KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi satu surat yang dikeluarkan pada Rabu.
Perkara tersebut disahkan peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali, menurut laporan theedgemarkets.com hari ini.
Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat tersebut pada jam 5.45 petang semalam.
Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2, pagi ini.
Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.
“Dengan itu, semakan kehakiman yang dijadual hari ini hanya bersifat akademik kerana kami akan terpaksa membuat rayuan secara terus kepada Menteri Dalam Negeri dalam masa 30 hari selepas keputusan itu, menurut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966,” Rafique dipetik berkata.
Pejuang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima lagi individu pada Ogos 2020.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO PERTIMBANG USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU
KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju membawa usul dibangkitkan 189 Bahagian-Bahagiannya, termasuklah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Perhimpunan Agungnya hujung bulan ini.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, usul memutuskan hubungan dengan BERSATU itu dicadangkan Bahagiannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lapor KOSMO! ONLINE.
Ujarnya, turut diusulkan ialah mempertahankan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.
“Usul lain termasuklah menggesa supaya PRU-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, MKT UMNO mengadakan mesyuarat selama kira-kira tiga jam di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.
Menurut Shahril, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Barisan Nasional (BN) yang digalas semula oleh Setiausaha Agung UMNO.
“Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden parti komponen dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat,” katanya.
Shahril berkata, mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa banjir termasuk pasca banjir.
Ujarnya, Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga telah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.
“Bagi tujuan menyelaras semua gerak kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kemelut politik yang berlaku antara parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak menghalang BERSATU Pahang meneruskan usaha membantu penduduk terjejas banjir di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU negeri, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, bencana banjir yang sedang melanda Pahang ketika ini lebih penting dan perlu diberi keutamaan berbanding melayan kenyataan politik dibuat oleh sesetengah pemimpin parti tertentu.
GAMBAR HIASAN
“Buat masa ini fokus utama kami di 14 Bahagian BERSATU Pahang ialah membantu seberapa ramai mangsa banjir yang kita mampu.. itu lebih penting daripada bercakap pasal politik.
“Di saat genting seperti ini, lebih elok kita fikirkan kebimbangan dan kerisauan rakyat.. kita ada banyak masalah lebih mendesak dan perlu diselesaikan.. masalah COVID-19 pun masih belum berakhir, jadi tidak perlu tambah dengan masalah lain yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hujung minggu lalu mengenai pendirian UMNO negeri untuk tidak menawarkan sebarang kerusi kepada BERSATU di Pahang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), Mohd Yazid berkata, semua pihak boleh memilih untuk bertanding di mana sahaja mereka suka selagi memenuhi kriteria ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Dalam hal nak bertanding atau tidak.. sebenarnya tidak ada sesiapa pun boleh menghalang mana-mana pihak yang ingin bertanding di Pahang.. ini termasuklah calon BEBAS.
“Kita (BERSATU) sudah menghulurkan tangan kepada mereka (UMNO) pada Februari (tahun) lalu dan jika tangan yang kita hulur dilepaskan separuh jalan, mungkin itu sudah ditakdirkan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat sedang memerhatikan tingkah laku semua ahli politik dan mereka akan menghukum mana-mana ahli politik yang dilihat sebagai terlalu mementingkan agenda peribadi daripada menumpukan usaha menjaga kebajikan rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan dakwaan Annuar Musa bahawa UMNO dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Najib menyelar Ahli Parlimen Ketereh itu kerana membuat tuduhan sedemikian susulan penyingkirannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional semalam, lapor Free Malaysia Today.
Najib berkata kepimpinan UMNO tetap tegas menolak kerjasama dengan DAP dan ini adalah sentimen turut dikongsi akar umbi parti.
“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak setuju dengan suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian UMNO yang menolak PPBM (BERSATU), janganlah buat sidang akhbar khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu kepada Annuar.
“Kenapa UMNO nak bekerjasama dengan DAP, jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP,” kata Najib.
Semalam, ketua-ketua bahagian UMNO menegaskan kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka terus menolak kerjasama dengan DAP dan bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, menurut Setiausaha Agung parti Ahmad Maslan.
“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak setuju dengan suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian UMNO yang menolak PPBM (BERSATU), janganlah buat sidang akhbar khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu kepada Annuar.
Pagi tadi, Annuar mendakwa menerima laporan wujud gerakan daripada UMNO bekerjasama dengan DAP.. termasuk membentuk kerajaan baharu.
“Saya dapat berita secara sahih wujud usaha perundingan melibatkan DAP dalam membentuk penjajaran baru,” kata Annuar.
Bagaimanapun Annuar tidak memberikan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya jawatan setiausaha agung BN akan disandang oleh setiausaha agung UMNO.
Perkara itu mungkin menjadi sebab Annuar Musa digugurkan daripada jawatan setiausaha agung BN, menurut Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, lapor MALAYSIAKINI.
“Beliau tidak dipecat, beliau diganti.
“Biasanya setiausaha agung UMNO ini juga sebagai setiausaha agung BN.
“Saya kira itu antara sebab (Annuar diganti). Saya juga diberi tugas untuk menjadi setiausaha agung Muafakat Nasional (MN),” katanya.
Bercakap kepada pemberita Ahmad berkata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi di hadapan ketua-ketua bahagian UMNO tadi mengucapkan terima kasih atas khidmat Annuar sebagai setiausaha BN dan MN.
“Biasanya setiausaha agung UMNO ini juga sebagai setiausaha agung BN, ” – Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan
Ditanya sama ada Annuar diganti kerana dilihat pro-BERSATU, Ahmad memilih untuk tidak mengulas berkenaan dakwaan itu.
“Annuar pro-BERSATU? Saya tak mahu mengulas apa-apa tentang itu,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Ahmad turut memaklumkan PRU15 perlu diadakan secepat mungkin bagi memastikan kerajaan dibentuk lebih stabil untuk memulihkan ekonomi.
Berkaitan risiko PRU diadakan ketika COVID-19 yang ketika ini belum belum reda, Ahmad berkata, risiko itu boleh dikurangkan susulan vaksin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BN PECAT ANNUAR MUSA: AHMAD MASLAN AMBIL ALIH JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG BN
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memecat Anuar Musa sebagai setiausaha agung.
Perkara itu disahkan oleh seorang pemimpin kanan UMNO kepada MALAYSIAKINI sebentar tadi.
Sumber lain memberitahu Malaysiakini, dia akan digantikan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan yang juga setiausaha agung bersama Muafakat Nasional (MN).
Kata sumber, keputusan itu dibuat selepas pertemuan UMNO dengan ketua-ketua bahagiannya di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi ini.
Tiada maklumat lanjut setakat ini.
Bagaimanapun Annuar dilihat lebih cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) ketika sentimen berbeza dalam UMNO – parti dominan dalam BN.
MALAYSIAKINI sudah menghubungi Annuar dan sedang menungu maklum balasnya.
Semalam, Annuar menegaskan akan mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menolak DAP dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sedia dipecat susulan pendirian itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Sebanyak 189 daripada 191 bahagian UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), lapor UTUSAN MALAYSIA.
Perkara itu, menurutnya, diputuskan dalam mesyuarat bahagian-bahagian itu semalam.
GAMBAR HIASAN
Hanya satu bahagian di Kelantan dan satu di Perlis bersedia mempertahankan kerjasama sedia ada, berdasarkan kenyataan pemimpin dari bahagian tersebut.
Laporan itu tidak menyebut secara khusus berkaitan pendirian UMNO Putrajaya.
Semalam ketuanya, Tengku Adnan Tengku Mansor mereka membuat ketetapan menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Dia juga meminta semua ahli parlimen UMNO meneruskan kerjasama dengan PN.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum ini berkata sebanyak 145 bahagian enggan meneruskan kerjasama dengan BERSATU.
Semalam, memetik tinjauan melalui Whatsapp, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 143 daripada 191 ketua UMNO bahagian enggan bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15, lapor MALAYSIAKINI.
Menurut Zahid, semua usul itu akan dibawa ke mesyuarat MT sebelum membuat ketetapan sama ada akan menerimanya atau tidak.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata, kesemua usul daripada 191 bahagian akan dibincangkan oleh MT sebelum membuat sebarang ketetapan, termasuk usul kerjasama dengan BERSATU.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN DATUK: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berbincang mengenai usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dikemukakan melalui mesyuarat UMNO bahagian.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam satu tinjauan menerusi kumpulan WhatsApp ketua-ketua UMNO bahagian sebelum ini, terdapat 143 daripada 191 ketua UMNO bahagian memutuskan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15, lapor SINAR HARIAN.
Beliau berkata, apabila keputusan itu dijadikan usul secara rasmi di peringkat perwakilan UMNO bahagian, ia harus diberikan perhatian dan diterima oleh UMNO Pusat.
“Usul-usul ini akan dibincangkan di peringkat MT. Saya harap keputusan yang akan dibuat MT nanti harus diterima sebagai keputusan parti sama ada ahli MT atau ahli Parlimen itu berada dalam kerajaan atau sebagai ahli Parlimen biasa.
“Jika sesuatu keputusan parti itu dibuat, maka keputusan itu harus diikuti terutama ahli-ahli Parlimen. Keputusan parti dalam apa bentuk sekalipun mesti dihormati dan diakui,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini pada Ahad.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERUSI PARLIMEN KUANTAN MILIK UMNO: PUCUK PIMPINAN PERLU BUAT KETETAPAN SEGERA
KUANTAN: UMNO Bahagian Kuantan sekali lagi menyuarakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan dan diputuskan segera pucuk pimpinan UMNO di peringkat Pusat bagi memastikan tidak timbul masalah sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
KETUA UMNO BAHAGIAN KUANTAN, DATUK SERI AB HAMID NAZAHAR (TENGAH) BERSAMA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN, DATUK SERI WAN ADNAN WAN MAMAT (KIRI) DAN NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN, NARA @ NIKMAN NORDIN (KANAN) KETIKA PERASMIAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN KUANTAN, HARI INI/FACEBOOK
Beliau berkata, hasrat itu sudah disuarakan akar umbi sebelum ini dan UMNO Bahagian sudah berkorban apabila memberi laluan kepada MCA pada PRU-14 yang lalu.
“Secara umumnya, kita sudah bersedia untuk (bertanding) di kerusi Parlimen Kuantan dan kita harap pucuk pimpinan dapat mendengar dan mempertimbangkan suara akar umbi yang ingin melihat suasana politik matang sejak wujudnya Muafakat Nasional dan kemudiannya Perikatan Nasional.
“Berkaitan tiga lagi kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuantan, semuanya sudah selesai… tidak ada masalah berbangkit dan kita tetap dengan pembahagian yang dipersetujui sebelum ini,” katanya ketika dihubungi selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, di sini, hari ini.
Untuk rekod, kerusi DUN Inderapura ditandingi calon UMNO, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif; DUN Teruntum ditandingi MCA, Tee Choon Ser dan DUN Tanjung Lumpur ditandingi Datuk Seri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad pada PRU-14.
Bagaimana pun, susulan penubuhan Muafakat Nasional tahun lalu, UMNO Kuantan memutuskan untuk memberi laluan kepada PAS bagi kerusi DUN Tanjung Lumpur yang kini disandang Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.
Dalam perkembangan lain, Ab Hamid berkata, UMNO Kuantan turut meminta kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan semula tuntutan royalti minyak yang pernah diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Oktober 2012.
“Tuntutan ini adalah wajar dan realistik kerana Pahang juga mempunyai hak terhadap penemuan telaga minyak yang berada dalam kawasan perairan negeri ini.
“Sudah pasti melalui pengagihan royalti ini kelak dapat membantu kerajaan Pahang melaksanakan pelbagai projek yang dapat memberi faedah kepada rakyat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO TETAP BERTANDING DI PAGOH: TIDAK ADA LALUAN MUDAH UNTUK MUHYIDDIN
PAGOH: Tidak seperti yang dijangka, Umno Pagoh sebulat suara enggan memberikan laluan kepada Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, lapor MALAYSIAKINI.
Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed berkata pendirian mereka itu diharap dapat didengar oleh kepimpinan tertinggi parti.
Menurut Ismail dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu hari ini ahli UMNO bersepakat menolak keputusan UMNO Johor yang dibuat sebelum ini.
“Saya harap mereka (Majlis Tertinggi UMNO) dapat mendengar kami (ahli akar umbi) dan membenarkan UMNO Pagoh bertanding di kerusi parlimen dan dua DUN (di bawahnya).
“Kami menghormati keputusan Umno negeri tetapi kami harap mereka juga menghormati pendirian kami,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today malam tadi.
Terdahulu Ketua Penerangan UMNO Johor Dr Adham Baba memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu agar Muhyiddin diberi laluan terus bertanding di Pagoh bagi mewakili calon kerajaan.
“Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh,” katanya seperti dilaporkan BH ONLINE hari ini.
“Kami menghormati keputusan Umno negeri tetapi kami harap mereka juga menghormati pendirian kami,” kata Ismail Mohamed dipetik Free Malaysia Today malam tadi.
Adham yang dipilih Muhyiddin menjadi menteri kesihatan berkata pendirian tersebut diambil dengan mengambil kira pengalaman dan kecekapan Muhyiddin selaku perdana menteri mentadbir negara.
Untuk rekod dua lagi kerusi DUN yang ingin tetap ditandingi UMNO Pagoh ialah Bukit Kepong dan Bukit Pasir.
Dalam PRU ke-14 Bukit Kepong dimenangi Dr Sahruddin Jamal yang kemudian dilantik menjadi menteri besar Johor sebelum tempatnya diambil alih oleh UMNO selepas berlaku pertukaran kerajaan.
Bukit Pasir pula dimenangi calon PAS, Najib Lep.
Kedua-dua mereka mengalahkan calon UMNO/BN masing-masing dengan kelebihan 1,273 undi dan 1,883 undi.
Muhyiddin mewakili parlimen Pagoh sejak 1978.
Ismail berkata pada November tahun lalu UMNO Johor membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi parlimen negeri itu bersama rakan komponen dalam BN dengan pengecualian Pagoh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!