AYER KEROH: Barisan Nasional memenangi 21 kerusi atau 75 peratus daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan hari ini.
Dengan kemenangan besar itu memberikan mandat majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri Melaka.
Kemenangan bergaya BN itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan majoriti mudah.
Kompen BN, MCA menang dua kerusi di DUN N8-Mancap Jaya; N14-Kelebang manakala MIC menang satu kerusi di DUN N7-Gadek.
PKR tewas di semua 11 kerusi yang ditandingi, manakala DAP menang empat kerusi iaitu N16-Ayer Keroh; N19-Kesidang; N20-Kota Laksamana dan N22-Bandar Hilir dan Amanah menang satu kerusi di N17 di Bukit Katil yang dipertahankan oleh bekas ketua menteri, Adly Zahari.
Sementara itu, Bersatu menang dua kerusi bagi Perikatan Nasional di DUN N11-Sungai Udang dan N24-Bemban.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keputusan tidak rasmi, kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 4 kerusi pada jam 8.10 malam.
BN memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN), N1- Linggi, N2 – Tanjung Bidara, N5 –Taboh Naning, N25 – Rim dan N27 – Merlimau.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto: Zuraida Kamaruddin dan calon PN di Machap Jaya, Tai Siong Jiul, dilihat berbual dengan pengunjung kedai makan di kawasan itu, pagi tadi.
AYER KEROH: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Zuraida Kamaruddin, dan calon Perikatan Nasional (PN) di Machap Jaya, Tai Siong Jiul kerana didakwa berkempen pada hari pengundian.
Turut dalam perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana mengongsikan hantaran di Instagram menggesa pengundi memilih Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.
Dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, calon Pakatan Harapan Law Bing Haw mendakwa Zuraida dan Tai masih berkempen untuk PN di Machap Baru, pagi tadi.
Menurutnya, beliau telah menerima aduan penduduk yang sedang bersarapan pagi.
Calon Machap Jaya Pakatan Harapan (PH), Law Bing Haw bercakap kepada media selepas membuat laporan polis.
“Ada video menunjukkan Zuraida dan Tai di dalam satu kedai makan, menyapa orang ramai dan bertanya sama ada mereka telah pergi mengundi.
“Mereka nyata melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang jelas menyatakan aktiviti berkempen dilarang pada hari pengundian,” katanya selepas membuat laporan polis itu.
Turut bersamanya, penyandang PKR di Machap Jaya Ginie Lim, yang telah digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya negeri itu.
FMT sedang berusaha mendapatkan maklum balas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.
Sementara itu, poster dikongsikan Khairy di Instagram pagi tadi turut tular, dengan ramai mendakwa mesejnya “Pilih BN!” serta tanda pagar #kestabilandemikemakmuran dianggap melanggar undang-undang pilihan raya.
Ketika dihubungi, SPR berkata sebarang bahan kempen berhubung pilihan raya adalah pelanggaran akta berkenaan jika dikongsikan selepas 12 tengah malam tadi.
Hantaran Khairy Jamaluddin di Instagram mengajak pengundi memilih Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Naib Pengerusi SPR Azmi Shahrom berkata, perkara itu samar jika melibatkan bahan yang telah dikongsikan sebelum hari pemilihan, namun masih berada di domain masing-masing.
“Memang umum mengetahui berkempen tidak dibenarkan pada hari pemilihan. Jadi tarikh hantaran dikongsikan menjadi kata putus untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran akta,” katanya ketika dihubungi.
Mengikut Seksyen 26 akta berkenaan, parti dan calon dilarang mengeluarkan kenyataan kempen pada hari pengundian.
Pengundi di Melaka memilih kerajaan negeri baharu hari ini, selepas pilihan raya diumumkan bulan lal
SUMBER: FMT
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Hanya tinggal 48 jam menjelang hari pembuangan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Apabila dua nama besar politik di negeri itu bertembung di N-02 Tanjung Bidara yang merupakan kerusi panas.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bakal berdepan dengan lawan dari Barisan Nasional (BN) Pengerusi Badan Perhubungan UNMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
datuk wira mas ermieyati samsudin /calon n02
Lebih kurang 48 jam keadaan dah tak lama lagi dan kita sedang cuba buat sedaya upaya kita bagi ikut kemampuan yang ada dalam waktu yang terhad ini. Terima kasih pada semua pimpinan yang telah membantu kerana kehadiran mereka. Orang kata ini kerusi panas kubu kuat BN memberikan saya semua jentera kekuatan bukan mudah sebenarnya, ia amat mencabar tetapi bantuan mereka umpamanya pil kuda bagi kekuatan pada kita dan sedang merancang.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan gabungan parti yang ingin membentuk kerajaan, perlu menang sekurang-kurangnya 15 kerusi yang dipertandingan.
Jumlah pengundi berdaftar Melaka adalah seramai 495, 196 setakat 3 oktober lalu.
-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Pelbagai cara di guna parti yang bertanding bagi menarik sokongan pengundi.
Bagaimanapun ade juga yang mempertikaikan cara berkempen dengan menggunakan gambar tan sri muhyiddin yassin di semua 28 kerusi dun yang di pertandingan.
Pengarah pilihan raya pn, datuk seri mohamed azmin ali berkata strategi itu membuktikan mereka untuk mendapatkan sokongan atau undi rakyat melaka pada pilihan raya negeri (prn) dalam norma baru.
datuk seri azmin ali / pengarah prn pn
Ini membuktikan bahawa perikatan nasional mempunyai seorang tokoh yang memberikan kepimpinan bertanggungjawab yang mempunyai intekgeriti dan calon2 yang mewakili on bukan atas sifat peribadi mereka tetapi mewakili satu wadah perjyangan yang di pimping oleh tan sri muhyiddin yassin.
Mohamed azmin turut menyangkal dakwaan gabungan parti itu tidak yakin dengan calon yang diketengahkan susulan pertikaian pihak tertentu berhubung pengguna an potret muhyiddin sebagai bahan kempen.
Sebaliknya , beliau mendakwa, langkah itu merupakan satu strategi jelas yang membuktikan muhyiddin mempunyai dukungan terhadap anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Tambah beliau bagi pilihan raya di sarawak spr berkemungkinan akan guna sop seperti di melaka.
Menurutnya lagi, norma baru mungkin boleh di perkenalan tapi yang di tegas kan oleh kerajaan negeri sarawak spr perlu memahami keadaan situasi negeri sarawak di mana sebuah negeri yang luas infrasturtur yang menjadi cabaran untuk melaksanakan kempen dgn norma baru.
Kita tidak menolak keperluan untuk mengenakan syarat2 baru kerana kepentingan kesihatan tapi jagan menyulitkan calon baru untuk memperkenalkan diri . – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula dibuka jam 8 pagi ini bagi membolehkan 11,557 pengundi awal terdiri anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab mereka.
Daripada jumlah itu, 24 pusat mengundi awal dibuka khusus untuk anggota polis, manakala tujuh pusat lagi , dengan empat daripada nya berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, membabitkan pengundi tentera dan pasangan.
DUN Sungai Udang antara kerusi yang merekodkan jumlah pengundi awal tertinggi pada PRN Melaka , iaitu melebihi 40 peratus daripada keseluruhan 22,793 pengundi.
Suasana petugas SPR bersiap sedia untuk undi awal PRN Melaka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Melaka.
Sepanjang proses pengundian awal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pengundi mematuhi panduan pencegahan COVID-19 seperti memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, menjalani pemeriksaan suhu badan serta merekodkan kehadiran.
Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati piliha raya yang di lantik SPR.
– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Sejumlah 10, 390 atau 89.90 peratus petugas barisan hadapan terdiri daripada polis dan tentera yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu direkodkan setakat jam 9 pagi tadi , iaitu selepas proses mengundi awal dibuka di seluruh negeri Melaka pada jam 8 pagi.
Dalam proses mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang membabitkan 739 anggota polis dan pasangan , berjalan lancar.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, turut turun memantau proses pengundian awal di IPK Melaka jam 9.35 pagi, diiringi pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menjaga jarak ketika menunggu giliran mengundi di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak Dua.
Seramai 11,557 pengundi awal menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) membabitkan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).
-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEKAS GABENOR MELAKA HADIR BERSAMA PEMIMPIN PH DI AYER MOLEK PULA
Foto – Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob (dua dari kiri) muncul sekali lagi menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.
MELAKA: Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.
Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek yang terletak di bawah kawasan parlimen Hang Tuah Jaya.
Ia adalah kemunculan hari kedua berturut-turut Mohd Khalil bersama wakil PH.
Semalam Mohd Khalil yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang itu hadir di kawasan DUN Kuala Linggi. Menyertai Mohd Khalil ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Menurut Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof, dia berkesempatan bertemu dengan Mohd Khalil dalam program kempen PH.
“Ini menandakan satu isyarat positif kepada Pakatan Harapan,” katanya dalam hantaran di Facebook petang tadi.
Turut kelihatan dalam gambar yang mengiringi hantaran tersebut ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Bendahari Agung Amanah merangkap Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim.
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional Hanipa Maidin pula mendakwa pada awalnya Mohd Khalil bercadang untuk berkunjung ke kawasan Serkam. Bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kunjungan tersebut terpaksa dibatalkan.
Semalam Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran Mohd Khalil Yaakob bersama calon PH di Kuala Linggi memberi impak positif buat gabungan berkenaan menghadapi PRN tidak lama lagi.
Jelas Mohamad sokongan Mohd Khalil secara tidak langsung membuka jalan kepada PH dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari untuk kembali menerajui kerajaan negeri.
“Kesudian Tun Khalil untuk bersama dengan saya dan calon PH, Julasapiyah Kassim, menyantuni para nelayan di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang ini amat menyentuh perasaan,” kata Mohamad.
Selain berkhidmat sebagai menteri besar Pahang selama 13 tahun, Mohd Khalil juga pernah diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agung Umno antara Mei 1999 sehingga Mei 2004.
Beliau kemudian dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka pada Jun tahun berkenaan sehinggalah Jun 2020.
Dalam PRN ini seramai empat calon bersaing untuk merebut kerusi Kuala Linggi iaitu Rosli Abdullah (Umno-BN), Julasapiyah Kassim(Amanah-PH), Aziah Mohd Sa’ad (PAS-PN) dan Kamisan Palil (bebas).
Di DUN Ayer Molek pula PH diwakili Mohd Rafee Ibrahim (PKR-PH) yang berdepan cabaran Rahmad Mariman (Umno-BN), Mohd Fadly Samin (Bersatu-PN) dan Ahmad Muaz Idris (bebas).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tinjauan menjelang esok undian awal berjalan lancar – PRN MELAKA
MELAKA – Pilihan raya negeri prn12 melaka, dun sungai udang antara menjadi tumpuan bagi proses pengundian awal esok
Penolong pegawai pengurus undi awal, sungai udang shahrin muharam berkata dun n11 ini terdapat 9 ribu 565 anggota tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka.
shahrin muharam / penolong pegawai pengurus dun sungai udang
“Jelasnya, esok adalah pengundian awal, terdapat juga pengundi awal yang mengundi di balai polis. “..
Esok seramai 11,557 orang pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 28 pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi esok bag i pilihan raya negeri (prn) melaka ke-15.
Dalam pada itu setiausaha suruhanjaya pilihan raya (spr) datuk ikmal rudin ishak berkata jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis .
Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada garis panduan pencegahan covid-19 di bawah pelan pemulihan negara akan di kuatkasa.
Antaranya penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka,pengunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan di laksanakan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
13 CALON BEBAS TANDATANGAN SD TIDAK SERTAI MANA-MANA PARTI
MELAKA: Seramai 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah Gagasan Bebas secara rasmi menandatangani Akuan Bersumpah (SD) hari ini.
Setiausaha Sekretariat Gagasan Bebas Mohammad Zaki Omar berkata antara inti pati utama SD tersebut adalah tidak mencabuli mandat yang diberikan pengundi pada PRN Melaka dengan menyertai mana-mana parti politik.
”Satu rang undang-undang atau enakmen juga akan dibentangkan (sekiranya Gagasan Bebas berjaya membentuk kerajaan) bertujuan mengadakan peruntukan pengosongan kerusi mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti atau gagasan masing-masing sehingga tahap menjatuhkan kerajaan.
”Jika ada yang mencabulinya, calon diberi masa tiga hari mengosongkan kerusi dan melepaskan jawatan sebagai ADUN atau tindakan mahkamah boleh difailkan ke atas ADUN tersebut,” katanya.
Menyentuh mengenai kempen, beliau berkata semuanya berjalan lancar dengan calon-calon gagasan itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk media sosial bagi mendekati pengundi kawasan masing-masing.
”Walaupun seperti kami mementingkan SD ini, tapi usaha mendekati pengundi tetap dijalankan dan ini penting kerana kita mahu pengundi faham apa yang kita perjuangkan untuk kestabilan politik Melaka.
”Untuk manifesto, kita rancang untuk bentangkannya esok dan bagi kami, ia tidak lambat walaupun hari mengundi tinggal beberapa hari sahaja lagi,” katanya.
Seramai 13 daripada 22 calon Bebas di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengambil langkah bergabung dan berkongsi manifesto untuk bersama-sama bersaing dengan 90 calon lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Calon gabungan dikenali sebagai ‘Gagasan Bebas’ itu antaranya merangkumi Ariff Adly Mohammad (Telok Mas), Mohd Zahar Hashim (Sungai Udang), Abdul Hamid Mustapah (Bukit Katil), Ahmad Muaz Idris (Ayer Molek), Datuk Kamisan Palil (Kuala Linggi) dan Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Serkam).
Turut berada dalam gabungan itu ialah Mohd Akhir Ayob (Asahan), Azefen Amin (Gadek), Mohd Jaini Dimon (Paya Rumput), Azlan Daud (Machap Jaya), Mohd Erfan Mahrilar (Durian Tunggal), Muhamad Hafiz Ishak (Duyong) dan Sabarudin Kudus (Rembia).
– Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!