MADRID: Penunggang Itali Franco Morbidelli akan bermula dari petak depan di MotoGP Valencia, dengan pencabar terdekat Joan Mir untuk Kejuaraan Dunia gagal memanfaatkan persembahan kurang memberangsangkan pelumba Sepanyol itu pada sesi kelayakan.
Morbidelli dari Petronas Yamaha mencatat masa terpantas 1 minit 30.191 di litar Ricardo Tormo manakala pelumba Australia Jack Miller dan Takaaki Nakagami dari Jepun melengkapkan barisan depan.
Mir hanya mencatat masa ke-12 terpantas dan terakhir pada sesi kelayakan Q2, tetapi dia boleh menarik nafas lega apabila pelumba Perancis Fabio Quartararo dan pelumba Sepanyol Alex Rins, yang berada di tangga kedua dan ketiga kejuaraan, gagal mengambil peluang itu, lapor APF.
Kelebihan 37 mata menyaksikan Mir hanya perlu mencari penamat podium pada perlumbaan kedua terakhir musim ini esok bagi mengesahkan kejuaraan, dan keempat juga sudah mencukupi jika Rins atau Quartararo tidak memenangi perlumbaan.
Quartararo akan bermula dari petak ke-11, dengan Rins di petak ke-14.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: New York berusaha membendung gelombang kedua jangkitan COVID-19 menerusi larangan baharu terhadap bar dan restoran, semalam, manakala Donald Trump menegaskan rakyat pertama Amerika Syarikat (AS) akan menerima vaksin dalam masa beberapa minggu.
Menurut laporan AGENSI, dalam ucapan pertamanya kepada umum sejak diumumkan tewas pemilihan Presiden AS pada 3 November lalu, Presiden AS itu kerap menyuarakan mengenai usaha perubatan di bawah pemerhatiannya dan pada masa sama, menentang larangan terhadap bar dan restoran itu.
Dia menjangkakan vaksin COVID-19 dibangunkan Pfizer dan BioNTech serta dinyatakan berkesan sehingga 90 peratus dalam percubaan sebelum ini, akan memperoleh kelulusan kecemasan dalam masa terdekat.
“Vaksin itu akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan, orang tua dan rakyat AS berisiko tinggi dalam masa beberapa minggu,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih, sambil menyatakan ia akan diberikan kepada populasi umum seawal April ini.
Jumlah kes COVID-19 melonjak di seluruh Amerika dan Eropah sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik di sebalik kebimbangan tindakan itu akan menjejaskan sektor ekonomi.
Wabak itu mengorbankan hampir 1.3 juta mangsa di seluruh dunia dan menjangkiti hampir 53 juta individu sejak mula dikesan di China pada Disember lalu.
Di New York, Gabenor Andrew Cuomo mengarahkan semua premis berlesen menjual alkohol ditutup pada 10 malam.
Manakala Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memberi amaran dia mungkin mengikut langkah bandar besar lain di AS termasuk pembelajaran dalam talian seawal Isnin ini, berikutan jangkitan harian melonjak kepada tiga peratus berbanding sekitar satu peratus sejak beberapa bulan lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Pengurusan Kuil Sri Marathandavar, dekat sini, akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Menurut Setiausaha Kuil Marathandavar Maran, G Poogavanam, upacara sembahtang di kuil sempena Deepavali hari ini dihadkan bermula 7 pagi sehingga 12 tengahari.
SETIAUSAHA Kuil Marathandavar Maran, G Poogavanam
Selain itu, penganut agama hindu perlu mengikuti penjarakan sosial 1 meter, pemeriksaan suhu,pemakaian pelitup separuh muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
“Deepavali ini kali kurang meriah sebab masing-masing macam hari raya puasa pun sama juga bukan.. raya haji pun sama juga.. jadi kita ikut SOP la.. masing-masing jaga negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Lawatan Persekitaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Pada lawatan itu, Datuk Seri Dr Sallehuddin berpuas hati dengan pematuhan SOP ditetapkan dan turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia yang menjalani tugas memutuskan rantaian wabak itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mengadakan lawatan mengejut ke Pantai Sepat di Tanjung Sepat, Kuantan pada petang tadi.
Berdasarkan perkongsian di laman sosial Facebook rasmi Istana Negara, dalam lawatan mengejut ini, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar dengan para peniaga dan rakyat yang berkunjung di sini.
Seri Paduka Baginda turut berkenan membeli juadah makanan di beberapa gerai di sini dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada rakyat.
Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan kelangsungan hidup rakyat jelata, khususnya golongan yang memerlukan.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ini juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda yang begitu mesra menyantuni rakyat jelata.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DISAHKAN BAHAGIAN HAB HALAL JAKIM, SIASATAN LANJUT DIJALANKAN KPDNHEP
KUALA LUMPUR: Status halal hidangan disediakan restoran terkenal yang diserbu KPDNHEP semalam sudah dijelaskan Bahagian Hab Halal JAKIM.
Perkara itu dikongsi melalui hantaran pada laman sosial Facebook rasmi jabatan itu.
Selain itu, pihak KPDNHEP juga sudah mengambil sampel bahan mentah didakwa digunakan restoran terbabit.
Pihak JAKIM turut memaklumkan bahawa dakwaan melalui klip video yang disebarkan individu tertentu mengenai hidangan mee kari berkenaan adalah tidak benar.
Orang ramai boleh menyemak status halal restoran dengan melayari laman web www.halal.gov.my bagi tujuan kepastian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyedia dompet digital AirAsia Bhd, BigPay Later Sdn Bhd, bersama dengan tujuh syarikat komuniti kredit berlesen yang lain, telah mendapat persetujuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan pinjaman dalam talian.
Menurut laporan Bernama, kelulusan itu diumumkan semasa sesi secara maya garis panduan pinjaman wang dalam talian KPKT yang dilancarkan oleh Menterinya, Zuraida Kamaruddin, semalam.
Tujuh syarikat lain ialah Axiata Digital Capital Sdn Bhd, Grabfin Operations (M) Sdn Bhd, GHL Payments Sdn Bhd, Presto Credit Sdn Bhd, JCL Credit Leasing Sdn Bhd, Fortune Tree Capital Sdn Bhd dan Hoop Fintech Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata kelulusan itu adalah berita baik bagi BigPay dan beliau berharap ia dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk berniaga serta menjalani kehidupan yang sempurna.
“Dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, pembiayaan itu akan ditawarkan kepada golongan untuk B40 dan sasarannya adalah untuk mendapatkan pinjaman yang diluluskan dalam beberapa minit sahaja,” katanya.
Tony berkata walaupun B40 akan menjadi penerima terbesar daripada pinjaman tersebut, pembiayaan itu akan tersedia untuk kumpulan lain juga.
“Ini adalah teknologi hebat yang membolehkan orang ramai mendapat kadar pinjaman yang terbaik. Kami berharap AirAsia.com bukan hanya menjadi tempat anda membeli tiket penerbangan AirAsia, kami sedang membina aplikasi canggih.
“Kami menambah semakin banyak perkhidmatan, one–stopshop – kami mempunyai fintech, e–commerce, dan kami mempunyai beberapa produk lain,” kata Tony.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERITA BAIK IBU BAPA TASKA, DIBENARKAN BEROPERASI SEMULA
Masalah ibu bapa disebabkan penutupan Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) ekoran perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), hampir selesai apabila kerajaan mengumumkan ia boleh kembali dibuka.
Bukan saja ibu bapa tidak lagi pening kepala, pengusaha taska juga lega kerana boleh kembali beroperasi dan justeru itu, mencari pendapatan selepas terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP pada Mac lalu.
Presiden Persatuan Taska Perak Aziah Mohd Shah Baki menyuarakan penghargaan kepada kerajaan, terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), atas berita baik itu.
“Sebenarnya keputusan ini membantu tiga pihak. Bukan sahaja ibu bapa, tapi juga kami sebagai pengusaha taska, dan tenaga pendidik di taska-taska kami yang perlukan pekerjaan,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Aziah, sejak taska ditutup semula selepas PKPB dikuatkuasa, pemilik taska di Perak kerap dihubungi ibu bapa yang mengadu kesusahan dalam soal jagaan anak-anak, memandangkan mereka tetap perlu keluar bekerja.
Justeru, katanya lagi, pengusaha taska sentiasa berbincang dengan JKM untuk mencari jalan agar taska boleh dibuka, pada masa sama tetap mengelakkan penularan wabak Covid-19.
“Kami adakan mesyuarat dan sampaikan hasrat agar JKM benarkan taska kembali dibuka, biarpun dengan peraturan ketat. Tak mengapa, kami akan ikut,” katanya yang memaklumkan menerima surat daripada JKM pada 9 Nov lalu berkenaan kebenaran itu.
Selepas ditutup sejak 18 Mac, taska kembali dibuka susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bermula 2 Jun
Bagaimanapun ia kembali ditutup selepas PKPB dilaksanakan di seluruh semenanjung Malaysia – kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan – sejak 9 nov lalu.
Ekoran kegusaran ibu bapa berkenaan soal penjagaan anak, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun pada 12 Nov mengumumkan taska awam dan swasta boleh beroperasi sepanjang PKPB, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya (Puspajaya) Husna Abdul Rahaman tidak melihat soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjadi masalah, memandangkan taska telah berjaya mematuhinya sebelum ini.
Katanya, semasa beroperasi dalam tempoh PKPP, pihak taska dan tadika dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), JKM dan polis, bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi.
Antara SOP yang ditetapkan adalah pihak taska perlu memaklumkan hasrat beroperasi semula kepada pejabat kesihatan daerah. Ibu bapa perlu menghantar anak secara pandu lalu dan mematuhi jadual tiba dan balik yang ketat. Pelawat sama sekali tidak dibenarkan.
Kehadiran dan suhu kanak-kanak perlu dicatat, kegiatan berkumpulan serta perkongsian makanan dan perkakas juga dilarang.
Selain itu, pihak taska juga perlu melakukan sanitasi secara kerap dan menyediakan bilik pengaingan bagi menempatkan kanak-kanak bergejala, sebelum dibawa ke hospital atau klinik.
Semua pihak terlibat, antaranya pengasuh, kakitangan, kanak-kanak dan ibu bapa, juga perlu mengisi borang akuan pengisytiharan kesihatan.
Selain SOP di atas, Aziah memaklumkan ada prosedur tambahan kali ini – taska perlu mendapat kelulusan JKM sebelum memulakan operasi, serta ibu bapa perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan.
“Mengambil kira faktor keselamatan kanak-kanak yang merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19, beberapa penambahbaikan telah diambil seperti pengusaha taska berdaftar ingin beroperasi hendaklah membuat permohonan dengan JKM.
“Ibu bapa juga perlu mengemukakan surat pengesahan majikan yang membuktikan kedua-dua ibu bapa perlu bekerja di pejabat,” kata JKM menerusi jawapan emel kepada Malaysiakini semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMAN NEGARA DITUTUP SUSULAN KETIBAAN MUSIM TENGKUJUH, MONSUN TIMUR LAUT
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) menutup sementara semua Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri, termasuk Hutan Simpanan Kekal di Pahang, selama dua bulan bermula hari ini.
Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong, berkata penutupan itu adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.
Katanya, antara aktiviti rekreasi yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh musim tengkujuh ialah menjelajah hutan dan gua, mendaki gunung serta sukan lasak berkenderaan.
Beliau menjelaskan, pengunjung dikhuatiri lebih terdedah kepada risiko kemalangan di lokasi terbabit pada musim tengkujuh berikutan kejadian pokok tumbang, terputus hubungan, kepala air dan tanah runtuh boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Justeru bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini, JPNP mengambil keputusan menutup TER serta Hutan Taman Negeri, termasuk Hutan Simpanan Kekal, pada musim tengkujuh ini.
“Walaupun ia mungkin menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu, demi keselamatan serta kebaikan bersama, jabatan perlu bertindak tegas dan semua pihak harus akur,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Regina Mariah memaklumkan, arahan penutupan itu tidak membabitkan sembilan kawasan ekopelancongan yang diswastakan kepada operator.
Katanya, ia membabitkan TER Kem Nusa dan TER Ulu Tembeling, Jerantut; TER Sungai Pandan dan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing di Kuantan; TER Kenong, Lipis; Taman Negeri Rompin, Rompin; TER Lubuk Yu, Maran; Kawasan Rekreasi Kuala Gandah, Temerloh; dan Air Terjun Ulu Tampik, Janda Baik, Bentong.
Namun, beliau berkata, orang ramai yang ingin mengunjungi lokasi berkenaan dinasihatkan menjaga keselamatan, mematuhi arahan, dan tidak melakukan aktiviti di air serta berkhemah, terutama ketika hujan.
“Kita akan sentiasa memantau kesemua sembilan kawasan ekopelancongan dibenarkan beroperasi itu bagi memastikan pihak operator sentiasa mengambil langkah keselamatan supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Projek pembinaan Terminal Sentral Kuantan (TSK) siap sepenuhnya dan mula beroperasi tujuh tahun lalu.
Sejak beroperasi sehingga hari ini, pelbagai pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab menyelia dan menyelenggara terminal termoden di Pantai Timur Semenanjung.
ESKALATOR di Terminal Sentral Kuantan tidak berfungsi
Namun, saban tahun masalah hampir sama berulang, terutamanya membabitkan operasi eskalator yang dikatakan sering mengalami kerosakan.
Tahun lalu, masalah ini sudah disuarakan pengguna terminal itu dan akhirnya berjaya diatasi melalui tindakan proaktif Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan peruntukan kira-kira RM200,000 disalurkan pejabat ahli Parlimen Indera Mahkota.
Namun, nampaknya masalah kemudahan asas itu berulang sekali lagi dan tinjauan dilakukan mendapati eskalator menghubungkan aras satu yang menempatkan kaunter tiket bas ekspres dan medan selera, tidak berfungsi.
Selain itu, banyak premis perniagaan tidak beroperasi dan dibiarkan kosong, dipercayai impak wabak COVID-19 yang menjejaskan pendapatan peniaga hingga terpaksa memilih untuk menutup seketika operasi premis atau gerai mereka.
BANYAK premis kosong di Aras Satu Terminal Sentral Kuantan
Semoga pihak kerajaan negeri dan MPK dapat mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan mercu tanda bandar Kuantan tidak terus dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!