JERANTUT: Kedai OhMyDonut (OMD) menawarkan bayar dan bawa (cashandcarry) bagi memudahkan pelanggan menikmati makan tengahari, ketika mereka berada di tempat kerja.
Antara menu ditawarkan ialah nasi ayam, nasi ayam berempah, laksa, laksam, nasi berkuah kari, nasi gulai masak tempoyak dan banyak lagi menu, yang disediakan vendor atau peniaga setempat.
Model perniagaan mengikut normal baharu dikendalikan OMD yang beroperasi kira-kira dua tahun lalu dan turut menyediakan perkhidmatan penghantar makanan terus ke pintu rumah pelanggan.
Kedai sederhana besar yang terletak di kawasan Bandar Inderapura, Jerantut, turut menjual beraneka jenis minuman selain kuih donut yang menjadi tarikan utama kedai itu.
Penyelia OMD, Mohd Azri Rustapa, 23, berkata walaupun perniagaan OMD terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, namun kembali pulih sejak pihaknya menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran secara dalam talian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak pakcik tampil untuk memberi penjelasan setelah viral
Aku tak nak cakap banyak biar video berbicara Walaupun dia salah tapi dia berniaga tu bukan untuk kaya pun..sekadar untuk sesuap nasi..
Bukannya dia pacak payung pacak khemah ke apa pon..so xperlu perlaku mcm tu.
Penjelasan daripada anak pakcik siti norfadhilla
Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia degil dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain2 .
Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retinitis Pigmentosa yang menggaggu penglihatan ayah saya .
Untuk pengetahuan kalian ayah saya marah dalam video ni sebab mereka datang tinggikan suara dan cakap “sampai bila ENGKAU nak berlakon buta ?”
Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati . Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya .
Dia memang sangat tertekan kerana tak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata macam tu . Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya .
Kalau dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni . Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan merompak . Saya sangat kecewa dengan semua ni .
“Terima kasih Ustaz Ebit Lew di atas keprihatinan ustaz. semoga Allah sahaja membalasnya.”
Sumber – Aman Shah ||
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan kemenangan besar pada pilihan raya kecil (PRK) DUN semalam.
Calonnya Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650, selepas memperoleh 13,872 undi, manakala pencabarnya dua calon BEBAS iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, mendapat 137 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Zaliza Zulkipli di pusat penjumlahan undi rasmi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini pada 9.04 malam tadi.
Zaliza berkata terdapat hanya 239 kertas undi yang ditolak, 36 kertas undi tidak dikembalikan selepas semua 13 pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang tadi, dengan peratusan keluar mengundi yang direkodkan adalah 74 peratus (15,231 pengundi)
Majoriti diraih Mohd Sharim itu melebihi dua kali ganda daripada jumlah majoriti yang pernah diraih penyandangnya sebelum ini Datuk Seri Abu Bakar Harun daripada BN iaitu 4,622 undi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi, terdiri daripada 10,269 pengundi lelaki dan 10,721 pengundi wanita.
Ini merupakan kemenangan keenam buat BN daripada 11 PRK yang diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei 2018.
BN sebelum ini menang di Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis.
Keputusan malam tadi menyaksikan kedua-dua calon Bebas hilang deposit kerana gagal memperoleh lebih daripada 1/8 jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.
Terdahulu, proses pengundian yang bermula 8 pagi tadi berjalan lancar dengan tiada sebarang insiden yang tidak diingini melibatkan penyokong calon-calon yang bertanding.
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian Abu Bakar, 60, pada 7 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004.
Pada PRU14, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang meraih 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain daripada PKR sekadar mendapat 1,065 undi.
Kit sekolah sumbangan kerajaan negeri Pahang beri semangat pada pelajar dan murid Jengka 24 BANDAR JENGKA – Seramai 25 pelajar dari Sekolah Menengah Felda Jengka 24, di Jerantut, menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang, hari ini. Sumbangan itu menerusi Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) 2025. Penyampaian sumbangan dilakukan di Dewan Utama […]
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kemunculan Spiderman menjaja durian di tepi jalan berdekatan stesen minyak Gambang pasti menarik perhatian pengguna jalan raya di laluan itu sejak empat hari lalu yang ditularkan di media sosial dan menjadi bualan umum.
Penjaja durian kampung yang dibawa terus dari Kampung Ulu Cheka, Jerantut memperagakan kostum Spiderman yang popular di kalangan kanak-kanak turut menarik perhatian pengguna untuk berhenti.
Penjaja itu, Mohd Rafiq Rosli, 33, berkata ada pengguna jalan raya berhenti selain membeli durian turut mengambil peluang bergambar terutama kanak-kanak.
“Malah ada penduduk tempatan berdekatan Gambang yang ternampak kelibat saya sanggup mengambil anaknya di rumah dan datang semula ke tempat saya menjaja sekadar untuk bergambar sahaja.
“Seronok juga, sambil berniaga, Spiderman durian boleh bergambar kerana saya memang berminat dengan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Bapa kepada dua orang anak itu, mempunyai tiga pasang kostum iaitu CaptainAmerica, Ultraman dan Spiderman yang dibeli sendiri dan menggunakannya mengikut majlis atau program yang terbabit.
Katanya, pendekatan memakai kostum itu sekadar memeriahkan suasana ketika musim durian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan dia tak dapat menjual aiskrim.
“Hampir tiga bulan saya tidak berniaga samada di pasar malam, pekan sehari atau majlis, oleh itu saya bersama kawan berpakat menjual durian di kawasan Gambang kerana kurang persaingan,” katanya.
Manakala rakannya, Mohd Razif Ahmad, berkata dia mengambil keputusan menjual durian di kawasan Gambang kerana di bandar Jerantut sudah ada puluhan penjual dan penjaja durian.
“Kami sanggup membawa sehingga 300 kilogram durian kampung ke Gambang yang jaraknya hampir 400 kilometer dan kadang-kadang dalam perjalanan balik kami singgah menjual baki durian di kawasan Temerloh dan Mentakab.
“Spiderman juga menjadi tarikan pembeli kerana mereka (pembeli) nampak ada kelainan dalam cara kami buat promosi,” katanya.
Katanya, mereka tidak mampu menjual durian klon seperti MusangKing, IOI, TokLituk , Duri Hitam dan D24 kerana memerlukan modal yang besar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MusangKing boleh cecah RM 120 sebiji. Duri hitam pun sama.
Tauke kebun durian senyum lebar. Eleh berapa kerat tauke kebun durian orang kita punya? Tahu maksud orang kita? Tak tahu sudah, pakai topeng dan duduk rumah!
Bukan pelik pun orang kita tertinggal dalam banyak bidang. Durian ini sudah beribu tahun wujud di Pahang. Akhirnya orang kita kena beli durian mahal di tanah air sendiri.
Kenapa dan mengapa durian jadi mencanak harganya. Cara pemasaran, pemasaran dan pemasaran. Bab lain nombor 13.
Kenapa dan mengapa orang kita tidak dapat kuasai pasaran durian di negeri sendiri. Negeri aku, saya, kas, kawan, koi, awokme dan deme.
Apa puncanya, yang pasti bukan salah cik corona 19, 20 dan 21.
Siapa yang kena jawab dan ambik tanggungjawab? Kerajaan? Pekebun? Makcik Kiah? Pakcik Kordi?
Apa cadangan dan saranan supaya ramai orang kita terlibat di dalam industri bernilai tinggi. Durian salah satu darinya.
Mesti ada caranya bukan? Ada kaedahnya tetapi tidak sesuai tulis di sini. Kalau tulis buat bengkak jari je.
Sumber: FacebookIsmaNazombinAbdulHamid
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kira kira 100 pekebun durian MusangKing mengalami kesukaran memasarkan hasil durian mereka apabila jambatan Bailey yang menghubungi kawasan kebun runtuh sejak lima hari lalu disebabkan arus deras.
Keadaan itu berlaku disebabkan hujan lebat serta Sungai Pertang menjadi besar dengan terdapat kepalaair lalu meruntuhkan tebing sungai dan menyebabkan jambatan Bailey itu roboh.
Seorang pekebun durian, Micheal Chan berkata, laluan itu penting kerana menjadi jalan utama ke kebun MusangKing di kawasan Lembah Temir dan bila berlaku terputus hubungan menyebabkan pekebun sukar memasarkan durian mereka ke Raub dan Lembah Klang.
“Sekarang ini musim durian MusangKing dan jalan ini dilalui kira kira 300 kenderaan setiap hari khususnya membawa hasil durian dari kebun.
“Sekarang ini kami terpaksa menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama, melalui jalan di FELDA Lembah Klau yang lebih jauh dan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Raub selain agak sukar kerana banyak rosak,” katanya.
Ketua kampung Sungai Klau, Lai Bee Pang berkata, penduduk memerlukan jambatan baru yang lebih kukuh kerana di sini merupakan pusat pengeluaran durian MusangKing utama di Raub.
Katanya pada masa ini, pekebun durian telah mengumpul wang untuk membuat jambatan sementara bagi membolehkan mereka membawa hasil durian ke Raub dan Lembah Klang setiap hari.
Beliau berkata, pekebun juga risau kerana jambatan sementara yang mereka bina itu tidak boleh tahan lama, selain bimbang jika hari masih hujan dan kemungkinan jambatan ini mungkin juga boleh dibawa arus deras.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin, ketika meninjau kawasan berkenaan, berkata laluan ini merupakan laluan utama penduduk kampung untuk ke Raub dan juga laluan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk ke pusat agropelancongan durian MusangKing iaitu Lembah Temir.
“Pada masa ini terdapat hakisan pada stuktur jalan dan jambatan Bailey itu roboh serta hanyut dibawa arus sungai disebabkan hujan lebat di sebelah pagi minggu lalu.
“Air sungai besar dan limpahan air banjir dengan arus yang laju dan deras menyebabkan kawasan itu terjejas dan mengalami kerosakan sepanjang 40 meter meliputi jambatan serta hakisan pada struktur jalan serta bahu jalan,” katanya.
Kerajaan negeri telah memohon kepada JKR Pahang untuk pemasangan sementara jambatan Bailey di lokasi tersebut.
Katanya, JKR Raub sebelum ini telah memohon peruntukan pada setiap tahun untuk menggantikan jambatan Bailey ini kepada jambatan kekal jenis konkrit bertulang yang lebih selamat dan kukuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PILIHAN PEMBACA