AHMAD MASLAN TIADA KUASA TERHADAP AHLI PARLIMEN UMNO
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan memberi respons daripada surat yang dikeluarkan UMNO untuk menyatakan pendirian sama ada akur keputusan parti atau sebaliknya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, ini kerana Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan dikatakan tiada hak untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap ahli Parlimen.
Ia susulan UMNO pada Selasa lalu telah menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
“Ahmad Maslan tiada hak kepada ahli Parlimen. Saya hanya akan jawab kepada keputusan Majlis Tertinggi Barisan Nasional.
“Saya Ahli Parlimen BN, walaupun saya bertanding mewakili UMNO, saya adalah Ahli Parlimen BN, dan BN perlu membuat sesuatu sebelum kami membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AHLI PARLIMEN MARAN SOKONG PM DAN TAAT SETIA KEPADA AGONG
MARAN: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Seri Ismail Abd Muttalib tidak berbelah bahagi sokongannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran daripada UMNO Ismail telah berkhidmat selama empat penggal, menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini dan kerajaan kerana amanah dan tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa yang melanda negara ketika ini.
“Sesungguhnya patik merafak sembah mohon menyembah taat setia patik yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dari dulu sehingga akhir hayat patik.
“Patik juga akan sentiaa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan dan turut turut menzahirkan sokongan penuh patik kepada Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Malaysia,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan.
Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa yang melanda negara ketika ini.
“Sesungguhnya patik merafak sembah mohon menyembah taat setia patik yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dari dulu sehingga akhir hayat patik.
“Patik juga akan sentiasa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan,” katanya.
Ismail menambah cara pemerintahan Al-Sultan Abdullah memberikan keinsafan kepadanya mengenai tanggungjawab yang dipikul.
“Segala sifat Yang di-Pertuan Agong mencerminkan bahawa Baginda seorang Raja yang berdaulat dan bermartabat tinggi,” katanya.
“Keprihatinan Tuanku terhadap apa juga isu telah membuatkan rakyat jelata turut terdidik dengan sifat-sifat mulia dan berhemah tinggi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
USUL PERCAYA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN DI DEWAN RAKYAT SEPTEMBER INI
KUALA LUMPUR: Suatu usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.
Melalui cara itu, kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.
Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.
“Semalam saya telah menerima warkah daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memaklumkan kepada saya terdapat lapan orang Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepada saya.
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. -Foto hiasan.
“Di dalam warkah ini, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya melalui perutusan khas yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, pertama, Perkara 43 (2) (a) iaitu: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”
Kedua, Perkara 43 (4) iaitu: “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.
“Sehubungan itu, saya telah dititah menghadap oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.00 pagi hari ini,” katanya.
Katanya, dalam majlis menghadap pagi ini, beliau telah menyembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.
“Oleh itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.
“Namun, saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan. Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya.
Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.
Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual. Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NORAINI IKUT LANGKAH SHAMSUL ANUAR LETAK JAWATAN MENTERI
PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dijangka akan mengumumkan peletakan jawatan beliau dari Ahli Jemaah Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO menarik dari kerajaan.
Tidak jelas sama ada peletakan jawatan beliau akan diumumkan malam ini atau selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Noraini yang merupakan Ketua Wanita UMNO dilihat akan mengikuti keputusan parti.
Setakat ini 12 orang Ahli Parlimen UMNO dilaporkan telah menarik dari kerajaan secara teknikal menjadikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hilang majoriti di Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli sebagai langkah susulan pendirian partinya yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
“Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi gambaran lebih ramai menteri daripada Umno akan meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam.
Datuk Seri Ahmad Maslan
Perkembangan itu berlaku selepas Umno menyerahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Katanya ,langkah itu dimulakan oleh ahli parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet hari ini.
“Peletakan jawatan menteri Umno ini telah dimulakan oleh Shamsul Anuar, kita menunggu apakah yang akan berlaku pada hari-hari berikutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
40 AHLI PARLIMEN BN BERI SOKONGAN KEPADA KERAJAAN PN
BERA: “Surat itu, berita itu memang (betul), 40 ahli Parlimen (BN) memberikan sokongan kepada (kerajaan) Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan minggu lepas,” kata Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Safri Ab Aziz mempersoalkan kenapa menggunakan kepala surat berlogo BN, namun tidak timbul persoalan mengenai kandungan surat yang menyatakan sokongan berkenaan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan peralatan masjid kepada wakil penduduk dari lima kampung sekitar Parlimen Bera di perkarangan Masjid Charuk Puting, dekat sini, hari ini.
“Apa yang dipersoalkan itu ialah menggunakan ‘letterhead’ (BN), kami kalangan ahli Parlimen BN, kita ahli Parlimen BN, 40 ahli yang sama-sama membuat persetujuan tersebut, apabila saya nak buat ‘press release’, saya nak gunakan ‘letterhead’ apa? jadi, saya gunalah ‘letter head’ BN, takkan saya nak gunakan ‘letter head’ lain.
“Persoalan ditimbulkan ialah penggunaan ‘letterhead’ BN dan bukannya tak betul 40 ahli Parlimen sokong kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan peralatan masjid kepada wakil penduduk dari lima kampung sekitar Parlimen Bera di perkarangan Masjid Charuk Puting, dekat sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga sudah memutuskan bahawa semua ahli Parlimen boleh menggunakan budi bicara masing-masing untuk menentukan sokongan terhadap kerajaan PN.
“Dari segi soal menarik sokongan, tidak timbul pun ketika mesyuarat MT… ahli Parlimen ke, Menteri ke …tidak perlu pun meletak jawatan… cuma bagi dia (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), semua ahli Parlimen perlu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.
“Tapi, kalau dari segi undang-undang, kalau menarik sokongan kepada Perdana Menteri, samalah seperti menarik sokongan kepada kerajaan dan kerajaan akan tumbang. Kita tidak boleh mengambil tindakan yang akan meruntuhkan kerajaan,” katanya.
Untuk rekod, BN mempunyai 42 ahli Parlimen daripada UMNO (38), dua dari MCA dan masing-masing satu dari MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN BERLAKU PM, KERAJAAN INTERIM
BERA: Orang ramai jangan mendengar dan terpengaruh dengan khabar angin bermungkinan berlakunya pembentukan kerajaan dan perdana menteri interim yang disebarkan oleh media sosial.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, istilah PM (perdana menteri) dan dan kerajaan interim tidak pernah wujud dalam perlembagaan itu sebagai satu khabar angin yang mencetuskan kekeliruan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, istilah PM (perdana menteri) dan dan kerajaan interim tidak pernah wujud dalam perlembagaan itu sebagai satu khabar angin yang mencetuskan kekeliruan.
“Pihak pembangkang sengaja memainkan isu seperti ini ekoran penangguhan persidangan parlimen Isnin ini. Penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dibuat atas nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah selepas penilaian risiko berikutan peningkatan kes dikesan di Parlimen sejak Isnin lalu.
“Kita jangan melayan dan memainkan isu ini kerana pihak itu cuba memecah-belahkan keharmonian rakyat,” katanya selepas menyerahkan sumbangan Bakul Makanan di Masjid Cheruk Putin, dekat sini, hari ini.
Katanya, sewajarnya kita mendamaikan dan menyejukkan keadaan demi rakyat yang pada ketika ini sangat terkesan dengan pandemik yang menyerang dunia.
“Terdapat 5 kes Covid-19 yang positif berlaku kepada pengiring ahli parlimen pada hari pertama, sehingga petang Khamis, lebih 70 kes positif dikesan hasil saringan dilakukan membabitkan ahli Parlimen dan pengiring mereka yang juga kontak rapat, katanya.
Ismail Sabri berkata, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menasihati agar persidangan parlimen ditangguhkan kerana kes positif semakin meningkat di kalangan ahli parlimen dan petugas di situ.
“Sepatutnya, persidangan tidak boleh dijalankan, tetapi kebenaran khas diberikan dengan mengurangkan bilangan seramai 80 orang yang boleh berada di dalam dewan serta memendekkan perbahasan bagi mengelakkan berlaku penularan.
“Semua mereka yang tidak tahu didapati positif di parlimen sudah pun berada di rumah masing-masing dan juga di tempat lain maka akan mencetuskan kluster baharu,” katanya.
Lima wakil kampung menerima bantuan bakul makanan hari ini.
Sementara itu, sebanyak lima kampung, Cheruk Puting, Guai, Guai Ladang, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Kg Awah dan Kampung Batu Bor menerima bantuan buat kali ketiga.
Sebanyak 19,372 bakul makanan telah disampaikan di kawasan Bera, manakala kawasan yang dikenakan PKPD semua penduduk kawasan tersebut menerima sumbangan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Semua barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar meletakkan jawatan akibat kekhilafan mereka dalam isu pembatalan Ordinan Darurat di sidang Dewan Rakyat pada Isnin lalu.
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan secara langsung mencetuskan ketegangan terutamanya krisis perlembagaan.
“Tindakan beliau (Takiyuddin) menimbulkan kekeliruan dan mengundang rasa dukacita Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana ia (keputusan membatalkan Ordinan Darurat) membelakangi kuasa Baginda.
“Oleh itu, Takiyuddin perlu melepaskan jawatannya secara ‘gentleman’ bagi meredakan suhu politik nasional yang semakin panas ketika ini.
“Malah, seluruh ahli kabinet ‘pintu belakang’ PN ini juga mesti meletakkan jawatan masing-masing dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu kecoh apabila Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Al-Sultan Abdullah untuk menyambung Proklamasi Darurat.
Takiyuddin menjelaskan, berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan juga membatalkan sebahagian ordinan darurat hingga mencetuskan bantahan pihak pembangkang yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan bilakah peraturan itu dibatalkan dan bagaimana mekanisme pembatalan itu dibuat.
Semalam, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda, sedangkan ia belum mendapat perkenan.
Zulkifli berkata, sebagai Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin sepatutnya menunjukkan sikap baik dengan menghormati Ketua Utama Negara dan tidak bersekongkol dengan kerajaan yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO TERENGGANU DESAK MUHYIDDIN, TAKIYUDDIN LETAK JAWATAN
KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri susulan pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Seri Paduka.
Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, turut sama didesak ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan.
Katanya, tindakan itu jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di samping membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.
“Sehubungan itu, ahli Parlimen UMNO juga mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai perdana menteri, lapor Utusan Online
“UMNO Terengganu berdiri teguh dibelakang Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu dalam kemelut semasa di samping berpegang kepada rukun negara selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi Berparlimen,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook Media Penerangan UMNO Terengganu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANGGUH SIDANG PARLIMEN: COVID-19 TIBA-TIBA SERANG ATAU NAK TUTUP PENIPUAN KERAJAAN-NAJIB
PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat Isnin yang ditangguh kerana serangan “tiba-tiba” Covid-19 sebenarnya lebih berkait kepada perlakuan kerajaan Perikatan Nasional, termasuk “menipu Parlimen,” sehingga menimbulkan rasa dukacita Istana Negara, kata Najib Razak.
Bekas perdana menteri berkata, alasan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang kerana “serangan tiba-tiba” wabak itu perlu dilihat daripada sudut lebih luas.
“Covid-19 tiba-tiba serang dewan setelah Yang diPertuan Agong titah (baginda) amat dukacita sebab kerajaan PN tidak menghormati undang-undang, membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda dan menipu Parlimen,” katanya di Facebook.
Beliau juga berkata serangan Covid-19 tiba-tiba itu berlaku apabila dirinya dijadualkan berucap di Dewan Rakyat Isnin ini.
Berdasarkan catatan facebooknya, ucapan Ahli Parlimen Pekan itu mengupas sebab mengapa kepimpinan Muhyiddin disifatkan kerajaan gagal, khususnya dalam menangani wabak Covid-19 dan krisis ekonomi.
Hari ini, Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat berkata hari terakhir sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kerana risiko penularan Covid-19 di Parlimen.
Dalam surat ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, berkata Pejabat Speaker telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menolak alasan penularan Covid-19 untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
“Ahli Parlimen sudah menjangka (penangguhan ini). Banyak pihak berpendapat bukan sebab Covid-19, (sidang Dewan Rakyat ditangguh),” kata Ahli Parlimen Pontian itu.
Beliau menegaskan keperluan “krisis politik yang berlaku, mesti diselesaikan segera.”
“Krisis perlembagaan yang terjadi, mesti ditangani,” tambah beliau di Twitter.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, keputusan itu dipersetujui bersama selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat, lapor BH ONLINE.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online sebentar tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!