Petaling Jaya: Tidak sampai 24 jam insiden bongkah batu menghempap kereta di MRR2, dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) , petang kelmarin, seorang wanita terselamat apabila kereta dipandunya dihempap besi kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24 di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku jam 5.45 petang ketika mangsa berusia 25 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya menaiki PERODUA Myvi.
“Ketika tiba di lokasi, muatan besi untuk menara kren dari sebuah treler tiba-tiba terjatuh dan menghempap bahagian atas kenderaan mangsa.
“Akibat kejadian itu, kereta berkenaan rosak teruk namun mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler itu tersangkut pada kabel Telekom Malaysia (TM), menyebabkan dua tiang kabel itu tumbang dan merintangi Jalan SS2/24.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang gadis dikenali dengan nama Isabella Guzman, kembali menjadi perhatian netizen apabila kisahnya yang didakwa membunuh ibu kandungnya sendiri menjadi topik perbualan hangat netizen.
Nama sebenar Isabella Guzman ialah Isabella Yun Mi Guzman dan dia dikatakan membunuh ibu kandungnya, Yun Mi Hoy, dengan 151 tikaman di wajah dan leher.
Kejadian itu berlaku pada 28 Ogos 2013 dan dia melakukan jenayah kejam berkenaan ketika berusia 19 tahun.
Wanita berusia 47 tahun itu terus menuju ke bilik air. Tetapi tidak lama selepas Ryan Hoy, suami Yun Min Hoy, terdengar suara memukul dan menjerit dari isterinya.
Ryan segera bergegas ke tingkat atas, mendapati Isabella menyekat laluan ke pintu bilik mandi dan Ryan yang melihat darah mengalir dari balik pintu bilik mandi, segera menghubungi polis.
Selepas kira-kira dua jam, polis tiba dan mendapati Yun Mi Hoy berlumuran darah setelah dipukul dengan kayu besbol.
Polis turut mendapati kesan luka yang besar pada wajah Yun Mi Hoy.
Yun Min Hoy disahkan meninggal dunia di tempat itu sekitar jam 22.38 waktu tempatan.
Setelah membunuh ibunya, Isabella melarikan diri ke pasar mini berhampiran rumah. dan membersihkan kesan darah yang pada tubuhnya.
Malah dia berbohong kepada pemilik pasar mini itu dengan mereka cerita kononnya dia adalah mangsa jenayah seksual (diperkosa) dan meminta pemilik pasar mini terbabit tidak melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis berjaya menangkap Isabella yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam itu, kira-kira 16 jam selepas melancarkan operasi mengesan dia.
Yang membuat kisah ini begitu mendapat perhatian adalah bahawa semasa perbicaraannya, Isabella didapati tidak bersalah dan tidak dipenjarakan. Selain itu, senyuman Isabella di dalam mahkamah menjadi perhatian. Dia tersenyum seperti tidak bersalah.
Ini kerana Isabella dinyatakan mengalami gangguan mental. Akibatnya, dia dihantar ke Hospital Kerajaan di Pueblo untuk mendapatkan ubat dan rawatan psikiatri.
Berdasarkan maklumat Doktor Richard Pounds, doktor yang merawat, Isabella didiagnosis menghidap paranoia skizofrenia.
Dikatakan bahawa Isabella sering menatap ke ruang kosong, bercakap dengan dirinya sendiri walaupun tidak ada orang lain yang tertawa pada dirinya sendiri.
Doktor juga mendedahkan bahawa Guzman mengalami delusi bahawa Yun Min Hoy bukan ibu kandungnya. Dia mengatakan Cecela adalah wanita yang dianggap sebagai ibu kandungnya.
Isabella yakin bahawa dia akan membunuh Yun Min Hoy untuk menyelamatkan dunia. Kerana kejadian ini, Isabella berkemungkinan berada di hospital jiwa seumur hidupnya. Peguam Daerah Kehakiman ke-18, George Brauchler, mengatakan Isabella akan tetap berada di sana sehingga dia tidak lagi menjadi ancaman kepada orang ramai dan dirinya sendiri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB, SKMM JALIN KERJASAMA TINGKAT CAPAIAN INTERNET
LIPIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, SKMM sudah sedia maklum masalah dihadapi penduduk luar bandar, khususnya pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memasarkan produk mereka melalui dalam talian.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan SKMM sebelum ini dan beberapa cadangan sedang diteliti untuk diselesaikan dalam kadar segera.
“Perbincangan sebelum ini sudah mengenalpasti masalah membabitkan rangkaian internet di kawasan luar bandar dan kami di KPLB dimaklumkan bahawa cadangan itu akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan.
“Memang kita banyak menerima rungutan, terutamanya daripada pengusaha PKS kerana sukar memasarkan produk dengan lebih meluas kerana isu capaian internet.
“KPLB juga sedang merancakkan lagi promosi kepada usahawan PKS untuk menyertai Desamall yang diperkenalkan baru-baru ini dan melalui aplikasi ini, KPLB berharap lebih banyak produk PKS menembusi pasaran antarabangsa kerana Desamall adalah platform e-dagang yang mendapat kerjasama PrestoMall, Lazada, Shopee dan e-Bay,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan dari Majlis Amanah Rakyat ( MARA) Pahang dalam program MARA Prihatin di sini, semalam
Yang turut hadir Pengarah MARA Pahang, Sarimah Raja Jamaluddin.
MARA Pahang dengan kerjasama Rural Capital Berhad (RCB) melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menyumbangkan RM 11,000 kepada PKAYIA dan RM 93,897 kepada Pusat Zakat Pahang.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berharap usahawan luar bandar tidak melepaskan peluang mendaftar di Desamall bagi memastikan produk mereka dapat dikembangkan ke tahap yang lebih baik, sekaligus meningkatkan pendapatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Stor menyimpan fail di Tingkat Empat, Hospital Kuala Lumpur terbakar malam tadi sehingga menyebabkan beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang.
Komander Operasi Kanan PBK II Hamzah Mohd Isa, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.07 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, serta pasukan forensik dengan kekuatan lapan anggota.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail berkeluasan 8 x 12 kaki persegi.
“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa pesakit dipindahkan ke kawasan lapang bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Sehingga jam 1.10 pagi ini, pesakit sudah kembali ke wad masing-masing, selepas pasukan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keputusan perlawanan membabitkan pasukan dari La Liga Santander (Liga Sepanyol) yang berlangsung awal pagi tadi.
Getafe CF vs CA Osasuna
Villarreal CF vs SD Eibar
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Berikut adalah keputusan perlawanan English Premier League (EPL) membabitkan empat lagi pasukan yang berlangsung awal pagi tadi.
Manchester United vs Crystal Palace
Arsenal vs West Ham United
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sebuah kereta remuk selepas dihempap bongkah konkrit bersaiz kira-kira satu meter persegi yang jatuh dari kawasan pembinaan laluan atas lebuh raya, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS), kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Bagaimana pun, wanita yang juga pemandu kenderaan itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Sungai Besi menghala ke Cheras sebelum terbabit dalam insiden itu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BELURAN: Rumah calon BEBAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, musnah dalam kebakaran di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata rumah Abdul Rahman Kongkawang, yang juga penyandang kerusi DUN Labuk, di Kampung Muanad 3 di sini musnah dalam kejadian pada kira-kira jam 2.30 petang.
“Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.35 petang tadi dan sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian, yang terletak kira-kira 8 kilometer dari balai.
“Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal iaitu berstruktur kayu. Api berjaya dikawal daripada merebak sejam kemudian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Rastam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
-BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan pelbagai bantuan kecemasan bagi membantu meringankan beban kewangan dihadapi ahli dan majikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bantuan itu termasuk kemudahan Pengeluaran i-Lestari yang membenarkan ahli membuat pengeluaran bulanan antara RM50 hingga RM500, bermula April lalu hingga Mac tahun depan, tertakluk kepada baki dalam Akaun 2 mereka.
“Setakat 30 Jun lalu, KWSP meluluskan 4.35 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran kumulatif antara April hingga Jun lalu bernilai RM3.79 bilion.
“Selain itu, KWSP menerima 37,888 permohonan hingga 3 Julai lalu, untuk Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) yang membolehkan majikan memohon menangguhkan dan menstruktur semula caruman syer majikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Alizakri berkata, sebanyak 10,528 permohonan e-CAP berjumlah RM70.4 juta diluluskan dan kemudahan itu berikutan pelanjutan tarikh akhir untuk majikan membayar caruman wajib bagi Mac 2020, seterusnya untuk Mei hingga Disember 2020.
Beliau berkata, KWSP juga mengurangkan caj jualan dikenakan Institusi Pengurusan Dana (IPD) bagi tempoh 12 bulan hingga 30 April 2021.
“Bagi pelaburan dilaksanakan melalui ejen, kadar caj jualan dikurangkan daripada kadar maksimum tiga peratus kepada kadar maksimum 1.5 peratus, manakala pelaburan dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan,” katanya.
Bagi prospek separuh tahun kedua 2020 pula, Alizakri berkata, KWSP masih mengambil langkah berhati-hati.
Beliau berkata, walaupun semakin banyak negara melonggarkan perintah kuarantin dan membuka semula pasaran mereka, vaksin COVID-19 tidak akan siap sedia dalam masa terdekat.
“Melihat kepada situasi di luar jangkaan ini, kami berpuas hati kerana berjaya mencatatkan prestasi yang kukuh, di samping mengimbangkan keperluan aliran tunai segera dengan kepentingan jangka panjang untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli KWSP serta pulangan pelaburan yang mampan.
“Pada masa hadapan, adalah penting bagi KWSP untuk terus melabur dalam aset yang kukuh, khususnya dalam syarikat yang menunjukkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu,” katanya.
Beliau berkata, KWSP juga komited terhadap penggunaan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai teras dalam proses membuat keputusan pelaburannya.
tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU – Seramai 41 pelanggan sebuah pusat hiburan ditahan polis ketika sedang leka berhibur dalam serbuan di Damai Plaza, Luyang semalam.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.20 tengah malam itu, semua individu yang ditahan membabitkan 21 lelaki dan 20 wanita termasuk penjaga premis warga tempatan berusia antara 19 sehingga 40 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Habibi berkata, walaupun dalam kesibukan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah namun pihaknya tidak mengabaikan tanggungjawab dalam memastikan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) terus dipatuhi.
“Hal ini kerana kita masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Sewaktu serbuan dijalankan, keadaan muzik dalam premis masih dimainkan dengan kuat.
“Manakala pelanggan pusat hiburan juga sedang leka minum minuman beralkohol tanpa penjarakan sosial ditetapkan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Habibi berkata, semua yang ditahan di bawa ke IPD Kora Kinabalu untuk siasatan dan tindakan selanjut.
Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7), Peraturan 3 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!