KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menolak surat Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang mahukan ahli Parlimen UMNO menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.
Azalina berkata, sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat dia adalah individu yang berpegang teguh kepada demokrasi berparlimen, lapor Malaysiakini.
SETIAUSAHA AGUNG UMNO, DATUK SERI AHMAD MASLAN
“Ia wajar ditekankan bahawa fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di- Pertuan Agong.
“Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis.
“Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat 18 Januari 2021,” katanya dalam surat yang dihantar kepada setiausaha agung UMNO itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti wabak Covid-19.
Nazri berkata dia membuat ujian saringan selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.
GAMBAR HIASAN
“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.
“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pada 12 Januari lalu, Nazri melakukan sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Susulan empat hari selepas itu, Zaharin, yang merupakan bekas setiausaha UMNO Bandar Tun Razak yang hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.
Sementara itu, Nazri berkata dia kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.
“Jadi semalam saya sudah mula kuarantin di Hospital Zainab di Kota Bahru….,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju pemilihan UMNO bagi semua peringkat diteruskan pada tarikh yang sesuai tahun ini, lapor Bernama.
SETIAUSAHA AGUNG UMNO, DATUK SERI AHMAD MASLAN
“Kesemua ahli UMNO diingatkan sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad turut mengingatkan semua ahli UMNO supaya sentiasa menumpukan perhatian kepada isu membela dan membantu rakyat ketika situasi mencabar sekarang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Melumpuhkan perlembagaan, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tidak sekali-kali membantu negara menghadapi wabak Covid-19.
Dalam satu kenyataan dibuatnya hari ini Mohamad berkata Malaysia memang sedang berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Menurutnya ketika ancaman wabak itu semakin memburuk dan ekonomi menguncup, negara ini diletakkan dalam keadaan darurat dengan perlembagaan dan parlimen digantung fungsinya.
“Kita maklum keputusan kerajaan mengisytiharkan darurat dibuat dengan tujuan mengawal wabak berkenaan.
“Bagaimanapun saya percaya adalah lebih wajar kerajaan mengisytiharkan darurat kesihatan sambil memperkenalkan ordinan khusus untuk tujuan itu,” katanya, lapor Malaysiakini.
GAMBAR HIASAN
Menurut bekas menteri besar Negeri Sembilan itu lagi hanya melalui penguatkuasaan strategi kesihatan yang betul kerajaan boleh mengawal pandemik Covid-19.
Misalnya kata Mohamad dengan menyegerakan proses imunisasi dan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Untuk melumpuhkan perlembagaan – sama ada sebahagian atau sepenuhnya – tidak pernah membantu kita pulih daripada pandemik,” katanya.
Kerajaan mula menguatkuasakan semula PKP di beberapa negeri mulai 13 Januari lalu sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19 yang belum menunjukkan penurunan.
Ia berlaku selepas beberapa ketika Putrajaya melonggarkan pergerakan rentas daerah dan rentas negeri penghujung tahun lalu.
Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan saranan kabinet agar darurat diisytiharkan agar berkuat kuasa sehingga 1 Ogos dengan parlimen digantung.
Pengkritik mendakwa darurat tidak perlu diisytiharkan kerana PKP atau langkah kawalan lain memadai untuk mengawal penyebaran Covid-19.
“Negara akan menjadi adil apabila perlembagaannya diletakkan sebagai undang-undang tertinggi,” kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan
Darurat juga didakwa dijadikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai langkah menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang semakin kehilangan dukungan ahli parlimen.
Pelbagai pihak – termasuk dalam kalangan UMNO – turut tidak senang dengan pelaksanaan darurat. Pemimpin PAS pula mendakwa darurat adalah langkah yang wajib diambil kerajaan dan pihak yang tidak senang denganya dianggap menyanggah Agong.
Mohamad berkata UMNO sentiasa menyokong usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19 dan ia tidak pernah dikompromi.
“Bagaimanapun UMNO juga bertegas agar demokrasi dipulihkan dan fungsi perlembagaan dikembalikan,” katanya.
Menurut Mohamad demokrasi mesti dipertahankan dan tidak boleh dikalahkan sama ada oleh wabak atau apa saja cabaran yang dihadapi negara.
“Negara akan menjadi adil apabila perlembagaannya diletakkan sebagai undang-undang tertinggi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub menjelaskan pengumumannya untuk menarik balik sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebagai wake up call atau kejutan.
Katanya, ini bagi menyedarkan pihak-pihak tertentu untuk tidak menganiaya atau membuli UMNO.
“Apa kita buat semata-mata untuk beri wake up call bahawasanya utamakan rakyat. Jangan aniaya UMNO, jangan buli UMNO.
“Apa bentuk buli saya tidak mahu buat ulasan lebih,” katanya pada sidang media yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Jazlan ada menyenaraikan beberapa faktor yang menjadi punca dia mengambil keputusan berkenaan, lapor MALAYSIAKINI.
Antaranya mengenai dakwaan BERSATU mencuri ahli-ahli UMNO.
“Sepatutnya tak berlaku agenda curi ahli (dan gunakan) pelbagai cara untuk tubuh cawangan BERSATU.
“Perkara ini amat kita pandang serius dan sepatutnya dalam gabungan, ini tidak harus berlaku kerana pasaran masih luas.
“Rakyat ramai lagi tiada parti, kenapa hendak ambil ahli UMNO kalau tidak dengan tujuan untuk lemahkan UMNO,” katanya lagi.
Pengumuman Ahmad Jazlan hari ini meletakkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin kini hanya memperoleh sokongan 110 daripada 220 ahli parlimen di Dewan Rakyat.
Untuk rekod secara keseluruhan Dewan Rakyat memiliki 222 kerusi, namun dua daripadanya kosong disebabkan kematian penyandangnya iaitu Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Grik).
“Apa kita buat semata-mata untuk beri wake up call bahawasanya utamakan rakyat. Jangan aniaya UMNO, jangan buli UMNO, ” kata Ahmad Jazlan Yaakub
Sebelum ini seorang lagi ahli parlimen dari Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, menyatakan pendirian tidak menyokong kerajaan Muhyiddin namun belum menzahirkan tentangan terhadap kerajaan melalui mana-mana undian di Dewan Rakyat.
Perselisihan UMNO dan BERSATU dikeruhkan lagi selepas Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa BERSATU kini galak mencuri dan membeli ahli UMNO.
GAMBAR HIASAN
Dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Jazlan juga mendakwa kerajaan PN gagal mengawal penularan wabak Covid-19 dan mengatasi masalah ekonomi termasuk kadar pengangguran yang semakin meningkat.
“Kalau kita lihat banyak negara lain, negara jiran dapat kawal penularan tapi berlainan di negara kita yang seolah hilang kawalan dan fokus,” katanya.
Tambahnya, isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium juga tidak dilakukan sepertimana disarankan UMNO.
Selain itu dia juga membangkitkan kes kematian anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib yang didakwanya tidak dipedulikan kerajaan hari ini.
“Kes Adib pula kerajaan hari ini seolah-olah tidak ambil peduli.
“Oleh itu kita berpendapat kerajaan hari ini masih dipengaruhi kerajaan terdahulu kerana kes ini seolah-olah tiada penyelesaian,” tambahnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menyifatkan hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin.
Merujuk satu temubual sebuah stesen televisyen dengan seorang individu yang bekerja sebagai pemarut kelapa, Ahmad menerangkan sebab-sebab mengapa PRU wajar diadakan segera.
“Saya dipertontonkan dengan ASTRO AWANI atau TV3, tidak pasti, dia ada temubual seorang pemarut kelapa. Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana Covid-19.
“Tapi saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
“Sabah itu kes tinggi pun punca mereka kerana orang-orang pulau naik motorbot mereka masuk tanpa saringan dan sebagainya, itu antara punca saya difahamkan dan ia merebak di pulau sekitar itu.
“Kita perlukan PRU kerana kerajaan ini juga merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia. Kerusi parlimen ada 222, kalau nak jadi kerajaan kena ada 111 campur satu (kerusi) lagi minima. Ha.. dan itu yang kerajaan Malaysia ada sekarang.
“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemubual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.
“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” katanya, dipetik dari MALAYSIAKINI.
Ahmad berkata demikian dalam satu program Wacana Ilmu anjuran UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama Penerangan UMNO Perak yang disiarkan secara maya di Facebook UMNO ONLINE hari ini.
GAMBAR HIASAN
Pada 6 Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi semasa Covid-19 di negara ini berada pada tahap genting dan mencadangkan agar perintah kawalan pergerakan lebih bersasar dilaksanakan.
Ia berlaku ketika hubungan UMNO dengan BERSATU semakin tegang ekoran satu demi satu bahagian UMNO mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama terbabit.
Baru-baru ini Majlis Tertinggi UMNO pula memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke perhimpunan agung parti pada hujung bulan ini supaya diputuskan.
UMNO sendiri sebelum ini mendesak agar PRU diadakan segera dengan alasan supaya kerajaan yang mendapat mandat rakyat dapat dibentuk.
Ditanya berhubung pendirian PAS susulan hubungan tegang antara UMNO dan BERSATU, Ahmad menyatakan bahawa baru-baru ini partinya juga sudah mengadakan pertemuan dengan PAS.
Justeru itu, PAS dilihat seperti tiada tanda-tanda akan meninggalkan UMNO.
GAMBAR HIASAN
“Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) ada berjumpa dengan Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) dan saya juga akan bertemu dengan Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin Hassan) dan kita harap akan ada perkara baiklah.
“Tetapi pertemuan bersama presiden yang baru ini, kita lihat (PAS) di situ tiada tanda-tanda nak tinggalkan kita.
“PAS juga faham keadaan kita sebab BERSATU dan UMNO ini dia macam PAS dan Amanah. Luka masih berdarah.
“PAS faham dengan apa berlaku antara hubungan UMNO dan BERSATU.. yang penting BN dan PAS kekal sampai PRU,” katanya lagi.
Untuk rekod, biarpun terdapat desakan daripada beberapa pihak untuk mempercepatkan pilihan raya umum ke-15, Presiden PAS, Abdul Hadi berpandangan ia hanya sesuai diadakan selepas banjir yang melanda di beberapa negeri surut dan penularan wabak Covid-19 reda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak memperbetulkan propaganda jahat kerajaan terdahulu telah menyebabkan UMNO tawar hati untuk terus menjalinkan kerjasama dengan pakatan itu.
Perkara ini diakui oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kes-kes mahkamah yang disabitkan ke atas pemimpin parti itu adalah berpunca daripada ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi hantaran FACEBOOK miliknya, Najib tampil mempertahankan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa salah satu sebab utama UMNO tidak puas hati dengan PN adalah kerana tindakan meneruskan kes mahkamah terhadap UMNO dan para pemimpinnya.
GAMBAR HIASAN
Malah bekas Presiden UMNO itu menyifatkan kenyataan Ahmad itu telah diputarbelitkan oleh kawan dan lawan UMNO.
“Saya tengok ramai (termasuk pemimpin UMNO) tertentu yang sengaja putar belit video ini untuk fitnah SUA UMNO bahawa antara sebab kenapa UMNO tak puas hati dengan kerajaan PN ialah kes-kes pemimpin UMNO tidak ditarik balik
“Cuba tonton video Ahmad Maslan ini sepenuhnya dan dengar betul-betul apa yang dia cakap
“Dia kata ketidakadilan perundangan dan salahguna kuasa kerajaan semasa gagalkrasi PH bawah Mahathir tidak diperbetulkan oleh kerajaan PN,” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian susulan kenyataan Ahmad dalam satu wawancara di Facebook Nadi Rakyat baru-baru ini.
SETIAUSAHA AGUNG UMNO & BN, DATUK AHMAD MASLAN
Mengulas lanjut, kecuali kes mahkamah melibatkannya, Najib mempersoalkan mengapa bekas pemimpin UMNO yang melompat kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terlepas didakwa di mahkamah, sedangkan para pemimpin UMNO sebaliknya.
“Dia (Ahmad Maslan) tidak merujuk kes-kes saya atau mana-mana kes pemimpin UMNO tapi merujuk secara spesifik kepada 121 kes lucut hak serta kompaun melibatkan 41 pihak yang disita dan 80 orang yang dikompaun.
“Kesemua melibatkan wang yang dibayar oleh saya sebelum PRU14.
“Kena tanya kenapa 80 pihak dikenakan notis sitaan dan 41 lagi didakwa dan dikompaun sehingga berpuluh kali ganda jumlah wang yang dibayar saya sedangkan ianya melibatkan isu yang sama iaitu menerima bayaran dari saya.
“Adakah ianya adil untuk sebahagian dikenakan sitaan sahaja dan ada pula yang didakwa AMLA dengan kompaun yang besar?,” katanya.
Najib juga berkata, Ahmad juga berhak bersuara menentang propaganda jahat PH yang masih diteruskan PN untuk menekan UMNO.
“Mas Ermieyati dan Tok Pa menerima dana politik dari saya tapi mereka tidak diambil tindakan setelah lompat keluar UMNO dan dilantik menjadi menteri penuh pula.
“Ahmad Maslan dan Shahrir Samad juga menerima dana politik dari saya dan mereka pula diambil tindakan mahkamah sebab kekal dengan UMNO dan menjadi orang kena tuduh dalam mahkamah pula.
“Adakah ini adil? Patutkah Ahmad Maslan membisu sahaja dan tidak mengadu?,” katanya, dipetik dari MALAYSIAPOST.
Najib juga menyenaraikan kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH telah dilepaskan sebaik sahaja mereka berkuasa menjadi kerajaan pada Mei 2018.
Malah Najib juga mendakwa PH telah meletak orangnya pada jawatan-jawatan penting untuk mendakwa dirinya dan para pemimpin UMNO dengan pertuduhan di mahkamah.
“Ianya memang adalah kenyataan bahawa kerajaan PH telah salahgunakan kuasa kerajaan untuk kenakan pemimpin-pemimpin UMNO.
“Peguam Guan Eng dilantik dari pihak swasta untuk menjadi peguam negara. Pemimpin PH dilantik menjadi boss SPRM. Penyokong tegar Warisan dilantik Ketua Hakim Negara dan berkempen kuat dengan Guan Eng atas pentas ceramah untuk PH,” katanya.
Najib juga menyelar kerajaan PN kerana tidak memperbetulkan ketidakadilan ini selepas mengambil tampuk pemerintahan negara sejak Februari tahun lalu.
Malah, Najib juga mempersoalkan beberapa kes mahkamah yang mempunyai kaitan dengan pemimpin PH tidak didakwa semula dan dilepaskan begitu sahaja.
GAMBAR HIASAN
“Nak nafikan tiada salahguna dan manipulasi sistem perundangan Malaysia lagi? Cuba tengok apa akan terjadi jika ketiga-tiga lantikan ini berlaku di negara lain dalam dunia?
“Akibatnya rata-rata kes melibatkan pemimpin PH digugurkan atau ditarik balik seperti kes banglo Guan Eng, laporan polis RCI BNM Forex, kes LTTE melibatkan wakil-wakil rakyat DAP dan banyak lagi.
“Kes-kes lain tidak pula didakwa seperti komik propaganda komunis DAP, kes hotel Sandakan, kes Zahid Mat Arip kirim salam dan terima duit dalam kes FELDA investment, kes rasuah air Sabah Shafie Apdal dan lain-lain.
“Dalam kes melibatkan pemimpin Umno pula, ada pegawai yang telah mengaku dalam mahkamah bahawa mereka menerima rasuah dan ada juga mengaku ada pemalsuan surat arahan bank tapi kesemuanya tidak didakwa atau dakwaan ditarik balik dan dijadikan saksi untuk mengenakan kita pula.
“Namun tiada satu kes tersebut didakwa atau didakwa semula. Kenapa ketidakadilan ini tidak diperbetukan selepas kerajaan PN ambil alih,” katanya.
Sebelum ini, UMNO dijangka akan memuktamadkan hubungannya dengan kerajaan PN pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung hujung bulan ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan tindakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyokong Anwar Ibrahim kerana ia jelas bertentangan dengan dasar parti iaitu NO ANWAR NO DAP.
Pada masa sama Tun Faisal berkata apa yang dilakukan oleh bosnya, Annuar Musa, cuma mempertahankan keputusan dibuat parti sebelum ini.
“Sebagai timbalan ketua UMNO bahagian, saya tidak mempersoalkan keputusan majlis tertinggi (MT), malah itulah yang dilaksanakan Annuar iaitu mempertahankan keputusan dasar parti yang mahu bekerjasama dengan PAS dan BERSATU, mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), menyokong Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri, juga NO ANWAR, NO DAP.
“Yang dipersoalkan sekarang, dasar parti jelas NO ANWAR, tapi kenapa presiden dan Najib (Razak) tandatangan surat sokong dan setia kepada Anwar?” soalnya dalam satu kenyataan dipetik dari MALAYSIAKINI.
Terdahulu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menafikan spekulasi bahawa wujud rundingan kerjasama di sebalik tabir di antara UMNO dan DAP.
Katanya, rundingan bersama DAP dan PKR tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat biro politik mahupun MT, bahkan Ahmad Zahid sendiri berulang kali menegaskan pendirian tidak akan bekerjasama dengan DAP.
“Yang dipersoalkan sekarang, dasar parti jelas NO ANWAR, tapi kenapa presiden dan Najib (Razak) tandatangan surat sokong dan setia kepada Anwar?” soal Tun Faisal Ismail Aziz
Perkara itu menurutnya telah pun ditegaskan UMNO berulang kali.
“Dalam majlis terbuka dan tertutup di hadapan kepimpinan parti pelbagai peringkat, termasuklah baru-baru ini, presiden UMNO berkali-kali mengatakan beliau tidak akan menjalin kerjasama dengan DAP.
“Jika UMNO mahu menjalin kerjasama dengan DAP, ia mempunyai peluang sewaktu pertukaran menteri besar di Perak. Perkara itu tidak berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di FACEBOOK.
Tun Faisal yang juga setiausaha akhbar Annuar turut membidas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin Abdul Rahman dan ahli MT yang lain seolah-olah menjadi jurucakap DAP untuk membawa jajaran politik baru.
“Dasar parti juga jelas, NO DAP kenapa pengarah pilihan raya, Tajudin dan ahli MT seolah-olah menjadi jurucakap DAP dan membawa jajaran politik baru yang digambarkan akan melibatkan Anwar, PKR dan DAP?” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan.
Bercakap kepada media hari ini, Dr Mahathir menegaskan, Muhyiddin perlu mengambil tindakan sedemikian jika berasakan kepimpinannya tidak kukuh dari segi sokongan, lapor ASTRO AWANI.
“Dah nasihat banyak kali (beri nasihat kepada Muhyiddin) tapi yang susahnya kita nasihat, mereka tak mahu dengar. Itu yang jadi masalah.
“Nasihat terbaik, anda nampak tak begitu kukuh, letak jawatan lah,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Khamis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim, memilih menyertai BERSATU.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata permohonannya diluluskan semalam.
Saiful memilih untuk menjadi anggota BERSATU di bahagian Bentong, Pahang kerana kampung bapanya terletak di Janda Baik.
“Setelah 12 tahun berada dalam kancah politik negara dengan tidak berparti, pada hemat saya, sudah tiba masanya saya memilih satu wadah politik, menjadi ahli secara rasmi.
“Bukan untuk agenda peribadi, tetapi bagi meneruskan perjuangan pada agama, bangsa dan tanah air,” katanya, lapor MALAYSIAKINI.
Anwar dibebaskan Mei 2018, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan pusat daripada BN.
Dia yang menjalani hukuman lima tahun penjara mulai Februari 2015 atas sabitan meliwat Saiful Bukhari mendapat pengampunan penuh daripada yang di-pertuan agong ketika itu Sultan Muhammad V.
Anwar berulang kali menafikan tuduhan itu dan mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.
“Setelah 12 tahun berada dalam kancah politik negara dengan tidak berparti, pada hemat saya, sudah tiba masanya saya memilih satu wadah politik, menjadi ahli secara rasmi, ” Saiful Bukhari Azlan
Menulis di FACEBOOK, Saiful berkata keputusan itu diambil setelah dua bulan beristikharah dan dan mengumpul pendapat.
“Pada hemat saya, adalah lebih afdal bergerak secara berjemaah, dari bergerak secara solo.
“Banyak ilmu dan pengalaman boleh saya peroleh, serta berpeluang mencurah bakti pada masyarakat melalui aktiviti parti,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!