KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hadir di Menara Dato Onn di sini, bagi menghadiri mesyuarat khas yang bermula jam 8 malam tadi.
Difahamkan, mesyuarat khas MKT itu antaranya membincangkan mengenai calon Timbalan Perdana Menteri selain perkara berkaitan persidangan Dewan Rakyat dan Belanjawan 2021, lapor BH Online.
Antara pemimpin yang dilihat hadir setakat ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Razali Ibrahim.
UMNO pada Isnin memutuskan untuk terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.
GAMBAR HIASAN
Namun, spekulasi kini bertiup kemungkinan Muhyiddin mengumumkan nama timbalannya dari kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO.
Antara nama yang disebut-sebut termasuk Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selain itu, turut disebut, Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Annuar Musa, yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAKAM ULAMA PAHANG, ENGKU KHATIB TIDAK TERJEJAS DIHEMPAP POKOK SENA BERUSIA 150 TAHUN
JERANTUT – Makam lama milik ulama Pahang Engku Khatib bin Tun Abdullah tidak terjejas walaupun dihempap sebatang pokok sena berusia 150 tahun yang ditanam bersama hari kematiannya pada tahun 1875 di Makam Bukit Hangus Kampung Bantal, di sini.
Ahli Jemaah Pangkuan Diraja Penghulu Mukim Batu Talam, Che Wan Ahmad Shaifuddin Che Wan Hamzah berkata, turut tidak terjejas ialah makam menantunya Siti Khatijah yang merupakan anak Pembesar Brunei yang berkahwin dengan anakanda keempatnya, Wan Ahmad bin Engku Khatib.8
Menurutnya, dalam kejadian minggu lalu, pokok sena sebesar dua pemeluk tersebut tumbang dan menghembap dua makam waris Kesultanan Kerajaan Johor, Riau Lingga, Pahang itu.
Menurutnya, ia disedari oleh orang kampung keesokannya kerana malam kejadian tersebut berlaku hujan lebat.
“Berlaku keajaiban kerana dua pasangan nesan itu tidak terjejas langsung walaupun dari segi logik akal nesan itu sudah musnah terkena dahan pokok yang tumbang.
“Pokok tersebut sebenarnya telah mati lebih kurang empat ke lima bulan lalu,namun penduduk kampung tidak berani untuk menebangnya kerana bimbang terkena makam.
“Namun, pokok tersebut tumbang dengan sendiri dan Alhamdulillah tanpa menjejaskan makam-makam tersebut.Kami bersyukur kerana Allah memelihara makam-makam tersebut.
“Penduduk kampung keesokannya telah bergotong-royong dan membersihkan kawasan makam tersebut.
“Engku Khatib merupakan dua pupu kepada Bendahara Wan Ahmad (Sultan Ahmad Muazzam Shah) iaitu Sultan pertama negeri Pahang, dan beliau telah mengislamkan penduduk di Lembah Tembeling ketika itu, “katanya kepada pemberita Sahih di Kampung Bantal,di sini,hari ini.
Engku Khatib lahir tahun masihi 1795 dan meninggal dunia pada tahun masihi 1875.
Pokok sena sebesar dua pemeluk orang dewasa ditanam bersebelahan makam tersebut sebagai tanda peringatan atas titah Sultan Ahmad Muazzam Shah.
Nama sebenar beliau ialah Wan Endut bin Tun Abdullah bin Tun Da (Yusof) Pedah ibni Tun Abdul Majid Raja Bendahara Pahang Tahun Masihi (TM) 1770-1802, ibni Tun Abbas Raja Bendahara Pahang (TM1735-1770), ibni Sultan Abd Jalil IV Riayat Shah (TM1697-1720) Marhum Kuala Pahang, yang ada kaitan dengan Kesultanan Johor, Riau Lingga, Pahang.
Beliau merupakan tokoh agama yang banyak berjasa menyebarkan syiar Islam di kawasan Ulu Pahang pada awal kurun ke -20.
Beliau terkenal dengan gelaran Engku Khatib iaitu perkataan arab khatib yang bermaksud orang yang pandai berpidato.
Dianugerah gelaran Engku Khatib oleh Bendahara pada tahun masihi 1864.
Untuk rekod, makam Tun Abdullah ayahanda Engku Khatib turut ditemui di makam Ketapi Kampung Chebong.
Disebelah makam al-marhum Tun Abdullah turut tumbuh sebatang pokok sena yang ditanam atas titah Sultan Ahmad Muazzam Shah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti lima kluster baharu di dua daerah di Sabah dan Selangor, selain membabitkan tiga daerah di Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lima kluster itu ialah Kluster Sakti di Lahad Datu, Sabah; Kluster Tuguson di Kota Belud, Sabah.
Kluster Bah Medan di Sepang, Selangor; Kluster Taman Laut di Petaling, Selangor dan Kluster Taman Bunga membabitkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan
“Bagi Kluster Sakti, 18 kes dikesan positif COVID-19, termasuk tujuh kes baharu dan Kluster Tuguson, 18 kes positif termasuk empat kes baharu.
“Bagi Kluster Bah Medan pula, seramai 20 kes dikesan positif termasuk empat kes baharu. Kluster Taman Laut pula membabitkan enam kes postif, termasuk dua kes baharu.
“Kluster Taman Bunga pula membabitkan 23 kes dikesan positif COVID-19 dengan 16 kes baharu,” katanya dalam kenyaaan, di sini hari ini.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kejayaan guru Bahasa Inggeris Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020, mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka menzahirkan ucapan tahniah dan sukacita serta bangga atas dedikasi serta usaha murni guru muda dari Kuantan, Pahang itu dalam mendidik murid-murid sehingga terpilih sebagai calon untuk menerima anugerah berkenaan, sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat dan komitmen Samuel, menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya guru untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, di dalam negara mahupun di persada dunia.
“Seri Paduka Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan semoga beliau memenangi anugerah itu serta dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dalam bidang pendidikan,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara, hari ini.
Menurut kenyataan penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel yang lebih mesra dipanggil Cikgu Sam dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara.
Anugerah yang menawarkan hadiah US$1 juta (RM4.16 juta) itu program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Samuel memperkenal pelbagai inovasi bagi memberi inspirasi kepada muridnya yang terdiri daripada Orang Asli, untuk menyimpan impian besar serta berusaha menghubungkan mereka ke dunia luar.
Antara program diperkenal Samuel ialah projek pertukaran e-mel dikenali sebagai ‘Asli E-Pal’, dan murid-murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dari dalam dan luar negara.
Samuel juga memperkenal program ‘Speak Up with Poetry’ (Bersuara dengan Puisi), iaitu projek kerjasama beliau dengan penyair amatur yang menulis puisi berkaitan kebudayaan Orang Asli dan kemudiannya murid-murid boleh menonton program itu dalam bentuk video untuk pembelajaran bahasa Inggeris.
Sejak pengenalan pelbagai program oleh guru berkenaan, purata kadar lulusan mata murid bahasa Inggeris di sekolah berkenaan meningkat dari 30 peratus pada 2012 kepada 80 hingga 85 peratus pada 2015-2018.
Samuel dinobatkan sebagai penerima anugerah Guru Adiwira 2019. – BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di negeri ini, semalam iaitu Kluster Bayu yang sudah menjangkiti lapan individu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata kes indeks bagi Kluster Bayu adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang dikesan hasil saringan bergejala pada Jumaat lalu.
“Susulan itu saringan kontak dijalankan dan mengesan tujuh lagi kes positif iaitu membabitkan dua rakan sekerja dan lima ahli keluarga mereka.
“Sehingga semalam, kumulatif kes bagi kluster ini adalah sebanyak lapan kes positif jangkitan wabak.
“Jumlah kontak Kluster Bayu yang dikenal pasti adalah seramai 78 orang dengan 53 orang negatif dan 17 masih lagi menunggu keputusan ujian saringan.
“Punca jangkitan masih dalam siasatan, namun setakat ini situasi kluster ini adalah terkawal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, bagi Kluster Kempas pula sebanyak tiga lagi kes jangkitan baharu dikesan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 33 individu yang positif wabak itu.
“Ia membabitkan tujuh rakan sekerja pencetus kluster, 17 ahli keluarga mereka, lima rakan sekerja ahli keluarga mereka, tiga pelajar dan seorang ahli keluarga pelajar.
“Sehingga semalam, seramai 444 kontak rapat kluster berkenaan sudah dikenal pasti di Johor Bahru, Kulai, Pontian selain Selangor dan Melaka.
“Daripada jumlah berkenaan 395 adalah negatif dan 49 orang masih lagi menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.
Beliau berkata, punca jangkitan Kluster Kempas berkemungkinan daripada kes pertama yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mukim Hulu Langat, Selangor (Zon Merah) bagi menghadiri satu upacara perkahwinan.
Sumber : BH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.
Ucapan itu dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.
“Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.
“Mari lah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak,” menurut hantaran tersebut.
Sumber: Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DORTMUND, Jerman: Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland menyelamatkan maruah Borussia Dortmund menerusi gol lewat permainan awal pagi tadi ketika skuad dari Jerman itu menang 2-0 mengatasi Zenit St. Petersburg pada Liga Juara-Juara sambil bos mereka mengakui tidakakanmencatatnamadalamsejarah.
Jaringan Sancho pada minit ke-77 menerusi penalti dan gol pada tambahan masa oleh Haaland menentukan kesudahan perlawanan memihak kepada Dortmund lantas memberikan mereka tiga mata pertama dalam kempen Kumpulan F.
“Hari ini sukar. Kami banyak mengawal bola dan kami perlu bersabar dan tidak tergesa-gesa,” kata Haaland kepada Skysports.
“Kami sedar peluang akan muncul, dan pada penghujungnya ialah tiga mata penting,” katanya.
Selepas tewas 3-1 di tempat lawan bertemu Lazio pada saingan pembukaan minggu lalu, kelab Bundesliga itu berdepan tekanan untuk mendapatkan tiga mata.
“Selepas perlawanan menentang Lazio, kami perlukan kemenangan, dan anda boleh lihat ada sedikit tekanan. Ia sesuatu yang melegakan,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc sambil berkata perlawanan itu “tidak akan mencatat sejarah.”
Selepas beraksi di depan beberapa ratus penyokong, Dortmund terpaksa menutup terus stadium mereka semalam selepas keputusan pihak berkuasa tempatan dan wilayah berikutan pertambahan kes COVID-19.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISTANBUL: Dua jaringan Moise Kean pada babak kedua memberikan Paris Saint-Germain kemenangan 2-0 berdepan Istanbul Basaksehir dekat Turki ketika kelab dari Perancis itu kembali bangkit dalam Liga Juara-Juara namun Neymar mengalami kecederaan.
Pemain termahal dunia itu dikeluarkan sebelum setengah jam permainan dan terus ke bilik rawatan PSG.
Dia digantikan oleh Pablo Sarabia, namun tanpa pemain Brazil itu, pelawat mencipta kemenangan selepas rehat dalam saingan tanpa insiden tidak diingini di sebalik ketegangan diplomatik antara Turki dan Perancis.
“Ia membabitkan otot ‘adductor’ tetapi saya harap ia bukan kecederaan serius. Dia tidak rasa bagus dan kerana itu dia dikeluarkan,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel mengenai Neymar.
Bagaimanapun keputusan itu membolehkan PSG, naib juara musim lalu, memulakan rentak dalam Kumpulan H, seminggu selepas mereka tewas 2-1 di laman sendiri kepada Manchester United.
“Ada banyak kecederaan, dan mungkin kini masanya buat kami bertarung, cuba menang perlawanan yang mungkin menjadi perlawanan terhebat dalam sejarah PSG,” kata Tuchel.
“Mungkin kami boleh lakukan lebih baik, tapi ketika ini ia sukar.”
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Ketua jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez mendedahkan persaraan jaguh tempur itu adalah keputusanemosional sambil menyifatkan hanyamasaakanmenentukan kepulangannya untuk kembali bertarung.
Juara lightweight itu merakam rekod 29-0 pada UFC 254 selepas menumbangkan Justin Gaethje di pusingan kedua, Ahad lalu.
Namun selepas tamat pertarungan itu, Nurmagomedov yang bertarung buat kali pertama sejak kehilangan bapanya mengumumkan yang dia akan bersara.
Tindakan itu jelas mengejutkan Mendez yang mengakui dia sama sekali tidak mengetahui keputusan yang dibuat jaguh berusia 32 tahun itu.
Namun Mendez tahu Nurmagomedov tenggelam dalam emosinya selepas kemenangan itu sekali gus enggan memikirkan mengenai kariernya.
“Melihat kepada emosinya, dia menangis dan fikirannya tidak tentu arah. Saya tidak tahu (persaraan) kerana dia pun tidak bercakap mengenainya. Tetapi saya faham beban bapanya mungkin terlalu berat untuknya.
“Anda lihat bagaimana dia menitiskan air mata, saya katakan kepadanya sayasayangawak, menangislah sepuasnya. Khabib begitu beremosi dan mengapa dia mengambil tindakan sebegitu, saya tidak tahu.
“Saya tahu apa yang dia katakan tetapi dia begitu emosi jadi hanya masa yang akan menentukan (dia benar benar bersara).
“Tetapi saya tidak akan bercakap mengenainya. Itu bukan kerja saya. Kerja saya adalah untuk menyayanginya dan melatihnya apabila dia mahu bertarung,” katanya.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LAMPARD TERUJA AKSI PEMAIN MAGRIBI BERSAMA PASUKAN
KRASNODAR, Russia: Pengurus Chelsea, Frank Lampard berkata dia menjangkakan Hakim Ziyech akan membuktikan nilai sebenar selepas bintang Maghribi itu meledak jaringan sulung buat kelab berkenaan awal pagi tadi ketika menang 4-0 di Krasnodar dalam saingan Liga Juara-Juara.
Jorginho gagal menyempurnakan penalti buat Chelsea tapi Callum Hudson-Odoi meletakkan Blues di depan sebelum tamat babak pertama selepas kesilapan penjaga gol Krasnodar, Matvei Safonov.
Timo Werner menyempurnakan penalti pada minit ke-76 untuk menggandakan kelebihan Chelsea manakala Ziyech dan Christian Pulisic menambah gol lewat pelawat di Russia.
“Hakim Ziyech bekerja keras untuk cergas, dan saya sangat teruja untuk mendapat kualiti miliknya dalam pasukan,” kata Lampard.
“Saya rasa persembahannya sangat-sangat bagus apabila anda memikirkan dia tidak memulakan permainan sejak Mac, selepas berakhir liga Belanda.”
Ziyech menyertai Chelsea daripada Ajax dengan perpindahan bernilai £37 juta (RM199.66 juta) pada musim panas tetapi terlepas saingan awal musim kerana kecederaan lutut.
Pemain berusia 27 tahun itu membuat tiga penampilan selaku pemain gantian sebelum mendapat permulaan sulung di Krasnodar – 3,500 kilometer dari London.
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!