KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbaharunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.
Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda PN Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada 11.07 pagi.
BHOnline melaporkan, Mohammad Azwan laporan polis dibuat kerana poster filem itu mengandungi perkataan kesat.
“Penghinaan dan provokasi ini dilihat amat keterlaluan dan merupakan satu tindakan kurang ajar serta biadap, dibimbangi menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Beliau berkata pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, Youtube dan Instagram miliknya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India apabila diperkosa dua lelaki bergilir-gilir sehingga mangsa meninggal dunia.
India Times melaporkan polis memaklumkan kedua-dua suspek yang disyaki terbabit juga bertindak kejam apabila mengambil organ mangsa iaitu hati dan paru-paru untuk upacara ilmu hitam.
Mayat mangsa ditemui di sebuah hutan dekat Kanpur, Uttar Pradesh, pada Ahad lalu selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Ghatampur pada malam Deepavali.
Asisten Superintendan Brajesh Srivastava berkata, kedua-dua suspek iaitu Ankul Kuril, 20, dan Beeran, 31, bagaimanapun, sudah ditahan untuk siasatan pada Ahad lalu.
Turut ditahan kerana bersubahat adalah seorang lelaki yang menerima organ untuk melakukan upacara ilmu hitam, Parshuram Kuril dan isterinya.
Menurut Brajesh, Parshuram cuba berdolak-dalik ketika disoal siasat tetapi akhirnya mengakui perbuatannya.
“Parshuram memberitahu sudah berkahwin sejak 1999, tetapi belum dikurniakan zuriat.
“Jadi, dia meminta anak saudaranya, Ankul dan rakannya Beeran untuk menculik mangsa serta mengambil organnya.
“Akur dengan arahan, Ankul dan Beeran yang mabuk ketika itu kemudian menculik mangsa yang keluar dari rumahnya di kampung Bhadras pada Sabtu malam,” katanya.
Gambar Hiasan
Brajesh berkata, kedua-dua suspek membawa mangsa ke hutan berhampiran sebelum memperkosa dan membunuhnya.
“Berikutan kesalahan itu, tertuduh akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO),” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.
Menurutnya, terbaharu Khalid Julong menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan pemergian sahabatnya itu disifatkan sebagai tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
“Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
“Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang Dunia Kedua. Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.
“British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. MalayanUnion akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka.
“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.
“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.
“Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di laman webnya, Chedet hari ini.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kesemua sahabat lamanya sudah meninggal dunia kecuali Khalid dan Osman Kuda yang juga berusia 90-an.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Operasi sanitasi awam di 674 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Pahang dijangka selesai minggu hadapan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, sanitasi awam itu dilakukan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di kalangan petugas dan mangsa banjir ketika berada di PPS.
Wan Mohammad Zaidi Wan Isa
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah menetapkan sanitasi awam di PPS akan dilakukan sebelum dan selepas bencana banjir.
Bagaimanapun, ketika PPS beroperasi, petugas lain di bawah bimbingan kami akan mula melakukan sanitasi awam memandangkan anggota bomba perlu berada di lapangan untuk tugas pemindahan mangsa banjir.
“Pihak kami telah melakukan sanitasi awam sejak minggu lalu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri dan sehingga hari ini, 60 peratus daripadanya telah disanitasi awam.
Wan Mohammad Zaidi menunjukkan kepada media PPE yang akan dipakai anggota penyelamat ketika pemindahan mangsa banjir nanti bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19
“Dalam norma baharu ini, anggota bomba yang bertugas memindahkan mangsa banjir telah ditetapkan memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan juga memastikan penjarakan fizikal ketika berada di dalam bot,” katanya di sini, pada sidang media Persiapan Dan Kesiapsiagaan JBPM Menghadapi Musim Tengkujuh.
Ujarnya, anggota bomba juga telah mula menjalani latihan menyelamat mangsa banjir untuk menyesuaikan diri dalam suasana norma baharu.
Mereka juga telah mula melakukan rondaan dan pemantauan di lokasi yang berisiko banjir dan tanah runtuh sekiranya tanpa perlu menunggu panggilan daripada mangsa.
“Walaupun lokasi tersebut berada di tanah tinggi seperti Cameron Highlands, kami telah menggerakkan anggota untuk memantau jika hujan berturut-turut melebihi dua hari kerana bimbang akan berlaku tanah runtuh, atau air di atas permukaan jalan raya sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
“Selain itu, 953 anggota dan pegawai bomba dibekukan cuti bermula bulan ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan semula.
“Sebanyak 51 logistik di air disediakan termasuk 33 bot aluminium, bot fiber dan jet ski,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Satu sindiket mencampurkan 280 tual balak curi bernilai kira-kira RM112,000 dengan balak berlesen dikesan berlaku di Hutan Simpan Chini, di sini kelmarin.
Tindakan yang didalangi warga tempatan itu dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa itu, bagaimanapun digagalkan oleh anggota Unit Tugas Khas Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera dalam serbuan di Kompatmen 132 Hutan Simpan Chini kira-kira jam 10 malam.
Pegawai Pejabat Daerah Temerloh/Bera, Azmi Abdul Rahman, berkata sindiket terbabit turut menyekat dua laluan utama ke lokasi itu dengan meletakkan jentera, membina parit dan membuat halangan dengan timbunan dahan pokok.
Katanya, pemeriksaan di lokasi menemui 70 tunggul pokok balak pelbagai spesies seperti merantai, merawan, kempas, jelutong, mengkulang, keruing, keranji, sesuduk, ludai, kelat dan kedondong dengan setiap pokok menghasilkan antara tiga hingga empat tual balak.
“Siasatan mendapati sindiket terbabit menceroboh Hutan Simpan Chini, menebang dan memindahkan balak ke pusat pengumpulan dalam masa dua hari sebelum kegiatan mereka dikesan kelmarin.
“Mereka cuba bertindak memindahkan balak secara serentak menggunakan lebih 10 lori malam kelmarin namun digagalkan,” katanya dihubungi BH Online.
Azmi berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut menyita jentera pengangkat balak, jentolak, jengkaut dan dua lori yang kini ditempatkan di stor penyimpanan barangan kes Pejabat Ladang Kemasul, Mentakab.
Azmi berkata, usaha mengesan dalang kegiatan berkenaan sedang dilakukan, pihak yang melakukan kesalahan itu akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: China akan terus membuka pintu bagi membolehkan kitaran ekonomi dan perdagangan domestik serta antarabangsa kekal beroperasi.
Presidennya, Xi Jinping, berkata pembukaan ekonomi China untuk dagangan dua hala antara lain membuka runag kepada syarikat luar mengembangkan pasaran di China.
Menurut laporan BHOnline, beliau berkata, syarikat asing boleh meneroka pasaran China yang menawarkan akses populasi yang luas iaitu sekitar 400 juta penduduk.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada pembukaan Dialog CEO APEC 2020 secara maya di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesan 40 tokan dadah yang membekalkan bahan terlarang itu kepada pelajar sekolah di negeri ini.
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka dikesan melalui temu bual dengan 124 daripada 177 pelajar yang didapati positif dadah dalam ujian saringan urin oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.
Menurut laporan BH Online, beliau berkata, hasil operasi khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah negeri (JSNJ), pada 29 September hingga 8 Oktober lalu, 21 suspek yang dipercayai pembekal dadah kepada pelajar itu ditahan di beberapa lokasi sekitar negeri ini.
“Seramai 21 yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. Tiga tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam di bawah Seksyen 39A (1); 10 di bawah Seksyen 15(1)(A) dan dua di bawah Seksyen 39C akta sama.
“Kita sedang mengesan baki 19 pembekal dadah, yang memerlukan siasatan lanjut kerana maklumat yang diberikan terlalu umum dan tidak tepat.
“Modus operandi tokan secara kecilan ini akan rekrut pelajar sekolah. Pada peringkat awal mereka akan memberi dadah secara percuma.
Gambar Hiasan
“Apabila pelajar terbabit dapat pelajar baharu untuk mencuba dadah, pelajar yang memperkenalkan itu akan diberi imbuhan sama ada dalam bentuk dadah ataupun wang.
“Dadah yang popular digunakan dalam kalangan pelajar sekolah adakah jenis ganja. Ini kerana ganja lebih murah, senang dibawa dan digunakan. Sepaket ganja dijual RM40,” katanya pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara SAC Razimi Ahmad dengan SAC Alzafny Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Menurut Ayob Khan, semalam pasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis daerah Kulai menahan lima lelaki berumur 17 hingga 19 tahun di sekitar Taman Permainan Bandar Putra Kulai, jam 12.43 tengah malam.
Katanya tiga daripada mereka adalah pelajar sekolah dan hasil pemeriksaan menjumpai dadah jenis ganja seberat 3.29 gram bernilai RM164.
“Hasil saringan urin mendapati semua suspek positif dadah jenis Tetrahudrocannabinol. Semakan rekod kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Hasil soal siasat terhadap tiga pelajar ini, kita menahan seorang lelaki, 23 tahun yang merupakan pembekal dadah kepada pelajar terbabit,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyokong penuh dan berterima kasih kepada pihak Media Prima Berhad (MPB) yang berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan lagi akses pendidikan kepada murid di seluruh negara.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata kerjasama seperti ini amat berfaedah ketika murid tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka setelah diarahkan untuk bercuti bagi membenteras penularan wabak COVID-19.
Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik
“Tepat pada masanya program seperti ini diadakan, ketika murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara terus sebaliknya mereka belajar hanya melalui maya yang dikendalikan pihak guru dan sekolah masing-masing.
“Kerjasama KPM dan MPB ini adalah inisiatif tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang sebelum ini disiarkan menerusi saluran TV Okey, RTM dan saluran Tutor TV di Astro,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Katanya, usaha KPM menurut kenyataan medianya, slot program TV Pendidikan ini merupakan usaha membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran, terutamanya ketika lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Gambar hiasan
Beliau berharap murid mengambil kesempatan menggunakan akses itu bagi meningkatkan kefahaman di samping dibantu oleh ibu bapa masing-masing yang dikenali sebagai DidikTV@NTV7 yang disiarkan di saluran NTV7.
“Sebagai permulaan, slot TV Pendidikan di saluran NTV7 akan mula bersiaran pada 23 November ini sehingga 31 Disember depan selama tiga jam pada setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu siarannya pula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, “ katanya.
Tambahnya, jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LANGKAH MENJAGA INTEGRITI DAN PERSEPSI POSITIF RAKYAT
KUALA LUMPUR: Anggota polis dijangka akan mula dilengkapi dengan kamera badan (body camera) mulai tahun depan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) perolehan peralatan berkenaan akan dilaksanakan mulai 2021 sebagai langkah menjaga integriti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Gambar hiasan
“Penggunaan body worn camera dalam penugasan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berupaya mengelakkan tuduhan dan tohmahan semasa menjalankan tugas yang akan memartabatkan reputasi anggota pasukan serta meningkatkan persepsi positif rakyat.
“Permohonan Projek Body Worn Camera Rolling Plan Pertama (RP1) RMK-12 untuk PDRM fasa 1 ini melibatkan cadangan perolehan sebanyak 2,168 unit body worn camera 4G,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat dipetik dari Malaysiakini.
Terdahulu Oscar Ling (PH-Sibu) meminta KDN menjelaskan rancangan kerajaan untuk memasang body camera ke atas setiap anggota polis yang menjalankan tugas untuk mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah.
Ling juga mahu tahu bila ia akan dilaksanakan.
Gambar hiasan
Menurut KDN kerajaan memang komited untuk melaksanakan projek body worn camera dengan mengambil kira hasil positif yang diperolehi bagi mengurangkan kes aduan, perbuatan salah laku dan rasuah anggota PDRM ketika menjalankan tugas di lapangan.
“Selain itu, ia dijangka dapat meningkatkan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan selain meningkatkan hubungan positif antara polis dan masyarakat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
“SOLAT BERJEMAAH IKUT NORMA LAMA… TAKUT MATI PUN MATI JUGA” – ZUL YAHYA
“Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan Allah.
“Yang bersedia boleh bersama dan kepung kami di situ, apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apalah pula. Bab-bab masjid ini duk bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal.
“Yang tak bersedia duk diam-diam di rumah,” saran pelakon Zul Yahya yang mencadangkan agar mempertimbangkan untuk membuka semula masjid dan membenarkan solat berjemaah mengikut norma lama.
Menurut laporan artis Malaysia kata Zul, cara itu membolehkan orang ramai melakukan solat hajat perdana dan amalan lain untuk memohon bantuan dari Allah. Dalam posting sama di Instagram, Zul menyeru untuk berusaha mati di tempat dan masa terbaik.
.
“Takut mati pun mati juga, berani mati pun mati juga. Jadi usahalah mati di tempat dan masa yang terbaik kerana masa yang terbaik tak menunggu kita… Jom! Kita suarakan perkara ini bersama , kita mohon dengan baik,” tambahnya.
Terdahulu, Zul turut memuat naik sepotong rakaman video menunaikan solat berjemaah di sebuah surau tanpa jarak fizikal: “Alhamdulillah … kami masih rapatkan saf , masih lagi terasa nikmat,” tulisnya pada rakaman video terbabit.
Video yang memaparkan sekumpulan jemaah lelaki berbaju t-shirt dengan tulisan sama ‘sangka baik hati jadi baik’ itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkilan dengan tindakan mereka.
Jelas Zul: “Kerana sedih dan simpati sebab itulah kami nak bersatu hati berkumpul ramai-ramai memohon bantuan dari Allah yang Maha Esa”.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!