LIVERPOOL: Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk mengekalkan permulaan sempurna dalam mempertahankan gelaran Liga Perdana apabila jaringan Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield.
Skuad The Gunners yang menang dua perlawanan pembukaan mereka musim ini meledak jaringan awal menerusi Alexandre Lacazette hasil serangan balas pantas.
Namun ketika Manchester City, Chelsea, Manchester United, Tottenham dan kini Arsenal semuanya tewas dalam tempoh tiga minggu permulaan kempen, Liverpool mengumpul mata maksimum bagi menunjukkan mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Keputusan perlawanan pasti berbeza jika Mane dibuang padang apabila hanya dilayangkan kad kuning selepas menyiku Kieran Tierney seawal minit ketiga permainan.
Arsenal mengikut perancangan permainan mereka yang menyaksikan dua kemenangan mengatasi Liverpool beberapa bulan kebelakangan ini ketika pasukan itu banyak bertahan dan menyerang balas ketika Reds menguasai bola.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Hishammuddin Hussien diarahkan menjalani kuarantin wajib di rumah setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat calon BN Pitas, Sufian Abdul Karim.
Pada hantaran di media sosial, Hishammuddin berkata telah pergi ke Pitas untuk membantu kempen Sufian yang pada 26 September dilaporkan positif COVID-19.
“Hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif,” katanya.
KKM menghendaki semua kontak rapat pesakit COVID-19 dikuarantin wajib di rumah untuk tempoh inkubasi penyakit ini selama 14 hari.
Mulai semalam, pelancong yang tiba dari Sabah juga diwajibkan menjalani ujian wajib dan dikuarantin sehingga keputusan ujian diketahui.
Sementara itu, Hishammuddin berkata sebahagian daripada jentera BN telah disahkan positif.
“Saya harap semua yang positif ini tabah dan segera beroleh kesembuhan. Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap SOP telah dipatuhi namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat.
“Risiko dijangkiti tetap tinggi. Sebab itu saya kagum, biarpun sedar risiko ini, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat jentera BN untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara,ā katanya.
Terdahulu dilaporkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Azlan pulang dari Sabah pada 26 September, manakala Faizal pula telah diuji negatif COVID-19 sekembalinya dari negeri itu pada 20 September lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MADRID: Penyerang utama Atletico Madrid, Diego Costa masih tidak faham kenapa Barcelona mengambil keputusan untuk menjual pemain hebat seperti Luis Suarez.
Dia yang sangat gembira dengan kehadiran Suarez ke Atletico Madrid menganggap tindakan Barcelona itu adalah satu kesilapan besar dan merugikan.
“Dia (Suarez) adalah pemain yang bagus dan sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali turun beraksi.
“Rekodnya ketika bersama Barcelona juga sangat menarik… dengan 198 gol dijaringkan sepanjang bersama pasukan itu, Suarez bukan pemain biasa, dia ada kebolehan yang tidak dimiliki kebanyakan pemain lain,” katanya.
Kehadiran Suarez ke Atletico Madrid dimulakan dengan langkah kanan apabila pasukan yang baru disertainya itu menang bergaya 6-1 menewaskan Granada.
Suarez yang beraksi sebagai pemain gantian selepas Costa dikeluarkan pada babak kedua, menjaringkan dua gol dan satu assist dalam tempoh 20 minit.
Sumber: Skysports
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pembatalan beberapa kejohanan badminton antarabangsa tahun ini susulan pandemik COVID-19, memberi peluang terbaik kepada pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia, memantapkan persediaannya sebelum menyertai Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Pemain berusia 22 tahun itu memaklumkan, beliau sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang yang dialaminya ketika menyertai Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia di Akademi Badminton Malaysia (ABM), pada Ogos lepas dan kembali menjalani latihan seperti biasa sejak awal bulan ini.
Beliau mengakui pembatalan beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Piala Thomas akibat pandemik itu memberi tekanan mental kepada barisan pemain negara, yang memerlukan lebih banyak kejohanan bagi mengekalkan prestasi masing-masing.
“Ini kali pertama saya merasai pengalaman sebegini (ketiadaan kejohanan dalam tempoh panjang). Setakat ini, masih OK, cuma saya bosan sebab tiada kejohanan, ini sedikit sebanyak menjejaskan mental pemain,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad negara di ABM, Bukit Kiara, hari ini.
“Saya akan berbincang dengan barisan kejurulatihan mengenai perancangan selepas ini dalam tempoh terdekat, sama ada memperbanyakkan aktiviti di luar sebelum kembali ke gelanggang,” kata pemain kelahiran Kedah itu.
Pencapaian terbaik Zii Jia pada musim ini adalah mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Januari lepas.
Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) sebelum ini membuat keputusan menangguhkan saingan Piala Thomas dan Uber yang sepatutnya berlangsung di Aarhus, Denmark dari 3-11 Oktober ini ke tahun hadapan susulan COVID-19.
Sukan Olimpik 2020 yang dijadual berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos turut ditunda kepada 23 Julai hingga 8 Ogos, 2021 akibat pandemik tersebut.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat satu kluster baharu COVID-19 yang dikenal pasti di Selangor iaitu Kluster Jalan Apas.
Kes indeks bagi kluster itu adalah kes ke-10,782 dan kes ke-10,783 merupakan pasangan suami isteri rakyat tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah daripada 13 hingga 16 September lalu.
Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk, dan selesema pada 18 September lalu yang kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pasangan itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September lalu dan didapati positif COVID-19 pada 26 September serta dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
āHasil saringan kontak rapat mendapati enam lagi kes positif COVID-19 pada 27 September lalu dan sehingga kini, seramai 66 individu disaring. Daripada jumlah itu, lapan kes dikesan positif COVID-19 (enam kes baharu); 56 individu adalah negatif; manakala, dua individu masih menunggu keputusan.
āLangkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman dijalankan di lokasi-lokasi yang terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan,ā katanya dalam laporan terkini COVID-19 di sini semalam.
Beliau berkata, kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila 115 kes baharu dilaporkan berbanding 150 kes semalam.
Bagaimanapun, katanya, perkembangan terkini itu masih merekodkan tiga angka dengan 112 merupakan kes tempatan manakala tiga lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan di India.
Menurut Dr Noor Hisham, kes penularan dalam negara melibatkan 98 kes rakyat tempatan dan 14 kes adalah bukan warganegara.
āSabah mencatatkan penularan paling tinggi dengan 98 kes melibatkan Kluster Bangau-Bangau (46); Kluster Benteng Lahad Datu (39); saringan bergejala (8); Kluster Pulau (2); Kluster Buang Sayang (1); dan masing-masing satu kes bagi saringan petugas kesihatan serta saringan kontak rapat kes ke-11,022.
āDi Selangor berlaku 10 kes baharu, enam daripadanya daripada Kluster Jalan Apas dan empat kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah. Kedah, Melaka, Terengganu dan Labuan masing-masing merekodkan satu kes baharu,ā katanya.
Sumber: UTUSAN
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DIRAWAT AKIBAT KERACUNAN MAKANAN, KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN
KUALA LUMPUR: YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana keracunan makanan dan kecederaan ketika bersukan.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berhubung status kesihatan Al-Sultan menerusi satu kenyataan petang ini.
Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah menjalani rawatan keracunan makanan di IJN pada malam Isnin lalu.
āRawatan intervensi pula dilakukan susulan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada hari Selasa yang menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.
āRawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada Khamis,” katanya.
Seri Paduka Baginda sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya polo berkuda, bola sepak, skuasy, hoki dan golf.
Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.
āEkoran daripada rawatan ini, Seri Paduka Baginda dinasihatkan menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.
āAl-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini,ā katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, Al-Sultan Abdullah amat tersentuh dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Seri Paduka Baginda dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada seluruh rakyat.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan berikutan jumlah kes positif COVID-19 yang meningkat secara mendadak. Sehingga semalam, terdapat 150 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,919 kes,” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri baru.
Ini meskipun Zahid yang juga Presiden UMNO sebelum ini bertegas bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar.
“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Hajiji Mohd Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan kerajaan WARISAN sebelum ini.
“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.
“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pilihan raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu menyaksikan GRS tampil sebagai pemenang setelah menawan 38 kerusi.
Sementara itu WARISAN Plus sekadar memperoleh 32 kerusi. Tiga kerusi lain dimenangi calon bebas.
Hajiji, yang juga Ketua BERSATU Sabah sebelum ini dicadangkan oleh Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin sebagai calon ketua menteri.
Bung, yang menang di kerusi Lamag dan juga ahli Parlimen Kinabatangan dilihat calon utama BN untuk jawatan itu.
Kebuntuan calon ketua menteri GRS berakhir apabila dalam sidang media awal hari ini Hajiji mengumumkan dia dan rakan sekutunya dalam gabungan berkenaan sepakat mencalonkan dirinya sebagai ketua menteri.
Sidang media di Kota Kinabalu itu turut dihadiri Bung Moktar Radin.
Susulan itu, Jabatan Penerangan Sabah memaklumkan majlis angkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah yang baru dijadual bermula pukul 10.30 pagi esok di Istana Negeri Sabah.
Sumber: Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Polis menafikan sebuah sekolah rendah dan bank di bandar ini ditutup kerana berlaku kes jangkitan COVID-19 seperti yang tular di media sosial, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata sesi persekolahan di sekolah rendah terbabit berjalan seperti biasa manakala operasi sebuah bank ditutup disebabkan terbabit dengan kerja pembersihan.
Katanya, selain empat masjid ditutup sementara sejak Jumaat lalu, tidak ada premis lain diarahkan menghentikan operasi kerana wabak itu.
“Orang ramai diharap tidak panik dan membuat andaian sendiri. Kita meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih kerana akan menimbulkan kebimbangan kepada awam,” katanya kepada media, hari ini.
Hari ini tular di media sosial mendakwa sebuah sekolah rendah dan bank tutup selepas seorang murid serta kakitangan bank masing-masing dikatakan mempunyai kontak rapat dengan individu yang diuji positif COVID-19, baru-baru ini.
Mohd Yusri turut meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan Kementerian Kesihatan terutama pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.
“Jangan mengambil mudah kerana kes COVID-19 masih belum berakhir dan orang ramai perlu mengamalkan norma baharu,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Seorang ahli perniagaan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di Kilometer 16 Jalan Sungai Ruan-Lembah Klau, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian jam 8.45 pagi itu dipercayai berpunca akibat pemandu terbabit gagal mengawal kenderaan sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Mangsa adalah seorang lelaki dikenali sebagai Neng Sai Mun berusia 28 tahun dan berasal dari Sungai Ruan, Raub.
“Berdasarkan siasatan awal, kenderaan dipandu mangsa gagal dikawal kerana dipercayai dipandu laju sebelum terbabas,” katanya melalui kenyataan media di sini, hari ini.
Kama Azural berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kenderaan dipandu mangsa dirujuk ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kami meminta kerjasama saksi kejadian tampil bagi membantu melengkapkan siasatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Sepasang kekasih yang ditahan minggu lalu kerana dipercayai bersubahat melarikan diri dari tahanan polis di perkarangan Kompleks Mahkamah Raub, didakwa hari ini.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun dan perempuan berusia 23 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, pagi tadi.
“Proses pendakwaan selesai kira-kira jam 12 tengahari tadi⦠suspek wanita didakwa mengikut Seksyen 39c(1)(b) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan manakala suspek lelaki pula didakwa mengikut Seksyen 225 Kanun Keseksaan,” katanya melalui satu kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek wanita adalah orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri dari perkarangan Kompleks Mahkamah Raub ada 14 September lalu dan suspek lelaki itu adalah rakan subahat yang dipercayai membantu suspek wanita berkenaan pada tarikh dan lokasi sama, dengan menggunakan motosikal.
Keduanya ditahan kira-kira jam 9 malam, Khamis lalu di sebuah rumah sewa dekat Dong, Raub.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!