNO iaitu ketika pentadbiran PH.
Namun selepas pentadbiran PN mengambil alih, gabungan itu turut terdiri daripada BERSATU yang dahulunya sebahagian daripada PH.
Bagaimanapun, ketiga-tiga parti itu dijangka berdepan dengan isu pembahagian kerusi dalam PRU15 memandangkan masing-masing akan menumpukan kerusi yang mempunyai majoriti Melayu-Islam.
“UMNO bukan milik mana-mana individu. UMNO bukan milik mana-mana pemimpin. Janganlah kita benarkan UMNO dipengaruhi oleh mana-mana musuh dalam selimut mahupun pihak luar.
“UMNO milik rakyat dan akar umbi UMNO yang setia selama-lamanya.
“Jika ada satu nasihat yang diminta saya berikan, jawapan saya; kita perlu beranikan diri kita,” kata Najib.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INI MASA SESUAI UNTUK PRU: SEMUA PARTI PERLU BUKTIKAN MAMPU BERPOLITIK SECARA MATANG
PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan ‘mungkin inilah masa paling sesuai’ mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID-19.
PRESIDEN UMNO, DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
“Jikalau rakyat sudah dibenarkan merentas negeri dan melancong, mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum,” kata Zahid dalam perutusan Tahun Baharunya di FACEBOOK.
Beliau berkata UMNO berpegang kepada keperluan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membentuk kerajaan memandangkan kerajaan Perikatan Nasional yang ada sekarang tidak stabil.
Beliau berkata langkah itu penting walaupun pertukaran kerajaan bukan sesuatu yang sihat dan masih ramai rakyat terkesan akibat COVID-19.
PN dilaporkan hanya mempunyai majoriti sokongan tiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Merujuk kepada kerajaan PN, Zahid berkata kerajaan yang rapuh sokongannya adalah ‘realiti baharu yang perlu negara hadapi’.
Katanya, ketika ini Malaysia sedang berdepan keadaan yang mencabar dan ia memerlukan kepimpinan berwibawa.
“Jikalau rakyat sudah dibenarkan merentas negeri dan melancong, mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum,” kata Zahid dalam perutusan Tahun Baharunya di FACEBOOK
“Sebagai pemimpin UMNO dan BN, izinkan saya mengambil langkah pertama untuk menjemput parti-parti politik dan kepimpinannya untuk mengadakan perbincangan dan buktikan kepada rakyat tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan Orang Asli, kita semua mampu mengangkat politik matang dan meletakkan keutamaan kepada negara yang kian merasai impak pandemik,” kata beliau.
GAMBAR HIASAN
Zahid bagaimanapun tidak menghuraikan sama ada jemputan itu terbuka kepada blok pembangkang terbesar, Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, DAP, dan Amanah.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dilaporkan membuat ketetapan menolak kerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP tetapi pendirian itu, menurut beberapa pemimpin, perlu diolah berdasarkan senario politik semasa.
“Dalam politik, tidak ada yang pasti. Politik adalah pendekatan yang dicipta untuk melindungi dan memenuhi keperluan rakyat dan dalam keadaan yang luar biasa, pendekatan dan persetujuan luar biasa juga perlu dicapai.
“Sebagai sebuah negara, kita gagal jika isu asas tidak diambil peduli oleh kerajaan. Pintu UMNO sentiasa terbuka untuk kerjasama demi kebaikan negara,” kata Zahid.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MESYUARAT UMNO SEREMBAN KECOH: PROVOKASI ANTARA KETUA PEMUDA UMNO DAN AJK UMNO BAHAGIAN
SEREMBAN: Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Seremban pada malam Isnin yang diadakan di Bangunan UMNO Negeri Sembilan kecoh apabila berlaku pertengkaran mulut membabitkan beberapa ahli jawatankuasa, termasuk Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussain.
Kekecohan dikatakan bermula apabila Ketua UMNO Bahagian, Mustafa Salim secara tiba-tiba menangguhkan mesyuarat tanpa memberi peluang kepada jawatankuasa yang hadir untuk memberikan pandangan.
RAKAMAN VIDEO KEKECOHAN MEMBABITKAN AHLI UMNO BAHAGIAN SEREMBAN TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL LEWAT PETANG SEMALAM
Keadaan menjadi lebih tegang apabila muncul sekumpulan individu lain yang bukan dalam kalangan ahli mesyuarat.
Zool Amali berkata, mesyuarat khas berkenaan diadakan bagi menentukan pelaksanaan Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian minggu ini sama ada dibuat secara maya atau bersemuka, lapor SINAR HARIAN.
“Tapi baru lima minit mesyuarat, ia ditangguhkan. Saya selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian cuba mendapatkan penjelasan daripada Mustafa, tapi telah dihalang oleh beberapa individu.
“Tiba-tiba sahaja mereka datang, mereka bukan ahli mesyuarat, ahli jawatankuasa semua tidak tahu siapa mereka jadi memang berlaku pertengkaran dan saya memang ada menengking dan tegas kerana mempertikaikan kehadiran mereka.
“Mereka juga cuba memprovokasi saya dan dari situ bermula pertengkaran. Lagipun mesyuarat dilakukan pada waktu malam, tiada kehadiran orang awam lain dibenarkan selepas waktu pejabat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung kejadian pada hari yang sama.
Sementara itu video kekecohan tersebut turut tular di media sosial sejak malam Isnin yang menyaksikan beberapa individu bertengkar dan menengking di antara satu sama lain.
“Tapi baru lima minit mesyuarat, ia ditangguhkan. Saya selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian cuba mendapatkan penjelasan daripada Mustafa, tapi telah dihalang oleh beberapa individu,” kata Zool Amali Hussain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BN PERLU LEBIH TERBUKA: TERIMA PARTI LAIN SERTAI GABUNGAN ITU
NILAI: Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya untuk parti itu menerima parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.
Katanya hal itu kerana BN perlu mengumpulkan semula kekuatan termasuk daripada parti-parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri selepas kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Kita mesti bersifat inklusif, bukannya eksklusif lagi. Maka jika ditanya pandangan peribadi saya, lebih banyak parti bersepakat di bawah payung BN itu lebih baik, kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, dan kekuatan sedikit-sedikit ini jika dikumpulkan akan menjadi kekuatan yang besar nanti.
“Ini yang perlu kita bina dan lakukan untuk BN membina kekuatan baru sebab BN dah kalah pada PRU ke-14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) di Nilai, Negeri Sembilan.
MOHAMAD (KIRI) BERSAMA PEMIMPIN PARTI MAKKAL SAKTI, TERMASUK PRESIDEN PARTI MAKKAL SAKTI, S THANENTHIRAN (KANAN) / FACEBOOK
Memetik laporan MALAYSIAKINI, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO bagaimanapun berkata sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baru dalam BN perlu mendapat konsesus daripada empat parti komponen sedia ada iaitu Umno, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Mengulas mengenai permohonan Thanenthiran agar Makkal Sakti dibenarkan bertanding atas tiket BN pada PRU ke-15, Mohamad berkata perkara itu wajar dipertimbang pucuk pimpinan BN memandangkan mereka masih setia menyokong gabungan tersebut sekali pun hanya berstatus parti rakan.
“Makkal Sakti telah lama bersama membantu BN, baik semasa (BN) menjadi kerajaan dan bukan kerajaan lagi.
“Saya yakin pertimbangan boleh dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi BN berkenaan permohonan Makkal Sakti ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Semua 11 ahli parlimen daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Perkara itu dimaklumkan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, ketika menggulung penutupan Konvensyen Nasional 2020 AMANAH di Melaka, hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu bertujuan memastikan Ahli Parlimen Port Dickson itu mempunyai sokongan jika apa-apa berlaku dalam waktu terdekat.
“Langkah itu supaya kita ada bilangan, (supaya) kita dapat bergerak. Kita perlukan ramai kawan.
“Sekarang kita ada 108 (kerusi pembangkang) berbanding 91 supaya kita lebih dekat (saingan) jika berlaku apa-apa dalam waktu terdekat,” katanya.
Mohamad menjelaskan SD itu bagaimanapun hanya terpakai untuk senario semasa jika berlaku peralihan kuasa sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)
Bagaimanapun, katanya untuk senario selepas PRU ke-15 akan diputuskan kemudian.
Ketika ini, AMANAH mempunyai 11 kerusi Parlimen, manakala 33 lagi membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan ahli politik lantang Ibrahim Ali membuat laporan polis berhubung perbualan bocor antara menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan.
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan ahli politik lantang Ibrahim Ali
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda (Wira) Nasrul Ali Hasan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Nasrul mahu pihak berkuasa menyiasat peranan anggota keluarga beberapa anggota kabinet dalam projek loji rawatan air Plubang, Kedah.
Dia turut mengeluarkan kenyataan media hari ini bagi mendesak penjelasan diberikan berkaitan projek itu yang dilabelkannya sebagai skandalprojekrundinganterus.
Malaysiakini melaporkan, pada 15 Disember, perbualan Whatsapp bocor mendedahkan Takiyuddin memohon pendapat Zafrul mengenai projek itu.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz (kiri) dan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan (kanan)
Takiyuddin menyatakan kepada Zafrul bahawa pemilik projek, Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah, sudah pun mempunyai rakan usaha sama.
Ini susulan tindakan Taliwork Corporation, yang menguruskan bekalan air Langkawi selama 25 tahun tetapi konsesinya bakal berakhir tidak lama lagi, memohon kerajaan pusat untuk menjadi rakan usaha sama dengan BDB.
Bagaimanapun, Wan Rohimi Wan Daud, setiausaha politik Takiyuddin berkata perbualan itu dipetik di luar konteks dengan niat curang untuk membina persepsi negatif dan mencemarkan nama baik pihak-pihak berkaitan.
Menurut Rohimi, Takiyuddin sebagai menteri penyelaras, harus memudah cara isu-isu berbangkit sama ada program atau projek pembangunan kementerian, jabatan dan agensi pusat dan kerajaan Kedah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!