KUALA LUMPUR: Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, memohon sumbangan bagi menjalani pembedahan berkaitan jantung yang menelan belanja sekitar RM60,000.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau merayu derma ikhlas untuk pemasangan Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD), iaitu sejenis alat untuk mengawal degupan jantung.
BOB Lokman dijadualkan menjalani pembedahan kira-kira sebulan lagi
“Assalamualaikum. Saya Bob Lokman (Pesakit Jantung) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia.
“Memohon rayuan derma ikhlas tuan dan puan untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator). Sejenis alat untuk mengawal degupan jantung,” tulisnya hari ini dipetik dari Malaysiapost.
Menerusi entri tersebut, turut disertakan nombor akaun Maybank isteri Bob, Relawati Daud dan nombor telefon untuk memberi sumbangan atau sebarang pertanyaan.
“Pembedahan (+ -) sebulan dari sekarang. Kosnya sekitar RM60,000.
“Maybank, 162348359386 Relawati Bt Daud, isteri saya. Maybank, 564490211159 Muslim Care Malaysia.
“019 282 5555 Bob Lokman, 019 385 3535 Puan Lela, 019 251 8771 Hj Zul Wahijan,” tulisnya.
Awal Januari lalu, bekas pelakon filem Iskandar yang turut dibintangi Awie, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pinggang.
Sebelum ini, Bob menghadapi masalah paru-paru dan jantung.
Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis menahan 19 individu termasuk seorang daripadanya dipercayai berpangkat Datuk bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin.
Memetik laporan BHOnline, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata selain menahan semua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 38 hingga 59 tahun itu, turut dirampas dadah jenis ecstasy , syabu dan erimin untuk siasatan lanjut.
“Kita membuat serbuan di pub berkenaan hasil maklumat orang awam pada jam 11.20 malam. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sekumpulan lelaki masuk ke dalam pub itu dan memulakan pergaduhan.
“Mereka juga dilihat memukul tiga lelaki sehingga mengakibatkan kecederaan ringan di muka.
“Semua suspek dipercayai pergi ke pub itu untuk berhibur namun dimaklumkan tempat itu sudah penuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, semakan lanjut mendapati pub itu menggunakan lesen restoran dan bar yang sudah tamat tempoh sejak 3 Mei tahun lalu.
Semua suspek direman dua hari berakhir hari ini mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Daripada 19 individu yang ditahan itu, 15 daripadanya disambung reman hingga Isnin ini (30 November) ini untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, video rakaman CCTV berdurasi dua minit 24 saat tular di media sosial, memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Pendakwah selebriti yang ditahan kerana didakwa merogol bekas jurujual sebuah pasar raya tahun lalu, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun tersebut dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mohd Zamir Suhaimee.
GAMBAR HIASAN
Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Shah Alam jam 9.32 pagi dan diwakili Peguam Syed Amirul Syed Edrus, lapor UtusanMalaysia.
Suspek ditahan selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 11 malam tadi, susulan mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut jam 7.18 malam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata difahamkan mangsa berusia 23 tahun keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira jam 8 malam pada 11 September tahun lalu.
“Mangsa menaiki kereta milik suspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.
“Suspek seterusnya membawa mangsa makan di kedai di Batu 3, Shah Alam dan kemudian ke rumahnya iaitu sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberi penerangan bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya.
Baharudin berkata, ketika berada di rumah tersebut, mangsa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan selain mangsa tidak tahu cara keluar dari kediaman itu.
Suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa akan dipantau daripada jauh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang operator kilang maut selepas motosikalnya dilanggar kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Kilometer 4 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Kajang dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa berusia 37 tahun itu, dilanggar dari arah belakang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
ASISTEN Komisioner Mohd Zaid Hassan
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, pemandu kereta jenis Mercedes Benz berkenaan dalam perjalanan dari Kajang menghala ke Plaza Tol LEKAS.
“Pemandu berusia 41 tahun itu dikatakan gagal mengawal kenderaan selepas dipercayai memandu dalam keadaan laju dan berada di bawah pengaruh alkohol.
“Ia mengakibatkan kereta itu merempuh sebuah motosikal jenis Modenas dinaiki mangsa dari belakang yang berada di laluan motosikal. Pemandu berkenaan tidak cedera akibat kemalangan itu.
GAMBAR HIASAN
“Saksi kejadian memaklumkan kereta itu dipandu dalam keadaan zigzag selepas melepasi Plaza Tol LEKAS sebelum merempuh motosikal mangsa,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Mohd Zaid berkata, ujian alkohol dilakukan terhadap pemandu itu mendapati terdapat kandungan arak melebihi paras dibenarkan, manakala ujian saringan air kencing lelaki berkenaan didapati negatif dadah.
“Hasil soal siasat dilakukan terhadap pemandu terbabit membawa kepada pengakuan ada minum alkohol sebelum kejadian itu berlaku.
“Dua kenderaan terbabit dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA TERENGGANU: Terletak di Kampung Rhu Tapai, sepanjang jalan utama Kuala Terengganu – Merang, surau yang dibuat sepenuhnya daripada kayu ini diberi nama Surau Langgar Rindu.
Hasil usaha Abdul Karim Embong, 61, surau dipasak dan disambung menggunakan skru itu menjadikan kayu pokok tembesu terbuang serta kayu cengal hasil sumbangan orang ramai sebagai bahan binaan asas.
Memetik laporan SinarHarian, surau sebesar 1,064 kaki persegi itu dibina untuk kegunaan ibadah penduduk di kawasan itu dan dibina tanpa menggunakan lakaran pelan.
Konsep rumah yang bertiang menunjukkan ciri- ciri rumah melayu.
Abdul Karim Embong membina surau ini tanpa bantuan peralatan canggih dan lebih melibatkan kemahiran bertukang kayu.
Beliau mengumpul kayu kayan yang sesuai untuk dijadikan bahan binaan surau ini.
Terengganu terkenal dengan kepakaran pertukangan dan ukiran kayu, dan apabila digandingkan dengan mutu kayu yang baik di hutan Malaysia, Surau Langgar Rindu menjadi tarikan pengunjung dari seluruh negara.
Tak berapa lama sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri turut berkesempatan menziarahi Surau Langgar Rindu.
Waze Surau Langgar Rindu untuk lokasi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sejak negara dilanda virus Covid-19, kebanyakan sektor menukar cara bekerja termasuk sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah, universiti tempatan, universiti swasta dan kolej meneruskan sesi pembelajaran melalui atas talian.
Sebagai tenaga pengajar atau guru sentiasa merisaukan keadaan pelajar dan ingin memastikan silibus pembelajaran selesai sebaiknya. Terutama kepada pelajar yang menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Demi pelajarnya, guru tetap bersedia mencurahkan ilmu walau apa jua keadaan. Setiap guru ingin memberikan yang terbaik kepada pelajar supaya dapat keputusan cemerlang dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik.
Tetapi ada kalanya pelajar yang tidak mempedulikan pelajaran. Perkongsian @skinleas atau tweethandle Nuha di Twitter baru-baru ini menjadi viral apabila tweet mengenai kisah bapanya yang bertungkus-lumus belajar cara membuat kelas atas talian semata-mata untuk mengajar.
Kesiannya abi, dia buat class budak budak dia sorang pun tak masuk. Sampai abi nak kena call sorang sorang, tu pun diaorang tak angkat. diaorang tahu abi akan call diaorang kalau waktu hari ada class then diaorang mati kan fon 😔
Kelas bermula pada jam 8.30 pagi tetapi selepas setengah jam pelajarnya masih tidak masuk. Pernah bapanya membuat kelas atas talian tetapi hanya lima orang sahaja yang masuk daripada 18 orang pelajar.
Lebih menyedihkan hati seorang guru terpaksa menelefon pelajarnya tetapi tidak diangkat ada juga memberikan alasan sedang bekerja.
Sedih melihat bapanya menunggu pelajar di depan laptop, Nuha kemudian masuk ke kelas atas talian tersebut. Bapanya kelihatan sedikit gembira.
Menurut Nuha, jika bapanya bosan menunggu pelajar, bapanya akan mendengar radio, menyanyi sambil makan jagung.
Bapanya yang sudah mengajar hampir 30 tahun masih bersemangat mengajar dan mahukan yang terbaik untuk anak didiknya.
Tweet Nuha mendapat 21.8k retweet dan pelbagai reaksi daripada netizen yang marah dengan sikap pelajar yang tidak menghormati dan tidak bertanggungjawab terhadap guru mereka.
Janganlah kita mengabaikan pembelajaran dan belajar menghormati seorang guru yang sentiasa berkorban. Terima kasih cikgu!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Beberapa siri serbuan dilakukan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) hari ini mendapati keadaan tempat tinggal yang kotor dan sesak dihuni pekerja sebuah kilang sarung tangan, menurut laporan media.
Pengarah Standard Perburuhan JTKSM, Mohd Asri Abdul Wahab dilapor berkata pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 13 buah rumah dua tingkat di Tasek, Ipoh, yang dijadikan asrama oleh syarikat itu.
JTKSM mendapati keadaan itu melanggar Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), yang baru-baru ini diperluas merangkumi semua industri.
“Setiap asrama seharusnya mempunyai 10 hingga 12 pekerja, namun kami mendapati setiap unit masing-masing menampung 15 hingga 20 pekerja.
“Semasa pemeriksaan kami di semua 13 asrama, yang merupakan rumah dua tingkat, kami dapat tilam dan tempat tidur berada di ruang makan dan ruang tamu,” katanya dipetik TheStar.
GAMBAR HIASAN
Asri menambah, jabatan itu mendapati tong gas dan pakaian bersepahmerata–rata.
TheMalayMail sementara itu, memetik Asri sebagai berkata syarikat itu juga gagal mendapatkan Perakuan Penginapan dari JTKSM.
Nama syarikat itu tidak disebutkan dalam laporan berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kumpulan J Tottenham Hotspur (ENG) 4 (Carlos Vinícius 16, 34, Winks 63, Moura 73) Ludogorets (BUL) 0 LASK Linz (AUT) 0 Royal Antwerp (BEL) 2 (Refaelov 53, Gerkens 83)
Kumpulan K Wolfsberg (AUT) 0 Dinamo Zagreb (CRO) 3 (Majer 60, Petkovic 75, Ivanusec 90+1) CSKA Moscow (RUS) 0 Feyenoord (NED) 0
Kumpulan L Gent (BEL) 0 Red Star Belgrade (SRB) 2 (N. Petrovic 2, Milunovic 58) Slovan Liberec (CZE) 0 Hoffenheim (GER) 2 (Baumgartner 77, Kramaric 89-pen)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Gelaran SilentKiller (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) kerana ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh.
Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dan rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Selasa, adalah anggota pasukan itu yang merupakan sebahagian daripada Batalion 3 PGA, berpangkalan di Bidor, Perak.
ANGGOTA Senoi Praaq mempunyai kemahiran pertempuran dalam hutan
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Superintenden Rosman Kasman memberitahu Bernama, sejarah gelaran itu bermula apabila Senoi Praaq yang bermaksud OrangPerang, ditugaskan ke selatan Thailand pada 1960 untuk memujuk lebih 3,000 Orang Asli yang tinggal di sana membantu dalam pemburuan pemimpin komunis, Soo Ah Chye di sana.
Beliau berkata pada 1964, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Lt. Kol. R.O.D. Noone yang merupakan pengasas Senoi Praaq, bersama-sama sekumpulan anggota Senoi Praaq telah dihantar ke Pleiku, Vietnam atas permintaan pemimpin negara berkenaan ketika itu bagi melatih kumpulan masyarakat asli di sana.
GAMBAR HIASAN
Mereka diminta melatih cara-cara menentang komunis secara heart and mind sebagaimana yang dijalankan dengan jayanya di negara ini semasa melawan komunis ketika darurat, katanya.
“Mereka bertanggungjawab membentuk pasukan Montagnard Scouts di bawah MSP (Mountain Scout Program) kendalian CIA dengan kerjasama BRIAM (British Advisory Mission).
“Di sanalah mereka mendapat gelaran TheSilentKiller oleh CIA dan mereka juga pernah digunakan secara rahsia dalam menjalankan misi-misi sulit di Laos,” kata Rosman.
Menurutnya, setelah 11 bulan menjalankan misi-misi sulit itu, pasukan Senoi Praaq tersebut pulang ke tanah air dan di sepanjang perjalanan tersebut mereka menggempur musuh.
“Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan balik dan peristiwa itu telah disematkan dalam sebuah buku berjudul DeathWaitsin the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite,” katanya.
Beliau berkata penubuhan unit elit tersebut pada Mei 1956 oleh Noone dibuat atas arahan pihak British berdasarkan keperluan untuk mengadakan satu kumpulan Orang Asli beroperasi di kawasan hutan pedalaman bagi memenangi hati Orang Asli yang dipercayai terpengaruh oleh propaganda komunis pada ketika itu.
BUKU yang menceritakan kehebatan Senoi Praaq dan misi dijalankan unit berkenaan
Beliau berkata selain itu, pada 1957, British Army 22 Special Air Service Regiment (SAS) telah memberi pengiktirafan kepada pasukan Senoi Praaq dengan pemakaian BeretMerah atas kejayaan cemerlang unit tersebut dalam setiap operasi membanteras komunis.
PASUKAN Senoi Praaq dianugerahkan Beret Merah pada tahun 1957 oleh SAS British
Menurutnya, sejak penubuhan unit Senoi Praaq itu, pelbagai kejayaan dilakar dan mereka banyak terlibat dalam pelbagai operasi, antaranya Op Bamboo yang merupakan operasi tertua dilaksanakan oleh pasukan keselamatan negara yang dilancarkan pada Oktober 1959 di Perak dan berakhir pada 2 Dis 1989 susulan pemeteraian perjanjian damai.
“Seperti mana yang kita ketahui, penugasan Op Bamboo bertujuan mengekang pergerakan dan memusnahkan ancaman musuh nombor satu negara ketika itu iaitu komunis. Di sinilah kepakaran Senoi Praaq diperlukan bagi membantu menjejaki komunis-komunis di dalam hutan tebal,” katanya.
Sungguhpun ancaman komunis telah berakhir, khidmat Senoi Praaq sentiasa diperlukan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air di sempadan negara selain menyertai misi mencari dan menyelamat orang hilang di hutan.
“Antaranya, pasukan Senoi Praaq ini terlibat dalam misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin yang hilang di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas, selain digunakan bagi mengesan pemburu haram yang merosakkan flora dan fauna pada Oktober tahun lepas,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM : Seorang penyanyi yang juga merupakan penceramah bebas telah ditangkap polis malam tadi atas dakwaan disyaki merogol seorang wanita yang juga kenalannya dalam media sosial di Shah Alam pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat berkata, saspek berusia 25 tahun itu ditahan sekitar 11 malam tadi selepas hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan ekoran laporan polis daripada mangsa rogol pada Rabu lalu.
Katanya suspek didakwa melakukan perbuatan jijik itu di Studio I-Soho, Seksyen 7, Shah Alam dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.
“Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan suspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik suspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.
“Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah suspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.
“Mangsa telah dirogol oleh suspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada keesokan hari, selepas kejadian iaitu 12 September 2019 sekitar jam 6.40 pagi, suspek telah didakwa memberikan amaran kepada mangsa supaya merahsiakan apa yang berlaku dan memberi amaran yang mangsa sentiasa dipantau setiap masa.
Menurut beliau, suspek terus menghantar mangsa ke lobi apartmen dan mangsa menaiki Grab untuk pulang ke rumah sewa mangsa di Subang Jaya.
GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun pada 23 September 2019 mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan serta dirujuk ke rawatan psikiatri.
“Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.
“Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!