CUBA MASUK PERLIS TANPA SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI
KANGAR: Sebanyak 20 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba masuk ke Perlis, hari ini, tanpa memiliki surat kebenaran merentas negeri.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata sehingga jam 5 petang tadi kesemua kenderaan berkenaan diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Sanglang dan Arau dari Kedah.
“Sebanyak 125 kenderaan diperiksa sejak pagi tadi dengan membabitkan 294 individu yang cuba masuk ke negeri ini atas pelbagai alasan dan urusan.
“Sehubungan itu, polis meminta agar mereka yang perlu merentas negeri untuk membuat permit kebenaran agar mereka tidak menghadapi kesulitan terutama membabitkan urusan penting,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Mengenai penguatkuasaan SJR, Surina berkata, pihaknya menumpukan kawalan sempadan negeri ini memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dilaksanakan di Perlis.
“Malah jumlah SJR turut ditambah lagi tiga menjadikan enam SJR di kawasan berhampiran sempadan negara di Perlis,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia bersama enam yang lain memfailkan petisyen mencabar keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 Sep lalu.
Free Malaysia Today (FMT) melaporkan petisyen itu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Karambunai, Darau, Sindumin, Petagas dan Kukusan.
Portal berita itu memetik sumber pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC) yang enggan dinamakan.
“Petisyen itu difailkan di Mahkamah Pilihan Raya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diwartakan pada 6 Oktober,” kata sumber seperti dipetik portal berkenaan.
Portal itu melaporkan AGC akan mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen berkenaan.
Pandikar merupakan calon di kerusi Pintasan dalam pertandingan enam penjuru, tetapi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu Fairuz Renddan.
Sumber itu dipetik berkata terdapat dua petisyen difailkan untuk kerusi Sindumin.
“Petisyen pertama difailkan oleh calon yang diisytiharkan tidak layak atas sebab beliau seorang bangkrap, sementara petisyen kedua oleh calon yang tewas dalam pertandingan enam penjuru di situ,” katanya.
Calon Warisan Awang Ahmad Shah menang di kerusi berkenaan.
Antara yang memfailkan petisyen ialah calon Warisan, Ahmad Jais Oteng yang tewas di tangan calon BN-Umno Yakub Khan dengan majoriti 16 undi dalam pertandingan tujuh penjuru di kerusi Karambunai.
Turut memfailkan petisyen, calon BN-Umno di kerusi Darau, Jumat Idris yang tewas di tangan calon Warisan Azhar Matussin dengan majoriti 562 undi dalam pertandingan enam penjuru di kerusi itu.
Satu petisyen difailkan untuk kerusi Kukusan, yang dimenangi oleh calon Warisan Rina Jainal.
FMT melaporkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Alwi Abdul Wahab akan menjadi hakim pilihan raya bagi kerusi Sindumin, sementara Dean Wayne Daly, yang bertugas di Miri akan mendengar petisyen bagi DUN Petagas.
Turut dilaporkan, mahkamah belum menetapkan tarikh pengurusan kes untuk baki empat lagi kes.
Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya menetapkan bahawa semua petisyen pilihan raya hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas ia difailkan.
Dalam PRN Sabah tempoh hari, Gabungan Rakyat Sabah (BN-PN-PBS) menang di 38 kerusi, manakala Warisan Plus (Warisan-DAP-PKR-Upko) pula menang 32 kerusi. Tiga lagi kerusi dimenangi calon bebas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia, yang akan bermula Rabu ini dan berakhir pada Mac 2021.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November sehingga Disember 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Manakala mulai Januari 2021, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu mulai hujung Januari 2021 seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri-negeri di utara Semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan,” menurut kenyataan disiarkan Bernama.
Menurut MetMalaysia hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kerap banjir.
Gambar Hiasan
Malah sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.
Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.
Justeru orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan melalui laman web, aplikasi myCuaca dan laman media sosial atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Golongan yang menyambut Deepavali Sabtu ini, diminta tidak melakukan pembelian panik yang boleh mengakibatkan kesesakan sehingga tidak mematuhi amalan penjarakan fizikal.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiada keperluan untuk melakukan pembelian panik berikutan sektor ekonomi termasuk kedai masih dibuka.
Beliau berkata, kesesakan yang berlaku akan meningkatkan risiko kebolehjangkitan COVID-19, sekali gus menyukarkan sasaran Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencapai nilai kebolehjangkitan pada paras R-naught (R0) 0.5.
“Kes yang dicatatkan semalam dan hari ini berada di bawah unjuran kadar nilai R-naught (R0) iaitu 1 oleh KKM.
“Jika melihat kadar penurunan jangkitan ini, ia boleh diturunkan kepada 0.5. Sehubungan itu perlu hadkan pergerakan dan jika ada perhimpunan atau perkahwinan, diminta untuk ditangguhkan,” katanya pada sidang media COVID-19, sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUSPEK POSITIF COVID-19 ZIARAH KEMATIAN, HADIR MAJLIS TAHLIL
BERA: Seramai 52 orang yang dipercayai Kontak Rapat (CC1) dengan seorang suspek positif COVID19 menjalani saringan ujian di Klinik Kesihatan Purun Bera hari ini.
Semalam, seramai 15 orang terdiri daripada keluarga suspek juga sudah menjalani saringan ujian itu.
Difahamkan, suspek yang menetap di Seremban telah pulang ke FELDA Purun untuk menziarahi kematian dan menghadiri majlis tahlil, beberapa hari lalu.
Semua yang disaring dipakaikan gelang berwarna biru dan putih serta diminta untuk kuarantin di rumah masing-masing selama dua minggu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Tindakan seorang wanita yang cuba menyorok gelang merah jambu di sebalik jaket yang dipakai telah disedari seorang pengawal keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah di Bachang di sini semalam.
Menurut laporan SinarHarian, dalam kejadian jam 6.45 petang itu, wanita bekerja sebagai operator kilang datang ke kompleks tersebut bersama seorang saudara lelaki dan memberi alasan untuk membeli barang bagi persiapan Deepavali.
Gambar Hiasan
Pengawal keselamatan berusia 27 tahun menyedari individu yang mengenakan jaket lengan panjang berwarna hijau memakai gelangpink ketika dia membuat rondaan di hadapan sebuah kedai kasut sebelum mengarahkan individu itu keluar dari bangunan terbabit lalu menghubungi Balai Polis Batu Berendam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, individu berusia 33 tahun itu disahkan berstatus di bawah Pengawasan (PUS) koronavirus (COVID-19), bagaimanapun keputusan PUS yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah negatif.
Menurutnya, individu yang beralamat di Batu Berendam itu akan hadir ke balai polis selepas tempoh kuarantin berakhir pada 12 November ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENNSYLVANIA: Sepasukan penyelidik yang memantau populasi burung di Powdermill Nature Reserve di Rector, Pennsylvania, mendakwa menemui seekor burung dengan warna yang aneh.
Badannya dipercayai separuh jantan dan separuh betina.
Apabila melihat perbezaan warna itu, mereka yakin bahawa ia adalah burung grosbeak yang dipanggil sebagai gynandromorph iaitu haiwan separuh jantan dan separuh betina.
Ukuran juga menunjukkan bahawa sayap kanan burung itu sedikit lebih panjang berbanding sebelah kiri, ciri khas yang membezakan grosbeaks jantan dan betina.
Walaupun gynandromorphy bermaksud haiwan mempunyai ciri-ciri betina dan lelaki namun gynandromorphs dua hala sering kelihatan berbeza secara dramatik kerana ciri-ciri tersebut dipisahkan di tengah-tengah badan mereka iaitu mungkin pemisahan dalaman dan luaran.
“Saya rasa kali ini saya mempunyai lebih banyak pengetahuan mengenai betapa rare keadaan ini berlaku, lihatlah reaksi semua orang, ia kegembiraan yang tak terluah,” kata salah seorang penyelidik, Lindsay.
Memetik laporan NatGeo, Ahli biologi hidupan liar, Danny Bystrak mengimbas kembali semua catatan selama 15 tahun lalu, kemungkinan untuk menemui gynandromorph dalam proses penyelidikan merupakan satu dalam sejuta.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan terus menuntut kerajaan supaya melanjutkan moratorium pinjaman sehingga berjaya, kata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Ahli parlimen Pekan itu mempersoalkan alasan moratorium pinjaman pukal tidak dilanjutkan ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan.
“Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali – terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan.
“Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan (tuntut) sampai dapat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini yang disiarkan Malaysiakini.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini tidak menerima cadangan Umno dan Pakatan Harapan (PH) untuk melanjutkan skim moratorium pinjaman.
Sebaliknya Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.
TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz
“Bank melaporkan bahawa 85 peratus pemberi pinjaman meneruskan pembayaran setelah moratorium tamat pada 30 September.
“Bagaimanapun, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman,” katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat.
Zafrul berkata golongan B40 boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INSIDEN LABEL KAMALA HARRIS ANAK PENDATANG DIKESALI
KUALA LUMPUR: TV3 memohon maaf kerana menyebut naib presiden Kamala Devi Harris sebagai anak pendatang tanpa izin dari India.
Permohonan maaf yang dibacakan seorang seorang pengacara TV itu turut dimuat naik ke Twitter.
“Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam, kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai naib presiden Amerika Syarikat yang baharu, Kamala Harris,” kata stesen itu.
Sebelum ini, senator MIC, S Vell Paari antara yang tampil mengetengahkan perkara itu.
Katanya, ibu Kamala, Shyamala Gopalan datang dari Chennai, India pada usia 19 tahun untuk belajar di Universiti California sebelum bertemu dan berkahwin dengan ayahnya.
“Ibunya seorang saintis yang terlibat dalam bidang onkologi lanjutan. Semak Wikipedia.
“Saya tak boleh faham suka betul kamu dengan perkataan pendatang.. saya harap ini kesalahan yang tidak disengajakan,” kata Vell Paari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGACARA DAN PENYAMPAI RADIO SINAR FM SITI ELIZAD ALAMI KEGUGURAN
KUALA LUMPUR: “Allah bagi rasa nikmat jadi ibu, minggu lalu, tetapi diambil semula. Saya reda dengan ketentuan-Nya, biarpun dipinjamkan seketika,” kata pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), Oktober lalu.
Siti Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM berkongsi berita duka menerusi laman Instagram, hari ini. Malah, pelakon filem Berlari KeLangit itu turut memuat naik paparan skrin WhatsApp yang menunjukkan suaminya memaklumkan khabar duka kepada ahli keluarga lain.
“Terjentik sungguh rasa antara nikmat yang baru dirasai, kemudian diragut sekelip mata.
“Saat dimaklumkan hamil minggu lalu, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya. Apatah lagi, saya dan suami sekian lama mengharapkan kehadiran cahaya mata. Namun, kandungan tidak kuat dan mula berlaku pendarahan.
“Saya terduduk dan tergamam, namun kena terima ketentuan ini. Tak mengapa, insya-Allah, ada rezeki lain. Saya hanya mampu bersangka baik dengan ujian Allah. Moga ada lebih nikmat selepas ini,” katanya dipetik dari BH Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!