KUANTAN – Sembilan belas bayi tahun baharu 2025 dilahirkan di negeri ini, hari ini.
Bayi pertama lelaki dilahirkan pada jam 12.12 pagi antara sepuluh bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan dilahirkan.
Sepuluh kelahiran berlaku di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, dua di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, Bentong (2), Lipis (2), Raub (1), Pekan (1), Cameron Highlands (1).
Kelahiran mengikut kaum, sepuluh bayi Melayu, Orang Asli (3), Cina (2), India (1), lain-lain (3). Manakala, 15 kelahiran biasa dan empat melalui pembedahan sehingga jam 11.00 pagi ini. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Sebahagian daripada 21 mangsa banjir di Taman Seri Utama, Jitra bersama-sama barangan keperluan asas yang diterima mereka.
Dua NGO bantu mangsa banjir di Kepala Batas
Kerjasama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi kelegaan kepada 56 mangsa banjir di Taman Seri Utama, Jitra dan Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Kedah apabila menerima bantuan bakul makanan barangan keperluan asas baru-baru ini.
Misi bantuan banjir membabitkan kerjasama NGO iaitu Kelab Sukarelawan Mahmudah (KESUMA’24) dari Semenyih, Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka Kubang Pasu (Pewaris) menerima sokongan serta infak dari pelbagai pihak untuk meringankan bebanan mangsa banjir terbabit.
Setiausaha KESUMA’24, Rozita Yaakob, berkata Yayasan Bank Rakyat (YBR) menjadi penyumbang utama apabila menginfakkan RM5,000 sebagai membantu serta menampung kos pembelian barangan keperluan asas di samping melengkapkan sumbangan kewangan untuk mereka terbabit.
Menurutnya, sebagai langkah keselamatan perjalanan dan ketiadaan pengangkutan yang mencukupi KESUMA’24 meminta bantuan Pewaris di Jitra untuk membeli serta menyiapkan bungkusan 35 barangan makanan asas lagi, manakala 21 bungkus sudah siap disediakan di Pejabat Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, Selangor.
Sebahagian mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Kedah gembira menerima sumbangan yang diagihkan KESUMA’24 hasil infak Yayasan Bank Rakyat dan penyumbang prihatin.
Tambahnya, Pewaris dengan dibantu sukarelawan mereka berjaya menyelesaikan urusan bantuan itu di samping melakukan perincian untuk mengenal pasti mangsa banjir di Taman Seri Utama dan Taman Tabung Haji yang layak menerima sumbangan bakul makanan berserta wang sagu hati.
Jelasnya, langkah itu penting sebagai memenuhi hasrat penyumbang serta penginfak yang mahukan sumbangan atau derma mereka sampai ke sasaran sebagai meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung kerana kerosakan pelbagai peralatan rumah dan menghadapi tekanan emosi.
Jelasnya, walaupun ada sesetengah mangsa banjir itu mendapat bantuan sebaik sahaja berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), namun begitu ia belum mencukupi untuk terus menampung apabila terpaksa melalui fasa pemulihan sebaik sahaja pulang ke rumah.
“Sebagai sukarelawan yang sering mengikuti misi bantuan bencana alam seperti banjir, kesusahan serta tekanan emosi dan mental mangsa terbabit sukar untuk dibayangkan kerana mereka akan berasa amat kecewa apabila melihat banyak harta benda rosak khususnya rumah dipenuhi lumpur, peralatan elektrik selain banyak barangan dibawa hanyut arus deras.
“Kehadiran NGO seperti kami dengan membawa sumbangan daripada pelbagai penginfak akan memberi sedikit keceriaan serta kelegaan di samping dapat berkongsi kesusahan dan gembira apabila nasib mereka bersama keluarga mendapat perhatian orang luar yang datang menghulurkan bantuan,” ujarnya.
Pada misi itu, KESUMA’24 menyumbangkan 56 bakul makanan serta wang sagu hati kepada 21 mangsa banjir di Taman Seri Utama dan 35 di Taman Tabung Haji apabila rumah mereka digenangi banjir antara sedalam empat kaki dan tujuh kaki.
Kebanyakan keluarga (mangsa) terbabit terpaksa berpindah ke PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) serta SK Bukit Tinggi (SKBT) bermula antara 26 November dan 27 November 2024 selama empat dan lima hari sebelum dapat pulang ke rumah.
Sementara itu, Setiausaha Pewaris, Azmi Mat Napiah yang turut hadir mengagihkan bantuan itu, berkata dia berasa amat terharu apabila YBR menjadi penyumbang utama sehingga membolehkan KESUMA’24 hadir untuk membantu mangsa banjir terbabit.
Tegasnya, kesanggupan KESUMA’24 bersama-sama ahlinya dengan bantu sukarelawan Pewaris turun padang membantu mangsa banjir walaupun jauh dari Lembah Klang, sesuatu yang amat terpuji kerana turut mengambil berat membela mereka ditimpa musibah.
“Keprihatinan KESUMA’24, YBR dan penyumbang mengambarkan suatu gabungan tanpa dirancang dalam menzahirkan kesepakatan berkongsi rezeki bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang terkesan teruk termasuk dari segi mental serta emosi.
“Ini juga mampu menjadi contoh kepada generasi muda untuk membabitkan diri dalam NGO supaya dapat melakukan kerja amal kebajikan dan bagi sesebuah pusat jagaan tenaga muda amat diperlukan bagi menyantuni warga emas yang memerlukan kasih sayang serta perhatian,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Seri Utama, Bahari Din, berkata air melimpahi masuk ke kawasan perumahan itu dipercayai datang dari terowong lebuh raya berdekatan yang tidak dapat ditampung oleh sungai kecil berdekatan menyebabkan mengalir masuk ke dalam rumah.
Menurutnya, kejadian yang berlaku malam pada 26 November 2024 secara tiba-tiba itu menyebabkan ramai penduduk tidak dapat menyelamatkan barangan dalam rumah dan banyak digenangi air sehingga ada yang rosak tidak dapat digunakan lagi seperti perabot, televisyen dan pakaian kerana dilumuri lumpur.
“Kejadian limpahan air dari terowong ini bukanlah kali pertama berlaku, malah sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu cuma tidak seteruk ini kerana mungkin disebabkan hujan turun terlalu lebat dan tidak dapat mengalir terus ke sungai kecil itu,” terang beliau.
Kepada yang ingin bersama KESUMA’24 membantu mereka yang ditimpa musibah bencana alam seperti banjir atau meringankan bebanan operasi pusat jagaan warga emas, anak yatim, asnaf, keluarga miskin dan pusat pengajian agama boleh menyumbang terus ke akauan KESUMA’24 bernombor 100 7621 0000 12282 (Kelab Sukarelawan Mahmudah) Agro Bank, Semenyih, Selangor.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon Rozita (013-447 3585) dan Aizam Ambak (016-276 6584). – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Safwan Ramlee (kanan) bersama-sama pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan merakamkan kenangan selepas bekerjasama membersihkan bilik warga emas dan kemudahan yang disediakan di PJNH.
Pelajar Maahad Tahfiz serta program jalinan mesra
MEMBENTUK sahsiah diri untuk memiliki keperibadian mulia dalam menuntut ilmu apabila berada dalam komuniti masyarakat menjadi pendorong kepada 25 pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan, Bandar Tasik Kesuma menyertai Program Jalinan Kasih di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor.
Program anjuran kumpulan Muslimah Masjid Rinching Hulu itu adalah untuk menyantuni warga emas yang terdampar di pusat jagaan berkenaan sebagai salah satu kegiatan amal kebajikan komuniti yang diadakan baru-baru ini.
Pengerusi maahad tahfiz berkenaan, Safwan Ramlee, berkata dia bersama-sama pelajarnya terpanggil untuk menyertai kumpulan muslimah apabila menyedari program itu memberi landasan terbaik dalam membentuk budi pekerti mulia.
Menurutnya, seharian pelajar terbabit mengikuti pengajian al-Quran dan agama mereka wajar diberi peluang untuk mendekati komuniti dengan membabitkan diri dalam program kemasyarakatan, belajar bersopan santun dan menghormati mereka yang lebih tua.
Mengagihkan sarapan kepada warga emas sebelum duduk untuk makan dan minum bersama-sama.
Tambahnya, program yang dianjurkan oleh kumpulan muslimah itu mampu memupuk nilai murni, serta beradaban perlu ada pada seseorang khusus generasi muda terutama mereka yang memiliki didikan agama kerana akan menjadi contoh dan teladan baik.
“Jika tidak bertindih dengan kegiatan di maahad tahfiz saya akan terus membawa pelajar untuk mengikuti program kemasyarakatan sedemikian termasuklah seperti mengunjungi rumah anak yatim, keluarga miskin, asnaf disamping membantu dalam kerja gotong-royong di masjid atau surau.
“Langkah ini juga sebagai menghormati serta menyokong program amal kebajikan komuniti yang dianjurkan jawatankuasa masjid termasuk membabitkan kumpulan muslimah,” ujarnya pada majlis perasmian program berkenaan di PJNH.
Turut hadir pada majlis itu, ketua kumpulan muslimah berkenaan, Hayati Yusuf; Setiausaha Masjid Rinching Hulu, Fadzil Mohd Abdullah; Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Bendahari Masjid Rinching Hulu, Rohana Sulaiman; Penolong Bendahari Pertubuhan Sukarelawan Kasih (PSK), Hasiatun Abdullah; ahli kumpulan muslimah; dan PSK.
Pada program itu, kumpulan muslimah dan PSK turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang sebelum berganding bahu bersama-sama pelajar maahad tahfiz terbabit menyantuni warga emas dengan mengagihkan sarapan dan makan tengah hari, membersih bilik penghuni, kemudahan serta memotong rumput di luar pagar PJNH.
Berucap pada majlis itu, Hayati berkata, kumpulan muslimah berkenaan menzahirkan rasa terharu dan bangga dengan sikap bertanggungjawab dan amanah petugas PJNH selain dibantu sukarelawan menyantuni warga emas tanpa berasa jemu.
Jelasnya, kehadiran mereka ke pusat itu dengan mengadakan program amal kebajikan diharapkan dapat mengembirakan hati warga emas terbabit kerana ada antara mereka seperti yang dimaklumkan pihak pengurusan amat merindui ahli keluarga.
“Dengan membawa bersama-sama pelajar maahad tahfiz ini yang rata-rata masih remaja sekurang-kurang dapat meredakan kerinduan warga emas terhadap anak atau cucu mereka selepas sekian lama berpisah.
“Ia juga memberi pendedahan kepada pelajar tahfiz ini mengenai keperluan memelihara hubungan baik dengan ibu bapa sehingga mereka tua dan pergi mengadap Ilahi selain dapat menabur bakti kepada warga emas di pusat berkenaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Resorts World Genting mohon maaf insiden kereta kabel
PETALING JAYA – Pihak Resorts World Genting (RWG) hari ini tampil memohon maaf susulan kejadian beberapa penumpang kereta kabel Sky Way terperangkap lebih dua jam di laluan turun dari Stesen SkyAvenue, Genting Highlands malam tadi.
RWG menerusi kenyataannya menegaskan, pihaknya memberi jaminan bahawa keselesaan dan keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan mereka.
Oleh kerana itu kata kenyataan sama, tindakan segera diambil dengan melaksanakan pelan luar jangka, termasuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik di Terminal Genting Highlands Premium Outlets dan bayaran balik tiket.
“Bagi tetamu yang ingin mendapatkan bayaran balik menerusi (pulangan) tiket kereta kabel yang sah daripada kejadian ini, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami yang bersedia untuk membantu anda.
“Anda boleh hubungi kami di tpguestservices@rwgenting.com Kami sangat menghargai sokongan anda dan dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata kenyataan itu.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, beberapa penumpang kereta kabel Sky Way berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian berkenaan.
Menerusi perkongsian beberapa pengguna TikTok yang berada di lokasi kejadian, mereka memaklumkan punca kereta kabel terkandas adalah disebabkan masalah teknikal. – KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Balai Bomba ke-31 Pahang bernilai RM 4.5 juta akan dibina di Benta
LIPIS – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke-29 di Pahang bakal dibina di Benta bernilai RM4.5 juta akan menjadi simbol kepada kerjasama erat antara pihak kerajaan dan masyarakat setempat.
Pembinaan BBP Benta ini adalah salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 di kawasan seluas 3.0 hektar dijangka siap pada tahun 2027.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan BBP Benta adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur keselamatan yang lebih menyeluruh dan moden.
“Sudah pasti keprihatinan kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat khususnya di kawasan Benta ini amatlah kami hargai.
“Majlis ini merupakan satu peristiwa bersejarah, bukan sahaja untuk komuniti di Benta tetapi juga untuk negeri ini secara keseluruhannya,’ kata di Majlis Pecah Tanah BBP Benta Di sini, hari ini.
Katanya, di kesempatan ini beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kelulusan pembinaan balai bomba ini.
“Terlaksananya projek ini, bukan sahaja akan meningkatkan tahap respons pasukan bomba dengan lebih cepat, tetapi juga mampu memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat terhadap keselamatan mereka.
“Lokasi balai bomba dibina di kawasan strategik di Benta, dijangka dapat memenuhi keperluan operasi menyelamat di kawasan sekitarnya dengan lebih efisien, seterusnya mengurangkan risiko kehilangan harta benda yang lebih besar,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
80 sukarelawan ambil masa 6 jam keluarkan 1 tan sampah dari rumah warga emas
JERANTUT: Hampir enam jam diambil untuk membersihkan dan mengeluarkan kira-kira satu tan sampah dari rumah dihuni seorang wanita warga emas di Taman Koperasi, dekat sini.
Kerja-kerja pembersihan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lantikan, Haris Salleh Hamzah, bagi membantu membersihkan kediaman Halimah Mat Arop, 75, yang tidak terurus sejak beberapa tahun lalu.
Seramai 80 sukarelawan bukan sahaja mengeluarkan barangan lama di rumah terbabit, malah membasuh dan membersihkan rumah dan juga sekitar kawasan rumah yang dipenuhi semak samun.
80 sukarelawan ambil masa 6 jam keluarkan satu tan sampah dari rumah warga emas
Menurut Haris Salleh, beliau sedih dengan nasib Halimah yang tidak mampu mengurus rumahnya kerana sudah berusia.
Katanya, suasana rumah sangat teruk sehingga sukar untuk melangkah masuk kerana dipenuhi timbunan pelbagai barangan yang boleh dianggap sampah.
“Rumahnya tidak terurus, pelbagai barangan di biarkan begitu sahaja sehingga kita tidak boleh berjalan di dalam rumah menyebabkan dia terpaksa tidur di beranda rumah yang ditutup dengan selimut sebagai tabir.
“Kawasan rumahnya juga berbau busuk kerana dia memelihara banyak kucing yang membuang najis merata. Dia memberi alasan tidak mampu mengurus rumah kerana sudah berusia dan terpaksa bekerja di kawasan Pasar Tani Jerantut, ” katanya.
Kerja-kerja pembersihan membabitkan pelbagai agensi SWCorp, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
Menurutnya, Halimah turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2021.
Sementara itu Halimah berkata dia tak larat membersihkan rumah kerana sudah tua dan mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang membantu membersihkan rumahnya .
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seramai lima pesakit kronik menerima kunjungan wakil daripada UMNO Bahagian Jerantut.
Kunjungan itu diketuai AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud.
Dalam program turun padang itu, setiap pesakit menerima sumbangan daripada rombongan berkenaan.
Razak berkata, melalui program Ziarah Prihatin Bantu di Rumah (BDR) itu, setiap pesakit mendapat sokongan moral selain sumbangan.
Turut serta dalam program BDR itu adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Razaira Abd Rasid dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Izzat Izam Rosdi.
Selain program turun padang menyantuni pesakit kronik, UMNO Bahagian Jerantut bersama Puteri UMNO Bahagian itu turut mengadakan pertemuan bersama 16 pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM.
Dalam program santai bersama pelajar SPM, mereka turut disantuni Ketua Wanita UMNO Cawangan FELDA Jengka 24, Rogayah Said.
Razak dalam perkembangan sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa menyokong program turun padang seumpama itu.
Katanya, ia menunjukkan UMNO adalah parti yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira masa dan tidak hanya menunggu ketika pilihan raya untuk melakukan aktiviti. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Program Lepak Santai bersama pelajar SPM anjuran Puteri UMNO Bahagian Jerantut diadakan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakan.
Program tahunan itu adalah bagi meraikan pelajar di sekitar FELDA Jengka 24 yang menduduki peperiksaan SPM.
Selain bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dan mendengar suara hati pelajar, program itu juga bertujuan merapatkan hubungan antara ahli Puteri UMNO Bahagian Jerantut bersama golongan muda.
Program santai itu dihadiri AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Razaira Abd Rasid.
Turut serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Izzat Illzam Rosidi. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Risda bakal bina 10 pusat kumpul lateks di seluruh negara
BENTONG – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menambah sepuluh pusat pengoperasian pengumpulan lateks di seluruh negara menjelang 2025 dengan menggunakan dana dalaman .
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini ada lima pusat seumpama itu telah dibina dan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran lateks negara di masa depan.
“Pembinaan pusat operasi pengkumpulan lateks akan menggunakan dana dalaman untuk menambahkan pendapatan pekebun kecil getah.
“Selain itu, mahu mengurangkan kadar pengimportan lateks dari luar negara bagi kegunaan pihak pengilangan negara ini yang mengeluarkan bahan berasaskan getah asli seperti sarung tangan dan pelbagai produk yang lain ,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kompleks Lateks Agropolitian Chemomoi, hari ini.
Katanya, Risda komited melaksanakan Pembangunan getah negara berskala besar bagi meningkatkan pengeluaran negara. (game changer ) kepada penghasilan getah domestik dan turut memperkasakan peranan pekebun kecil getah selari dengan Aspirasi Desa Madani.
“Model Transformasi RISDA 2023, bakal dilaksanakan dengan memfokus kepada peningkatan pengeluaran hasil lateks yng dijangkaa mampu mengeluarkan hasil satu juta tan metrik menjelang 2030.
“Kejayaan Ladang Agropolitan Chemomoi di sini, dilengkapi dengan kompleks pengumpulan lateks boleh dijadikan model contoh kepda pelaksanaan cadangan getah negara berskala besar,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (4 dari kiri) berkata, kesemua yang ditangkap terlibat dalam satu kes samun bersenjata yang dilakukan di sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pada 29 Oktober 2024, kira-kira jam 1.45 pagi.
Geng Heri terlibat dalam kes samun bersenjata berjaya diberkas.
BENTONG – Lima orang ‘Geng Heri’ berjaya diberkas manakala seorang suspek terbabit masih lagi diburu oleh Pasukan Polis Jabatan Siasatan Jenayah Pahang (JSJP).
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua yang ditangkap terlibat dalam satu kes samun bersenjata yang dilakukan di sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pada 29 Oktober 2024, kira-kira jam 1.45 pagi.
Katanya, modes operandi itu, suspek ‘berlakon’ sebagai anggota polis dengan menggari mangsa seorang lelaki warga negara Bangladesh sebelum berjaya melarikan wang tunai RM8,000 hasil jualan kedai itu serta sebuah telefon bimbit dan mengalami kerugian berjumlah RM9,500.
“Mangsa (warga Bangladesh) telah membuat laporan polis mendakwa dia telah disamun oleh sekumpulan lelaki di kedai runcit tersebut semasa mangsa berada di dalam kedai itu.
“Hasil daripada risikan dan maklumat awam, pada 8 Disember hingga 15 Disember, JSJP telah membuat tangkapan ke atas lima lelaki Melayu antara 27 hingga 34 tahun dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar Gombak dan Selayang,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Bentong, hari ini.
Katanya, seorang lagi suspek masih diburu pihak polis bernama Mohd Faizal Supriadi yang juga dikenali Peja berusia 33 tahun yang terkait dengan kumpulan itu.
Yahaya berkata, dalam beberapa siri serbuan itu, pihak polis berjaya menemukan dan merampas dua pucuk pistol jenis Pietro Beretta dan jenis CZ 75D Compact berserta kelopak dan sarung berwarna hitam.
“Selain itu, turut merampas pistol angin warna hitam serta kelopak Detonics 45.; satu plastik lutsinar mengandungi 15 butir peluru 9MM Thai ARMS dan 21 peluru 9 MM Luger serta satu plastik lutsinar mengandungi 26 butir peluru .38 USA.
“Satu kelopak (magazine) kosong warna hitam, satu plastik berisi bebola besi (ball bearing) turut ditemui,” katanya.
Katanya, tiga bilah kerambit, sebilah pisau berhulu warna kuning, satu kotak hijau berisi manik dan sebuah motosikal Yamaha 135 LC warna hitam biru serta topi keledar warna hitam.
“Ujian air kencing ke atas semua suspek telah dibuat dan empat daripada mereka positif dadah jenis Amphetamine.
“Semua ditahan reman sehingga 17 Disember dan 20 Disember. Mereka terlibat kes memiliki senjata api, dua pucuk pistol dirampas diperolehi dari negara jiran pada tahun 2022,” katanya.
Katanya, semua yang ditangkap disiasat di bawah kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai selama 20 tahun dan sebatan.
“Semua yang ditangkap turut di letakkan di bawah Seksyen 170 KK kerna menyamr sebgi penjawat awam iaitu polis.
“Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru hidup , Seksyen 8 kta Senjataapi (penalty Lebih Berat) 1971 atas kesalah memiliki dua pucuk pistol dan Seksyen 6 Aakta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan senjata berbahaya 1958 atas kesalahan memiliki kerambit,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!